Engagement Fund ;)

Monday, 24 April 2017

Dua Fasa Terakhir Selepas Berbulan-bulan Penantian

Sebelum nak catat pengalaman konvo untuk kali ketiga, kena catatkan dulu perjalanan akhir sebelum layak dipersijilkan. Dalam bidang kemahiran, tak ada guna CGPA sebab dia nilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang kita ada jadi keputusan ada dua je iaitu TERAMPIL atau TIDAK TERAMPIL. Maksudnya sama ada lulus atau gagal.

Untuk SKM dan DKM, fasanya sama je iaitu hadir kelas, membangunkan portfolio, penilaian portfolio dan juga pembentangan projek akhir. Nak kumpul bukti untuk portfolio, boleh tahan berpeluh juga. Jenuh mengorek bukti-bukti berdasarkan subjek yang ada. Dah siap kumpul bukti, kena lengkapkan borang-borang yang pelbagai. Bab nak isi dan lengkapkan borang ni mencabar minda, menguji kesabaran juga.



Bila portfolio lengkap dan projek akhir siap dan disahkan oleh Pegawai Penilai Dalaman, barulah layak untuk penilaian oleh Pegawai Penilai Luar pula. Kiranya, fasa inilah penentunya sama ada lulus atau gagal. Mulanya tarikh pembentangan dijangka pada minggu cuti sekolah bulan Mac sudah, tapi tunggu punya tunggu, tak ada surat. Rupanya, dia anjak ke minggu depan.

Nama aku di nombor 42 jadi kena bentang pada hari kedua iaitu 7 April.; geng lain semua pergi hari pertama. Sepanjang hari, bertalu-talu masalah mesej masuk dalam kumpulan WhatsApp sebab ada macam-macam masalah. Cuak dah ni. Rasanya bila semak sebelum tu dah lengkap semua. Kalutlah aku berkejar sana sini betulkan apa yang patut mengikut spesifikasi terkini yang dikongsikan oleh geng-geng yang pergi hari pertama tu.

Malam sebelum pembentangan, tak boleh tidur sebab cuak. Tidur-tidur ayam dan macam terlena bila dah dekat waktu kena bangun lepas tu terlajak sikit. Waktu nak keluar rumah, nampak dah langit macam mendung tapi tak hujan lagi. Sampai dekat Banting, hujan selebatnya sampailah Olak Lempit. Sebab dah lewat, sarapan dalam kereta je bungkus kuih lebihan pasar malam semalam lepas tu berhenti dekat Petronas tapau Nescafe. Boleh senget kalau tak dapat kafein dari pagi.

Disebabkan dah lama gila tak jejak Cyberjaya tu, jenuhlah Google Map jalan ke tempat kejadian beserta pertanyaan bertalu-talu dalam WhatsApp Geng Makan dengan Geng DKM. Hahahaha.. Cuak punya pasal. Dah la sorang-sorang, cuak tu ganda dua. Alhamdulillah selamat sampai dan dapat parking walaupun kena jalan jauh sikit.

Masuk je dalam ruang lobi, dah ramai orang tunggu. Lepas tanda kehadiran, teruslah terpacak tepi dinding tunggu apa yang perlu dibuat seterusnya. Tak lama tu, penyelaras pun buka mukadimah; "Okey, kita nak mula dah ni. Untuk hari ni, nombor 42 boleh masuk dulu. Nombor 42 mana?" Tu dia, orang pertama ko! Cuak-cuak yakin aku jalan masuk ke dalam bilik mesyuarat untuk penilaian portfolio. Dah masuk, dah mula sesi soal jawab pun, tiba-tiba kena pindah pergi bilik mesyuarat tingkat atas sebab bilik yang tu dia nak guna untuk pembentangan. Bungkuslah balik fail-fail tebal tu masuk beg.

Fail portfolio untuk tiga tahap

Nasib baik beg percuma dari seorang blogger yang pernah bermastautin di Australia ni ada, bolehlah masukkan fail-fail tu

Cara penilaian adalah melalui soal jawab berdasarkan bukti yang dikumpul. Ada satu borang yang mengandungi senarai bukti dan kita kena tunjuk bukti mana yang berkait dengan CU(Competency Unit) yang dia tanya; CU ni macam subjek la. Untuk Tahap 2 dengan 3, dia tak ada tanya serius sangat tapi masuk Tahap 4, kau siap. Berpeluh nak menjawab soalan sebab kos ni adalah Pengurusan Pentadbiran, jadi dia nak tengok macam mana kita mengurus orang bawahan. Aku dulu mana ada orang bawahan dan dari segi mengurus, banyak urus pelajar jelah sebab memang tugas hakiki mengajar. Jenuh bagi penerangan untuk kaitkan dengan CU tu. Ada sekali tu dia tanya tentang salah satu subjek dalam transkrip; "Okey, terangkan pada saya tentang subjek Introduction to Sociolinguistics.". Matik la nak! Hahahaha.. Mujurlah subjek yang dia 'petik' tu baru je ditimbulkan isunya oleh bekas pensyarah universiti dekat Facebook, banyaklah boleh 'goreng'.

Yang tak seronoknya, semua subjek elektif dia pangkah sebab dia tengok bukti tak banyak dan jawapan tak meyakinkan. Pasrah. Dia ada tanya, pernah ke install software atau antivirus dalam komputer dan update software sedia ada sendiri? Aiseh, tiba-tiba otak blank dan terus bagi jawapan; "Disebabkan setiap komputer menggunakan domain, maka urusan tersebut dibuat oleh Pentadbir Sistem kerana memerlukan kata kunci untuk setiap software dan antivirus yang diinstall." Tapi lepas tu bila ingat-ingat balik, pernah je aku install sendiri antvirus dan software dalam PC pejabat sebab aku punya PC dulu tak payah password. Duuhh! Tak ada rezeki. Alhamdulillah beberapa ketika, dapatlah ulasan 'Terampil dan calon dicadangkan untuk pembentangan LPKT'.

Lega teramat dan bersyukur sangat sebab walaupun Pegawai Penilai tu banyak tanya dan ada saatnya teragak-agak nak bagi lulus ke tak, akhirnya dia selak-selak bukti dan bagi lulus. Kalau portfolio tak lulus, tak boleh bentangkan projek. Dah selesai sesi penilaian portfolio, terus turun semula ke bilik mesyuarat yang mula-mula tadi untuk pembentangan. Rezeki lagi sekali sebab dapat Pegawai Penilai yang sempoi walaupun nampak garang dan tegas. Waktu pembentangan pun ikut dan dia je nak tanya yang mana sampai aku pun tertukar-tukar dah slide sebab pertanyaan dia tu terus lompat ke bab lain tapi lepas tu patah balik ke bab depan.

Waktu pembentangan projek ni, ada dua penilai dalam satu bilik tu. Rezeki aku dengan Puan S, kejap je dah selesai. Sambil-sambil buat pembentangan, sambil-sambil dia tegur mana yang tak betul dan terus dia tolong betulkan. Soalan yang ditanya pun tak adalah yang tak terjangkau akal; semuanya berkisar tajuk dan isi yang aku letak dalam laporan. Beza dengan pegawai satu lagi, teliti betul dia soal calon tu, satu-satu. Muka baik dan senyum je tapi, bersedialah jawab soalan. Hehehehe... Selesai pembentangan, Puan S suruh betulkan apa yang ditegur dan ikut format yang ditetapkan dan email pada dia sebelum hari Isnin.

Alhamdulillah, pukul 10.30 macam tu selesai dah semua. Sebelum keluar tu, kena tahan dengan calon-calon lain yang menunggu giliran dekat lobi dan ditanyakan pelbagai soalan. Dengan senang hatinya aku ceritakan semua yang terjadi dan sempatlah borak-borak juga sikit dengan mereka. Lepas tu, pergi simpan portfolio dalam kereta, terus jalan masuk DPulze. Sekangkang kera je pun dari tempat kejadian, wajiblah aku terjah. Sebenarnya nak cari tandas, sekali harung la merayap dalam tu ronda-ronda kedai buku tenangkan otak.

No comments: