Engagement Fund ;)

Tuesday, 25 April 2017

Rezeki Dapat Hadiah Tahun 2017

Okey, rehat kejap dari cerita perjalanan DKM tu. Kali ni nak catat tentang Giveaway yang disertai di Instagram dan juga Blog. Memang lama sangat-sangat tak masuk mana-mana giveaway ni sebab kadang-kadang syarat dia terlampau banyak dan leceh. Ada yang nak kena ikut dekat FB, IG lagi, lepas tu kena tambah dalam Google Circle bagai, memang tak la. Apapun, itu hak masing-masing la tentukan syarat penyertaan. Kalau nak masuk, silalah ikut syarat. Kalau tak boleh penuhi syarat, tak payah masuk. Senang kan?

Giveaway pertama adalah oleh Instagram Plastik Kurier Murah. Sebelum ni memang pernah berurusan dengan penjual ni dan servis memang mantap dan pantas. Aku beli plastik untuk pos kimchi dekat sini la sebab ada banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Sejak dari tu memang follow IG dia dan satu hari tu nampak dia letak tentang pemberian hadiah ni. Tengok syaratnya, mudah aje dan cubalah buat. Waktu masuk tu macam berharap dapat hadiah tapi dalam masa yang sama macam rasa tak ada harapan sebab jarang sangat aku ni nak bertuah kalau melibatkan cabutan bertuah. Hehehe..

Alhamdulillah, lepas tarikh tutup tu, buka je tab, berjujuk notification IG. Bila tengok, nama terpilih jadi pemenang rupanya. Yeayy! Teruslah balas mesej dari penganjur dengan ucapan terima kasih kerana sudi buat giveaway dan juga alamat untuk pengeposan hadiah. Disebabkan waktu tu hari Jumaat, ingatkan minggu depan la hadiah sampai. Rupanya, esok tu dah sampai dah. Balik dari taklimat tengah hari Sabtu tu, nampak bungkusan atas meja depan. Saja je belek sekali tu nampak nama sendiri. Terus angkut bawa masuk kereta sebab kejar masa nak pergi tuisyen.

Sebelum bungkusan dibuka

Kemas balutannya siap bubble wrap lagi

Taraaa! Beg tangan comel untuk kondangan. Dah pakai sekali haritu.

Kali kedua pula, giveaway dari seorang blogger yang kini bermastautin di negara jiran kerana tugas, Mummy Ayu. Syarat penyertaannya pun senang je iaitu buat satu entri dan tinggal komen dekat blog beliau. Selesai. Yang ini pun sama juga perasaannya, dalam hati macam terasa akan dapat tapi separuh lagi perasaan tu rasa macam tak ada harapan. Hahaha.. Kompleks sungguh perasaan tu.

Bila tiba waktu pengumuman pemenang, nama naik sebagai penerima hadiah saguhati. Alhamdulillah, rezeki. Walaupun saguhati, tetaplah gembira sebab ada orang nak bagi hadiah. Hadiah dah selamat sampai awal bulan ni. Ingat lagi, waktu tu baru je balik dari hantar Nenek ke klinik mata untuk pemeriksaan rutin. Nampak ada van Poslaju masuk tapi tak adalah terkejar-kejar cari tudung sebab Abah ada dekat luar. Van keluar je dari laman rumah, laju-laju keluar dan ambil bungkusan dari Abah. Hahaha.. Tak menyabar!

Sebelum dibuka

Isi dalam bungkusan, coin pouch dengan charm besi peta Thailand dan juga nama sendiri. Comel dan berkualiti! Saya suka saya suka. Dah pakai dah pun. Hehehe.. Sebenarnya boleh pilih warna dan nak letak nama apa, tu yang pilih warna hijau dan letak nama glamour. Cuma charm tu je Kak Ayu pilihkan. Terima kasih Kak Ayu.

Siap ada kad ucapan lagi. Boleh simpan buat kenangan.

Lepas ni kalau ada lagi giveaway yang mudah, nak cuba juga masuk. Rezeki ni tak boleh nak jangka. Dan disebabkan ini, inshaAllah aku pun nak buat giveaway sempena perniagaan kimchi kecil-kecilan yang semakin mendapat sambutan ni. Tunggu di entri seterusnya.

No comments: