Engagement Fund ;)

Thursday, 20 April 2017

Saja Nak Borak

Assalamualaikum.. Fuuhhh..fuh..fuuhh.. Boleh tahan tebal habuk dekat sini. Lebih daripada dua minggu menyepi tanpa cerita. Sejak ada Instagram ni, banyak bebel dekat sana je. Blog ni rindu juga sebab ada beberapa kali masuk nak karang cerita tapi lepas tu tetiba idea hilang. Sudahnya, taip tajuk lepas tu sambung muat turun drama Korea.

Ada baaaaanyak benda nak catat dekat sini untuk rujukan masa depan tapi kena kumpul kekuatan dulu. Sekarang ni tengah fasa 'lost'; otak kosong dan rasa macam tak ada masa depan je. Cerita pengembaraan di Korea musim luruh tu pun ada tak habis lagi. Sambungan cerita DKM pun tak tulis lagi. Eh, banyak la! Buat permulaan untuk dapatkan mood mengarang dan mood rajin edit gambar, tulis cerita pasal makan jelah ye. Makanan dan Cik Fara berpisah tiada kekdahnya.

Dimulakan dengan Cool Blog perisa kopi. Tak ingat dah kopi yang mana. Lama gila tak minum Cool Blog sampai rindu. Setakat ni masih tak ngam dengan coffee blended tapau jenama mahal sebab tak pandai mix and match. Kalau nak minum kopi mahal, kena pastikan minum dekat kedai supaya berbaloi dengan harga yang dibayar sebabnya harga tu termasuk sekali dengan ambience kedai.

Ini waktu ukur KLIA 2 dengan Abang Paiz. Dah orang ajak jalan, ikut jelah kan? Waktu ni dekat Family Mart tengah musim bun berasaskan bunga Sakura sempena musim bunga di Jepun. Belah kiri tu Melon Pan. Sedap! Memang sedap seperti yang Mada cakap. Belah kanan yang warna merah jambu tu dia macam cream puff sikit tapi dah lupa nama. Sedap jugak!

Lepas tapau roti dekat Family Mart, cari restoran yang jual mee wantan. Pusing punya pusing, akhirnya masuk kopitiam. Paparich kot, lupa dah. Teringin nak makan mee wantan kedai tapi lepas makan menyesal sebab rasa dia tak seperti yang dibayangkan. Macam tak cukup rasa; baik masak sendiri jelah boleh letak minyak bijan dan bawang putih lebih lepas tu boleh buat cili potong. Slurrpp..

Fish and chip bos tapaukan. Ini separuh hidangan sebab bos jenis yang tak makan banyak jadi waktu dia pesan makanan tu dia suruh orang kedai bahagi dua siap-siap, separuh bungkus, separuh makan. Alhamdulillah rezeki. Kenyang terlebih juga walaupun cuma separuh.

Sejak kerja waktu tak normal ni, macam lagi banyak makan dekat luar daripada makan dekat rumah sebab biasanya tak ada mood nak makan nasi waktu tengah hari lepas tu awal petang dah kena keluar. Tu jelah nak kongsi. Lepas ni harap-harap rajinlah nak taip cerita-cerita tertunggak tu. Babaii..

No comments: