Engagement Fund ;)

Sunday, 30 April 2017

SAN 2016 - Episod 31: Penerbangan Pergi dan Pulang

Tak habis lagi cerita ukur Korea kau ni Farah? Belum. Makan tahun ni. Hehehe.. Sebab petang tadi borak-borak pasal Korea dengan Kak Atie, jadi semangat nak sambung penulisan tu muncul. Kali ni nak catat pengalaman dalam kapal terbang waktu pergi dan balik. Kali kedua ke Seoul, kami masih setia dengan MAS sebab malas nak fikir banyak dan bila dibandingkan dengan AA, untung lagi beli tiket MAS. Sebenarnya nak dapat tiket murah dari AA kena pandai cari masa dan kena pandai la membeli sebab AA ada banyak pilihan tambahan bagai-bagai tu. Kalau harga normal, kurang lebih macam harga MAS je. Percayalah.

Setakat ni, memang lebih suka naik MAS sebab tambang tu dah masuk bagasi, makan minum, insurans dan juga cukai. Pejam mata, lap peluh lepas bekerja keras kumpul duit, bayar je harga yang terpampang. Gitu. Kali ni dapat harga promosi sempena MATTA Fair juga dengan harga RM 1292. Beza sikit dengan yang tahun 2014, RM 1486. Paling seronok naik MAS ni sebab ada makan dan makanan dia sedap. Cik Fara dan makanan berpisah tiada kan?

Waktu pergi, memang simpan perut nak makan dalam kapal terbang. Kiranya bila tiba waktu minum malam, perut tak adalah penuh dengan makanan. Oh ye, tips untuk yang belum tahu. Aku dapat tips ni dari blogger juga tapi tak ingat dah blog siapa. Sebelum nak masuk kapal terbang, bolehlah selit botol air kosong dalam beg dan bila semua dah bertenang dekat atas awan, boleh minta flight attendant isikan botol kosong dengan air kosong. Tidaklah dehydrated sepanjang penerbangan dan taklah asyik nak menekan butang panggil orang sebab nak minum. Aku buat ni waktu pergi je tapinya, waktu balik lupa nak masukkan botol kosong dalam beg. Sudahnya, pecah-pecah bibir sebab tak cukup air.

Aktiviti dalam kapal terbang waktu pergi, tak ingat pula. Rasa macam banyak tidur je daripada menonton filem-filem yang ada. Penerbangan pergi alhamdulillah lancar saja kecuali waktu melintasi Filipina, kapal ada goyang sikit sebab hujan lebat di situ. Paling seronok bila naik penerbangan malam membawa ke pagi ni adalah dapat tengok pertukaran siang dan malam yang sangat tak dapat digambarkan dengan kata-kata keindahannya. Sebelum mendarat, flight attendant ada edarkan borang pengisytiharan pelancong untuk diisi. Kalau tak dapat dalam kapal terbang, boleh je isi bila dah mendarat, sebelum keluar ke imigresen. Keseluruhannya, perjalanan pergi lancar dan tak ada masalah. Nah layan gambar.

Menu crime partner dekat sebelah, Western

Yours truly makan nasi lemak mewah ni. Sambal dia ada udang lepas tu ada rendang ayam. Sedap!

Muka gembira dapat makan.Hahaha..

Pemandangan dari subuh nak ke siang.

Lagi

Waktu ni matahari dah muncul sepenuhnya.

Satu lagi

Isi borang tak-ingat-nama. Tapi untuk imigresen la. Kalau tak dapat dalam flight, boleh isi lepas touchdown dekat airport.


Dah selamat sampai.

Muka terlebih gembira dapat balik 'kampung' kali kedua.

Untuk perjalanan pulang pula, sepanjang penerbangan ada turbulence yang agak dahsyat juga. Memang bergegar-gegar je sepanjang-panjang jalan dari Seoul ke KLIA. Nak kurangkan cuak sebab turbulence, sempatlah tidur dulu sebelum layan filem-filem yang ada. Kali ni sempat tengok dua filem Korea; satu filem sedih dan satu lagi filem sengal. Yang sedih tu tajuk dia Don't Forget Me, cerita tentang seorang peguam yang hilang ingatan 10 tahun kebelakang. Sedih betul jalan cerita dia sampai tak peduli dengan orang sekeliling dan menangis dekat kerusi tu. Hahahaha..

Cerita kedua ni sengal + lawak yang bertajuk A Violent Prosecutor. Filem ni tentang seorang pendakwaraya yang kasar dan ganas yang dipenjarakan sebab salah seorang penjenayah yang sedang dalam proses soal siasat mati dibunuh dan bukti yang ada semua menunjukkan bahawa pesalah tu dibunuh oleh Byun Jae Wook, hero dalam filem ni. Bila dia duduk dalam penjara, baran dia berkurang sikit sebab jumpa lagi banduan yang lebih ganas dan baran dari dia dan disebabkan dia adalah seorang pendakwaraya, ramai la juga banduan dalam penjara tu minta bantuan dia untuk selesaikan kes dan masalah yang ada. Dalam masa yang sama, dia cari dan kumpul bukti untuk buktikan bahawa dia bukanlah pembunuh tu tapi diperangkap. Waktu dalam penjara ni dia jumpa dengan seorang penipu profesional yang akhirnya tolong Byun Jae Wook untuk bersihkan semula nama dia. Best la juga jalan cerita dia, ada isi.

Menu tengah hari. Nasi lauk ayam dengan sayur tapi dah tak ingat masak apa. Paling penting ada kimchi paket tu ha. Kali ni tak dapat la extra sebab crime partner kali ni hantu kimchi juga. Kalau Za dulu tak layan kimchi, seronok la dapat kimchi lebih. Hehehe.. Menu orang sebelah sama je  rasanya.

Menu kudap-kudap. Sandwich ayam yang nampak plain gila tapi rasa dia not bad, sedap! Kali ni tak ada coklat mahal dah sebab tambang turun harga kan? Manisan untuk snek balik dia potong. Kalau nak coklat tu, sila pergi Langkawi borong dekat sana katanya. Hahaha..

Balik konon-konon lilit shawl, sampai KLIA habis senget benget sebab tidur tak ingat dunia.Heee..

Selepas kira-kira enam jam di awan biru, sampailah kami di KLIA dengan selamat dan disambut hujan renyai. Waktu dekat KLIA ni ada insiden bongok berlaku. Hahahahaha... Lain kali jangan nak yakin sangat ye sebab nanti malu sendiri. Takpe la, pengalaman untuk panduan di masa hadapan. Keseluruhannya, setakat ni memang MAS jadi pujaan. Akan datang, mungkin boleh cuba syarikat penerbangan lain.

No comments: