Engagement Fund ;)

Monday, 22 May 2017

Sup Bebola Ikan Tenggiri

Assalamualaikum. Nak dekat dua minggu blog terbiar sepi tanpa sebarang catatan. Padahal banyak je cerita nak tulis. Maklum la, umur makin meningkat, ingatan pun makin kabur. Macam tua sangat kedengarannya. Kehkehkeh.. Nampakny, giveaway kedua yang lalu sepi tanpa sambutan. Aku pun tak menyempat nak pergi blog walking dan ajak blogger lain masuk. Ala, buat suka-suka je nak habiskan cenderahati dari lawatan ke Korea yang pertama dulu. Sesambil tu nak bagi la rasa makanan Korea sekali. Takpe takpe, kita simpan untuk sesi seterusnya nanti.

Sementara nak tunggu karang cerita, nak kongsi gambar sup bebola ikan tenggiri buatan sendiri. Terpengaruh dengan Kak Di yang rajin sangat buat sup ni jadi satu hari tu, kebetulan Abah beli ikan tenggiri besar, ambil dalam 3 keping dan tumbuk buat bebola. Senang je nak buatnya dan tak banyak bahan. Cuma guna

  • 3 keping besar ikan tenggiri (buang kulit dan tumbuk)
  • Bawang putih cincang
  • Bawang merah cincang
  • Lada hitam tumbuk
  • Daun sup cincang
  • Sedikit tepung jagung (waktu ni tepung jagung tak ada, belasah guna tepung beras pun jadi je)
  • Garam secukup rasa
Adunan bebola

Dah siap gentel. Dapat dalam 20 lebih biji saiz sederhana.

Taraaa! Siap masak.

Cara buat, campurkan semua bahan dalam isi ikan yang dah tumbuk dan buat bebola. Renihkan sup macam biasa dan campaklah segala jenis sayur yang ada. Masukkan bebola dan tunggu bebola timbul. Siap! Kalau cara orang Jawa masak sup, kitorang tak tumis bawang dan rempah tu. Tapi lebur je semua dalam air yang mendidih. Tak guna minyak pun.

No comments: