Engagement Fund ;)

Tuesday, 30 May 2017

Untuk Aku dan Mereka

Tiap tahun, memang aku akan peruntukkan bajet untuk hadiah hari lahir crime companion. Ramai sebenarnya crime companion ni tapi ada dua yang paling rapat; Kak Chik dengan Aten. Orang kata, bagi apa yang kita suka dan itulah yang aku buat. Dua tahun lepas aku buat kejutan kek untuk Kak Chik. Tempah kek dari pembuat kek di Shah Alam dan minta dia hantarkan terus ke pejabat Kak Chik. Teringin nak dapat kejutan macam tu tapi tak dapat, maka kita buatlah untuk orang.

Sekali tu jelah dapat buat sebab lepas tu bajet tak mengizinkan. Selalunya memang belikan sesuatu je. Kalau dulu-dulu, bagi hadiah mesti nak bagi yang cantik dan boleh jadi kenangan kononnya. Sekarang ni fikir yang praktikal je; biar cantik, boleh buat kenangan dan boleh digunakan. Apa je pun yang memenuhi kriteria? Memang ulang benda samalah jawabnya.

Awal bulan haritu, kebetulan dapat mesej promosi dari salah satu jenama tudung online sempena hari guru dan hari ibu, teruslah tak fikir panjang dan beli pakej tu dengan niat nak bagi hadiah sempena hari lahir yang dah terlepas. Korek tabunglah sebab sekelepuk nak bayar tapi alhamdulillah lepas tu rezeki lain masuk. Betullah bila kita sedekah atau kadang tu baru niat nak sedekah, Allah dah bagi lagi rezeki lain. Rezeki ni bukan hanya apa yang kita tak jangka. Kadang dipercepatkan masa untuk dapat sesuatu pun rezeki juga. Orang-orang yang gaji masuk tak tetap, mesti boleh faham keadaan ni.

Berbalik kepada tudung tadi, memang dah lama aku perhati tapi bila memikirkan kalau nak beli sehelai je tu harga dia macam jadi mahal sangat, terus tak jadi beli. Bila ada promosi macam tu, barulah pejam mata je beli untuk diri sendiri dan sekali harung untuk mereka yang disebutkan tadi. Tertarik nak beli sebab corak-coraknya yang cantik lepas tu ukurannya yang lebih besar berbanding jenama lain. Lepas tu pembungkusan dia menarik sebab didatangkan dengan kotak yang eksklusif. Tak payah pening nak balut bagai.

Perasaan paling bahagia adalah bila terima parcel.

Taraaa! Cantik kan kotak dia? Kelihatan begitu eksklusif dengan warna hitam.

Isi dalam. Semua cantik sampai rasa nak pakai sendiri je semua. Hehehe.. Tapi dah selamat bagi pun kepada tuannya.

No comments: