Engagement Fund ;)

Thursday, 4 May 2017

Wall's Magnum Red Velvet

Gara-gara terpengaruh dengan iklan yang muncul di skrin tv dan melintas di IG, sampai teringat-ingat nak makan aiskrim baru dari Wall's ni. Gigih gila cari dari satu pasaraya ke satu pasaraya tapi semua pasaraya yang aku pergi tak ada stok! Dah kenapa? Waktu tu kebetulan beli barang nak buat kimchi, konon-konon sekali jalan la beli aiskrim ni. Tiba-tiba tak ada.

Aku tak ingat rupa bungkusan dia tapi ada satu lagi spesis Magnum dengan bungkusan warna merah jambu, ingatkan itu Red Velvet tapi dekat bungkusan dia tulis Pomegranate. Dah angkat, belek-belek, tapi letak balik sebab kalau salah kang cemana?

Sudahnya, aku singgah dekat 7Eleven berdekatan dengan harapan ada Magnum yang dicari. Sampai je depan peti aiskrim Wall's, tu diaaa, bersusun Red Velvet. Memang betullah yang bungkusan warna merah jambu tadi tu bukan Red Velvet. Nasib baik tak beli. Lepas beli, makan dalam kereta. Rasa dia? Rasa aiskrim. Tak rasa kek Red Velvet pun? Bolehlah buat lepas teringin sebab iklan. Bagi aku manis sangat sebab coating dia guna coklat putih. Lepas ni nak cuba yang Cornetto pulak.

Nampak tu? Ada banyak!

Red Velvet

Keratan rentas

No comments: