Engagement Fund ;)

Wednesday, 3 May 2017

Wantan a.k.a Mandu, Kali Pertama dan Terakhir

Kadang-kadang, dalam hidup ni akan ada satu masa yang kita teringin nak buat sendiri. Bagi aku, membuat wantan ni adalah salah satunya. Sebabnya bila tengok orang lain buat, macam senang je lepas tu bila beli siap, terasa macam mahal. Maka, gigihlah pergi cari kulit wantan yang dah siap tu dekat pasaraya. Kulit dia beli siap sebab bila Google cara buat kulit, boleh tahan menguji kesabaran juga. Hahaha..

Cuma buat intinya saja. Inti kali ni aku guna dada ayam. Semangat beli dada ayam satu paket besar dekat Giant semata-mata nak buat inti wantan ni. Bahan sampingannya, aku letak lobak merah, bawang putih, bawang besar, cendawan shitake dan juga leek kalau tak silap. Tak ingat dah. Resepi pun Google je sebab tersangatlah banyak resepi inti wantan ni.

Disebabkan aku tak ada food processor, kenalah guna cara tradisional iaitu cincang daging ayam pakai pisau. Bahagian ni yang rasanya membuatkan aku cakap, "Inilah kali pertama dan terakhir aku buat wantan sendiri." Hahahaha.. Ambil masa ye nak lumatkan isi ayam tu, siap guna pisau kiri kanan. Lepas tu saiz pisau pun dari yang kecil sampai ke besar aku guna. Kecah habis dapur. Walaupun proses secara tradisional ni leceh, tapi hasilnya memuaskan. Rasanya sedap dan puas hati la dapat makan banyak.

Ayam cincang yang dah digaul dengan bahan sampingan dan diperasakan dengan garam dan lada hitam

Cara nak lipat wantan pun ada banyak tapi untuk kulit bentuk empat segi, agak terhad. Ini pun siap Google juga langkah demi langkah. Mula-mula buat memang buruk, tapi lama-lama bolehlah. Hampir sama dengan yang dekat gambar langkah demi langkah tu. Kali pertama masak, aku kukus. Kali kedua, aku goreng dan makan dengan mee wantan. Layannn.. Resepi silakan Google ye. Sekarang tengah fasa kurang rajin nak tulis resepi.

Macam cantik kan? Bolehlah asalkan ada rupa.

Jarak dekat

No comments: