Engagement Fund ;)

Friday, 30 June 2017

Dah Pun Lapan Tahun

Sebelum bulan Jun melabuhkan tirai, catatlah sikit peristiwa bulan Mei yang lalu. Seperti yang dimaklumi, ada banyak hari istimewa dalam bulan Mei dan salah satunya adalah Hari Guru. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun kelapan aku bergelar cikgu, bermula dari saat praktikum pada tahun 2010 hinggalah ke tahun 2017.

Kadang-kadang tu masih lagi rasa tak layak nak jadi cikgu sebab masih ada banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Yelah, cikgu ni bukan hanya mengajar saja tapi ada banyak lagi tugasan dan peranan lain yang perlu dibuat. Bermula tahun ni, aku hanya tumpu pada kerjaya sebagai guru tuisyen. Setakat ini. Sampai ke saat ini, dah merasa mengajar murid-murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pelajar-pelajar peringkat kolej.

Paling senang nak mengajar adalah murid-murid tahap remaja dan ke atas. Pada akulah. Sebab sekurang-kurangnya asas tu dah kuat walau belum mantap lagi. Tak mudah ye nak memberi faham dan kefahaman kepada murid-murid yang langsung tak tahu apa. Itu dari segi ilmu. Dari segi adab dan tingkah laku pun ada masanya pening juga nak layan. Ada masa geram nak marah, ada masa sejuk hati melihat, dan ada masa tak kuasa nak layan. Ini baru tuisyen ye yang satu kelas paling ramai 20 orang, pun dah pelbagai kerenah. Bayangkan cikgu-cikgu sekolah yang berpuluh orang satu kelas, darab dengan banyak kelas. Tabah.

Beza dengan pelajar-pelajar tahap remaja-dewasa. Perangai dah matang sikit dan dah boleh jaga tingkah laku dalam kelas. Kerenah manusia ni memanglah tak sama dan cara nak hadap pun kena pelbagaikan. Setakat ni, kalau boleh memang nak elak jadi cikgu sekolah. Sebabnya? Ada banyak sebab. Biarlah orang-orang terdekat je yang tahu.

Pun begitu, jiwa nak mengajar dan mendidik tu masih lagi berada di tahap tinggi jadi sekarang ni tumpukan dulu pada tugas sebagai cikgu tuisyen. Waktu hari guru tempoh hari, budak-budak tengah sibuk nak periksa akhir tahun jadi tak adalah diorang kecoh-kecoh ucap selamat hari guru. Tapi ramailah juga yang bila dah habis kelas tu, datang depan dan ucap selamat sambil minta maaf sebab tak ada hadiah. Cikgu dia balas, "Cikgu tak minta awak keluar duit bagi hadiah pun. Cukuplah awak hormat pada cikgu-cikgu awak dan rajin." Aku memang tak harap langsung nak dapat hadiah sebab aku jatuh dalam kategori cikgu yang tak sporting, garang dan kuat bebel. Hahahaha... Pakej. Dah kalau murid-murid bising bercakap dalam kelas, takkan kau nak biarkan je? Kenalah bagi teguran sedas dua pakej tazkirah serta muhasabah diri.

Bukan apa, bila diperhatikan budak-budak zaman sekarang ni, cara bergaul dengan cikgu tu macam cikgu tu kawan diorang je. Aku ni kan jenis skema dan kuno, jadi memang pantang sikit bila ada yang terlebih ramah ni. Moga-moga diberi kekuatanlah untuk meneruskan kerjaya sebagai guru ni dan dikurniakan sabar yang tinggi dalam mendidik anak-anak zaman moden.
Satu daripada tiga hadiah yang diterima tahun ini, dari murid tingkatan 4.

Hadiah kedua dari murid tahun 6. Ada satu lagi hadiah aku lupa nak ambil gambar. Semua ni dari murid-murid yang jatuh dalam kategori sopan dan baik. Terima kasihlah atas ingatannya.

No comments: