Engagement Fund ;)

Friday, 30 June 2017

Geng Satu Meja Bilik Prep Naik Pelamin

Lama betul tak ada cerita nikah kahwin dalam Atas Nama Cinta kan? Yelah, majoriti geng sekolah dah kahwin, memang dah jarang sangatlah dapat jemputan ke kenduri kahwin. Jemputan yang banyak sekarang adalah aqiqah anak-anak geng sekolah. Tua dah ek rupanya Acik ni? Jodoh mana, jodoh? Hehehe..

Makanya, bila dapat jemputan ke majlis perkahwinan Pnut Lotpi, memang teruja habis dan tak menyabar nak pergi. Satu, sebab tak sangka Pnut tiba-tiba nak kahwin. Dua, sebab dah laaaaaama gila tak makan nasi kenduri. Tiga, sebab tak sabar nak jumpa geng bilik prep yang lain. Yelah, bila ada majlis macam ni, barulah boleh jumpa geng-geng satu sekolah dulu secara pukal.

Aku dengan Aten gerak dah siang jugalah dari Banting. Lepas tu menyinggah dulu cari hadiah. Dah sampai tempat nak beli hadiah, ambil masa lagi nak pilih hadiah mana yang dalam bajet dan praktikal serta berguna buat pengantin. Makin tua ni makin fikir yang praktikal je. Pusing punya pusing punya pusing dalam Tesco, angkutlah satu barang yang kami yakin berguna di hari muka. Begituu. Pilih kad dan beli pembalut, masuk dalam food court untuk balut hadiah. Selotep dah bawa siap-siap. Canggih kan? Hahahaha..

Khusyuk sangat balut hadiah tu.

Sekeping dekat tempat letak kereta, sebelum masuk dalam dewan.

Sampai dekat majlis, dah lewat tengah hari juga tapi orang masih ramai. Agaknya kalau sampai waktu kemuncak, mesti lagi sesak dekat tempat parking tu. Konsep pergi kenduri kitorang adalah, biar datang lambat sebab boleh jumpa pengantin dan borak panjang sebab acara rasmi dah selesai. Sampai je makan dulu sambil borak dengan Chik yang kebetulan duduk semeja. Siap makan, nampaklah geng-geng lain dan teruslah ajak bergambar sekali dengan pengantin.

Satu gambar dengan pengantin bersama Geng Bilik Prep lain dan juga Geng Satu Batch. Tahniah Pnut! Semoga  rumahtangga yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan sabar yang tinggi dalam menempuh alam baru. Moga Tukang Taip ditemukan jodoh yang baik, kaya, rajin, beriman dan bertanggungjawab. Aaminn.. 

Selesai bergambar dengan pengantin, bergambar syok sendiri jelah dekat luar dewan dan dalam lif sebelum gerak balik. Hehehe.. Lepas ni ada dua lagi jemputan dari geng sekolah; berderet dua minggu berturut dan tak sabar juga nak pergi sebab yang ni budak luar, jadi mesti boleh jumpa lagi ramai geng sekolah yang jarang jumpa. Sekian.
Muka yakin bergambar dekat luar dewan walaunpun ramai gila orang dekat situ waktu tu. Hehehe..

Sekeping dalam lif dengan crime partner.

No comments: