Engagement Fund ;)

Thursday, 29 June 2017

Majlis Perpisahan Geng Makan

Sempena dah tak kerja dekat tempat jatuh lagi dikenang tu, Geng Makan Selamanya telah merancang satu majlis perpisahan. Eceh, ada majlis. Takdelah majlis formal pun, takat jumpa, makan dan luangkan masa santai sama-sama. Dah kata Geng Makan Selamanya, haruslah agenda utamanya makan.

Sebenarnya rancang ni dah lama dah, sejak dari bulan Disember tahun lepas lagi. Tapi tiap kali nak buat tu, ada je halangan atau ada je ahli yang tak boleh nak turut serta. Tak seronoklah kan kalau tak cukup ahli? Makanya, sebelum salah seorang ahli bersalin, disempatkan juga berjumpa pada 4 Mei lalu.

Rancangan asal nak pergi hi tea dekat Concorde, tapi sebab kelas tuisyen mula awal pada hari Jumaat, maka tak dapatlah nak berbufet di hotel. Terpaksa beralih ke rancangan kedua, makan-makan di Seoul Garden. BBQ bufet. Lokasi pada hari tersebut adalah di Sunway Pyramid. Jauh tu nak pergi makan sampai Sunway haa. Tapi pagi tu gerak asing-asing sebab mak buyung kena pergi pemeriksaan doktor dulu. Makanya, aku gerak dari Banting dengan Kak Rin dan terus ke rumah Kak Elin untuk letak kereta. Dari rumah Kak Elin, gerak satu kereta ke Sunway.

Perjalanan pergi lancar tak tiada kesesakan berlaku. Sampai sana pun kira masih awal dan tak perlu tunggu lama untuk mula makan sebab waktu bufet makan tengah hari Seoul Garden bermula pada jam 11.30 kalau tak silap. Sampai je pergi beli tiket wayang dulu dan kemudian terus cari lokasi SG tapi sebab awal lagi dan masing-masing dah kebulur, makanya terpaksalah pergi alas perut dulu dengan roti dari La Boheme yang sekangkang kera je.
Saja nak tunjuk corak shawl baru beli dekat kedai bawah pusat tuisyen. Hehehe

Bila jarum jam menginjak ke waktu yang ditetapkan, terus semua orang terpacak depan kaunter Seoul Garden. Hahahaha.. Lapar punya pasal. Tak ada orang pun lagi. Seronok wei makan dekat Seoul Garden waktu tengah hari, pada hari bekerja. Orang tak ramai dan udang dia besar-besar.

Lama jugalah habiskan masa untuk makan dan berborak di Seoul Garden tu. Paling wajib buat bila dekat sana adalah makan daging panggang letak gochujang dan balut dalam salad. Barulah Korea! Gochujang ye, bukan gopcang. Hahaha.. Habis makan, pergi solat dulu mana-mana yang boleh solat dan kemudian terus naik ke TGV untuk tengok FF8.
Pinggan pertama

Permulaan sesi membakar. 

Penutup. Aiskrim dan bahan sampingan.

Lengkap enam orang

Peace!

Aku ni bukanlah penggemar Fast and Furious sebab dulu pernah tengok sekali lepas tu tak faham jalan cerita lepas tu macam banyak babak tak berapa nak senonoh. Disebabkan tak ada cerita lain yang lebih menarik dan semua orang memang nak tengok FF8 tu, maka kena ikut keputusan majoriti. Layankan aje. Tapi kali ni punya cerita best! Jalan cerita tak meleweh dan banyak aksi. Babak tak senonoh pun kurang. Fahamlah jalan cerita dia. Tak rugi.

Habis wayang, ingat nak singgah minum-minum tapi bila tengok jam, tak boleh nak menyinggah sebab mesti jalan sesak punya sebab dah waktu orang balik kerja. Nanti yang lain-lain pun nak berkejar ambil anak balik sekolah lagi, maka memang terus je balik. Dari Klang, aku gerak ke Banting dengan Kak Rin dan Kak Nurul.
Dalam lif nak ke tempat letak kereta

Harapnya lepas ni diteruskan lagilah aktiviti berkumpul beramai-ramai macam ni. Terima kasih sebab luangkan masa dan raikan perpisahan saya. Siap dapat hadiah lagi. Geng Makan bagi periuk nasi kecil sebab aku pernah cerita yang aku masak nasi manual je guna dapur gas sebab periuk nasi elektrik yang ada agak besar untuk kapasiti nasi yang dimasak. Lepas tu dapat satu beg hadiah dari suami Kak Dahiyah sebab bantu dia waktu buat tesis Master. Alhamdulillah, rezeki dapat lagi sepasang telekung warna hijau.

Serba hijau. Ni mesti Kak Dahiyah yang pilih ni.

Periuk nasi berkapasiti 1 liter. Belum rasmi lagi pun.

No comments: