Engagement Fund ;)

Friday, 30 June 2017

Makan-makan Sana Sini

Dah buat karangan dalam entri yang lepas, maka entri ni fokus pada cerita bergambar jelah. Sebenarnya gambar-gambar ni dah kongsi dalam IG pun tapi dekat IG tak boleh nak bebel panjang-panjang. Takat letak gambar dan cerita sikit pasal gambar je. Dalam blog baru syok nak taip panjang-panjang kan? Nah layan gambar. Mohon jangan jilat skrin okey? Kalau lapar dah boleh pergi makan dah siang-siang ni sebab bukan bulan romadhon. Kecuali korang puasa sunatlah kan.

Nasi Goreng Kampung murah dan sedap dari Restoran Al-Hikmah. Restoran kegemaran ni sebab senang nak parking, makanan banyak, harga murah, dan menu yang pelbagai. Satu bekas nasi ni 5 hengget je tapi boleh makan kenyang untuk 3 orang. 

Nasi Campur beserta Nescafe Panas di Restoran Azira Seksyen 10. Lagi satu restoran kegemaran sebab harga berpatutan, banyak pilihan lauk, dan senang nak parking juga. Kalau pergi rumah Bibik Mini, memang makan dekat sini je sebab dah dekat sangat. Nak cari kuih muih pun ada.

Mee Celup Tak Kedekut Isi dan Cili di Yaniez Seafood. Setakat ni, kedai tomyam ni boleh tahan sedap dan banyak kuantiti makanan dia. Harga dah tentulah berpatutan. 

Nasi Kari Campur dekat Pelita. Sesekali, memang teringin nak makan nasi kari yang kuahnya dicampur oleh pekerja kedai. Ayam goreng tu wajib potong-potong, baru terangkat nak gaul nasi. Hoi, lapor pulak bila menaip ni. Hahaha..

Manisan. Cool Blog beli dekat kedai baru buka depan masjid kampung ni ha. Entah bila dia pasang papan niaga, tahu-tahu dah beroperasi dah. Memang tak perasan langsung ada Cool Blog dekat tepi jalan besar tu. Asalnya nak pergi bakeri sebelah Cool Blog tu je cari cream puff. Bila nampak ada Cool Blog, haruslah singgah tapau coffee blended.

Roti Telur Bawang dari Mohideen. Ini pengaruh media sosial ni. Waktu ni tengah pulun puasa ganti lepas tu salah seorang sepupu pergi tayang gambar roti canai, teruslah terliur nak makan roti canai juga. Maka, buka puasa esoknya terus tuju mamak je demi sekeping roti canai. Makan ni pun laju-laju sebab berkejar nak ambil budak tuisyen.

Set Asam Pedas Ikan Pari kedai Abang Akob. Best betullah bila ada kedai makan dekat jalan nak masuk ke rumah. Agak-agak terlepas kedai makan nak tapau lauk, masih ada kedai terakhir yang boleh disinggah sebelum sampai ke rumah. Sedap hoi asam pedas dia! Pekat dan pedas.

Nasi Kerabu Hatinie. Restoran berdekatan dengan Azira; selang satu bangunan je. Makanan dia pelbagai dan sedap juga sama macam Azira. Cuma dekat sini dia lebih kepada makanan Kelantan. Waktu ni lepas balik hantar Nenek check up mata dekat Seksyen 15. Alang-alang dah sampai masa makan tengah hari, singgah makanlah terus. Banyak kali pusing tengok lauk sebelum buat keputusan nak makan nasi kerabu ni. Orang tamak kan? Tak boleh nampak lauk banyak. Semua nak. Hehehehe.

Mee Jawa paling sedap dan menepati piawaian setakat ni. Ini dekat Restoran Mee Jaw Saha di Banting Baru. Kuah dia pekat, isi ayam banyak, ada telur rebus dan kentang rebus juga. Ciri-ciri mee jawa yang ideal. Ada sekali tu makan dekat satu kedai yang boleh dikatakan terkenal jugalah makanan dia. Sekali mee jawa dia cuma kuah, mee, tumbuh-tumbuhan dan juga telur goreng. Mee Jawa mana tu?

Menu Western dekat kedai Abang Akob, Grilled Chicken. Asyik datang makan nasi je kan, sesekali cuba rasa menu bukan nasi. Okeylah, berbaloi dengan harga dan berasa kuahnya tu.

Ini pun dekat situ juga, dipesan pada hari yang sama. Bila tengah teringin tahap gaban, tamak order sampai dua jenis makanan. Lepas tu terkulat-kulat nak habiskan. Hehehe..

Yang terakhir, nasi kukus ayam berempah dekat Chaiwalla. Tak disyorkan sebab tak berbaloi dengan harga dan kurang pedas. Baik lagi beli nasi kukus belakang The Store yang kalau teringin nak makan petang-petang, boleh pergi dekat jalan menghala ke SMKBB. Dia ada buka payung dekat situ. Baru 6 hengget sebungkus lepas tu boleh minta sambal lebih. Oh, sedapnya! Makan ni sebab waktu tu belum makan nasi lagi seharian lepas tu nak makan ubat sebab ala-ala nak demam. Tak larat nak memandu jauh, jalan kaki je dari pusat tuisyen ke sini.

No comments: