Engagement Fund ;)

Sunday, 2 July 2017

Dah Sampai Masa

Selepas setia dengan latar blog warna hijau paisley untuk bertahun lamanya, dah sampai masa untuk tukar kepada yang baru. Sob..sob..sob.. Kalau tak silap, sejak mula berkecimpung dalam dunia blogging, latar inilah yang paling lama aku pakai dan merupakan gantian yang ketiga. Nak tukar latar ni bercinta woi! Sebab? Waktu muda-muda dulu terlebih rajin teroka hampir semuanya sendiri dan tunjuk hebatlah godek blog guna latar yang melibatkan coding. Sekarang dia dah meragam, silalah rajinkan diri semula dan tunjuk hebat lagi sekali bertukar kepada yang lebih canggih. Hahahaharu.. Doakan Tuan Tanah godek cepatlah ye. Kalau tak, guna latar yang Blogger bagi ajelah. Selamat hari raya!

No comments: