Engagement Fund ;)

Friday, 21 July 2017

Dah Tua Lagi Setahun

Selepas hampir dua minggu blog berhabuk, hari ni datang sini sapu habuk beserta semangat membara nak menulis sebab ada baaaaanyak gambar baru dapat. Sebelum sambung penulisan, ingin saya catatkan satu hari bersejarah dalam hidup seorang Farae M.

Pada 5 Julai lalu, bertambah lagi setahun umur sedia ada. Makin dah meningkat umur, makin tak adalah nak ada sambutan meriah. Dua tiga tahun kebelakangan ni, memang jatuh dalam bulan puasa je 5 Julai ni. Tahun ni dia muncul pada bulan raya. Memang tak ada la tetiba orang bagi salam nak hantar bunga sejambak depan rumah kan? Berangan boleh, tapi tetap kena berpijak pada dunia nyata melainkan memang ada insan istimewa yang memang kata nak hantar bunga dari kampung halaman, pakej kek hari jadi bertulisan hangul beserta koir lagu hari jadi bahasa Korea. Berangan lagi! Hahahahaha..

Mula-mula dulu macam nak hantar dekat diri sendiri, tapi bila tiba masa, bajet ketat la pulak. Duuhh! Takpe, kita bawa ke tahun depan inshaAllah jika masih ada di dunia tika itu nanti dan ada rezeki lebih. Cuma untuk menggembirakan perut, saya bawa diri ke Secret Recipe sebab teringin sangat-sangat dengan tomyam dia. Dah lama sebenarnya teringin tapi malas nak pergi. Kononnya ini hari istimewa, maka pada petang hari kejadian, selamatlah sampai dekat sana bertemankan Taejang. Pergi bukan waktu puncak, memang aman tenteram sungguhlah sebab kedai kosong. Hehehe..

Lama sungguh tak jejak kaki dekat SR ni sejak dia naik harga kaw-kaw lepas tu hidangannya turun taraf sikit. Tapi sebab dah terasa-rasa tomyam SR yang sedap tu, seret kakilah juga pergi makan dekat sana. Sampai sana, terus pesan Noodles in Tomyam Soup untuk menu utama. Lepas tu beli jugalah sepotong kek premium SR sebab nampak macam sedap betul kek tu. Kalau pergi waktu minum petang (dari jam 3 hingga 6 petang), boleh dapat kopi percuma dengan setiap pembelian kek. Tapi yang percuma tu cuma kopi o, kopi susu, dengan teh o. Nak kopi taraf chaebol, kena tambah dua hengget.

Disebabkan percaya dekat pelayan tu, saya pesan cappucino sebab dia tunjuk dekat gambar yang cappucino termasuk dalam kategori percuma tu padahal yang percuma cuma kopi marhaen je. Terpaksalah kena tambah dua hengget sebab dah pesan kopi chaebol. Nasib baik sedap! Dekat sejam jugalah dalam SR tu sebab jenuh nak menghabiskan semangkuk besar tomyam. Sambil makan, sambil menikmati pemandangan di luar kedai.

Muka kenyang beserta menu pada hari tersebut, Mi Tomyam SR, Cappucino Panas, dan Kek Chocolate Odyssey. Kek tu sedap tapi 11 hengget 5 kupang la sepotong sebab sedap kan?


Dalam banyak-banyak SR yang pernah saya pergi, SR Banting ni yang paling seronok suasananya. Susunan kerusi meja cantik, air-cond sejuk, pencahayaan elok, dan muzik yang dipasang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Kalau stress tahap gaban, memang molek sangat lepak sini.

Malamnya, ada jamuan raya pusingan pertama dekat pusat tuisyen. Memang pakai baju cantik la sebab bos dah mesej suruh pakai baju cantik. Cerita jamuan ni nanti cerita entri lain sebab panjang. Tak sangkalah pula bos nak sambut sekali hari jadi saya pada malam tu. Siap ada kek dengan ucapan selamat hari lahir dan nama sendiri lagi. Merasalah juga potong kek bernama sendiri selepas sekian lama. Kali terakhir potong kek ni waktu dekat U dulu tak silap. Budak-budak siap nyanyikan lagu selamat hari jadi lagi. Segan cikgu garang ni dibuatnya. Betullah, perasaan pada saat lagu hari jadi dinyanyikan sambil tunggu nak potong kek adalah sangat pelik dan segan! Heeee..
Selepas saat pelik dan segan itu berlalu, pandang kamera sambil acah-acah potong kek. Waktu potong tu, apahallah pisau tak lut ni? Rupanya kek aiskrim, patutlah keras. Tapi kek ni sedap! Dapatlah makan sepotong sebelum diserbu oleh murid-murid yang ada.

Jadi kepada Cik Farae M, sempena usia bertambah lagi setahun ni, mental dan rohani pun kenalah tambah matang juga. Gandakan usaha, atasi ketakutan paling dahsyat tu untuk menghadapi masa depan yang penuh cabaran. Semoga Cik Farae M dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kesabaran yang tinggi dalam mendidik murid-murid, dipertemukan dengan jodoh yang baik dan beriman serta diberi peluang dikelilingi orang-orang yang baik-baik dan membahagiakan. 생일축하한다, 파라힌 씨!

No comments: