Engagement Fund ;)

Tuesday, 4 July 2017

Layan Diri Jelah

Kebelakangan ni terasa-rasa tomyam Secret Recipe dekat tekak ni ha. Lama gila tak makan dekat SR sejak harga dia mahal tak masuk akal. Tadi buka FB, melintas pula iklan promosi set makan tengah hari. Bermula dari 17 hengget 90 sen, dapat satu hidangan utama dan air. Okeylah, Rabu ni pergi layan diri sempena hari jadi yang ke-19 tahun.

Dah 19 tahun, carilah cara yang boleh menggembirakan diri sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain. Begitu. Tak susah pun, bersiap cun-cun (cun ke?), hidupkan enjin Taejang, pandu Taejang ke SR paling hampir. Memang mudah nak menghiburkan hati ni. Ada ke yang nak ikut temankan makan? Makan sama-sama, bayar sendiri-sendiri lah ye. Hehehe..

No comments: