Engagement Fund ;)

Saturday, 22 July 2017

Makan Dengan Abah

Disebabkan tajuk ni dah ada dalam draf, kita teruskan jelah ye sebagai kenang-kenangan. Tapi nak cakap siap-siap, jangan baca waktu perut lapar sebab nanti korang stress. Heee.. Ini cerita penghujung bulan April lalu. Kebetulan Nenek dekat rumah Bibik dan kebetulan baru dapat gaji, dan kebetulan cuma saya dan Abah je yang ada dekat rumah. Makanya, cuba nasib ajak Abah keluar makan.

Jarang-jarang sangatlah Abah setuju nak makan dekat luar kalau tak cukup ahli. Tapi hari tu, Abah kata okey. Gembiralah hati ini sebab dapat belanja Abah makan. Memang niat nak bawa ke Saha sebab dulu waktu kecik-kecik, anak dia yang bongsu ni macam-macam permintaan bila tiba bab makan. Hahaha.. 

Rezeki kami malam tu sebab ada satu keluarga baru habis makan dan bagi meja diorang. Alhamdulillah. Menu dekat Saha sekarang dah okey la sebab macam-macam ada termasuk set nasi putih dan lauk. Sebab Abah mesti nak makan nasi punya kalau makan dekat luar. Asalnya saya tak nak pesan menu berat sebab petang tu dah makan macam-macam, kenyang lagi la kononnya. 

Tapi bila disuakan buku menu, kau ghaser? Tiba-tiba terpesan set nasi dengan kari Jepun. Hahahaha.. Kek pun makan juga. Lepas tu pesan lagi nachos. Penyudahnya, kembung perut! Habis la juga semua makanan sebab berdosa kalau membazir.
Menu ni sangat berbaloi untuk dipesan. Sedap! Kari dia tak muak dan pedas. 

Kek Baldu Merah yang berkali ganda sedap dari SR punya. Tak manis sangat dan teksturnya lembab. Sedapdapdap!

Bila dah dekat nak habis makan tu, ada seorang lelaki datang dekat meja dan sapa Abah; "Ini Ustaz Mispul kan?" Ah, sudah! Rupanya bekas anak murid Abah dekat STAR dulu. Berboraklah Abah dan anak muridnya itu sambil saya menghabiskan makanan yang ada. Paling lama Abah mengajar adalah dekat STAR; kalau tak silap hampir 25 tahun. Kalau tak silap. Jadi memang ramai anak-anak murid dari sana dan ada je yang akan datang berziarah dekat rumah ni. 

Abah dan anak muridnya serta anak kepada anak murid tu.

Bila jadi cikgu, ini adalah situasi biasa. Kadang-kadang cikgu tak ingat kita, tapi kita mesti ingat dekat cikgu kan? Tegur tegurlah ye kalau jumpa. Biasanya bila dah menegur, cikgu ni akan sikit-sikit ingat balik gerangan orang yang menegur tu. Kot-kot ada bekas anak murid Ustaz Mispul tersesat sampai dekat blog ni, boleh je tinggal komen untuk tanya khabas Ustaz. Saya akan sampaikan pada Ustaz sebab sebelum ni pernah ada seorang tinggal komen dekat salah satu entri. 

No comments: