Engagement Fund ;)

Sunday, 23 July 2017

Makan-makan, Ukur Jalan Dengan Kak Chik

Tajuk kedua dalam draf yang perlu disudahkan, masih tentang makanan juga. Ini cerita waktu keluar dengan Kak Chik awal bulan Mei lalu, minggu sama kejadian makan-makan dengan Geng Makan. Memang makan sedap jelah sepanjang minggu tu.

Lama sangat tak jumpa Kak Chik jadi memang kena cari masa untuk jumpa. Disebabkan waktu kerja saya dah jadi pelik, maka boleh jelah merayap pada waktu siang, pada hari bekerja. Kak Chik pula memang dia ambil cuti sebab nak ke Jakarta esoknya. Jadi tengah hari tu saya jumpa dia di Shah Alam, pergi makan dekat Foodsbury dan dia ikut saya ke Banting sebab malamnya saya hantar dia ke KLIA 2.

Menu hidangan utama di Foodsbury. Tujuan asal nak pesan pesto pasta, tiba-tiba dia cakap tak ada pulak daaahhh. Terus tak tahu nak pesan apa.

Kak Chik dan nasi berpisah tiada. Dia ambil set nasi goreng ni. Nasi goreng dia biasa-biasa je.

Akhirnya, terpaksa makan Spicy Beef Olio ni. Okey, boleh tahan meriah isi perut dia. Tapi tetap teringat-ingat dekat pesto pasta. Sobs..

Lepas tu Kak Chik pesan Nutella Pancake ni. Yang ni memang torbaikkk! Sedap!!

Sebab keluar rumah pun dah lewat, memang tak sempatlah nak ukur jalan lama-lama sebab pukul 6 dah kena sampai dekat pusat tuisyen. Lepas makan tengah hari, singgah Seksyen 3 sebab Kak Chik nak tukar duit. Lepas tu terus gerak ke Banting. Sampai Banting pun ngam soi je waktu masuk kerja. Pergi ambil budak dan hantar ke pusat tuisyen, kemudian pergi cari makan malam.

Petangnya, bawa Kak Chik ke kedai kegemaran. Saya pesan ayam goreng kunyit dan nasi putih manakala Kak Chik makan kuey teow kungfu tak silap.

Habis kelas malam tu, teruslah gerak ke KLIA 2 sebab penerbangan Kak Chik berlepas pada awal pagi. Maka beliau bermalam saja di lapangan terbang. Sebenarnya boleh je turunkan Kak Chik dan terus balik, tapi sebab nak beli pencuci muka, masuk jugalah ke tempat parking. Dah masuk dalam bangunan, memang taklah kejap-kejap. Siap makan tengah malam lagi sebab tiba-tiba lapar balik lepas tu ada banyak makanan depan mata. Hahaha..

Sambil makan, sambung borak. Walaupun dah jumpa dari siang, tak habis-habis tu benda yang nak diborakkan. Hehehe.. Daripada mengantuk, sampai segar balik mata ni. Siap makan, terus keluar dari parking dan turunkan Kak Chik dekat balai pelepasan. Dah tengah malam, cuak juga turun parking sorang-sorang. Dari KLIA 2, terus pecut balik rumah. Mungkin sebab dah lewat sangat, tak ada kereta langsung woi atas jalan!
Pencuci muka baru. Memang habis langsung pencuci muka sampai terpaksa cuci muka guna skrub untuk beberapa hari. Nak pergi beli, jauh kedainya. Nak beli online, karang terbeli sekali benda lain. Nasib baik ke KLIA 2, dapatlah beli di The Zon. Tapi kan, memang harga dia murah sikit ek berbanding di kaunter biasa?

Supper katanya. Ayam goreng nak, burger pun nak.Nasib baik ada set yang dua-dua ada. Kak Chik makan kentang tu je, tu pun tak habis. Jadi, siapa yang habiskan? 

Beliau yang disebut-sebut dalam ini cerita.

Takut jugalah ada perkara tak diingini berlaku. Cuak punya pasal, lampu merah semua saya langgar sebab teringat dulu ada terbaca pasal kes samun pada waktu tengah malam di lampu isyarat. Walaupun orang cakap saya ni seorang yang gigih dan kental sebab biasa memandu sendirian ke pelbagai lokasi, dalam hati ada sikit gentar juga pada waktu-waktu tertentu. Sebelum gerak dari KLIA 2, saya jatuhkan kerusi penumpang sebelah konon-konon saya bukanlah berseorangan. Tak ingat dapat tips ni dari siapa tapi sedikit sebanyak membantu jugalah beri kelegaan.

No comments: