Engagement Fund ;)

Friday, 21 July 2017

Mesyuarat Iftor Geng Bilik Prep 2017

Habis cerita diri sendiri, sambung lagi cerita lain. Cerita raya belum boleh tulis selagi cerita bulan puasa tak habis. Ikut giliran. Ini kejadian sebelum tiba bulan puasa dimana ahli jawatankuasa tertinggi yang terlantik sendiri telah bermesyuarat untuk mengadakan satu majlis berbuka yang melibatkan semua Geng Bilik Prep. Gigihlah buat perancangan awal dengan harapan ahli lain dapat susun jadual hidup masing-masing dan boleh turut serta dalam majlis ni nanti.

Sebenarnya dah rindu dekat KLIA 2, jadi mesyuarat ni kira asbab jelah nak jumpa. Hahahaha... Okey la kan, dapat gabung banyak benda dalam satu masa? Dapat jejak kaki dekat KLIA 2, dapat makan apa yang nak dimakan, dan dapat bincang perkara yang perlu dibincangkan.

Dalam kalangan Geng Bilik Prep, hampir semuanya dah berkahwin dan majoriti dah pun dikurniakan anugerah anak. Maka, AJK yang bujang ni merancang dengan memikirkan keselesaan ahli-ahli yang dah berkeluarga. Cadangan kali ni, kami sewa homestay dan majlis berbuka akan dijalankan di homestay tersebut. Lebih selesa bukan sebab hanya kita-kita aje? Kalau anak menangis pun, tak perlu rasa serba salah dengan pelanggan lain yang ada di tempat makan tu. Bayaran dikenakan untuk sewaan homestay dan juga menu utama. Tapinya, kalau ada yang nak bawa juadah, dialu-alukan. Begitulah isi perbincangan kami pada hari tersebut.

Kami memilih Agro Bazaar sebagai tempat perbincangan yang terletak di Balai Perlepasan. Dalam ni ada KopieSatu dan kaunter jual makanan bawah Agro Bazaar kalau tak silap selain jualan produk-produk tempatan. Sebelum mula mesyuarat, beli kopi sorang satu lepas tu beli kuih untuk kunyah-kunyah. Suasana dalam ni nyaman dan selesa, sesuailah nak lepak lama. Tapi harga makanan harap maklumlah ye. KLIA 2 kan?
Aneka kuih talam yang berharga seringgit sepotong dan boleh gigit dua kali je setiap potongan ni. Nasib baiklah kuih-kuih mahal ni sedapdapdap!

Tuan Tanah dan menu minum petang.

Pengerusi majlis merangkap jurukamera.

Habis bincang, terus hantar butiran dalam WhatsApp Geng Tingkap.

Habis makan dan berbincang, naik ke surau untuk solat sebelum ke perhentian seterusnya, tak lain dan tak bukan, Family Mart! Dah jatuh wajib singgah dah kalau datang KLIA 2 ni. Cumanya ikut nasiblah ada tempat duduk ke tidak waktu datang tu sebab meja yang disediakan sangat terhad.

Banyak membeli kali ni. Ada onigiri, oden, gyoza, susu pisang Binggrae dan roti serta puding. Waktu pergi ni, diorang tengah buat Festival Makanan Korea jadi kuah untuk oden tu, ada yang perasa kimchi. Tapi kalau tak silap, kami tak dapat beli kuah kimchi tu sebab dia baru je nak masak. Kena tunggu 15 minit katanya. Susu pisang pula beli sebab rindu dekat Korea punya banana uyu. Malangnya, rasa yang dalam kotak ni jauh panggang dari api dengan yang segar dalam botol tu. Kenalah tunggu untuk merasai kembali kesedapan banana uyu dari kedai serbanika di Hyehwa. Eh!

Semangkuk penuh oden untuk dua orang makan.

Oden, onigiri, banana uyu.

Dekat belakang nun adalah gyoza ayam yang sedap!

Makan laju-laju lepas tu terus keluar untuk kejar masa. Tapi akhirnya tak terkejar pun sebab tiba-tiba melencong ke tempat lain pula. Bukan selalu buat jahat kan? Sekali-sekala je. Heeee.. Ni tengok gambar oden, terus teringin nak makan lagi. Bila pula nak ke KLIA 2 lagi ni?

No comments: