Engagement Fund ;)

Wednesday, 5 July 2017

Tanda Ingatan dari Geng Bilik Prep

Dalam banyak-banyak kawan, kawan yang paling rapat adalah kawan-kawan sekolah menengah. Dengan kawan-kawan sekolah rendah, tak berapa nak rapat dah dan macam kekok bila berjumpa. Habis je sekolah rendah, terus masuk asrama, jadi memang terus putus hubungan. Ada la yang aku rapat dan berhubung melalui surat sampai habis sekolah la juga. Tapi sebab tak bersua muka, teruslah hubungan tu kurang mesra.

Dalam kalangan kawan-kawan sekolah pula, paling rapat dah tentulah dengan Geng Bilik Prep. Pahit, manis, wangi, busuk, masam, semua dalam poket. Hahahaha... Bila masing-masing dah berkeluarga, tinggallah geng yang bujang-bujang je. Tu yang kalau tunjuk gambar je, muka dia. Kalau jumpa makan-makan pun, muka dia ni juga. Buat aktiviti luar pun dengan dia ni lagi. Orang lain mana? Krik..krik..krik..

Baru ni berkumpul untuk buka puasa sama-sama. Alhamdulillah, dah masuk tahun keempat tak silap dengan aktiviti ni. Tapi itulah, muka yang samalah juga dari dulu sampai sekarang. Takpelah, redho je. Yang penting dah usaha nak kumpulkan semua orang dalam satu majlis, dah puas hatilah walaupun hujung-hujung tu merajuk juga. Hahahaha... Orang lahir bulan 7 ni memang senang sentap.

Waktu buka puasa haritu, Chik hulur cenderahati dari Hong Kong. Lahai, terharu sungguh-sungguh sebab tak sangka pula kami ni masih melekat dalam ingatan waktu beli cenderahati tu. Terima kasih Chik, kitorang balik kampung tahun depan, kitorang akan pastikan Geng Bilik Prep ada dalam ingatan.

Shopping bag dan juga rantai kunci dari Hong Kong. Macam tau-tau je Chik ni Sazoh tengah fikir-fikir nak beli shopping bag lipat-lipat macam ni.

Lepas tu, waktu beraya ke Ampang, Mada pula hulur cenderahati dari Jerman dan London. Terima kasih banyak-banyak juga sebab tak lupa dekat kitorang yang cuma mampu pergi Jeram dan Londang setakat ni. Hehehe.. Moga bertambah murah rezeki orang-orang yang tak lupa dan orang lain dan tak lokek memberi.

Fridge magnet dari Jerman dan rantai kunci dari London. Waktu bagi ni, Mada tabur suruh pilih, terus rambang mata semua pun nampak cantik. Berejam Ambil masa jugalah nak pilih. Hahaha..

No comments: