Engagement Fund ;)

Tuesday, 7 May 2019

Kembali Ke?

Assalamualaikum dan annyeonghaseyo! 👋 👋  Hari berganti hari hingga tiba minggu baru. Kemudian minggu bertukar minggu hingga muncul bulan baru. Bulan berganti tahun hinggalah tiba tahun baru 2019, penulis blog ni tak muncul-muncul juga sampailah Mei menjengah. Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk bernafas di bumi ini. Sebelum terlupa, selamat menyambut kedatangan ramadhan buat semua. Moga ramadhan tahun ini ada perubahan dan lebih baik dari tahun-tahun yang terdahulu.

Memandangkan ramai warga Blogger sudah berpindah rumah ke Instagram, saya terikut juga dengan mereka. Namun, masih ada azam untuk menulis di sini terutamanya catatan perjalanan bermusafir ke negara orang dan tempat baru. Sekurang-kurangnya, ada jugalah tempat untuk saya singgah mengenang memori atau membuat rujukan di masa hadapan nanti.

Tahun ini, buat kesekian kalinya, diberi peluang pulang ke 'kampung' buat kali ketiga. Bila baca catatan orang lain di blog masing-masing, berkobar-kobar semangat nak kembali menulis. Maka, pengunjung dan pengikut(masih ada ke tu?😅😅) Atas Nama Cinta, doakan saya rajin. Saya berhutang 3 catatan perjalanan Geng Bilik Prep di sini bermula dengan kembara ke Terengganu, diikuti dengan penjelajahan ke Hong Kong, dan terbaru, perjalan ke Gangneung dan Seoul. Sekian dulu untuk pertemuan kali ini, hingga berjumpa lagi dalam masa terdekat.


No comments: