Engagement Fund ;)

Thursday, 20 June 2019

Essence ke Serum?

Hari Selasa minggu lepas, terlajak sampai ke KLIA2 disebabkan jiwa kacau. Alang-alang dah sampai sana, merondalah kita dan 'ter'masuk dalam Watsons. Watsons sana best sebab besar dan ada banyak produk. Kerana masuk Watsons, selamat jalan sandal! Dalam hidup, kita tak boleh dapat semua benda yang kita nak dalam satu masa. Nak dapatkan sesuatu, perlu korbankan sesuatu. Begitulah mukadimah untuk ulasan produk kali ni. πŸ˜‰



Semakin meningkat umur ni, kena mula rajin jaga kulit. Selain daripada rutin yang biasa (toner & moisturiser) elok kalau pakai serum sekali. Tapi, sebab serum ni bapaklah mahalnya, kita boleh guna essence. Essence ni gred dia rendah sikit dari serum. Pernah baca ulasan dari blogger juga yang membandingkan essence dan serum. Kalau tak berapa nak ada bajet, pakai essence pun okey dah dia kata. Serum jenama Clinique, RM245 satu botol. Mary Kay punya lagi mahal, nak dekat enam ratus 😨😨.
Botol dia masih simpan. Biasalah, hoarder kan?


Dulu saya pakai Even Better Essence Lotion tu. Harga dalam RM 100++ gitu. Baru ni konon nak restock, tapi produk ni dah discontinued. Aiseh... Balik dari Korea tempoh hari, pernah cuba essence Missha, tapi tak serasi sebab rasa melekit sangat dan gatal. Akhirnya tadi, cuba jelah tengok apa yang ada dalam Watsons tu. Macam nak cuba L'Oreal yang Centella, tapi bila belek jenama lain, nampak macam lagi best. Tersangkut dekat Rice Bran & Soy Bean jenama Naturals by Watsons. 


Sebab sebenar beli, satu, dia tengah promosi: harga asal dalam RM 50++ turun jadi RM30++ je. Dua, boleh dapat 10X mata ganjaran Watsons. Tiga, dia buatan Korea. Empat, tekstur dia kurang melekit dan hampir sama macam tekstur Even Better Essence Lotion. Lima, botol dia comel😍😍 

Ni dia botol comel tu


Setakat seminggu pakai ni, memang best la. Perbezaan sebelum dan selepas tak perasan. Hahahaha...

No comments: