Alhamdulillah, sempat aku mencuri masa untuk mencatat sedikit cerita raya lepas. Walaupun pada mulanya raya kali ini rasanya akan menjadi kurang meriah dan tidak seronok kerana; pertama, tidak sempat menyiapkan kuih raya yang sudah disenaraikan dalam to-do list, kedua; apa yang dirancang awalnya tak terjadi. Tapi akhirnya ada sedikit keceriaan singgah pada sisa cuti raya.
Cerita 1 (2 Hari sebelum raya...)
Perancangannya, mahu memasak rendang hari ni dek kerana peti ais yang penuh dengan pelbagai stok untuk raya. Mak menyerahkan tugas memasak padaku. Kira-kira lepas asar, tersedialah kesemua bahan-bahan yang sepatutnya untuk rendang daging. Rempah ratus seperti jintan manis, jintan putih dan ketumbar memang sudah ada tersedia dalam peti. Cuma rendangku tiada lengkuas. Bukan apa, malas eden nak ambik kat kebun nun. Bukan boleh korek-korek dengan pisau macam nak ambik halia, tapi siap kena bawak cangkul dan parang bagai.... Sebelum mula menumis bahan-bahan tumisan, dengan yakinnya aku membuka peti ais untuk mengambil rempah ratus tadi. Jintan putih dan jintan manis memang terletak elok kat para paling bawah. Cuma bekas ketumbar tidak kelihatan di situ. Ah, sudah... Jangan la pulak ada yang terbuang ke atau tertumpahkan ketumbar tu. Seingatku bekas tersebut masih lagi penuh berisi kerana memang sengaja aku siapkan untuk memudahkan mak memasak. Habis satu rumah sibuk mencari bekas tersebut kecuali abah yang masih berada di kebun. "Ko tak baca bismillah ni dik.." Abang berkata sambil mencari. "Dah la tadi. Takpe la, orang baca lagi sekali" Sebaik saja menyudahkan bacaan bismillah.. "Hah, ni apa?" Abang Faiz mengangkat bekas hijau berisi serbuk ketumbar dari belakang bungkusan di atas peti ais. "Hehehe..terima kasih..."
Cerita 2 (Sepanjang Raya)
Tak ada yang luar biasa pun sepanjang raya. Cuma ada rutin setiap hari. Isi kuih raya, buat air, basuh gelas, masak. Penuhkan balang kuih raya, bancuh air, cuci gelas, masak. Tak berhenti orang datang berkunjung. "Ye, jemput masuk..Mak dan abah ada". Bukan apa, kadang-kadang bila cakap mak dan abah tak ada, tak jadi diorang nak beraya.
Cerita 3 (Raya ke 5)
Sedari awal Man menghantar mesej mengkhabarkan hasratnya untuk bertandang ke rumahku raya kali ini. Aku dengan riangnya berkata "Datang la Man, dah lama tak jumpa." Terus aku khabarkan kedatangan Man pada Aten (geng buang tebiatku). Punyalah kami berdua merancang nak beraya ke mana waktu Man datang nanti. Bila ditanya dengan siapa dan bagaimana Man datang, lagi la keluar sampai 2 master plan pulak. Memandangkan Dyaz, Chik, dan Cik Nilam masih berada di kampung, akhirnya Man datang dengan Cik Makassar. Selamat datang ke rumahku Din! Hehehe.. Rancangan untuk keluar awal terpaksa dilupakan memandangkan tetamu datang silih berganti dimana tika jam menunjukkan 4 petang barulah kami berangkat ke rumah Aten. Hani dan Long telah lama menunggu ketibaan kami. Siap merasa kesemua kuih raya Aten dan bersolat asar, kami bertolak ke Bukit Changgang pula untuk ke rumah Nani dan Lieza. Rumah Ain Nuar terpaksa dikeluarkan dari senarai kerana masa tidak mengizinkan. Sampai di rumah Nani pun sudah hampir maghrib. Sedang enak merasa kuih raya Nani, 2 kereta berhenti di halaman rumah Nani. Tuu dia! Sahabat yang sudah sekian lama tidak berjumpa bertemu muka tanpa dirancang. Nab, Nadia, Fiza, Pana Lan, Zatul dan Ain Nuar pun ada sekali. Terus sesi fotografi berjalan secara rasminya. Stesen seterusnya, rumah Za. Agak lama juga di sini memandangkan kami bersolat maghrib sekali. Selesai semuanya, perjalanan diteruskan. Kali ni menghala ke Kajang. Berani mati ni, anak-anak dara berjalan malam. Bukan apa, aku teringin mahu menjejak kaki ke rumah Man memandangkan sepanjang perkenalan kami, hanya dia saja yang kerap ke rumahku. Disebabkan sudah agak lama tidak ke Kajang, aku kurang ingat jalan di mana Man yang menjadi penunjuk jalan tersalah pilih jalan. Sampai memang sampai. Tapi agak jauh dan jalannya sunyi tanpa satu pun kereta walaupun dalam kawasan Putrajaya! Berdebar juga kalau tiba-tiba ada yang menahan ke. Haish, haru dibuatnya nanti. Jadi aku mengikut saja papan tanda 'Kajang' hinggalah stereng dipusingkan ke kiri untuk susur keluar ke Kajang. Sekali lagi ketar lutut bila tiba-tiba jalan bertukar gelap gelita dan kiri kanannya dipenuhi pokok-pokok dan semak serta jalannya yang berbukit. Kami jadi cuak sekali lagi. Masing-masing kembali sibuk bercerita itu dan ini untuk menutup kecuakan (ye kan korang?). Akhirnya sampai juga di rumah Man. Rupanya tahun lepas Man tak balik beraya di Semenanjung. Patut la beria-ia Man nak datang rumah. Mak Man dah siap masak tika kami menjejak kaki di situ. Alhamdulillah, rezeki. Hampir 45 minit juga di rumah Man barulah kami bergerak ke stesen terakhir, rumah Radin di Bandar Tun Hussein Onn. Yang sengalnya, Tuan Punya Rumah pun ragu-ragu dengan jalan nak ke sana, camano ni hah? Nasib baik sampai jugak walaupun ada terlajak sikit. Kami bertolak pulang kira-kira jam 10++ dengan isi kereta yang sudah berkurangan dan seruan pulang dari rumah masing-masing. Moral of the story, tahun depan kena la keluar pagi kalau nak beraya banyak rumah.
Cerita 4 (Raya ke 6)
Dari pagi aku sibuk di dapur membantu mak masak kerana saudara-saudara dan makcik-makcikku akan singgah selepas bertandang ke rumah Kak Jemah yang mengadakan kenduri kahwin anak sulung perempuan.
Menu hari ni, mee kari. Petangnya, sudah siap mengemas rumah selepas Kakak-kakak saudara dan makcik-makcikku pulang, satu pesanan ringkas masuk ke dalam Nokia 6085; Salam sazoh, ada kat umah x? Erm...soalan cuak ni. Dyaz dan beberapa sahabat lain sedang dalam perjalanan ke Banting rupanya. Mujurlah semuanya sudah tersedia. Cuma mereka sampai ketika aku belum bersedia (tak solat asar dan mandi lagi). Ingatkan 2 kereta, rupanya satu Avanza. Chik menjadi pemandunya. Sampai juga Kinah, Cik Nilam, Baz dan Dyaz ke rumahku. Aku je tak sampai-sampai lagi rumah mereka. Hehehe.. Dah sudah makan, sesi wajib di setiap destinasi bermula. Macam-macam gaya keluar.






Antara Aidilfitri terseronok bagiku. Berkumpul semula dengan sahabat-sahabat lama dan mengenang kisah lalu. Tak kurang juga soalan-soalan sengal seperti; "Bila nak dapat kad wangi ni?" atau "Agak-agak sape dalam batch kita kahwin dulu." Sabar la ye kanak-kanak. Nanti-nanti ada la kad wangi sampai.














