Alhamdulillah selamat sampai rumah. Patutnya entri tajuk ni keluar malam tadi tapi tak tau pulak kenapa status dia publishing je dari semalam. Jadi taip balik guna tajuk sama. Hahaha.. Memang saiko! Isi masa lapang nak tunggu waktu tuisyen kekdahnya. Kalau letak kepala kat bantal ni, aku jamin tidur tak ingat dunia punya.
Seperti yang dirancangkan, hanya cita-cita nak terjah Jusco je kesampaian semalam, cita-cita nak balik rumah tak kesampaian sebab selesai semuanya pun dah dekat-dekat pukul 7. Memang berazam lepas habis je semua mak nenek ni nak terjah Jusco yang sepelaung je dari hotel tu. Nak makan, makan, dan makan. Apa lagi yang best untuk dibuat bila stress selain makan? Buat kerja tak berhenti pulak tu. Itupun nasib baik aku dah siap sedia dengan soalan sebelum datang, kalau tak memang pecah kepala la nak fikir.
Hari Khamis mula kerja 8 pagi sampai 11.45 malam, berhenti rehat untuk makan dan solat je. Jumaat pulak, mula pukul 8 jugak tapi sampai 6.50 petang je sebab penyemak nak balik awal. Memang kena siapkan semuanya walaupun dalam memo patutnya kena kerja sampai Ahad. Kali ni jugak aku datang dengan persediaan mental dan fizikal. Aku dah tahu, penyemak soalan mesti cerewet gila ikut sebijik-sebijik apa yang dalam buku. Dia kira ko, jarak nombor dengan titik! Kena 0.5 cm. Untuk buat garisan jawapan, kena tekan 15 kali. Tensi! Saiko! Hahaha... Tapi aku dah cool sikit sebab dah ada pengalaman. Ada sorang tu baru pertama kali lalui benda ni, siap bebel-bebel dia sambil menaip tu. Siap menyumpah orang yang wujudkan format lagi. Aku senyum je la. Heeeee...
Buat soalan tak susah mana, tapi tang nak ikut format tu yang boleh pengsan jaga pengsan jaga, pengsan balik. Leceh sangat tau! Yang kali ni format baru pulak, kena ikut JSU yang aku tengok sekali lalu sebab tak faham. Tak pasal-pasal kena buat balik soalan bahagian B. Nasib baik aku terer. Kehkehkeh... Aku bajet bolehlah siap semua pukul 5, sekalinya tengok jam tiba-tiba dah pukul 6. Eh? Bila nak pergi Jusco ni? Hahaha... Yang buat lambat adalah bermula tengahari semalam, laptop urusetia diserang virus. Memang choi orang yang bawak virus tu! Dah la printer ada satu tu je, nak tak nak kena isi benda yang nak diprint dalam pendrive kosong, print dan lepas tu terus format kat situ. Nasib baik jugak laptop tu kena virus sebab kalau tak kerja lagi banyak. Macam jahat pulak cakap macam ni. Kihkihkih...
Tapi memang boleh sakit kepala okey buat soalan periksa ni. Lepas disemak oleh penyemak sebanyak dua kali, baru boleh mula buat skema jawapan. Lepas tu kena semak skema jawapan pulak. Dah takde salah semua, print soalan dan skema. Seterusnya, kena bagi softcopy pada urusetia dalam bentuk Word dan Pdf. Satu kerja lagi nak pergi convert jadi Pdf. Ada hikmah gak la laptop tu kena virus kan? Jadi softcopy semua bagi kat penyemak je biar dia fikir nak buat cemana. Muehehehe... Dah siap semua, isi borang-borang yang sampai 3 helai dengan pelbagai mak nenek tu. Lepas tu semak JSU sama tak dengan soalan. Kena print sekali JSU tu untuk di'seal' bersama soalan. Lepas tu serah pada urusetia. Barulah selesai. Dari takde peluh, sampai keluar peluh, sampai peluh dah kering baru semuanya selesai. Bahagian paling paling paling best adalah, selepas semua jerih perih yang dilalui, belum tentu soalan yang ko buat tu digunakan untuk periksa. Untung sabut timbul la atas meja waktu exam kang, untung batu, tenggelam la soalan ko dalam bank soalan. Sebab? Sekali gubal, memang ada dua set soalan untuk setiap subjek. Maka, pasrahlah....
Sebab dah tensi + stress, afdhol untuk redakan stress dengan makanan. Siap je semua, laju-laju turun basement nak pergi Jusco yang sepelaung je dari hotel tu. Kali ni lokasinya tengah bandar maka ke shopping mall lah kita. Dulu lokasinya tepi laut jadi bolehlah tenangkan otak di pantai. Okey, tujuan utama adalah nak carik kopi, sushi dan tako. Kopi kat hotel ni tak sedap, cair...cair...cair... Nak kata tawar, memang tawar la sebab aku memang minum kopi tak letak gula. Tapi dari segi bancuhan dia tu, kopinya tak berapa nak rasa kopi. Tak macam kalau beli kopi Mekdi, terasa kepekatannya. Gituu...
Disebabkan aku lone ranger dan hari dah gelap dan berada di tempat asing, maka laju-laju aku masuk Jusco. Mula-mula cucuk duit, pastu ronda kejap tengok tempat makan. Tekak kata nak tapi perut kata beringatlah, maka tak jadi makan makanan berat. Memula beli tako. Pastu beli croissant kat Delifrance. Pastu beli sushi. Sampai tempat sushi, jadi kelabu mata kejap sebab dia dah buat diskaun 30% untuk semua sushi. Aku bukan boleh nampak tanda diskaun ni, saiko kejap. Hahaha... Sebab masih waras, aku ambik sebekas je. Pastu tapau bun kat Baker's Cottage. Bukan satu, tapi dua. Pastu beli blended mocha. Perghhh, nyaman je lalu kat tekak dengan rasa kopi yang sebenar! Saiko lagi... Tak sampai sejam pun kat situ, terus balik hotel. Bahaya okey merayap sorang-sorang dimalam hari di tempat asing. Lagipun takut takde parking dah kat hotel. Sampai bilik, laju-laju naik bilik sebab nak kejar waktu maghrib. Pastu barulah makan. Tak makan dekat kafe dia sebab bosan sebab masakan dia kureng. Kat Ancasa dulu, sampai sengkak perut aku makan sebab makanan dia sedap dan pelbagai. Hehehe... Eh, dah jadi esei STPM pulak entri ni. Nah gambar hasil tangkapan orang stress. Sushi sandwich, tako, blended mocha, croissant dan bun. Sekian...