Engagement Fund ;)

Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Friday, 28 April 2023

Life is Beautiful Giveaway

 Bismillah...

Entri rasmi pertama untuk tahun 2023 nampaknya. Hehehe... Sebenarnya kerap je log in blog untuk siapkan catatan pengembaraan GangneungXSeoul 2019 yang tak siap-siap tu. Tapi tulah, masih draf je semuanya. Heee... Tapi hari ni termotivasi nak menaip sebab Mummy Ayu buat giveaway. Yeay! Moga ada rezeki saya untuk menang giveaway dari Mummy Ayu lagi.

Hadiah kali ni adalah tiffin dari Bangkok. Sebelum ni pernah juga dapat giveaway dari Mummy Ayu waktu beliau masih bertugas di Bangkok. Alhamdulillah masih elok dan berguna sampai sekarang hadiahnya 😍😍. Hadiah untuk giveaway yang ini pun khabarnya dari Bangkok juga. 

Ini rupa hadiah giveaway kali ni. Comel kan? Ya Allah, moga ada rezeki Cik Fara untuk dapat tiffin comel ni. Aaminnn..


Sekarang kan dah tak ramai blogger yang aktif menulis macam zaman dulu-dulu. Mummy Ayu adalah salah seorang blogger yang masih aktif dalam dunia blogging. Makanya, kalau nak rehatkan minda baca benda yang ringan, memang blog Mummy Ayulah antara blog yang dituju. Harap Mummy Ayu terus kekal rajin dan aktif menulis supaya saya ada 'port lepak online' setiap hari. Hehehe... Saya punya motivasi nak menulis dah ke laut. Semoga kembali rajin lepas ni sebab rasa macam tak puas nak taip panjang-panjang dekat IG sana. 

Akhir kalam, selamat bertemu kembali di alam maya dan semoga motivasi untuk terus berblogging melekat kuat sampai bila-bila. 

Tuesday, 25 April 2017

Rezeki Dapat Hadiah Tahun 2017

Okey, rehat kejap dari cerita perjalanan DKM tu. Kali ni nak catat tentang Giveaway yang disertai di Instagram dan juga Blog. Memang lama sangat-sangat tak masuk mana-mana giveaway ni sebab kadang-kadang syarat dia terlampau banyak dan leceh. Ada yang nak kena ikut dekat FB, IG lagi, lepas tu kena tambah dalam Google Circle bagai, memang tak la. Apapun, itu hak masing-masing la tentukan syarat penyertaan. Kalau nak masuk, silalah ikut syarat. Kalau tak boleh penuhi syarat, tak payah masuk. Senang kan?

Giveaway pertama adalah oleh Instagram Plastik Kurier Murah. Sebelum ni memang pernah berurusan dengan penjual ni dan servis memang mantap dan pantas. Aku beli plastik untuk pos kimchi dekat sini la sebab ada banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Sejak dari tu memang follow IG dia dan satu hari tu nampak dia letak tentang pemberian hadiah ni. Tengok syaratnya, mudah aje dan cubalah buat. Waktu masuk tu macam berharap dapat hadiah tapi dalam masa yang sama macam rasa tak ada harapan sebab jarang sangat aku ni nak bertuah kalau melibatkan cabutan bertuah. Hehehe..

Alhamdulillah, lepas tarikh tutup tu, buka je tab, berjujuk notification IG. Bila tengok, nama terpilih jadi pemenang rupanya. Yeayy! Teruslah balas mesej dari penganjur dengan ucapan terima kasih kerana sudi buat giveaway dan juga alamat untuk pengeposan hadiah. Disebabkan waktu tu hari Jumaat, ingatkan minggu depan la hadiah sampai. Rupanya, esok tu dah sampai dah. Balik dari taklimat tengah hari Sabtu tu, nampak bungkusan atas meja depan. Saja je belek sekali tu nampak nama sendiri. Terus angkut bawa masuk kereta sebab kejar masa nak pergi tuisyen.

Sebelum bungkusan dibuka

Kemas balutannya siap bubble wrap lagi

Taraaa! Beg tangan comel untuk kondangan. Dah pakai sekali haritu.

Kali kedua pula, giveaway dari seorang blogger yang kini bermastautin di negara jiran kerana tugas, Mummy Ayu. Syarat penyertaannya pun senang je iaitu buat satu entri dan tinggal komen dekat blog beliau. Selesai. Yang ini pun sama juga perasaannya, dalam hati macam terasa akan dapat tapi separuh lagi perasaan tu rasa macam tak ada harapan. Hahaha.. Kompleks sungguh perasaan tu.

Bila tiba waktu pengumuman pemenang, nama naik sebagai penerima hadiah saguhati. Alhamdulillah, rezeki. Walaupun saguhati, tetaplah gembira sebab ada orang nak bagi hadiah. Hadiah dah selamat sampai awal bulan ni. Ingat lagi, waktu tu baru je balik dari hantar Nenek ke klinik mata untuk pemeriksaan rutin. Nampak ada van Poslaju masuk tapi tak adalah terkejar-kejar cari tudung sebab Abah ada dekat luar. Van keluar je dari laman rumah, laju-laju keluar dan ambil bungkusan dari Abah. Hahaha.. Tak menyabar!

Sebelum dibuka

Isi dalam bungkusan, coin pouch dengan charm besi peta Thailand dan juga nama sendiri. Comel dan berkualiti! Saya suka saya suka. Dah pakai dah pun. Hehehe.. Sebenarnya boleh pilih warna dan nak letak nama apa, tu yang pilih warna hijau dan letak nama glamour. Cuma charm tu je Kak Ayu pilihkan. Terima kasih Kak Ayu.

Siap ada kad ucapan lagi. Boleh simpan buat kenangan.

Lepas ni kalau ada lagi giveaway yang mudah, nak cuba juga masuk. Rezeki ni tak boleh nak jangka. Dan disebabkan ini, inshaAllah aku pun nak buat giveaway sempena perniagaan kimchi kecil-kecilan yang semakin mendapat sambutan ni. Tunggu di entri seterusnya.

Saturday, 4 March 2017

Hadiah Untuk Yang Bertuah Dari Mummy Ayu

Lama rasanya tak masuk mana-mana giveaway dekat blog sebab jarang bertuah. Hehehe.. Selebihnya, tak rajin nak ikut syarat-syarat yang kadang tu terlampau banyak nak kena ikut. Kali ni kebetulan salah seorang blogger yang aku selalu singgah blognya buat giveaway dengan syarat-syarat yang tak begitu ketat, maka marilah cuba nasib mana tahu ada rezeki kan tahun 2017 ni?

Blog Mummy Ayu ni memang aku dah letak dalam senarai blog-blog yang aku rajin singgah dan baca dekat sini. Memang blog-blog yang ada tulah blog yang aku selalu baca. Dari awal berkecimpung dalam dunia blogging, memang lebih suka baca blog emak-emak sebab aku rasa macam boleh kenang balik zaman arwah Mak membesarkan kitorang dulu dan bersyukur dengan apa yang kitorang dapat dan lalui. Selain tu, banyak juga dapat ilmu untuk kelangsungan hidup. Kadang-kadang benda mudah je pun tapi kalau dah memang tak tahu tu, tak tahu juga kan? Dan biasanya mereka yang bergelar emak-emak ni suka dan rajin bercerita tentang pelbagai benda walaupun benda yang mudah dan ringkas.

Berbalik kepada tujuan entri ni dikarang, ini merupakan salah satu syarat penyertaan. Selaku seorang yang suka bercerita dan mengarang, syarat sebegini tidak menjadi masalah. Hadiah yang ditawarkan oleh Mummy Ayu adalah passport cover yang comel dan kemas buatannya. Kalau ada rezeki terpilih jadi pemenang, bolehlah sarungkan pada passport sendiri dan bawa bersama waktu pulang ke kampung halaman tahun depan. Tiba-tiba ada kampung halaman dekat luar Malaysia kan? Hahaha..

 
Ini gambar passport cover Mummy Ayu sekeluarga. Comel kan? Siap ada nama lagi dekat luar tu.

Buat Mummy Ayu, salam perkenalan dari saya, Farah yang dah lama baca coretan Mummy Ayu tapi tak pernah munculkan diri dalam ruangan komen. Pembaca senyap katanya. Hehehe.. Moga ada rezeki nak dapat hadiah cantik dari Mummy Ayu yang kini sedang bertugas di perantauan.

Saturday, 9 May 2015

SAYA NAK MENANG TUDUNG INSTANT/INNER NECK NAAZNEEN FAIQA BY NEENAANUAR



Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!

Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!

Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-

- Tidak perlu digosok

- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)

- potongannya labuh menutupi dada

- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur

Menarik tak ciri-ciri tudung instant Naazneen Faiqa ni? Terima kasihlah Kak Neena Anuar sebab keluarkan produk senang dipakai dan labuh macam ni. Aku ni dok perhati je dari haritu nak beli tapi tak sempat-sempat nak beli; bila keluar giveaway ni, cepat-cepat sign in blogger dan buat entri ni. Kenapa aku tertarik dengan produk ni? Sebab dia labuh menutupi dada dan dia ada soft awning, tak perlu risau awning dia rosak terkelepet kalau terduduk ke apa. Paling penting, sesuai sangat untuk aku yang tak kuasa nak gosok tudung kalau nak keluar rumah setakat nak beli santan atau asam jawa. Hehehe... Diharapkan agar Kak Neena boleh hasilkan lagi banyak warna untuk tudung Athifa ni supaya senang nak suai padankan dengan baju yang banyak warna tu. Nak keluar rumah walau sekejap pun kena gorgeous macam Kak Neen jugak sebab tu tudung kena sesuai dengan t-shirt walaupun muka aku selalu tak siap. Kihkihkih...

Friday, 13 June 2014

Giveaway Beads & Pearls June 2014

Dah lama tak masuk mana-mana giveaway. Lepas buat giveaway dan melawat blog peserta-peserta giveaway Ke Korea Dah Kita, barulah macam ada semangat nak jadi macam diorang jugak yang rajin benor masuk giveaway. Bagus! Siapa lagi yang nak sokong blogger kalau bukan blogger jugak, tak gitu? Nak masuk giveaway pun kena tengok syarat-syaratnya, kalau kena follow blog, follow page Facebook, atau jawab soalan-soalan yang diberikan, tak ada masalah. Tapi kalau kena follow Instagram atau Tweeter sekali, memang tak dapek la sebab tak ada akaun. Hehehe...

Syarat-syarat Giveaway Beads & Pearls June 2014 sudah pun dipenuhi dengan tertampalnya entri ni di Atas Nama Cinta. Cantik-cantik shawls dekat Beads & Pearls dan yang penting lebar. Pakkal aku baru borong shawl dekat Fleur Closet, kalau tak memang nak angkat sehelai jugak. Hehehe... Kepada yang berminat nak turut serta giveaway ni, boleh klik poster di bawah untuk keterangan selanjutnya. Tarikh tutup adalah pada 21 Jun 2014. Jom kita masuk ramai-ramai sebab pemenang akan dipilih menggunakan random.org makanya semua pun ada peluang untuk menang. Harapnya, adalah rezeki mak incik nak dapat shawl cantik ni sebab memang cantik okey hadiah yang ditawarkan tu! Kalau tak percaya jugak, nah tengok poster giveaway ni....

Klik sini untuk menyertai Giveaway Beads & Pearls

Friday, 16 November 2012

Cubaan Kali Kedua

Kalau nak menang sesuatu, tak boleh putus asa dan kena berkorban sikit. Oleh itu, wajiblah mencuba dan terus mencuba hingga berjaya, bak kata Kak Ana Suzana. Kali ni nak cuba lagi sekali dapatkan hadiah dari Perth, tajaan Kak Umi. Hehehe... Rajin betul Kak Umi ni buat Giveaway. Mudah-mudahan murah rezeki Kak Umi kerana sering memberi kepada orang lain. Lagi banyak kita beri, lagi banyak kita dapat balik kan sebenarnya? Rezeki Allah nak bagi tu kita tak boleh nak jangka dalam bentuk apa. Cuma yang penting, niatkan pemberian itu ikhlas dan inshaAllah ada ganjaran dari Nya. Tazkirah ringkas di hari Jumaat.

Hadiah kali ini adalah Si Merah Menyala yang memikat pandangan mata. Apakah ia? Taraaaa....

Gambar dari blog Kak Umi

Apron beb! Cantik coraknya, ada periuk belanga gitu. Sesuai la kan dengan suasana di dapur sebab selalunya kalau nak masak baru orang pakai apron kan? Bagi aku, memang wajib pakai apron bila memasak sebab kalau ada percikan minyak ke atau apa-apa percikan dari bahan yang dimasak, tak kena pada baju. Kena kat apron, senang aku nak basuh. Tak payah nak fikir kena asing baju ni lain, baju tu lain sebelum masuk ke mesin basuh. Semoga apron ini menjadi milikku... Amiinnn...

Tuesday, 25 September 2012

Hadiah Mahal Dari Perth


Sementara menanti kelas bermula jam 2 nanti, aku habiskan masa rehat dengan mengunjungi blog-blog yang memang selalu menjadi tempat persinggahan. Salah satunya adalah blog Umiyumi yang kini sedang bermastautin di Perth. Dah lama sebenarnya nampak iklan giveaway yang beliau buat tapi tak tergerak nak klik. Hari ni tergerak pulak nak klik. Sebelum ni selalu lupa nak ambik bahagian dalam giveaway yang beliau buat dengan alasan; 'Oh, tarikh tutup masih jauh. Kita minum duluuu!' Ha, lepas tu terus terlupa dan tak sempat masuk. Hehehe...
Ini dia hadiah mahal dari Perth tu

Hadiah kali ni memang mahal; kuali Tefal lagi! Sungguh best kalau dapat lebih-lebih lagi secara percuma. Mudah-mudahan ada rezeki aku nak dapat kuali Tefal ni. Amiiinnnn... Kepada yang berkeinginan dan berharap untuk dapat kuali Tefal percuma, masih ada masa lagi sebab hari ni hari terakhir. Mari ramai-ramai ke blog beliau dengan cara klik saja tajuk di atas. Mari sama-sama doakan agar Tuan Tanah ni dapat kuali Tefal idaman hati. Terima kasih..

Friday, 31 December 2010

10 Minit

Salam pertemuan.. Seminggu tak menconteng di sini. Dalam beberapa minit lagi, 2010 akan menjadi sejarah kerana 2011 bakal menjelma. Secara tiba-tiba, teringat pasal pertandingan yang di buat oleh Cik Fairy Lily tentang "peranan nombor dalam hidup anda". Dah nak tarikh tutup ni. Kena taip laju-laju. Hehehe...

Sebenarnya nombor memainkan banyak peranan dalam hidup aku walaupun aku tak berapa serasi dengan nombor. Kalau melibatkan matematik yang sudah pastinya adalah NOMBOR, memang gagal. Banyak juga kisah menarik yang berlaku di sebabkan nombor ni. Memandangkan ini entri terakhir untuk tahun ini, maka aku nak coret sikit tentang pentingnya 10 minit dalam hidupku.

Bila ku imbas kembali, aku sebenarnya sangat bernasib baik dalam banyak perkara pada tahun ini. Disebalik nikmat yang diberi, aku terus-terusan berfikir kenapa Allah sering memudahkan urusan ku walaupun apa yang aku dapat tu bukanlah apa yang aku jangkakan. Ternyata disebalik semua nikmat itu, terlalu banyak hikmahnya dan aku akan terus mencari. Bermula dengan insiden berikut.

Pertama; tempat praktikal yang sangat dekat dengan rumahku di Klang. 10 minit saja dari rumah. Kalau terlambat pun masih sempat punch card pada waktunya.
Kedua; tempat kerja yang juga dekat dengan rumahku kini, Banting. Mengambil tempoh 10 minit juga untuk sampai ke destinasi.

10 minit bukanlah angka besar tapi peranannya sangat besar padaku. Dengan hanya sepuluh minit, aku dapat tiba ke destinasi yang ku tuju pada masanya. Mudah-mudahan rezeki berpihak padaku dan semoga ku dapat hadiah comel dari Cik Fairy Lili dengan entri yang ku tulis tak sampai 10 minit ni. Hehehe..Selamat Tahun Baru buat semua pengunjung.

Sunday, 18 April 2010

Giveaway Kedai Islah

Entri keduaku tentang giveaway. Sila lihat gambar-gambar di bawah...
Cantik bukan? Ini adalah hadiah-hadiah untuk pemenang bertuah bagi Giveaway Kedai Islah. Kedai Islah menawarkan lebih banyak pilihan brooch dengan rekaan menarik untuk dipilih... Jadi, moh la jenguk Kedai Islah...

Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, 15 April 2010

SukmaOn9Shop 1st year GIVEAWAY

Ini kali pertama sebenarnya menyertai pertandingan sebegini sejak menjadi seorang blogger. Entah, selalunya cuma keinginan yang membuak-buak tapi kali ini disertai dengan kemampuan aku untuk menulis tentangnya(mungkin ada rezeki untuk menang,siapa tahu kalau tak cuba kan?). Kebelakangan ini, aku sibuk juga mencari tudung ala Ariani yang cuma sarung je bila nak dipakai tu. Tapi bila melihatkan harganya yang agak mahal dari tudung-tudung yang berada dalam koleksi, aku cuma tengok saja. Tudung pertama dari jenis ini yang ku beli adalah tika mahu ke TESL Night tempoh hari. Tudung jenis ini mempunyai saiz dan saiz yang ku mahukan(L @ XL) memang agak payah ditemui. Bila bertanya pada Kak Ain tempoh hari, dia bercerita serba sedikit tentang tudung jenis ini. Katanya, tudung yang diperbuat dari lycra adalah yang paling baik kerana sifatnya yang tidak melekat di badan dan tidak terlalu lembut.

Jadi, aku yang suka membeli-belah melalui internet terus saja cuba mencari kedai online yang menawarkan pilihan tudung dengan ciri-ciri yang dikehendaki sehinggalah akhirnya ketemu dengan SukmaOn9Shop ini, yang menawarkan produk dari lycra dengan harga yang menarik. Tertarik melihat pilihan corak dan warna yang ada, juga saiznya yang labuh(melihat yang dipakai oleh pemilik kedai) hingga menutupi dada. Tahniah kepada pemilik kedai yang kini sudah pun mempunyai laman web rasmi untuk perniagaan ini. Yang lebih menarik lagi, kemunculan semula SukmaOn9Shop disertakan sekali dengan lebih banyak pilihan corak dan warna yang menarik serta 4 pilihan rekaan(An-Nurul Printed Exclusive, An-Nurul Plain awning Thai Silk Exclusive, An-Nurul Plain Exclusive, An-Nurul Diamond Exclusive) membuatkan pembeli mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih hanya di satu tempat.

Sesuatu yang baru muncul, sudah pasti perlukan banyak penelitian dan usaha untuk menjadikannya terbaik dan menarik. Bagi pelanggan baru, mungkin memerlukan lebih banyak info tentang sesuatu yang ingin dibeli seperti saiz bagi setiap jenis tudung yang ada lebih-lebih lagi barang tersebut hanya boleh dilihat, tidak boleh dipegang dan dibelek seperti di kedai biasa. Sebagai pelanggan maya, apa yang paling penting untuk berurusan di alam siber ini tentulah amanah dan jujur serta perlu diperlihatkan kedua-dua sifat ini. Rasanya, proses pembelian yang tertera di blog sebelum ini perlu diletakkan di laman web bagi memudahkan pelanggan baru kerana selalunya pelanggan akan melihat dulu cara pengurusan kedai online ini barulah mereka yakin untuk berurusan. Bagiku, do not judge a book by its cover but, there's no second chance for the first impression.

Rasanya, inilah saja kemampuan yang ada untuk keinginan yang muncul. Mudah-mudahan kali ini ada rezeki untukku. Teringat kata-kata seorang muridku tempoh hari yang menjawab runugutan kawannya bila disuruh melukis dengan berkata; "Belum cuba, belum tahu..." Semoga percubaan ini membawa khabar gembira... www.SukmaOn9Shop.com