Di sekelilingnya, terdapat bangunan-bangunan yang bercirikan binaan Portugis dan ada juga muzium, gereja lama dan paling banyak, tentulah kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang memandangkan Senado Square juga merupakan pusat perniagaan . Sudah seperti di Myeongdong bila berjalan di sini, pada hujung minggu; manusia memenuhi segenap ruang. Dari kawasan dataran, kami berjalan menyusur lorong kecil yang di kiri kanannya berbaris kedai-kedai menarik yang menjual kosmetik, baju, beg, dan makanan pelbagai jenis. Ada juga penjaja kecil yang menjual buah-buahan di kaki lima. Kalau tak silap, ada salah seorang di antara kami yang singgah membeli ceri segar yang gemuk dan manis.
Di hadapan salah satu bangunan lama yang ada
Kedai menjual beef jerky atau kepingan daging yang dikeringkan. Biasanya dimakan sebagai snek. Kalau ada yang halal, wajib kami beratur dan bungkus ikat mati.
Kedai aiskrim durian. Wow!
Keadaan laluan menuju ke Ruins of St. Paul, penuh sesak dengan manusia
Tiang penunjuk arah. Dekat sinilah kami berhenti untuk begambar sebab tak lalu nak meredah lautan manusia
Untuk sampai betul-betul di hadapan binaan kubu, kami perlu mendaki anak-anak tangga. Namun, dek kerana terlalu ramai orang, tak sanggup rasanya nak meredah hingga ke puncak. Dalam banyak-banyak percutian dengan Geng Bilik Prep, rasanya percutian ke Hong Kong dan Macau ni paling gigih sebab hampir semua tempat yang kami pergi penuh dengan manusia. Sudahnya, kami cuma bergambar berlatarbelakangkan Ruins of St. Paul's dan lautan manusia.
Sayup-sayup kelihatan runtuhan bangunan di belakang sana
Gambar solo mestilah nak juga
Seterusnya, kami berjalan menjauhi kawasan tumpuan ke perhentian bas untuk mencari bas yang akan ke Fisherman's Wharf. Lagi sekali, lupa sudah macam mana boleh jumpa bas untuk ke Fisherman's Wharf. Rasanya Hani atau Mada yang mencari arah dengan aplikasi Rome2Rio. Yang saya ingat, nak bayar duit bas kena guna Macau Pataca. Jadi, Radin pun pergi tukar duit dengan membeli minuman di kedai berhampiran. Dapatlah merasa pegang duit Macau Pataca. Kami memang tak tukar duit ke Macau Pataca langsung kerana Hong Kong Dolar diterima hampir di semua tempat di sini.
Bas ini melalui kawasan perumahan dan bangunan-bangunan kedai. Dapatlah kami melihat suasana bandar Macau dengan lebih dekat. Bas yang kami naiki ini kecil saja dan penumpangnya tidak ramai; hampir keseluruhan masa, bas ini kosong.
Lorong yang kami lalui untuk sampai ke stesen bas mini
Kiri kanan ada rumah kedai
Laluan bas yang kami naiki
Rupa dalam bas. Bas dia bas comel je
Ingatkan nak gabung cerita Fisherman's Wharf dalam entri ni, tapi sebab dah panjang sampai ke lantai, saya berhenti dululah ye. Kisah suka duka jerih perih kami di lokasi seterusnya bersambung di entri baru. Harap-harap tak bertangguh sampai tahun depan la ye sambungan tu. Kahkahkah..





















































