Macam dah lama ek tak buat
review drama Korea? Ada juga beberapa drama yang dah selamat ditonton tapi macam tak ada hati pulak nak
review. Drama yang ni baru sudah tonton hujung minggu lepas. Lepas gian kekdahnya sebab dah lama tak layan drama Korea. DVD pun dah lama beli jadi takut juga nak tangguh-tangguh tengok sebab kalau ada masalah kat DVD boleh bagi tahu pada penjual untuk tukar yang baru. Ok, drama ni boleh jatuh dalam kategori
best sebab kombinasi lawak, sengal, perang-perang, pergolakan politik dan romantik. Tapi kalau untuk budak-budak tonton, kena ada pengawasan ibu bapa sebabnya ada sesetengah perkara yang tak sesuai untuk budak-budak. Bagi memendekkan karangan, kependekan akan digunakan.
Kisahnya, adalah pasal hero yang merupakan adik kepada Raja KS yang perangai macam hampeh. Ikut sukati dia je nak buat apa dan tak kisah dengan apa yang patutnya dia kena buat. Jadi untuk ubah perangai hero, abang dia hantar dia untuk sertai WOC sebaik saja dia tamat latihan askar. Sebab dia ni suka hidup bebas dan ikut suka hati, maka dia bantah sekeras-kerasnya dengan keputusan abang dia. Tapi dia terpaksa juga pergi akhirnya demi nak jaga nama baik abang dia dan paling penting tak nak kena buang daripada keluarga diraja. Apa yang
best adalah hubungan adik-beradik antara dorang adalah sangat rapat dan mesra walaupun ada gaduh-gaduh jugak.
Untuk WOC, diorang bergabung dengan KU dengan tujuan untuk baikpulih hubungan antara KU dan KS. Waktu latihan diorang kena kongsi bilik dengan wakil dari KU. Sebab si hero ni banyak cekadak, dia tak nak kongsi bilik dengan salah seorang wakil KU yang asalnya jadi
roommate dia. Dia mintak bilik sendiri sebab dia kan kerabat diraja tapi akhirnya kena kongsi bilik jugak tapi dengan heroin pulak. Waktu nilah perangai senget dia menjadi-jadi. Satu lagi perangai dia adalah dia tak serius dan suka ambik mudah sesuatu perkara. Sepanjang diorang jalani latihan, macam-macam benda terjadi. Lawak ada, cemas pun ada.
Dalam pada tu, abang dia rancang nak jodohkan dia dengan heroin yang merupakan anak kepada salah seorang pimpinan tertinggi KU dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara KU dan KS dan untuk elakkan kuasa-kuasa besar terus campur tangan dalam hal politik dua negara ni. Heroin ni macam dah ada hati dengan hero sebab hero pernah tolong dia atasi kekecewaan waktu dia patah hati sebab orang yang dia suka dah ada orang lain. Hero ni pun macam suka jugak dengan heroin tapi dia tak perasan lagi. Waktu abang dia cakap dia kena tunang dengan heroin, dia macam jeles dengan heroin bila nampak dia macam mesra dengan kapten pasukan KS.
Ni waktu hero jeles sebab heroin bukan main gelak-gelak lagi dengan kapten pasukan dia
Dipendekkan cerita, dua-dua tak setuju dengan pertunangan ni sebab diorang dari dua negara berbeza dan mak hero pun tak setuju sebab heroin ni askar. Pasukan khas lagi. Akhirnya, dek kerana hero hormatkan abang dia, dia bagi tahu dia suka kat heroin dan nak
proceed dengan pertunangan ni cumanya dia ada rancangan 'jahat' iaitu nak batalkan pertunangan ni dan cakap heroin yang tak setuju. Waktu ni memang lawak sebab hero rancang nak
reject heroin tapi alih-alih heroin
reject dia dulu. Sebab dia tak boleh terima, maka dia balas dendam secara halus.
Walaupun dia kata tak suka dekat heroin, tapi lama-lama dia jatuh cinta jugak dengan heroin. Waktu diorang dalam persediaan untuk bertunang secara rasmi, abang hero kena bunuh dengan pengerusi kelab M yang nakkan takhta dan macam-macam benda berlaku lepas tu. Yang tak bestnya hero tuduh sekali heroin terlibat dalam pembunuhan abang dia dan perkara tu menyebabkan heroin stress sampai dia balik semula ke KU. Bila hero dah tahu kebenaran, dia ke KU untuk pujuk heroin tapi sebab masih sakit hati, dia jual mahal. Waktu hero buat lawatan ke KU, dia hampir nak kena culik dengan pengerusi kelab M tapi akhirnya heroin dengan dua lagi ahli dari KU yang sama-sama berlatih untuk WOC tolong selamatkan hero. Waktu ni baru hubungan dia ok balik. Macam mana heroin terbuka hati nak makan pujukan hero? Kena tengok sendiri. Hehehe...
Ini dia orang kuat hero yang mati di saat akhir
Lepas dari tu, diorang terus buat persediaan untuk bertunang secara rasmi dan mak hero pun dah dapat terima heroin. Sebab budaya heroin ni berbeza, dia kena belajar macam-macam disamping buat persediaan untuk WOC. Sepanjang tempoh diorang bertunang memang macam-macam hal berlaku disebabkan rancangan jahat musuh dia. Siap kena culik, lepas tu jadi tebusan musuh. Yang buat konflik dia jadi rumit, hal-hal yang berlaku ni melibatkan hubungan antara Korea dengan kuasa-kuasa besar lain. Memang rumit betul nak selesaikan sampai hero kena hantar orang kanan dia untuk tumpaskan musuh. Walaupun berjaya tangkap musuh dia, tapi orang kanan dia mati pulak. Oh, masa ni rasa macam tak puas hati kenapa beliau mati sebabnya dia ni macam penambah perasa bagi drama ni
best. Hensem pun hensem. Hehehe.. Apapun, pengakhiran dia mesti baik-baik dan gembira belaka. Diorang pun jadi kahwin akhirnya.
Ni waktu diorang bertunang, macam nak kahwin pun ye jugak aku tengok
Permulaan cerita, memang banyak benda lawak. Yang paling sengal sekali, boleh pulak penulis skrip drama ni selitkan dialog Secret Garden. Mentang-mentang heroin SG adalah pelakon yang sama, dia bantai letak dialog SG dalam ni. Banyak juga adegan serius dalam drama ni lagi-lagi bila melibatkan pergolakan dan salah faham antara dua negara siap nak berperang dah dua negara ni dek kerana musuh dia dok laga-laga KU dengan KS ditambah dengan campur tangan sekutu diorang. Peminat drama Korea, boleh cuba tengok drama yang ada 20 episod ni. Agak bercinta juga nak habiskan tapi tak rasa bosan tengok sebab jalan cerita dia tak lembap. Mula-mula baca tajuk, tak faham kenapa mesti 'Raja Dua Hati'? Tapi bila dah habis tengok, aku faham. Walaupun negara Korea terpecah dua, raja ni tetap sayang dua-dua bahagian dan cuba nak satukan dua-dua negara ni sampai sanggup korbankan nyawa sendiri semata-mata nak elak daripada perang tercetus.