Engagement Fund ;)

Showing posts with label Langkawi 2014. Show all posts
Showing posts with label Langkawi 2014. Show all posts

Thursday, 25 December 2014

Langkawi 2014 - Episod 8: Sampai Berjumpa Lagi, Langkawi...

Setiap permulaan ada pengakhirannya, jadi inilah dia entri terakhir percutian kami di Langkawi. Pagi tu macam biasa, bangun dan bersiap semua baru turun sarapan. Beg-beg dah siap bungkus dan longgok satu tempat jadi bila bellboy datang, dia tinggal angkut je. Sarapan pagi tu tak ambik gambar sebab malas. Flight pukul 12.35 tengahari jadi tak adalah nak berkejar sangat. Lepas makan pergi kaunter cakap nak suruh bellboy bawak turun beg lepas tu terus naik bilik kemas apa yang patut.


Dah kemas barang semua dan dah periksa tak ada barang tinggal, Mada ajak lipat sofa bed. Eh, bukan nanti dia yang kena kemas ke? Tapi sebab Mada rajin, kemas jelah; tak susah mana pun. Hehehe... Lepas lipat sofa bed tu, teruslah sawan kamera masing-masing.




Kitorang turun dulu sebab nak sambung sawan kamera dekat depan hotel; Hani sambung golek-golek lagi. Jadi, turun dan masukkan beg dalam Serena semua baru ambik gambar. Proses masukkan beg dalam Serena ni mencabar sebab tak muat. Hehehe... Siap susun beg, paksa muat jugak, baru menjakun. Dah puas hati ambik gambar, roger Hani dan check out.





Sampai airport kelam kabut turunkan beg dan dalam masa yang sama nak pulangkan kereta. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Disebabkan kami risau ada masalah berbangkit waktu nak check in, kami sampai awal dan check in beg awal. Lepas tu bosan tak tau nak buat apa. Patutnya tak payah pulangkan kereta dulu sebab lepas check in beg tu boleh lagi kalau nak ronda-ronda sekitar airport tu. Jarak masa dalam sejam setengah jugak la tunggu nak berlepas tu.


Waktu balik ni flight penuh sebab ada satu flight sebelum tu dibatalkan jadi diorang naik sekali flight yang ni. Waktu balik rezeki lebih sebab dapat kacang sedap yang popular tu banyak. Mula-mula dia bagi portion biasa tapi tak lama lepas tu ada yang meronda sambil offer kacang lebih. Aku kan pemalu jadi sebelum kaut tu tanya dulu; "Boleh ambik lebih?" Sopannya kannn. Hehehe... Walaupun nak kaut banyak, tapi aku kaut dua ke tiga je kot; ingat orang belakang kekdahnya. Penerbangan lancar dan tiba pada masa yang ditetapkan. Barang je kot yang lambat sikit keluar.

Dari airport ke rumah terpaksa naik limo sebab tak ada orang nak ambik . Kos limo kami adalah RM 52++ Terima kasih Aten sebab sudi temankan balik naik limo sekali. Cemana nak ambik limo? Keluar je dari balai ketibaan ada kaunter limo, pergi sana cakap lokasi dan berapa orang. Barang pun tunjuk sekali sebab kalau barang banyak dia bagi limo besar. Macam kitorang naik limo bajet je iaitu Persona sebab berdua dan barang pun taklah banyak mana.

Berakhirlah sudah percutian ad hoc bersama geng tidur sebantal makan setalam. Sedih rasanya nak berpisah selepas lama tak berjimba macam ni. Geng-geng bujang pun dah semakin susut; tinggal aku, Aten dengan Mada je la geng bujang yang kaki jalan dan senang nak jumpa. Chik ni pun sebab encik suami dia tak ada di semenanjung jadi agak senang jugak la nak melepak sama-sama. Hani pulak tengok keadaan, kadang-kadang kalau dia tiba-tiba balik Banting, ada jugak la dia roger ajak ngeteh ke apa. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Harapnya tak adalah putus hubungan langsung tau korang. Nanti I rindu... Jangan lupa tahun depan Jeju-do punya perancangan. *kenyit mata dekat Geng Tingkap*

Monday, 22 December 2014

Langkawi 2014 - Episod 7: Dataran Lang

Sambungan dari episod 6, ini cerita untuk hari ketiga kami disana. Usai melontar dan melabur di HIG, kami terus ke Dataran Lang sementelah hujan pun sudah reda. Masih sedikit rintik-rintik tapi boleh diredah. Jarak dari HIG ke Dataran Lang sangat dekat jika berkereta dan memang ia terletak bertentangan dengan medan selera tempat kami makan pada malam pertama. Walaupun diorang tu semua dah pernah ke Langkawi, tapi tak pernah jejak kaki ke Dataran Lang. Dengan keazaman dan kesungguhan Tuan Tanah dan ketakutan mereka kalau Tuan Tanah merajuk lagi, moh la ke sana.



Aku ingatkan si Helang ni duduk dekat tengah-tengah dataran, rupanya dekat hujung ceruk sana tu. Kalau nak bergambar kena pandai cari sudut dan berebut dengan pelancong lain sebab tempat dia agak sempit. Waktu sampai tu tak berapa nak ramai orang tapi lama kelamaan orang jadi ramai sebab hujan dah berhenti kot. Lama juga kami bergambar dekat sini; lepas kami, kami lagi. Hahaha... Dah puas wefie guna joran dan guna telefon, tak puas hati pulak sebab si Helang tak masuk gambar sepenuhnya. Maka salah seorang dari kami memberanikan diri untuk meminta bantuan dari seorang pelancong di situ untuk ambil gambar kami berlima. Dapat la satu gambar berlima. Terima kasih awak, tolong ambil gambar kami. Gambar-gambar bawah ni korang letak caption sendiri ye.










Memandangkan hasil tangkapan adalah banyak, maka terpaksa pinjam troli concierge untuk angkut barang. Hehehe...

Habis bergambar, terus balik hotel sebab seharian keluar. Solat pun tak lagi. Sampai hotel, mandi manda, solat dan lepak depan tv sambil perabis makanan lebihan yang ada. Sebab Mada bawa laptop dan kebetulan ada pendrive, teruslah pindahkan cerita yang ada dalam laptop dia masuk pendrive dan cucuk dekat tv. Memang terasa macam duduk dekat bilik tv balik zaman di asrama; bergelimpangan ramai-ramai depan tv sambil komen apa-apa yang patut.

Lepas maghrib, keluar cari makan malam pulak. Sebab tak tahu nak kemana, kami ke Laksa Penarak lagi dengan harapan ada laksa untuk yang merajuk tadi tu. Tapi tak ada rezeki lagi sebab laksa dah habis. Sobsobsobsob... Akhirnya makan jelah apa yang ada dan end up Hani belanja semua orang malam tu. Is it because I'm sulking for not getting the laksa I want or what Hani? Apapun terima kasih sebab bayarkan makan malam tu. Habis makan, balik hotel dan mula bungkus hasil tangkapan. Waktu nilah masing-masing  kerisauan sebab beg masing-masing macam terlebih berat. Risau sampai telefon receptionist tanya ada penimbang ke tidak sebab nak timbang beg. Malangnya tak ada. Patutnya dia kena ada satu penimbang untuk pelancong timbang beg macam dekat Huga Haus. Walaupun rumah tumpangan biasa, ada penimbang digital tau! Akhirnya, pasrah jelah dengan beg yang berat tu janji semua barang siap berbungkus. Habis je bungkus beg, sambung tengok movie dan tidur.

Sunday, 21 December 2014

Langkawi 2014 - Episod 6: Shopping Lagi!

Assalamualaikum...

Dah lama tak jengah blog, kena masuk bagi salam. Peperiksaan akhir dah habis, tanda kertas pun dah habis, masukkan markah pun dah sudah, maka bolehlah sambung menulis di sini. Kali ni nak sambung cerita di Langkawi pada hari ketiga. Kali ni memang ikut tentatif sebabnya shopping. Tak ingat dunia dibuatnya. Hahaha... Pagi tu dimulakan dengan sarapan pagi macam biasa dan disebabkan salah faham antara bilik kiri dengan bilik kanan, kami berpecah dua. Satu bilik terus bersiap untuk keluar dan satu bilik lagi sarapan dulu baru bersiap.

While waiting for Hani and Chik, let's wefie

Breakfast day 3

Misi hari tersebut adalah mencari pinggan mangkuk, memborong coklat lagi, memborong kain batik dan membeli produk berasaskan gamat. Misi yang tak kesampaian adalah makan laksa di Padang Mat Sirat sampai merajuklah orang yang pertama kali ke Langkawi tu. Mula-mula kami ke Idaman Suri dulu sebab khabarnya disitulah tempat terbaik untuk memborong pinggan mangkuk. Benarlah bagai dikata, hargnya lebih murah berbanding di HIG dan ada baaaaaaaanyak pilihan. Dari yang murah sampai ke mahal, dari yang berjenama ke biasa-biasa. Paling banyak borong adalah Chik sebab dia beli untuk tiga keluarga. Aku beli set pinggan makan je dekat sini. Tak beli Corelle pun sebab tak rancang nak beli di situ; cuma set pinggan makan biasa berbentuk 4 segi untuk kegunaan sehari-hari.

Dari situ, kami terus menghalakan kereta ke Pantai Cenang sebab waktu dalam perjalanan ke sana ada nampak kedai-kedai jual produk gamat. Kiranya dua dalam satulah; beli gamat dan meronda di Pantai Chenang lagi. Kami berhenti di Nusantara Maju Enterprise untuk memborong gamat. Tempatnya besar dan selesa dan paling penting ada pelbagai produk gamat di sini. Aku tak beli apa-apa pun dekat sini sebab baru je haritu ada orang bagi minyak gamat dalam goodies bag pengantin. Diorang pulak ada yang beli untuk diri sendiri dan juga kiriman orang. Harganya pun berpatutan.
Masing-masing dah kelek bakul

Kami dan kereta sewa kami

Habis memborong, terus ke Pantai Cenang. Tujuannya nak tengok-tengok coklat dekat Coco Valley yang terletak bersebelahan Underwater World. Membandingkan harga kekdahnya. Harga dekat situ dengan HIG tak jauh beza pun cuma aku rasa dekat HIG macam lagi seronok persekitarannya untuk shopping coklat ni. Sekadar tengok ajelah dekat sini, tak beli apa-apa sebab lepas ni nak ke HIG lagi sekali. Hehehe... Dah ronda dari hujung ke hujung, perut pun lapar. Maka kami ke Cenang Mall untuk beli sesuatu dari The Loaf. Orang kata, kalau dah sampai Langkawi wajib pergi situ. Tapi yang kedai asal adalah di Telaga Harbour. Cuma Hani je yang tak beli apa-apa sebab dia kata dekat KL bersepah. Yelah, orang tu duduk KL, kita ni duduk Banting. Manalah ada The Loaf dekat pekan kecil.

Sementara tunggu KFC sampai, menjakun kejap dengan bungkusan roti

Selain roti dan pastri, ada juga makanan berat macam pasta. Boleh je la kalau nak makan dekat situ. Menariknya di situ, ada tester untuk setiap jenis roti yang dijual maka sebelum beli boleh rasa dulu. Aku beli dua jenis roti dekat situ tapi dah lupa roti apa. Yang penting roti yang jarang jumpa dan ada dalam Bakery Story. Pengaruh game sangat! Hahaha... Aten pulak mula-mula dia kata; "Aku tak payah beli la Sazoh sebab dah rasa semua dah. Kenyang." Boleh cenggitu? Hahaha... Tapi akhirnya dia beli jugak satu jenis. Lepas beli roti, masuk KFC sebelah untuk lunch. Ek eleh, datang Langkawi tapi cari KFC jugak, apa kes? Sebabnya mak buyung teringin nak makan maka kita ikutkan aje. Untuk lunch, guna duit lebihan makan besar.

Our luncheon

Perut dah kenyang maka seterusnya cari kain batik kiriman mak Mada. Dekat tepi jalan utama dari Pekan ke Cenang memang ada satu kedai jual baju-baju dan kain batik tapi kalau dari Pekan, dia belah kanan. Jadi balik Cenang baru singgah sebab tak payah U turn. Kain batik ni ada banyak jenis dan jenama; ada yang sedap dipakai dan ada yang kurang selesa dipakai. Kedai ni memang daebak sebab jumpa jenis kain batik yang mak Mada suruh beli tu dan ada banyak pilihan. Selain kain batik, ada juga tshirt, kaftan, blouse dan kemeja. Harganya pun boleh tahan murah. Beli lagi banyak, lagi banyak dapat kurang. Aku yang tak ada bajet untuk kain batik pun terjebak beli jugak. Kain kaftan dia memang lembut dan sejuk dan susah nak jumpa walau dekat Kelantan sekalipun. Maka aku beli satu kaftan, dua pasang kain batik corak terbaharu(dia cakap), satu kain pelikat untuk Abah dan satu kain pelikat untuk aku buat baju kurung. Rambang mata tengok corak kain batik dengan kain pelikat dia. Siap berebut dengan Chik dengan Aten lagi. Hahaha... Habis dekat 100 hengget jugalah dekat sini.
Kelihatan Chik dan Tuan Tanah sibuk membuat keputusan...hahaha

"Ok Ten, ambik gambar nombor siri kain kita. Nanti bertukar dengan orang lain."

Dalam perjalanan balik ni hujan selebatnya sampai tak nampak jalan. Kalau nak buat aktiviti melibatkan laut dan alam semulajadi, elakkan pergi sana pada hujung tahun sebab waktu macam ni kan musim hujan jadi rugi. Kalau nak buat aktiviti indoor seperti shopping, takpe. Hehehe... Hujannya pulak tak dijangka dan sekejap-sekejap tapi terus lebat. Bila sampai Pekan Kuah, hujan dah reda sikit walau agak lebat. Terus ke HIG dan cari parking yang dekat dengan laluan berbumbung. Sebelum ambik troli, masing-masing beratur dekat ATM sebelah tempat troli. Hahaha... Gara-gara ternaik sheikh shopping la ni sampai kena ambik duit lagi. Nasib baik aku tak bawak semua kad bank yang ada; kalau tak, memang makan roti jelah sampai gaji masuk.

Ambik satu troli je, kongsi 4 orang

Dah bayar, jom balik!

Penuh satu kereta bak ang! Nampak Hani senyum lebar? Dia bukan senyum dekat kamera sebenarnya tapi dekat bakal mak pak mertua yang kebetulan lalu...hehehe

Kali ni beli lagi coklat untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan. Aku beli jugak pemanggang tak berapa nak ajaib keluaran HIG. Harganya jauh lebih murah berbanding jenama terkenal di pasaran. Oh ye, kalau nak beli kain batik, dekat sini pun ada tapi tak berapa banyak jenis dan harganya adalah tetap. Semua orang top-up coklat dan barang-barang yang berkenan di mata kecuali Hani. Dia sorang je tak masuk dan duduk dekat kerusi depan pintu masuk sambil borak-borak dengan bakal mak pak mertua. Hehehe... Dah habis shopping, hujan pun dah berhenti, maka teruslah ke destinasi wajib terakhir. Entri seterusnya ye sebab dah panjang berjela entri yang ni.

Sunday, 30 November 2014

Langkawi 2014 - Episod 5: Kereta Kabel dan Jelajah Pulau

Sebelum November melabuhkan tirai, mari sudahkan cerita hari kedua di Langkawi. Lepas habis makan tengahari, hantar Hani balik hotel dulu baru rancang nak kemana. Waktu ni dah tak ikut tentatif dah maka main redah je. Tengokkan pada cuaca yang cerah, aku cadangkan pergi naik kereta kabel. Walaupun mereka dah sampai Langkawi dan dah pernah naik kereta kabel, aku paksa jugak naik lagi sekali. Bahahaha... Maka, Cik Supir (aku la tu) pun memandu Serena menuju ke tempat kereta kabel.

Jalan nak ke tempat kereta kabel ni boleh tahan bengkang-bengkok dan sempit. Kalau tak silap, kereta kabel ni terletak ni Oriental Village. Kalau nak naik Duck Tour pun kat sini juga. Bila dah masuk dalam, ada jugak kereta labu Cinderella kuda yang dihias cantik. Naik pusing-pusing satu kawasan tu je. Tapi kena bayar la ye dan bayaran tak diketahui la pulak. Disebabkan tujuan utama adalah kereta kabel maka kami menonong cari tempat naik kereta kabel. Bayaran dengan MyKad kalau tak silap 35 hengget. Kalau tak silap ye, kalau silap kang aku betulkan kemudian. Ramai sangat orang menunggu giliran nak naik ni. Oh ye, cuma aku, Aten dengan Mada je yang naik. Chik tak dibenarkan naik oleh encik suami sebab usia kandungan awal lagi; takut kalau terjadi apa-apa. Okey Chik, sila shopping sementara kami 'mendaki' gunung ye.

Sebelum naik kereta kabel, kami dibawa menonton satu clip pendek mengenai kehidupan kelip-kelip dalam bentuk animasi di tempat berbentuk kubah. Lepas tu, kami dibawa menaiki 'roller coaster' dengan video juga. Disebabkan kedudukan kerusi yang agak condong dan skrin pula membulat, maka situasi itu seperti benar-benar berlaku. Bila tengok semua orang siap angkat-angkat tangan, kitorang pun layan jugak la. Siap jerit-jerit lagi dalam tu. Hahaha... Tapi memang seronok dan berbaloi bayar mahal sebab ada pengisian. Lama juga perjalanan roller coaster sampai pening kepala dibuatnya dek kerana litarnya yang boleh tahan curam dan banyak kali pusing 360 darjah.

Habis je tayangan, cepat-cepat keluar nak rebut giliran awal. Hehehe... Tips dia adalah bila masuk tempat tayangan, duduklah di barisan paling belakang dan paling tepi supaya dekat dengan pintu. Bila nak masuk dalam kereta kabel, kena beratur dekat garisan yang ditanda dan ada jugak orang ambik gambar kita. Kemudian kang boleh beli dengan harga bapak mahal. Orang kata bila dalam perjalanan tu nanti akan berasa gayat ketika hampir sampai ke puncak. Cuak jugak sebab aku ni boleh tahan gayat. Tapi bila dah sampai di ketinggian yang dikatakan akan gayat tu, tak adalah gayat sangat pun tapi kecut perut jugak bila tengok bawah. Tips dia adalah pakai cermin mata hitam waktu naik tu supaya pandangan mata terbatas.


Pemandangan memang subhanallah, sangat-sangat cantik! Kereta kabel ni ada dua stesen jadi boleh pilih nak berhenti dekat stesen pertama yang kurang tinggi atau nak terus ke puncak. Disebabkan kami pemberani orangnya, terus zaaassss ke puncak nun. Keluar je dari kapsul tu, ada lagi sesi ambik gambar. Kali ni ada maskot pulak. Mula-mula tu aku ingat patung maka selamba je terpa si maskot tu sebab dia memang kaku je kat situ. Sekali bila dah habis bergambar, dia cakap "Thank You." Apalagi, terkejut beruk la aku siap terjerit lagi. Hahaha... Apa da, lain kali tu jalan-jalan la sikit bagi nampak awok tu benornya orang.


Lepas tu terus daki tangga nak ke observatory deck. Dekat situ ada lagi satu sesi bergambar berlatarbelakangkan hutan. Layankan aje. Sampai atas, terus Aten keluarkan joran dia nak ambik gambar bertiga. Pemandangan memang sangat sangat sangat cantik. Nampak hutan, nampak laut dan nampak hampir separuh pulau. Waktu kat atas tu memang panas terik sampai skrin telefon pun kalah. Makanya, redha je dengan hasil gambar yang ditangkap. Dah puas bergambar, dah puas tengok pemandangan, moh le pulang. Sementara menunggu, staf situ tunjukkan la hasil gambar yang ditangkap waktu sampai. Cantik la jugak gambar dia tapi harga dia tu yang tak boleh blah. Mahal! Tapi beli jugak la buat kenangan tapi tak semua gambar, sekeping je rasanya kitorang beli. Sebenarnya kan, aku rasa cara dia nak menjual gambar tu tak sesuai sebab dia ambik gambar dan terus cetak tanpa mengetahui samada orang yang tersebut nak beli atau tidak. Macam waktu kitorang ke Namsan Tower dulu, ada juga sesi bergambar sebelum naik ke observatory deck tapi lepas tu dia bagi kupon. Bila sampai atas, kalau rasa nak beli gambar, tunjuk kupon dan tengok hasil gambar dalam PC. Kalau puas hati, boleh bayar dan tunggu untuk dicetak. Lebih teratur dan tidak membazir. Aku syak harga dia bapak mahal sebab nak cover balik kos-kos gambar yang telah dicetak tapi tidak dibeli oleh empunya badan. Jadi, terserahlah korang ye nak beli ke tak. Waktu dalam kapsul tu ada jugaklah bergambar. Macam-macam aksi ada tapi dalam ni kita letak yang sopan aje. Hehehe...


Takut kononnya

Turun dari kapsul, jalan-jalan kejap dalam Oriental Village tu dan terus keluar. Sampai kat luar dahagalah pulak maka jomlah kita minum coconut shake. Ingat nak naik Duck Tour tapi macam tak berbaloi je jadi teruslah menghala balik. Sebelum gerak, ambik gambar topi dulu.


Untuk pulang, kami bersetuju untuk mengikut jalan jauh supaya nampaklah keseluruhan pulau. Lalu banyak juga tempat menarik macam muzium yang pelbagai tu dan tempat ternakan haiwan yang dibuka untuk pelancong. Paling menarik adalah pantai yang betul-betul tepi jalan dan tak ada orang. Apalagi, terus berhenti nak bergambar sebab pantai ni memang cantik dan mendamaikan. Sayangnya masing-masing lupa nak tengok nama tempat tu. Dekat sini akulah paling terlebih gula sebab orang lain ambik gambar tiga kali je tapi aku sampai berkali-kali. Aten siap cakap lagi; "Sazoh aku tau dia nak ambik gambar banyak-banyak. Korang tepi, nak ambik gambar sazoh ni." Hahahaha... Lebih kurang macam tulah intipati dia. Terima kasihlah kerana memahami kawanmu yang sorang ni. Siap cecah kaki dalam air lagi. Barulah lengkap rasanya pergi pantai bila dapat menapak atas pasir dan berjalan di gigi air. Waktu berhenti tu dah mula gerimis dan sebelum bertambah lebat, kami pun teruskan perjalanan.

Kulit album lagi

Amboi, dah menurun ilmu Hani nampaknya Ten?

Solo

Percubaan membuat gaya model kembang-kembang skirt 

Sampai hotel tak ingat pukul berapa tapi lewat jugaklah. Rehat kejap dan lepas maghrib kami keluar untuk makan besar. Perancangan asal nak makan besar malam terakhir tapi tak ingat sebab apa kitorang tukar nak makan besar pada malam kedua. Macam biasa, masing-masing sibuk cari kedai sedap dan menarik dalam internet dan kami pun pergilah ke satu kedai di kawasan pekan. Kedai tu memang popular tapi aku lupa pulak nama dia. Eksklusif kedai dia tapi suasananya tidak memenuhi citarasa semua orang. Maka walaupun dah duduk dan tengok menu, kami keluar semula dan cari kedai lain. Akhirnya kami ke restoran nelayan yang terletak agak jauh dari pekan. Pusing-pusing jugaklah mencari. Tapi tak berapa nak best juga sebab makanan lautnya tak banyak pilihan. Udang ada sejenis je dan sotong pun comel-comel. Tapi sebab boleh memilih, maka kami pun pilih.


Sebelum

Menu malam tu adalah ikan bakar, pepahat masak cili, sotong goreng tepung, tomyam campur, dan kangkung belacan. Nasi putih untuk 5 orang makan dan dia ada bagi ulam-ulaman dan sambal pencicah. Disebabkan semua orang lapar, bila nasi sampai tu masing-masing saling memandang dan berkata; "Cukup ke nasi ni?" Hani yang selamba pun memanggil pelayan dan berkata; "Dik, nasi tak cukup ni. Tambah lagi." Tamak kan memasing? Tapi jangkaan meleset sebab nasi sikit tu sebenarnya cukup tapi sebab dah mintak, terpaksa juga perabis. Cuma sotong je yang terpaksa tapau sebab tak larat dah.

Selepas

Jumlah besar untuk makan malam tu adalah RM120++ rasanya. Kitorang rasa murah tapi takkan datang lagi sebab servis dia bapak lambat! Sekian, cerita hari kedua.

Thursday, 27 November 2014

Langkawi 2014 - Episod 4: Lawatan Tapak Kali Pertama

Bila stress, mood mengadap blog pun merasuk. Stress sebab PC ofis tak boleh connect internet lepas blackout kelmarin dan stress sebab 'awat teruk nau markah kuiz budak-budak ni?' Stresssssss.... Balik kerja pun lewat sebab ada kelas dengan sem 2 dan sampai rumah dah dekat maghrib. Lepas maghrib terus masak untuk Abah makan dan lepas tu terus mengadap laptop. Mandi pun tak lagi ni. Heeee... Maka, jom sudahkan cerita hari kedua episod pertama ni.

Memandangkan kami bercuti pada musim hujan, maka cuaca tidak boleh dijangka. Perancangan hari kedua berubah terus daripada jadual asal. Macam biasa, pagi-pagi tu bangun dan bersiap untuk sarapan. Malas je nak bangun masing-masing sebab pagi tu hujan dan sejuuukk. Tarik selimut pun sodap! Tapi bangun jugaklah sebab lapar. Sarapan dekat sini aku kira boleh tahan walau tak banyak pilihan macam dekat Residence Hotel. Kira masih boleh nak pilih makan makanan Malaysia atau nak jadi omputih atau nak jadi kambing. Kiranya perut tetap akan kembung sampai tak boleh jalan jugak kalau nak makan semua benda. Bukan apa, aku baca review dekat booking.com, ramai juga cakap makanan tak banyak dan banyak komen negatif pasal Dayang Bay ni. Bagi aku, servis dia kira okeylah dan mungkin juga kami tak terkena dengan apa yang dikomen oleh pengunjung lain tu.

Keadaan tempat makan

Infinity Pool; cantik sangat sebab nampak macam bertemu dengan laut tapi sayangnya tak boleh nak berendam dalam ni...

Menu hari Sabtu, dari kiri: omputih, Jawa(tau tak kalau makan nasi lemak gaul dengan bihun, dia jadi super sedap?), orang sakit, budak-budak...bahahaha...lama gila duduk perabiskan makanan...makanan budak-budak tu ambik sebab dia baru je keluarkan ban bulat yang bapak sedap dan lembut tu sampai terasa nak bungkus bawak naik bilik...

Lepas makan, naik bilik dan bersiap untuk agenda seterusnya. Patutnya nak berkelah dekat air terjun tapi disebabkan hujan, kita berkelah dekat Haji Ismail Group jelah. Hahaha... Buat yang belum tahu, HIG dah ada kompleks sendiri dan lebih seronok nak membeli belah. Waktu kitorang cari lokasi HIG ni, berlaku sedikit konflik sebab dalam Waze tunjuk tempat lain tapi co-pilots tunjuk arah lain. Sebab co-pilots kata belok kiri dan waktu tu memang dah ada dekat belah kiri, maka pemandu pun belok kiri. Tak jauh dari simpang tu, terus nampak kompleks HIG belah kanan. Wahhh, besar! Rupanya lokasi dalam Waze tu kedai lama yang terletak di deretan kedai. Kitorang jumpa pun waktu sesat nak cari jalan keluar. Maknanya, dua-dua pun boleh pergi. Waktu sampai, masih lagi hujan tapi dah renyai-renyai dan matahari pun dah mula tunjuk muka. Jadinya, pagi tu memang all out shopping coklat sahaja.

Bahagian Mall

Bahagian hotel

Mungkin sebab hari tu hari Ahad, maka ramai jugaklah orang kat situ sampai berlaga troli. Kalau cuti sekolah agaknya berlaga bahu kot. Selain coklat, ada juga pinggan mangkuk, periuk belanga, beg baju, sudip, kain batik dan gajus bakar. Aku, Aten dengan Mada kongsi satu troli sebab kitorang kan bujang, banyak manalah nak kaut coklat kan walaupun waktu nak bayar tu sampai melimpah keluar dari troli. Hahaha... Chik pakai troli sendiri sebab dia nak kaut untuk diri sendiri, mak ayah, adik-adik dan juga mertua. Hani pun troli sendiri sebab dia nak kaut coklat banyak-banyak as rewards for herself after all the hard work throughout the year. Bajet coklat aku 200 hengget je maka mula-mula tu kaut mana yang perlu je. Bila rasa macam dah cukup untuk diri sendiri, aku dengan Mada berhenti kejap dan kira berapa hengget dah belanja. Kira punya kira, semua ni baru 80 hengget? Terus tak ingat dunia sambung kaut coklat. Bahahaha... Takdelah untuk diri sendiri semua, beli juga untuk kawan-kawan pejabat dan murid-murid tuisyen. Memang niat nak bagi sesuatu untuk budak-budak tuisyen ni sebelum habis sesi. Beli jugak kiriman orang. Total damage for that day was almost RM 300. Aik? Oh, campur dengan kiriman orang, tu yang sampai 300 hengget tu. *ayat penyedap nama dia*

Sebelum pengiraan dilakukan

Sewaktu nak bayar...sampai melimpah ko!

Tunggu Hani dengan Chik

Okey, diorang dah keluar

Rupa bila dimuat naik dalam Serena

Aku update status FB, Mada kira bajet..hehehe

Habis membuat pelaburan, kami balik hotel hantar coklat sebab cuaca pun dah panas, karang cair coklat kitorang. Penuh satu MPV. Nasib baik sewa Serena, kalau sewa kereta kecik, memang tak muat ni. Dah hantar coklat, cari makan pulak. Kebetulan nampak satu kedai makan yang menarik lauk-pauknya dan banyak pilihan tak jauh dari tempat kami buat pusingan U. Maka ke situlah kita. Makanan laut dia segar-segar belaka. Udang pun besar-besar tapi masing-masing menahan diri nak makan mewah sebab rancang nak pulun makan udang segala tu waktu makan besar. Habis makan, hantar Hani balik hotel sebab dia nak rehat puas-puas. Okeylah, sebab dia kerja teruk dekat KL, kita bagi dia rehat banyak-banyak dekat sana. Kitorang teruskan agenda ad hoc petang tu tapi tak seronok sangatlah sebab tak cukup korum. Entri ini disudahi dengan wefie kami bertiga. ;)