Hai!
Ini cerita JJCM di kampung halaman. Sekarang saya dah kerja jauh, crime partner pun dah kerja jauh, memang susah la nak keluar ngopi macam dulu-dulu. Kalau tidak, seminggu berkali-kali ngopinya. Kadang sampai Hani yang super sibuk tu diajaknya dan terjebak juga mengikut. Masa Hani baru pindah Banting dulu, selalu juga dia tanya; "Zoh, mana tempat makan best?" Hahahaha.. (I miss you Hani! We miss youuu! Boleh ke lagi sesekali balik nak hantar kudapan di hospital macam dulu-dulu?) Sebab saya memang menetap di situ sebaik saja habis belajar, boleh kata tahulah juga kedai-kedai menarik yang ada. Sekarang ni kalau tanya Kerepek Fazz lorong keberapa kalau masuk ikut Jalan Cempaka pun lama mikir.
Jadi, ini cerita pada 19 Oktober 2024 yang lalu. Mula-mula pergi makan dulu dekat pekan (sekarang bandar la kan?). Masuk Richiamo. Itu tak ada, ini tak ada, eh apa je yang ada? Dah dua kali pergi Richiamo Banting menu banyak tak ada. Baru ni borak dengan Kak Rin pun Kak Rin cakap benda sama. Nak tutup dah ke? Sebab banyak menu tak ada, masuk Hailam Kopitiam dekat sebelah. Masing-masing rambang mata tengok menu. Hahahaha... Tapi menu nasi la yang jadi pilihan sebab perut Jawa kan dua-dua.
Habis makan, nak sambung pusingan kedua pula. Awal lagi waktu tu, kafe yang menjadi sebutan nak pergi buka pukul 5. Gigih dua-dua mencari kedai kopi yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan di kawasan jajahan. Namunnn, semuanya pun buka lewat. Bukan ke patutnya orang minum kopi siang-siang, awat semua pakat buka petang ke malam ni? Penyudahnya Aten kata kita pergi jelah Sulaiman's by Bake & Brew tu. Sementara nak singgah isi minyak, singgah 'cucuk' duit, sempatlah sampai waktu dia nak niaga. Boleh ye sesat tak jumpa kedai. Tahu kena masuk ikut Jalan Redan tapi tak pasti lorong yang mana satu. Sambil mencari tu sambil borak. Lepas tu Aten tanya saya, saya tanya dia balik. Hahahahaha.... Salah masuk lorong akhirnya. Kena pusing balik.
Tapi elok jugalah sesat tadi tu sebab sampai kedai je cuma tinggal beberapa minit dia nak buka pintu. Kami adalah pelanggan pertama pada hari tersebut. Habis pesan je, tak putus-putus pelanggan. Alhamdulillah, moga terus maju kafe Sulaiman's by Bake & Brew. Masa ni kami pesan kopi dan manisan je sebab dah makan berat sebelum tu. Biasa kalau ngopi mesti pilih latte. Kali ni gatal pula beli caramel macchiato. Risau dah ni manis leting. Namun, tidak ye. Kopi dia sedappp! Pekat pahit dan manisnya sedang-sedang saja. Aten kata kopi dia pun sedap. Kemudian kami beli kedua-dua jenis kek yang ada pada waktu tu iaitu raspberry ripple dan red velvet. Kek dia bertukar-tukar setiap minggu, jadi sebelum nak datang boleh tengok dekat IG dia minggu ni ada kek apa. Sedap weh kek dia! Dua-dua kek sedap. Kami berdua makan sambil geleng-geleng kepala sebab memang sedap yang sedap. Hehehe...
Tak lama sangat pun kami di sini tapi puas la dapat juga merasa kelazatan makanan yang selalu nampak di media sosial. Waktu operasi pula hanya pada hujung minggu sebab kafe ni sampingan je. Kafe ni milik suami kepada kawan sekolah rendah saya, Ida. Ida pun sama-sama bantu mengusahakan kafe. Silap pula saya tak bergambar dengan Ida masa mula-mula sampai sebab waktu kami nak balik, Ida tengah sibuk ambil pesanan pelanggan di kaunter. Tapi masa kami tengah makan, sempat juga Ida ke meja tanya okey ke makanan semua? InshaAllah ada rezeki kita datang lagi tau cuba menu lain pula. Terima kasih Ten bawa makan, siap dapat ole-ole cantik lagiπ. Jarang sangatlah kalau balik kampung tu nak keluar lepak sebab selalunya malas nak keluar bersosial kecuali dah rancang dan niat dari Sabakπ. Faktor usia barangkali. Ahaks!