Assalamualaikum... Setelah menyepi selama hampir seminggu, baru hari ini dapat menaip semula. Sibuk katanya. Bila kelas bermula hari Selasa, memang sibuk di awal minggu. Tambahan pula Isnin lalu adalah cuti umum jadi naik dari cuti terus kena ke kelas. Mujurlah sem ni tak ada kelas jam 8 yang biasanya membuatkan aku kelam-kabut di pagi hari. Nama je rumah dekat tapi lambat jugak. Lambat tu tak adalah sampai punch card merah cuma selalu tepat pada masa. Kalau tak nak kelam-kabut kena keluar rumah dalam pukul 7.40 ke 7.45 pagi. Paling koman pun kena keluar pukul 7.50 dan bajet boleh sampai tepat pada waktu. Itu pun kadang-kadang buat cuak juga bila dari kejauhan nampak
excavator lalu di jalan besar. Pergh, kalau itu berlaku memang aku jerit kuat-kuat dalam kereta. Nak lagi haru bila nampak berderet-deret kereta belakang
excavator tu. Siapa suruh lambat? Hehehe...
Minggu ni masuk kelas semester 1 macam biasa dan tiada masalah berlaku. Semester 1 kali ni
best sebab kebanyakannya
hensem bersemangat nak belajar dimana mereka banyak bertanya dan bekerjasama. Macam inilah seronok sebab taklah aku sorang-sorang cakap. Kemudian pada hari Rabu, kelas dengan semester 2. Memandangkan minggu sudah aku tak dapat masuk ke kumpulan yang menggabungkan pelajar dari kursus Cadd Senibina, Multimedia dan Pengaturcaraan, maka aku ambil alih kelas Encik Wan yang kebetulan bercuti. Jadi kelas berterusan dari jam 10 hingga 1 tengah hari. Disebabkan kelas panjang dan silibus semester 2 banyak teori, maka aku kena fikir aktiviti untuk mengelakkan mereka mengantuk. Aku gunakan salah satu aktiviti yang pensyarah ku buat dulu cuma perlu olah sedikit memandangkan tahap mereka tak sama dengan kami. Seronok bila tengok mereka bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberi dalam keadaan yang gembira. Hilang sikitlah mengantuknya tu.
Satu perkara pelik yang sering terjadi adalah, acapkali aku kehilangan kata-kata bila masuk mengajar kumpulan yang menggabungkan pelajar dari kursus Rangkaian dan Cadd Mekanikal di Bilik Seminar pada sebelah petangnya. Aku rasa sebab kelas tu besar sangat sampai tak terkata dibuatnya padahal ajar benda yang sama dengan kelas yang sesi pagi. Jadi walaupun ajar benda yang sama, aku kena buat lebih persediaan untuk kelas sesi petang ni. Dek kerana mengajar selama tiga slot, malamnya terus pengsan awal. Penat beb!
Hari Khamis baru ada kesempatan menanda tugasan yang bertimbun-timbun. Sejak ambil alih mengajar semua kelas, dah kurang masa lapang. Ada masa lapang je kena isi dengan kerja samada menanda tugasan, membuat soalan tugasan, mahupun menyiapkan rancangan mengajar dan nota untuk kelas seterusnya. Disebabkan semester ni ada beberapa pelajar yang kena ulang semester, maka aku tak boleh guna balik soalan-soalan semester sudah. Tapi kadang-kadang kalau tak ada
mood langsung nak buat benda-benda kat atas tu, aku buat 'pandai' je kat
workstation tu. Hahaha... Jadi dah selamat aku masukkan semua markah tugasan yang dah selesai ke dalam sistem cuma yang buat terbantut adalah ada sesetengah bengkel yang masih tak buat lagi maklumat modul. Terpaksa markah-markah tu duduk diam dulu dalam
lappy.Ingatkan nak terus masukkan dalam Public Storage sebab takut lupa. Kang tak pasal-pasal aku dapat surat tunjuk sebab.
rupa tray yang tertera label MASUK sebelum kerja selesai
Cakap pasal surat tunjuk sebab, aku pernah dapat satu. Waktu tu aku baru ambil alih semua kelas yang ada dan markah-markah tugasan kelas yang aku ambil alih tak diberikan. Bila cari pun tak jumpa. Jadi terpaksalah aku agihkan tugasan baru kepada mereka untuk cukupkan kuota 4 tugasan. Untuk kelas-kelas yang aku pegang pulak, ada markah yang tak sempat nak masukkan dalam sistem lagi sebab memang kelam-kabut uruskan benda yang baru; cuma ada markah untuk dua tugasan dalam sistem. Bila ditanya pada unit yang memantau, katanya sekurang-kurangnya dah isi markah untuk 2 tugasan jadi aku pun tak adalah kelam kabut kemaskini markah.Tup tup, tengah hari tu dapat surat tunjuk sebab. Aku pun macam,
WHAT THE FUN??? Tadi cakap lain, lepas tu buat lain. Pertama kali tu dapat surat tunjuk sebab yang perlu ditulis dan dihantar sendiri kepada bos besar iaitu Pengarah. Mau tak ketar? Walaupun aku rasa macam berlaku ketidakadilan di situ, aku gigih juga tulis surat tu dan gigil-gigil serah kepada Pengarah biarpun aku ada sebab kukuh atas apa yang terjadi. Ramai juga orang lain yang kena macam aku dan ramai juga yang tak puas hati tapi cuma aku je yang hantar surat tu sebelum waktu yang ditetapkan. Hasilnya?
Popular kejap nama aku sebab bos besar bawa masuk surat aku dalam mesyuarat pada sebelah petangnya dan yang
melegakan adalah,
kemaafan diberi atas sebab-sebab yang aku senaraikan. Kata mereka yang ada dalam mesyuarat tu, bos siap baca lagi apa aku tulis. Malu..malu.. Rasa macam ayat tunggang terbalik dan berulang-ulang disebabkan cuak terlampau. Hehehe..
Perasaan waktu dapat surat tu? Takut, rasa nak menangis, marah, geram dan kecewa. Apapun, itu pengalaman dan pengajaran buat aku juga. Semua benda ada kali pertama kan? Jadi itulah kali pertama aku dapat surat tunjuk sebab. Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa tu adalah;
- Rancang dan tetapkan waktu untuk beri tugasan pada pelajar - dah rancang kena laksanakan dengan disiplin yang tinggi; tak boleh ada penangguhan langsung.
- Sentiasa kemaskini markah yang ada dan JANGAN LUPA masukkan markah terkini dalam sistem - poyo-poyo isi markah dalam SPC lepas tu tak letak dalam Public Storage pun tak guna jugak!
- Jangan percaya sangat pada perkara yang tiada hitam putih - bila-bila pun kita boleh kena balik sebab tak ada bukti kukuh.
- Bersedia untuk tidak bersedia - sentiasa sediakan rancangan sokongan untuk kebaikan diri sendiri.
Waktu mula-mula dapat surat tu tak ada hati nak kongsi dengan orang lain selain orang yang tahu cerita sebenar tapi sekarang aku ada kekuatan nak tulis kat sini untuk peringatan buat diri sendiri dan mungkin buat orang lain juga.