Assalamualaikum.. Annyeonghaseyo! Selamat tahun baru 2018. Entri pertama untuk tahun ini nampaknya mengambil masa untuk ditaip. Selepas 26 hari berada di tahun 2018, barulah roh rajin tu datang sekejap. Kalau ikutkan, sekarang ni lebih banyak bebel dekat IG tapi tak sesuai pula nak cerita panjang-panjang dekat sana. Maka, gigihlah menaip di sini untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.
Tahun 2018 bagi saya, sedikit suram. Entahkan kerana umur yang semakin meningkat atau kerana konflik dalaman yang melanda. Ajaib, bila melangkah saja ke tahun 2018, pelbagai perkara berlegar-legar di fikiran. Kalau terlampau difikirkan, boleh membawa kepada kemurunganlah orang kata.
15 Januari yang lalu, saya kembali bertugas di tempat lama. Tak pernah pula terfikir untuk kembali, tapi akhirnya, di sinilah saya. Disebabkan waktu nak berhenti dulu saya dah padam semua benda berkaitan dari simpanan umum, maka, kenalah bermula semula dari A. Jenuhlah juga. Azam tahun ni, nak kerja keras untuk simpan duit dan selesaikan hutang peribadi. Tidaklah sampai berhutang dengan bank, hanya dengan Abah. Tapi itulah, sebab pinjam dengan Abah, selamba-selamba je tak nak bayar cepat. Heeee..
Hari ini dah pun masuk minggu ke dua berada di sini. Mula saja bertugas, terus dapat sakit tekak dan batuk hinggalah ke hari ini. Tak tahulah sebab pejabat ni terlalu sejuk atau sebab dikelilingi oleh orang-orang yang sedang batuk. Tuisyen pun masih lagi sepenuh masa setakat ni. Jadinya, kali ni ambil WP 1 sebab pukul 5 kelas tuisyen dah mula. Nak kena berkejar ke sana pula untuk buka pintu. Terus duduk sana sampai malam dan hanya dapat sampai di rumah pada jam 10.30 malam paling awal.
Habis tuisyen kena tutup pintu dan tunggu semua anak murid dijemput, baru boleh balik. Setakat hari ni, macam penatlah juga dan tak ada kehidupan sosial di sini sebab tak boleh lepak-lepak dekat pejabat lepas habis waktu bekerja macam dulu. Tak apalah, selagi boleh bertahan, kita bertahan. Orang lain boleh buat, saya juga mesti boleh. Hiyaarkk!