Hai!
Sempena cuti hari ni, saya sambung cerita hari kesembilan. Dalam pada jadi ke tak jadi ke nak sewa hanbok, terjadi juga akhirnya walaupun eh eh eh, banyak pula kena tambah itu ini asing-asing harga. 😅😅 Sebab dah kali ketiga sampai tapi tak pernah sewa yang set lengkap, belasah sajalah (sambil periksa baki duit dalam bank..hahahaharu). Jadi, satu set hanbok beserta sokchima
(underskirt) berharga KRW 20000 kalau tak silap. Sokchima ni yang buat hanbok cantik kembang setaman. Hiasan kepala harga lain; kalau tak silap KRW 1000. Ke KRW 5000? Lupo dah. Tips nak pakai hanbok, sila pakai tudung atau selendang kosong (tidak bercorak) dan pakai siap-siap t-shirt lengan panjang yang
fit sikit di sebalik baju jalan korang. Macam waktu ni, saya pakai
turtle neck top di sebalik
blouse. Jadi bila dah sarung jeogori, kelihatan terletak cantik di badan.
Dalam perjalanan nak ke Changdeokgung
Kedai sewaan hanbok yang saya pergi. Kedainya di bahagian bawah tanah
Kalau ikut perkongsian di internet, nak dapatkan hanbok dengan harga murah boleh ke kawasan Gyeongbokgung sebab ada banyak kedai sewaan hanbok. Namun, disebabkan kami dah pernah masuk ke istana utama itu dan landskapnya kurang menarik perhatian dan biasanya terlalu ramai orang, kami cuba ke Changdeokgung memandangkan istananya kelihatan lebih kecil dari luar dan kurang tumpuan ramai. Ini pandangan sebelum masuk. Bila dah masuk dalam, rupanya istana ni lebih cantik dan susunan bangunan berdekatan di antara satu sama lain. Jadi, jimatlah masa nak berjalan.
Saya sewa hanbok di salah satu kedai berdekatan dan keistimewaannya, boleh masuk ke dalam mana-mana istana yang ada secara PERCUMA. Jika tidak, bayaran sebanyak 3000 Won dikenakan. Kami tiba agak awal dan masih belum ramai pengunjung. Kalau di Gyeongbokgung, berebut ye nak bergambar di celah-celah tiang tu. Di sini, tak ada orang pun.
Changdeokgung terkenal dengan Secret Garden. Tetapi, lawatan ke Secret Garden perlu mengikut Guided Tour dengan bayaran berbeza disebabkan kawasannya yang agak berbahaya. Dan, Changdeokgung juga bersambung dengan Changgyeonggung. Jadinya, kalau berpakaian tradisional Korea ni, bolehlah keluar masuk istana sesuka hati tanpa bayaran. Kalau tak, kenalah beli tiket asing. Oh ye, sekiranya mahu menyaksikan upacara pertukaran pengawal istana, bolehlah ke Gyeongbokgung atau pun Deoksugung. Jadualnya, sila Google sendiri. Acik dah lupa.😂😂😂
Dekat pintu masuk utama
Kawasan tiang yang sentiasa jadi tumpuan pengunjung tak kira istana yang mana pun
Crime partner yang sabar dan gigih serta rajin melayan
Depan salah satu bangunan yang ada. Baru perasan, waktu lawatan yang ini tak kisah langsung nak baca keterangan pada setiap bangunan. Yang dikisahkan nak bergambar je. Hahahaha...
Dekat tembok istana pun wajibbb
Antara kawasan yang ada sakura yang lebat berbunga. Gambar ehsan pelancong dari Jepun kalau tak silap sebagai balasan kami ambilkan gambar mereka.
Ini salah satu kawasan yang paling cantik sebab ada pokok bunga besar belakang sana
Kami. Kalau tak ada ehsan sesiapa, beginilah gambar berdua kami.
Bangunan ni pernah muncul dalam 2 Days 1 Night tak ingat episod berapa. Kena pergi korek episodnya kalau nak tahu bangunan ni apa fungsinya. Hahahaha...
Dekat jambatan berdekatan pintu masuk utama
Keterangan istana
Sesi memakai hanbok percuma pula pada sebelah petang selepas kami habis meronda di istana dan Insadong. Hanbok tradisional ni boleh pakai percuma di K-Style Hub. Waktu kami sampai sana, rezeki tak ada orang langsung ye dan koleksi hanbok mereka dah ditukar baru. Ada pelbagai warna dan rekaan yang menarik serta terdapat pilihan saiz besar untuk kami yang tak berapa nak kecil ni. Heeee.... Walaupun dah banyak kali sampai K-Style Hub, tetap juga nak tengok setiap pameran yang ada. Paling suka pergi dekat tingkat yang ada pameran 'Hansik' sebab saya kan suka makan dan suka masak juga, haruslah nak perbaharui ilmu masak-memasak hidangan Korea. Gitu. Selain pameran, ada juga aktiviti berbayar. Yang ini kena semak jadual dan bayarannya sebelum tempah tempat. Lain kali balik kampung kena pergi la buat aktiviti apape, asyik berjalan dan makan je, tak ada kenangan buat aktiviti. Sila menabung lebih la sebab nak buat aktiviti ni bayarannya keras. Hehehe... Nah cerita bergambar pula.

Jeogori untuk lelaki dan perempuan. Macam-macam corak ada!
Belah sana pula chima untuk perempuan
Hiasan kepala pun macam-macam ada!
Yours truly
Crime partner
Ini laluan masuk ke dewan pameran Hansik.
Ini dekat ruang pameran baru tak silap, yang ada slot untuk aktiviti tradisional serta jualan cenderamata dan cenderahati
Peta Korea?
Singgah lagi sekali tegur D.O. 😁😁
Dekat kawasan Hallyu Star masih Big Bang yang berdiri, layan jelah.
Dekat tempat bergambar duduk ni pun masih geng Big Bang juga. Layankan jelah juga.
Sepanjang di K-Style Hub pada hari yang ini, tak ada orang langsung sampai naik segan bila staf dia di setiap tingkat melayan kita aje. Tapi seronok la nak berlama-lama. Catatan kali ni tak ikut turutan tentatif, tapi saya cerita ikut kategori. Seterusnya nanti saya nak catat kisah makan-makan pada hari kesembilan pula. Sekian, karangan untuk hari ini.