Siapa suka beli barang di kedai maya? Aku la tu...Macam biasa, sendiri tanya, sendiri jawab. Habih, sendiri tulis, sendiri baca kan. Hahaha... Okey, jujurnya aku memang sangat suka membeli barang online. Bukan apa, kadang-kadang harganya jauh lebih murah daripada apa yang terdapat di kedai biasa dan kadang-kadang barang yang nak dibeli tu tak ada di kedai atau susah ditemui. Jadi jalan paling mudah adalah membeli melalui kedai-kedai maya yang wujud dengan banyaknya. Bila aku fikir balik, bukan setakat baju je aku beli, malah pelbagai lagi barangan lain yang kalau difikirkan macam;
'Ei, gedik la budak ni. Itu pun nak beli online'. Hehehe...
Barang paling kerap yang aku beli tentulah dalam kategori pakaian. Blaus? Kain pasang? Jubah? Skirt? Tudung? Selendang? Semuanya pernah. Selain tu, aku pernah juga beli Tupperware, coklat, macaron, DVD, produk kecantikan dan beberapa barang lagi yang aku pun tak ingat dah. Memang banyak. Bagi yang tak biasa membeli-belah online, mungkin was-was dan takut dengan kemungkinan yang akan berlaku. Terus terang, cara ini memang berisiko.
Satu, kita risau barang yang dipesan tak sampai. Dua, kita tak yakin bahawa barang yang kita dapat nanti adalah seperti yang dipamerkan. Tiga, kita risau penjual tak bagi baki bayaran. Yelah, kalau kita bayar melalui mesin ATM, dia tak terima wang kertas bernilai RM 1 atau RM 5. Jadi ini adalah antara risiko yang bakal dihadapi oleh pembeli. Satu perkara paling penting untuk berurusan tanpa bersua muka ini adalah
KEPERCAYAAN. Bila kita percaya dengan penjual dan penjual percaya dengan pembeli, selalunya masalah tak akan timbul.
Sepanjang aku membeli-belah online, alhamdulillah tidak lagi berdepan dengan masalah barang tak sampai. Tapi pernah ada satu penjual ni tak pulangkan baki bayaran dan kerek pulak tu. Memang kirim salam jelah aku nak beli barang kat dia lagi. Ada juga penjual yang sudah mengepos barang walaupun bayaran belum dibuat. Itu menakutkan sebenarnya. Tapi selagi pembeli dan penjual saling mempercayai, masalah tak akan berlaku. Percaya tak kalau aku cakap kadang-kadang aku pasrah je dengan urusan yang dibuat macam; 'Kalau sampai, sampailah. Kalau tak, bukan rezeki akulah tu.' Hehehe.. Setakat ini tak terjadi lagi barang hilang ke apa. Cuma kebelakangan ini, rezeki aku murah bila membeli.
Kes 1:
Selepas berbulan ditag dengan gambar jubah oleh seorang, aku buat keputusan untuk membelinya. Murah dan cantik jubah tu dan paling penting boleh pakai dengan tudung yang sedia ada. Maka rundingan dibuat dan bayaran dilakukan. Tiba-tiba aku mendapat panggilan yang dialognya kurang lebih begini;
Penjual: Farah, minta maaf sangat-sangat sebab dah terjual jubah yang Farah nak tu.
Aku: Ala, ye ke? Tapi hari tu confirm belum ada yang punya kan?
Penjual: Ye. Waktu confirm hari tu memang tak ada orang punya tapi saya lupa Farah dah book dan terjual pada orang lain.
Aku: Ala, corak jubah tu cantik. Macam mana ni?
Penjual: Tak apa, sekarang ni ada satu lagi jubah corak batik saiz sama baru sampai. Corak dia cantik juga. Nak tak?
Aku: Ermmmmmmm... corak batik jugak? Warna apa? Memang cantik ke? (ragu-ragu)
Penjual: Ha'ah. Corak batik. Warna maroon dan memang cantik.(biasalah nak promosi barang dia)
Aku: Okeylah kalau macam tu. Pasrah aje ni beli tanpa tengok rupa dia. Tapi tak ada free gift ke? (beranilah mintak free gift bagai sebab dia yang salah dan sebab dia adalah kawan sendiri..hehehe)
Penjual: Ok, jangan risau. Memang cantik dan selesa. Free gift? InsyaAllah ada. Nanti saya letak sekali dalam bungkusan.
Bila dapat bungkusan, aku pelik juga kenapalah berat sangat ni? Perlahan-lahan aku buka bungkusan tu dan terserlah dua helai jubah. Terkejut kejap sebab tak sangka pulak dapat sehelai lagi jubah percuma. Memang dah lama nak cari jubah yang coraknya tak sarat dan selesa dipakai untuk disarung waktu kecemasan di rumah dan alhamdulillah dapat percuma. Terus aku telefon dia ucap terima kasih. Gembira... Lepas ni tak perlu kelam kabut tukar baju kalau ada tetamu datang, terus aje sarung jubah tu.
Kes 2:
Waktu berjalan-jalan meneroka blog-blog jualan, tiba-tiba terjumpa satu blog yang menjual pashmina bercorak bunga-bunga. Bila ditengok warnanya, agak padan dengan sehelai jubah yang aku ada. Keputusan untuk membeli pashmina tersebut mengambil masa berbulan-bulan juga kerana aku fikirkan itu adalah kehendak, bukan keperluan. Tapi selepas ditimbang tolak darab dan bahagi, aku berkeputusan untuk membelinya dan kebetulan si penjual sedang mengadakan promosi. Bertambahlah berkobar-kobar aku nak beli. Maka pesanan dan bayaran pun dibuat. Mula-mula berbalas komen digambar yang terdapat dalam Facebook. Kemudian berbalas mesej dan akhirnya mengesahkan bayaran melalui email. Tapi si penjual seperti menyepi hinggalah aku sudah pasrah dengan bermonolog;
'Kalau sampai, sampailah. Kalau tak, bukan rezeki aku.'
Namun pada satu hari, si penjual menelefonku dan memohon maaf atas kelewatan beliau memeriksa mesej pesanan yang ku buat. Bila si penjual dah memohon maaf dengan tulus ikhlas dan barangan yang dipesan segera dipos, tak perlulah nak marah kan? Maka aku tunggu ketibaan barang tersebut dengan sabar. Bila dapat satu bungkusan putih yang agak berat, aku pelik sekali lagi. Kenapa berat sangat walhal aku cuma pesan 2 helai pashmina? Kebetulan bungkusan itu terkoyak sedikit di bahagian bucu dan menyerlahkan warna pashmina yang sungguh berlainan daripada apa yang aku pesan. Memandangkan waktu tu aku di pejabat, tidaklah aku koyak bungkusan melainkan sabar hingga tiba dirumah. Bila bungkusan dibuka, rupanya pashmina yang berwarna lain itu diberi percuma tanda mohon maaf atas kelewatan. Alhamdulillah, rezeki lagi. Kebetulan sangat warnanya masuk dengan sehelai jubah yang aku ada.
Ini pashmina yang aku pesan..
Ini pashmina percuma..siap ada nota lagi..terima kasih kak..hehe..
Gitulah kisahnya.... Risiko tetap ada bila kita memutuskan untuk membeli secara online. Yang penting, kena pandai pilih kedai dan percaya dengan khidmat yang ditawarkan. Sekian saja karangan SPM untuk kali ini. Terima kasih kepada yang baca sampai habis. Aku pun tak perasan dia dah panjang macam ni. Jangan marah ha...hiks..