Engagement Fund ;)

Saturday, 30 December 2017

Beg Kegembiraan

Bulan lepas, crime partner tiba-tiba hulur satu beg warna hijau waktu hantar kimchi dekat dia. Terperanjatlah saya dah kenapa hari jadi dia, saya pula yang dapat hadiah? Begitu. Pun begitu, pemberian didahului dengan ucapan terima kasih. Hadiah hari jadi crime partner untuk tahun 2017 je tak terbeli lagi. Banyak sangat fikirnya lepas tu bajet terhad, teruslah tertangguh.

Mula-mula ingat nak bagi cawan untuk kopi beserta sebungkus serbuk kopi mahal, tapi tak jumpa-jumpa cawan kopi yang dalam bayangan ni. Sebab crime partner suka juga minum kopi lepas tu kata kopi dekat lobi pejabat mahal. Jadi, cadangnya nak bagi la cawan kopi supaya boleh bancuh siap-siap dekat rumah dan bawa minum dalam perjalanan. Jimat banyak dah. Tapi tak sempat nak bagi, dia dulu dah bagi satu beg penuh berisi makanan termasuk sebungkus serbuk kopi mahal. Hadiah hari jadi saya untuk tahun 2017 katanya. Better late than never kekdahnya. Alhamdulillah, syukur. Meh tengok antara isi perut beg yang sempat dirakamkan gambarnya.
 Cereal Bar
 
 Kopi mahal kegemaran, penanda buku, dan Ferrero Rocher

Susu Anlene dan Samyang cup.
 
Walaupun makanan dan lepas habis dah tak ada kenangan, tapi ada gambar tanda ingatan dan juga nota-nota comel yang dilekat pada setiap makanan. It's the thought that counts kan? Sepanjang hidup ni, ada beberapa kali giliran hari lahir yang meninggalkan memori terindah. Pertama, hari lahir waktu tingkatan 3. Bila duduk asrama, selalu juga tengok kawan-kawan potong kek waktu hari jadi dan untuk tahun tu, saya minta Arwah Mak belikan kek untuk sama-sama sambut dengan kawan-kawan di asrama. Bayangan saya adalah sebiji kek besar yang boleh dipotong, tapi Arwah Mak lebih praktikal sebab datang dengan satu kotak sederhana besar penuh berisi kek cawan siap riben untuk diagihkan kepada kawan-kawan. Senang nak makan katanya. 

Masa dapat tu, sedikit kecewa sebab perasaan potong kek tu lain kan berbanding dapat kek yang tak payah potong. Tapi bila dah tua-tua ni, barulah nak sedar bahawa kek cawan macam tu lagi mahal berbanding sebiji kek besar dan sepatutnya saya bersyukur sebab Arwah Mak susah payah cari duit untuk tunaikan hajat saya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa Arwah Mak dan mendapat rahmat di alam sana.

Memori kedua adalah sewaktu berada di tingkatan 5. Kebetulanlah agaknya tarikh hari lahir saya jatuh waktu berada di asrama untuk dua tahun ini maka memori tu kekal sampai hari ni. Waktu ni dah matang sikit dan tak adalah minta kek dah. Duduk je diam-diam di asrama tapi kawan-kawan Geng Bilik Prep buat kejutan. Bila turun bilik prep, ada je hadiah kecil dekat atas meja beserta ucapan ringkas selamat hari lahir. Nanti naik ke dorm, ada juga yang tinggal hadiah atas katil atau dalam loker. Walaupun cuma sebungkus gula-gula atau coklat, tanda ingatan tu yang paling bermakna. Saya ingat lagi, ada seorang kawan bagi sebungkus jajan yang dibalut dengan kertas surat khabar dan pada surat khabar tu, tertulis ucapan selamat hari lahir. Sampai ke sudah saya simpan pembalut surat khabar tu sebab ada kenangan manis. 

Seterusnya, semasa di universiti. Teman-teman serumah dan kawan paling akrab waktu tu buat kejutan. Dua kali dapat kek untuk sambutan ulangtahun pada tahun tersebut. Mula-mula Umi dan adik-adik serumah buat kejutan di satu kedai makan, kemudian Kak Chik dan adik-adik serumah buat satu lagi kejutan di kafe perpustakaan. Allahuakbar, terharu sungguh-sungguh! Terima kasih untuk kenangan yang diberikan.

Bila dah mula bekerja ni, ada tiga kali sambutan yang membuatkan saya terharu. Kalau tak silap, untuk tahun 2013. Mula-mula Hani telefon kata nak makan sama sempena hari lahir. Kebetulan saya ada tugas yang perlu diselesaikan sebelum balik pada hari tu, keluar dari pejabat dah agak lewat. Hani baru habis tugas waktu tu, gigihlah dia menunggu dekat Saha sambil baca buku sambil mengantuk. Aduhai, terima kasih banyak-banyak atas kesabaran menunggu dan minta maaf banyak-banyak kerana terpaksa menunggu. Waktu tu Hani masih MO lagi. Kemudian, crime partner pula ajak makan kek di SR. Walaupun dah tahu nak dapat kek sempena hari lahir, masih lagi terharu bila kek tu betul-betul ada depan mata. Paling best, atas kek ada tulisan. Wow! Mudah terhibur sungguh. Hehehe..

Kesimpulannya, sepanjang hampir nak 3 dekad hidup ni, macam-macam pengalaman dan kenangan yang diperoleh. Semuanya bermakna biarpun bercampur suka dan duka. Di sinilah salah satu tempat saya mencoretkan kenangan berharga itu. Terima kasih semua yang terlibat. Moga saya diberikan rezeki untuk mencipta kenangan terindah sempena hari kelahiran buat kalian. Crime partner punya kek dengan hadiah tahun ini terpaksa saya tangguh dulu hingga ke tahun depan atas sebab kekangan kewangan.

Thursday, 28 December 2017

JJCM GBP 2017 - Episod 4: Sepetang di Teluk Cempedak dan Makan Malam di Tanjung Lumpur

Sambung cerita Cuti-cuti Malaysia kami pada bulan Oktober yang lalu. Masih lagi cerita pada hari pertama. 😉 Selepas solat dan berehat seketika di hotel, kami keluar semula untuk ke salah satu tempat tarikan pelancong di Kuantan ini iaitu Teluk Cempedak. Waktu sampai di sana, tempat parking penuh! Manusia ramai yang amat. Walaupun saya jenis yang alergik dengan tempat tumpuan yang sesak, namun automatik alergik tu hilang pada waktu bercuti. Hehehe..

Dah kata tempat tumpuan pelancong dan kami semua pun antara pelancong yang ramai-ramai tu, redah sajalah. Suasana dekat sini memang meriah! Tak cukup dengan manusia, monyet-monyet turut sama memeriahkan suasana. Hahaha... Kawasan Teluk Cempedak ni agak luas dan terbahagi kepada dua bahagian. Satu, kawasan pantai terbuka dan dua, kawasan pantai yang berbatu. Kami memilih untuk berjalan ke kawasan pantai berbatu. Untuk sampai ke kawasan pantai berbatu, kami perlu melalui laluan sempit antara pantai dan hutan.

Di sinilah monyet-monyet itu berkeliaran. Banyak dan peramah okey! Saya ni dah kepit beg dan topi sebab takut kena kebas. Bukan boleh percaya ni. Kang tiba-tiba dia terkam dan bawa lari, tak ke haru? Paling penting Aten kata jangan pandang mata ke mata dengan monyet-monyet tu. Hahahah... Dalam pada cuak dan takut, sempatlah berhenti beberapa kali dekat laluan ni untuk bergambar. Sampai di penghujung, barulah jumpa semula dengan kawasan berpasir. Lama jugalah duduk menikmati pemandangan petang dan bergambar di kawasan ni. Cuaca pun redup je, memang nyaman.

 Inilah dia laluan yang banyak monyet tu
 Gigih set masa dekat telefon untuk gambar berempat ni
 
 Kami dan batu
 
 Kami dan batu lagi
 Yang ni atas batu pula, berlatarbelakangkan laut

Gambar terakhir di kawasan berbatu yang diambil oleh salah seorang pengunjung pantai.

Dari Teluk Cempedak, kami terus ke Tanjung Lumpur untuk makan malam. Memang dalam perancangan ada satu kali sesi makan besar di Kuantan. Ada banyak restoran di kawasan ini dan akhirnya kami memilih Super Top Pantai sebab orang masih belum ramai lagi di sini. Ada macam-macam haiwan laut yang boleh dipilih sendiri. Kalau tak silap, yang memilih haiwan ni saya dan Mada. Tamak jugalah waktu nak pilih tu. Nasib baik ditenangkan oleh Mada yang masih berfikir rasional. Hehehe..

Sementara tunggu makanan sampai, kami makan dulu puding raja yang dibeli di Bandar Kuantan petang tadi. Sayalah yang teringin sangat nak merasa. Beli satu bekas yang sederhana besar di satu kedai kecil yang berlokasi di jalan utama sebelum ke Teluk Cempedak. Seperti yang diketahui, puding raja merupakan salah satu makanan tempatan yang perlu dicuba untuk mereka yang bergelar pelancong dan sukakan manisan. Satu bekas tu berharga RM 18; bahagian puding dan kuah diasingkan. Pada suapan pertama, saya dah jatuh cinta. Sedap! Gabungan bahan-bahan kering dan kuah puding sangat serasi dan kena pada tekak. Kuahnya tidak begitu manis dan lemak-lemak masin bila dicampur bersama jala emas, pisang dan buah-buahan kering. Puas hati bila dapat merasa.
 Kedai puding
 
 Bekas puding dan kuahnya
 
 Rupa dalam, sebelum kuah dituang. Ada pisang yang digoreng (kot), jala emas, buah prun kering, ceri kering dan gajus.

Dah tuang kuah, moh le makan

Tak lama kemudian, pesanan kami pun tiba satu persatu. Jurukamera rasmi mula menjalankan tugasnya untuk blogger suam-suam kuku ni buat modal bercerita. Hahaha... Terima kasih korang sebab gigih bergambar demi modal cerita dan kenangan kita. Eceh! Lepas dari tu, makanlah. Apa lagi kan? Perut pun dah lapar. Waktu kami mula makan, meja-meja dalam restoran mula dipenuhi pelanggan. Waktu nak balik, tempat leak kereta yang tadinya kosong sudah padat dengan pelbagai jenis kenderaan.
 Kami yang ceria depan makanan. Hahaha..

 Ikan bakar sambal petai, sotong goreng tepung, kupang masak cili (kot), sup cendawan?
 
 Flat lay meja sebelum makan. Jurugambar suruh letak sudu dengan garfu macam tu dan kelihatan lauk lain di situ iaitu kailan goreng dan ulam timun serta sambal belacan.
Udang telur masin kot ek? Lupa dah. Tapi dia sampai paling lewat, waktu semua orang dah mula makan dan tak kuasa nak pegang telefon. Ini tak pasti siapa yang ambil gambar.

Ini dekat depan jalan masuk ke kedai. Diambil oleh jurugambar rasmi.

Jumlah keseluruhan untuk makan malam kami adalah RM 131.70 tunai. Mahal ke murah? Okey rasanya pada kami dengan menu yang dipesan. Sebelum balik ke hotel, berpusing-pusing cari farmasi untuk orang-orang sakit. Bila bercuti dalam negara, macam-macam penyakitnya. Hahaha.. Yang sakit tekak, yang batuk kung kang kung kang, yang pedih ulu hati, yang migrain pun hado. Itulah dia cerita pada hari pertama.

Tuesday, 26 December 2017

Cara Nak Beli Pas Bulanan Tempat Letak Kereta

Bulan Disember ni kelas tuisyen tak jalan tapi saya tetap kena datang untuk kerja-kerja kerani dan pendaftaran baru. Maka, waktu kerja pun bertukarlah jadi normal; masuk pagi balik petang. Bila datang waktu normal, kenalah bayar parking. Masalah negaranya, dekat kawasan ni hanya satu saja mesin parking yang berfungsi. Tapi yang satu tu pun harami sebab bila tiket keluar, tak nampak langsung tulisan. Sakit hati kita tau. Satu hal pula kena berhenti dekat depan Domino's Pizza semata-mata nak bayar parking.

Selama ni dalam kereta memang ada je sedia kupon tu tapi kalau parking sehari sampai 7 jam, membazir kertas gores kupon banyak-banyak. Penyelesaiannya, saya ikhtiar beli pas bulanan. Sebelum ni pernah dengar tentang pas bulanan tapi tak tahu cara nak beli. Kalau kupon tu boleh beli dari ejen-ejen yang dilantik, pas bulanan ni rupanya kena pergi ke pejabat MDKL dan buat di sana.

Senang kacang je pun rupanya. Disebabkan saya pertama kali nak buat, tak tahu juga caranya. Masuk je dalam bangunan MDKL, saya terus tanya di kaunter pertanyaan. Staf di situ suruh terus ke Kaunter Bayaran. Sampai dekat kaunter, dia minta kad pengenalan dan nombor kereta dan tanya bila nak mula. Dah bagi maklumat tu, dia buatkan pas khas untuk Taejang. Kenapa khas? Sebab satu pas satu kereta.

Alhamdulillah urusan lancar dan staf-staf di Kaunter Bayaran pun ramah. Mula-mula saya minta terus kuatkuasa pada hari saya buat tu, tapi staf sebelah terus menyampuk suruh buat tarikh esoknya je sebab waktu pun dah pukul 3.00 petang, rugi dia kata. Baiklah, saya ikut saja. Sebenarnya kalau guna parking awam ni hari-hari, lagi untung buat pas bulanan macam ni sebab boleh jimat banyak juga. Sebulan hanya bayar RM 40.00 saja berbanding purata RM 60.00 tanpa pas bulanan. Jimat kan?

Saturday, 23 December 2017

Begini Rupanya Mesyuarat Agung Dijalankan

Sabtu minggu lepas, buat pertama kalinya saya datang ke mesyuarat agung tahunan sejak beli saham koperasi Bank Rakyat waktu mula-mula kerja dulu. Selama ni tak pernah la terlintas dalam otak ni nak datang ke mesyuarat agung dan tak pernah pun ambil tahu. Rugi rugi. Walaupun unit tak banyak, tapi tetap ahli dan tetap boleh nikmati faedah yang diberikan.

Kali ni, dapat tahu daripada kumpulan WhatsApp Kutu Gaji. Teruja nak pergi sebab elaun kehadiran adalah RM 100. Wowowow! Patutlah dulu-dulu Abah rajin pergi mesyuarat agung ni, dapat elaun yang lumayan rupanya. Selain elaun tu, dapatlah juga maklumat tentang aktiviti yang berlaku dan dapat tengok macam mana perjalanan mesyuarat. Kebetulan sangat lokasi mesyuarat kali ni dekat dengan rumah, memang cari kawan la nak pergi. Sebab Wak Yem buat kenduri Sabtu tu, tak adalah saya bagi tahu Abah. Maka saya pergi berdua dengan Kak Ina.

Sebelum masuk mesyuarat, kena mendaftar dulu dan waktu pendaftaran adalah dari jam 8 pagi hingga 10 pagi. Lepas dari tu, tak boleh dah nak mendaftar. Sampai aje dekat pintu pagar KMB tu, nampak kereta dah bersusun-susun. Yelah, satu Selangor berkumpul, harus ramai.

Mula-mula pergi daftar dulu untuk sahkan kehadiran dan dapat elaun. Kaunter dia sangatlah banyak! Lebih daripada 10 kaunter. Waktu kami sampai tu orang yang daftar tak ramai dah jadi serba salah pulak nak pilih kaunter mana sebab bila jalan ke khemah tu semua pandang ke kita dan senyum tanda mengalu-alukan kedatangan. Hehehe.. Akhirnya saya berhenti di kaunter yang paling hampir je. Senang je pun nak daftar ni, bagi kad pengenalan dan dia akan semak keahlian dan seterusnya slip kehadiran pun dicetak. Selesai. Lepas daftar, boleh pergi makan sarapan dulu. Hebat sangat ni siap ada makan. Hahaha.. Maafkan kejakunan pertama kali saya ni. Ada bihun goreng, roti coklat Gardenia dan juga air panas. Macam tahu je kita tak sempat sarapan pagi tu. Hehehe...

Lepas makan, masuk dalam dewan untuk mesyuarat. Oh ye, salah satu agenda kali ni adalah pemilihan wakil. Maka, dekat luar tadi ramailah yang berkempen supaya terpilih sebagai wakil. Pemilihan wakil ni ada dua bahagian, calon koperasi dan calon perseorangan. Pemilihan pula adalah 20 calon koperasi dan 50 calon perseorangan. Ramai kan? Saya ni sebab tak pernah tahu pasal benda-benda ni, jakun la juga. Hahaha... Calon perseorangan yang bertanding ada 132 calon manakala calon koperasi ada 34 tak silap.

Mula-mula tu Kak Ina tanya saya, "Macam mana cara pilih calon ni ek? Dia perkenalkan calon sorang-sorang lepas tu ada kena pangkah kertas ke cemana?" Saya yang naif pun jawab, "Eh, takkanlah dia nak kenalkan sorang-sorang, ramai ni kak. Lepas tu tak nampak pun tempat nak pangkah undi? Kita angkat tangan kot nanti dia kira berapa sokong dia dan dia." Bila ingat balik saya punya jawapan tu, memang tergelak. Kau ingat ni mesyuarat agung koperasi sekolah ke? Kahkahkah.. Sungguh noob dan naif awak ni Farah.

Sebenarnya memang dia kena perkenalkan calon-calon yang bertanding beserta pencadang dan penyokong sebab syarat nak bertanding adalah kena calon, pencadang dan penyokong semua kena hadir. Kalau salah seorang tak ada, pencalonan batal. Begitu. Daripada 132 calon perseorangan tadi, dalam 10 orang juga yang batal kelayakan. Selesai bab pengenalan calon.

Untuk pengundian, memang kena pangkah kertas. Bukan angkat tangan dan kira. Hahahaha.. Sesi mengundi ni diberi masa 30 minit sebab nak kena pilih ramai kan? Orang kata undi adalah rahsia, tapi yang ni tak berapa rahsia pun sebab kita pangkah dekat tempat duduk sendiri dan calon-calon yang gigih nak dapat jawatan ni boleh siap jalan-jalan tengok kertas undi orang lain lagi nak pastikan nombor dia dah dipangkah. Sebab kena pilih 50 orang kan, layankan jelah. Kertas undi dia adalah kertas A4 yang mengandungi nombor-nombor calon dan ruang untuk tanda pangkah.

Sebab tak kenal pun orang-orang yang bertanding, saya pangkah je mana-mana yang berkempen dekat luar dan dalam dewan tadi, selain menyemak nama serta pekerjaan calon daripada senarai yang diberikan dalam fail. Kak Ina kata, kita kena pilih orang dari pelbagai bidang. Itu yang gigih semak senarai tu. 30 minit tu sempatlah nak selak senarai dan pangkah 50 calon. Habis sesi memangkah, kami terus balik sebab baby Kak Ina dah meragam. Lepas dari tu tak tahu apa yang berlaku.

Dapatlah juga pengalaman datang ke mesyuarat agung wilayah ni walaupun tak lengkap. Rupanya mulai tahun 2011 dia dah buat giliran lokasi mesyuarat dan tahun ni, giliran daerah Kuala Langat. Tahun depan daerah lain la pula. Tapi kalau masih dekat, gagah juga rasanya nak pergi. Mana tahu dapat jumpa jodoh ke kan? Tiap kali ada apa-apa acara macam ni, ada juga berdoa untuk jumpa jodoh. Tapi kalau kau jalan pun pandang bawah je, mana nak jumpanya? Hahaha.. Makanya, balik mesyuarat tu terus cari page Bank Rakyat dekat Facebook dan tekan Follow supaya dapat maklumat terkini. Sekian, pengalaman pertama kali pergi mesyuarat agung koperasi.

Thursday, 14 December 2017

Drama Korea: Deserving of the Name

Selepas sekian lama, saya kembali dengan satu lagi ulasan drama Korea daripada drama-drama yang ditonton. Buat yang baru mula baca ANC semula, saya dah tukar kata ganti diri nama kepada 'saya', bukan lagi 'aku'. Nak kembali jadi sopan katanya. Hehehe.. Tapi kadang-kadang terlepas guna 'aku' tu, kira halal ye.

Drama bertajuk Deserving of the Name ni adalah antara drama terbaru yang saya tonton. Asalnya macam tak nak tengok sebab tak kenal pelakon-pelakon dia. Tapi bila tajuk ni asyik lalu-lalang je dekat laman utama Drama Cool tu, cubalah tengok. Sebelum tu saya baca dulu sinopsis drama ni dekat Wikipedia untuk dapat gambaran tentang jalan cerita. Bila dah mula tengok, marathon terus ko! Jalan cerita dia best dan tak meleweh. Acik bagi 4.5 bintang!

Poster rasmi drama ni

Drama ni bertemakan perubatan dan berlatarmasa moden dan Joseon. Drama Korea jelah pun kan yang ada banyak pengembaraan masa ni dan ini adalah salah satunya. Watak utama drama ni adalah Kim Nam Gil yang memegang watak Heo Im iaitu seorang doktor terkenal pada zaman Joseon dan Kim Ah Joong yang memegang watak Choi Yun Kyung iaitu seorang pakar bedah jantung yang boleh tahan hebat jugalah.

Ceritanya adalah tentang Heo Im yang tiba-tiba berada di Seoul selepas gagal menjalankan rawatan keatas Maharaja. Waktu pertama kali sampai di Seoul ni, tercengang la dia sebab tiba-tiba suasana dah berubah. Pada hari pertama dia berada di Seoul ni juga dia bertemu dengan heroin yang dilakonkan oleh Kim Ah Joong. Kim Ah Joong memegang watak Choi Yeon Kyung. Dari pertemuan pertama Heo Im dengan Choi Yeon Kyung, berlanjutanlah ceritanya.

Waktu mula-mula sampai dekat zaman moden, Heo Im ni tak tahu nak minta tolong pada siapa melainkan Choi Yeon Kyung sebab waktu Choi Yeon Kyung pengsan dekat tepi jalan besar dalam perjalanan nak balik ke hospital, Heo Im ni ada dekat tepi dia dan bila ambulan sampai, petugas tu ingat dia penjaga kepada Choi Yeon Kyung ni. Teruslah dia ikut ke hospital dan sejak dari tu memang berlegar dekat hospital jelah.

Mula-mula Choi Yeon Kyung ni tak percaya yang Heo Im ni doktor sebab dia ada isu sikit dengan perubatan tradisional. Selain tu, tak ada siapa pun yang percaya Heo Im ni datang dari Joseon sebab tak logik bila ada orang boleh merentas masa. Tapi lepas tu Choi Yeon Kyung boleh terima hakikat yang Heo Im ni doktor dan datang dari Joseon bila beberapa kali dia terikut Heo Im balik ke Joseon.

Banyak lagi yang berlaku dalam drama 16 episod ni tapi kalau nak diceritakan satu persatu, panjang ke lantai la pula ulasan ni. Paling penting, awak semua kena tengok sendiri okey? Jalan cerita menarik dan ada pelbagai elemen. Gembira, sedih, kelakar, cinta, keluarga, ilmu kedoktoran, semua dia sumbat dalam satu drama ni. Berbaloi untuk ditonton.

Wednesday, 13 December 2017

Bila Soalan Tergantung Tak Berjawab, Kau Pun Bawa La Haluan Sendiri

Pejam celik pejam celik, dah pun sampai ke penghujung tahun 2017 dan hari ni, sudah pun masuk hari ke-13 dalam bulan Disember. Nak masuk tahun baru, banyak la juga fikir benda. Bila otak fikir macam-macam, boleh jadi stress dibuatnya. Lagi stress bila kau tanya soalan dekat orang, orang yang ditanya tu diam seribu bahasa. Cikgu kan? Dah biasa bila kita tanya soalan, anak murid kena jawab. Wajib cuba jawab walaupun jawapan tu salah. Yang penting usaha nak jawab tu. Makanya, biarlah soalan tu kekal jadi soalan tanpa jawapan.

When it comes to give silent treatment, I am quite a pro. Orang senyap, kita pun senyap jelah. Teruskan dengan kehidupan sendiri. Layan perasaan sebab terpaksa tolak tawaran berharga. Terlupa yang giliran pergi haji adalah tahun 2018 dan berdondang sayang tak penuhkan duit tabung, maka kenalah redha. Mula-mula tu ingatkan takpelah tolak je sebab belum ada kosnya, tapi bila dah tolak, timbul satu perasaan menyesal yang amat sangat. Mungkinlah ini hidayah Allah bagi untuk ada perasaan ke tanah suci. Moga-moga ada kudrat dan rezeki untuk penuhkan duit tabung.

Itu satu hal. Satu hal lagi bila saja buka mesej lama dekat FB, jumpa balik mesej dari hoobae sekolah dulu. Dia nak kenenkan dengan seseorang tapi kita je buat derk. Hahaha.. Ha, bila difikir balik, macam mana la kau nak jumpa jodoh tu? Dah beberapa kali kan orang nak kenenkan dengan seseorang, kau je yang buat tak faham.

Sebab terlebih fikir dan terlebih stress dua tiga hari ni dan hari ni kemuncaknya, maka saya pun pergi melantak sorang-sorang. Kadang tu rasa menyedihkan betullah pergi makan sorang-sorang ni, tapi nak buat macam mana, memang tak ada temannya. Redah jelah. Kau makan tu bayar kan? Kalau malu dan sedih, tak dapatlah nak makan sedap.

Disebabkan belum makan nasi, maka mula-mula singgah makan nasi dekat kedai Nasi Kukus Cik Ros. Dah lama nak pergi makan dekat sini tapi asal lalu je kedai penuh, asal lalu je kedai tutup. Hari ni akhirnya dapat juga makan di sini. Menu utama dekat sini semuanya RM 5; tapi ada juga menu sampingan macam lauk tambah dan juga kudap-kudap. Harga minuman pula semuanya RM 1 dan konsep kedai ni adalah layan diri.

Waktu masuk dalam kedai, terpinga-pinga la kejap sebab tak tahu gaya kedai ni macam mana. Rupanya konsep dia adalah layan diri. Terus pesan makanan dekat kaunter dan buat bayaran. Dapat resit, tengok nombor pada resit dan pergilah kaunter air untuk pesan air dan kena tunggu sampai dia bagi air yang dipesan. Nanti bila nombor dekat resit dipanggil, bolehlah pergi ambil nasi pula dan baru boleh duduk makan.
Nasi Daging Bakar 5 hengget + Nescafe panas sehengget. Nasi dia selambak ok!

Pada saya, okeylah kedai ni sebab kedainya selesa dan bersih. Makanan murah dan servis cepat. Tak tahulah kalau waktu puncak macam mana servis dia tapi tadi tunggu tak lama pun, terus dapat pesanan. Menu utama dekat sini ada nasi minyak ayam/daging, nasi tomato ayam masak merah, nasi daging, nasi ayam kukus dan nasi kerabu.

Lepas makan nasi, pergi Kaki Ais pula. Teringin nak makan Kuey Teow dia sebenarnya tapi nak makan Chilli Fries dia jugak. Selera naga! Bila makan tak fokus, nasi selambak pun tak kenyang. Akhirnya beli Chilli Fries dengan A&W Rootbeer je dekat Kaki Ais. Makan sambil termenung tengok jalan.

Rootbeer dengan Chilli Fries yang terlebih masin. Terkulat-kulat nak habiskan.

Sekianlah luahan perasaan. Kadang-kadang tu bila ada masalah, laju je rasa nak luah dekat FB tapi rasa tak sesuai pula. Kau stress dengan segelintir orang je pun, tapi nanti semua kawan kau tahu kau stress. Lagipun macam budak-budak la pulak nak buat luahan perasaan dekat FB tu. Tulis dekat sini nanti bolehlah terus privatekan blog ni. Hahaha... Sendiri taip sendiri baca kekdahnya. Adios!

Saturday, 2 December 2017

BerChilli Dawg dengan Geng Bujang Bilik Prep

Disebabkan saya dan Aten selalu sangat letak gambar makanan dari Chilli Dawg, Geng Bilik Prep yang lain pun terliur nak makan dekat sini juga. Hehehe... Ye, makanannya sedap dan harga berpatutan. Suasana kedai pun tenang je sebab depan rumah dan dalam kawasan kampung. Sesi lepak pusingan pertama adalah pada 12 November lalu. Kebetulan Hani balik ke Semenanjung bercuti, dia ajak la kami makan sini.

Saya yang selalu buat tak kisah dengan telefon dan tab pada hari cuti, melompat la bila hidupkan telefon, mesej masuk bertalu-talu dalam kumpulan WhatsApp Geng Bujang. Disebabkan jarang-jarang dapat jumpa Hani, gigih ko seret kaki bersiap. Siap gosok lagi shawl nak pakai. Hahahaha...

Aten singgah ambil saya baru kami sama-sama gerak ke Chilli Dawg. Lama jugalah lepak sambil makan dan bercerita. Saya dengan Aten pesan Kentang Chop manakala Hani pesan Bebola Sombong. Tahulah sebab lapar atau memang dia letak perasa extra dekat kentang goreng tu, lain macam sedap menu malam tu. Tapi akhirnya dah tahu kenapa terlebih sedap menu malam tu. Sebabnya, Hani belanja. Hahaha.. Terima kasih Hani, moga murah rezeki.
 Kami bertiga
 
 Bebola Sombong, Hani punya
 
 Dah kenyang, muka ada senyum. Hehehe..
 
Terus balik ke? Hahahahaharapan! Singgah makan kek pula.

Pusingan kedua pula adalah pada 1 Disember yang lalu. Kali ni orang KL pula gigih turun Banting. Waktu datang sini, Mada naik sekali dengan Aten dari Shah Alam. Sampai sini pun dah petang. Jadi Aten ambil saya dekat rumah dan terus ke Chilli Dawg sama-sama. Punyalah saya tahan perut satu hari sebab nak makan besar dekat Chilli Dawg, sampai kebulur dah. Itu yang walaupun lagi dua minit nak sampai kedai, gigih buat pesanan melalui WhatsApp dengan niat sampai je boleh terus makan. Hahaha...

Perut lapar, nafsu pun sama naiklah. Tak cukup satu menu, berpinggan-pinggan kami pesan. Saya dengan Aten makan Nasi Lelap manakala Mada pesan Getti Chop. Lepas tu pesan juga Bingsu Kekasih. Waktu pesan tu, bertekak kejap nak bingsu yang ada aiskrim sebab Bingsu Kekasih tak ada aiskrim. Tapi tiba-tiba tauke cakap boleh je nak tambah aiskrim. Maka, kami pesan Bingu Kekasih istimewa dengan tambahan satu scoop aiskrim. Kemudian, ada yang menambah Cheezy Fries serta Kentang Chop dan saya tambah lagi Chilli Dawg sepinggan sebab macam masih lapar. Tapi bila sampai je pinggan Chilli Dawg tu, terus rasa kenyang dan terkulat-kulatlah mengunyah dan habiskan semua makanan yang dipesan.

 Meja kami, pusingan pertama.
 
 Bingsu Kekasih Istimewa - dengan tambahan aiskrim

 Cheezy Fries

 Kentang Chop


 Kami bertiga, muka kenyang
 

Dengan ini, tamatlah kisah pertemuan Geng Bujang Bilik Prep. Moga dapat ketemu lagi di masa akan datang dengan ahli yang cukup.

Thursday, 30 November 2017

Bingka Labu

Dah lama saya tak kongsi resipi di sini. Kali ni sebab terlebih rajin nak main masak-masak, saya cuba satu resipi baru. Sebenarnya nak pelbagai jenis makanan berasaskan labu sebab kebetulan Wak Yem bagi sebiji labu besar tempoh hari, maka saya carilah resipi bingka yang ada labu. Jumpa satu dari blog Sinar Kehidupanku dan bahan-bahannya pun senang nak jumpa tapi ada yang saya ubah suai la sikit. Mari tengok resipinya

Bingka Labu

 Rupa bingka saya yang nampak tak cantik sebab potong waktu dia masih panas. Potong guna pisau plastik sebab takut permukaan pemanggang ajaib calar
 
Bahan-bahannya
  • 2 biji telur
  • 1 kotak santan M&S
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu kotak Dutch Lady
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 camca garam
  • 1 camca esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan labu - direbus, toskan dan lecek
Cara-cara membuat
  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar (kecuali labu) dan bancuh dengan whisk sampai bahan larut.
  2. Kemudian, masukkan labu lecek dan kacau rata.
  3. Panaskan sekejap pemanggan ajaib yang telah disapukan dengan minyak.
  4. Tuangkan adunan ke dalam pemanggang ajaib dan masak dengan api perlahan.
  5. Selepas kira-kira 20 - 25 minit, terbalikkan pemanggang ajaib dan masak lagi selama 20 - 25 minit.
  6. Bila isi dalam dah masak (cuba cucuk dengan lidi untuk pastikan isinya masak), bolehlah besarkan api dan masak kedua-dua belah hingga permukaan bingka garing.
  7. Sesudah masak, tunggu betul-betul sejuk barulah dipotong.
Pemanggang ajaib cap Haji Ismail Group, beli waktu pergi Langkawi dengan Geng Bilik Prep dulu.

 Potongan senget-senget, lantak situ. Sebenarnya sebab masih agak panas, jadi isinya masih lembik lagi.

Rupa bingka dalam pemanggag ajaib.

Kalau nak tengok resipi asal, boleh tekan pada pautan yang saya sertakan di atas. Sebab tak ada oven, saya cuba je guna pemanggang ajaib. Alhamdulillah jadi! Patutnya kena tabur bijan, tapi bijan tak ada, tak letak pun. Adunan tu pun patutnya kena tapis sebelum campur labu, tak buat sebab malas nak basuh penapis. Hahaha.. Walaupun ada banyak mengelat, jadi la juga. Sedap pun sedap, senang pun senang. Sesiapa yang rajin, bolehlah cuba ye. Sekian.

Perginya Seorang Lagi Wak

Kelmarin tengah hari, masuk mesej dalam kumpulan WhatsApp Keluarga Haji Kasmuri. Mesej dari Abang Wan yang memaklumkan tentang pemergian ayahnya, Wak Merin. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Disebabkan dah tengah hari dan agak susah nak tinggalkan Nenek, maka hari Selasa tu cuma Abang Faiz je yang pergi layat sebagai wakil. Semalam baru saya dan Abah pergi.

Kisah permergiannya agak tragis sebenarnya. Waktu Abang Wan bagi tahu tu, dia baru sampai di sana dan jenazah Wak Merin baru ditemui. Kiranya, tak ada sesiapa pun tahu waktu sebenar kematian. Disebabkan kes kematian seperti mengejut, maka polis yang uruskan semuanya. Bila polis sampai dan pintu dipecahkan, jenazah diperiksa dan polis bagi tahu mungkin dah empat hari Wak meninggal. Memandangkan keadaan jenazah pun dah kurang sempurna, maka jenazah diuruskan sepenuhnya oleh pihak polis dan hospital.

Urusannya ambil masa juga sebab dari rumah, ke balai polis dulu dan kemudian barulah dibawa ke hospital. Kalau ikutkan kena buat post-mortem untuk tahu punca kematian, tapi sebab anak-anaknya semua tak nak melambatkan urusan pengebumian dan menyeksa mayat, maka bedah siasat tidak dilakukan. Lagipun tak ada tanda-tanda yang mencurigakan, maka semua orang redha dengan pemergian Wak Merin. Jenazah disemadikan malam itu juga dan urusan pengebumian selesai kira-kira jam 11.00 malam.

Selama ini saya baca je berita di akhbar mengenai kes kematian warga emas seperti ini, tapi tak pernah jangka akan berlaku dalam keluarga sendiri. Moga roh Wak Merin tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati. Kepada pengunjung blog ini yang kebetulan terbaca entri ini, sudilah kiranya sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat Wak Sairin Bin Diran.

Sunday, 26 November 2017

Membeli Belah di Best Buy World untuk Kali Kedua

Bila selak-selak entri lama, rupanya pernah beli barang dekat Best Buy World sekali je dulu. Waktu tu beli produk Clinique juga. Disebabkan dua kali pergi The Zon tak ada stok untuk nombor 3, maka akhirnya beli jugalah secara dalam talian. Bukan tak boleh beli dekat kaunter, tapi bila dah pergi AEON tu, kau ghaser akan beli moisturiser dengan clarifying lotion je ke? Kos lagi kan. The Zon tu lain cerita sebab pergi KLIA 2 nak pergi makan dekat Family Mart sekali. Eh! Hehehe..

Kalau beli dekat BBW ni, boleh dapat harga macam dekat The Zon cuma ikut nasib sebab susah juga nak dapat Clinique 3 Step Skincare nombor 3 ni dalam saiz biasa. Selalu untuk nombor 2 je banyak. Bajet kali ni tak boleh lebih dari dua ratus ringgit sebab kalau saiz biasa harga biasa, harga dia lebih kurang dua ratus tulah untuk dua benda ni.

Cubalah buka BBW dan cari. Ada saiz biasa untuk moisturiser dengan clarifying lotion ni, tapi clarifying lotion hanya ada saiz yang paling besar je iaitu 400ml; moisturiser ada yang saiz biasa saya beli iaitu 50ml. Tambah tolak darab bahagi, beli jelah saiz besar. Nak tunggu ada yang 200ml tak tahu bila. Lagipun harganya tak lebih dari bajet kalau dah tolak kupon diskaun.

Masalah kalau membeli di BBW adalah, semua benda pun nak dimasukkan dalam cart. Sebab dekat sini ada jual saiz kecil yang mudah untuk dibawa dalam perjalanan dengan harga yang berpatutan. Haruslah tamak! Waktu pilih tu memang main maaaasuk je dalam cart. Bila nak check out, jumlah semua dah jadi RM 280++. Opocot! Hahaha.. Fikir punya fikir, celah mana nak tarik bajet tu pula nanti, terus tak jadi ambil barang-barang kehendak tadi tu. Beli dua benda ni je sebab memang stok dah nazak.

Rupa bungkusan dari BBW. Kertas pembalut dia tebal macam pembalut soalan SPM. Hehehe..

Lepas buang pembalut kertas tadi, jumpa bubble wrap lapisan pertama. Invois belian diselitkan sekali tu ha.

Lapisan tadi dia balut kapitan polisterin ni.

Dah buang polisterin, nampak balutan ni pula.

Buang balutan tadi, barulah jumpa barangnya yang juga dibalut secara individu. Dia punya balut tu, bersungguh-sungguh! Kalau tak buat macam ni, bimbang pecah pula. Benda dahlah mahal kan? Satu hal pula nak buat tuntutan ke apa kalau barang rosak.

Inilah dia barangnya lepas buang balutan tadi.

Dapatlah penghantaran percuma sebab nilai belian melebihi RM 150. Clarifying lotion 400ml berharga RM 140 manakala moisturiser 50ml berharga RM 70. Harga betul boleh pergi tengok dekat laman rasmi Clinique Malaysia. Jumlah dua barang RM 210, tapi sebab waktu tu adalah ulangtahun BBW kot, jadi dia bagi kupon RM 20 untuk belian RM 150 keatas kalau tak silap. Dapatlah dua barang ni dengan harga RM 190. Letak harga siap-siap supaya senang nak rujuk di masa hadapan.

Bagi ramai orang, harga ni mungkin mahal. Tapi bagi saya okey je kot sebab biasanya sekali belian ni bertahan paling kurang setahun. Jadi boleh kata, beli produk penjagaan kulit ni setahun sekali je. Lagipun saya serasi dengan Clinique ni sejak pertama kali cuba lagi, maka pakai jelah. Kiranya ini masuk tahun ke-8 saya dengan Clinique. Kalau ikutkan dah boleh tukar set lain dah ni sebab kulit pun dah kertu kan? Tapi sebab masih tak rajin nak buat kajian set mana yang okey, maka pakai jelah produk asas ni.

JJCM GBP 2017 - Episod 3: Hotel The Seasons View yang Sangat Berbaloi!

Maka, dari Kula Cakes kami terus ke hotel sebab dah sampai masa untuk dafar masuk. Kalau dah biasa dekat Bandar Kuantan, boleh ingatlah jalan sikit-sikit cuma dia ada banyak jalan sehala. Sebab dah pernah sampai sini, saya ingat-ingat lupa jalan di sini tapi dah ada gambaran dalam kepala. Lokasi hotel ni tak jauh dari masjid negeri dan tak adalah jauh sangat dari Kula Cakes tadi. Kalau buat perangai melancong dekat Korea di sini, boleh jelah sampai dekat Kula Cakes dengan berjalan kaki.

Co-pilot dekat sebelah guna Pakcik Wazer untuk cari lokasi sebenar hotel dan akhirnya sampai. Hotel ni dekat deretan bangunan kedai-kedai di tengah bandar, tapi yang bagusnya adalah dia ada sediakan ruangan letak kereta khusus untuk pelanggannya. Cool! Waktu sampai tu, tempat letak kereta banyak je kosong dan kawasan sekitar pun tenang je tak banyak kereta lalu lalang.

Elok je kereta dah parking, terus saya lari masuk dalam lobi hotel sebab nak ke tandas. Tapi bila dah sampai lobi dan tengok dekat kaunter tak ada orang tengah berurusan, teruslah pergi dekat kaunter dan daftar masuk. Waktu daftar masuk ni pening juga sebab ada salah faham nak bagi baki. Nasib baik Aten muncul lepas tu dan selesaikan kekeliruan yang berlaku sebab saya punya blur pun boleh tahan juga. Hahaha.. Kena buat bayaran penuh dan bagi deposit waktu daftar masuk ni. Tempahan bilik pula saya buat melalui booking.com sebab dah biasa guna. 

Selesai urusan pendaftaran, terus naik ke bilik. Bilik untuk empat orang yang kami tempah ni boleh tahan luas juga. Berbaloilah dengan harga walaupun perabot dalamnya guna perabot lama dan tv pun bukan tv leper. Tapi puas hati. Bantal pun sorang dapat dua ketul. Bilik air pun luas dan ada hos. Acik bagi empat bintang setengah! Setengah bintang lagi potong sebab tv lama jadi tak boleh cucuk pendrive untuk sesi tontonan filem. Nasib baik jugalah pilihan siaran dia ada banyak maka kuranglah bosannya tu.

Pandangan dari pintu masuk. Ada tingkap lagi! Selalu kalau bilik ada tingkap ni harganya mahal.

Complimentary drinks

Bilik air

Pandangan dari katil hujung.

Waktu ambil gambar bilik ni, jumpa menu untuk hidangan dalam bilik. Tiba-tiba semua orang macam lapar sikit. Hahahah.. Lama jugalah menelaah menu sebelum putuskan untuk pesan beberapa menu. Menu yang tertera boleh tahan hebat juga. Macam-macam pilihan dan harga pun bagi kami, berpatutan. Lepas pilih nak makan apa, barulah berebut nak masuk bilik air. Hahaha.. Yang penting pesan makanan dulu supaya keluar dari bilik air makanan dah ada. Gitu.

Sebelum makanan dihantar, staf dia telefon balik tanya nak bayar guna duit apa. Maksudnya berapa nilai duit yang kita nak bagi supaya senang dia nak bawa baki. Bukanlah boleh pilih nak bayar guna Korean Won atau Indonesian Rupiah ye. Makanan ni kita pesan dan terus bayar bila dia hantar. Waktu makanan dihantar, kami pakat suruh maknae pergi sambut pinggan dekat pintu manakala yang lain menyorok belakang pintu sebab pakaian tak lengkap. Kahkahkah.. Duduk belakang pintu pun berjasa juga sebab Radin ambil dari staf tu dan hulur dekat kami.Bila semua dah siap solat, barulah kami makan sama-sama. Alas perut katanya sebelum makan besar nanti. 
Menu yang membuatkan kami tamak. Hahaha..

Akhirnya pilih tiga saja. Nasi goreng, kuey teow goreng dengan aglio olio. Boleh tahan banyak juga kuantitinya.

Lepas makan, kami golek-golek kejap sebelum teruskan ke agenda yang dah dirancang. Disebabkan entri ni khas untuk hotel, maka saya terus bercerita sampai ke saat daftar keluar ye. Satu lagi aspek yang menyebabkan kami setuju bahawa RM 155 satu malam untuk bilik berempat adalah kerana harga tu termasuk sekali bufet sarapan. Ahjumma kalau bercuti memang kena ada sarapan jenis bufet, barulah terasa pergi bercuti. Hahaha..

Bufet sarapan untuk 4 orang dan boleh tebus di The Ritz Grill mulai jam 7.00 pagi kalau tak silap. Jadi esoknya semangat la ahjumma-ahjumma ni bangun pagi nak pergi sarapan. Walaupun saya dah kehilangan suara, makan tetap berselera. Bertambah-tambah lagi! Kihkihkih.. Waktu kami turun tu masih lengang lagi. Dekorasi restorannya ringkas tapi menarik dan terbahagi kepada dua ruang makan. Bufet yang disediakan pun ada di setiap ruang makan jadi tak payah beratur panjang.

Pilihan makanan boleh tahan pelbagai. Ada menu tempatan dan antarabangsa juga. Kira puaslah juga makan. Makanannya walaupun nampak kurang menarik, tapi bila dah mula kunyah, meletup-letup rasa makanan dalam mulut. Sedap hoi! Makanannya semua dimasak ikhlas. Maksud ikhlas kat sini adalah, walaupun rupanya nampak meehh, tapi rasa dia wow! Dapat tak apa yang saya cuba nak sampaikan ni? Gambar makanan tak banyak sebab lupa nak ambil. Maklum la sibuk makan lepas tu sibuk nak bagi suara keluar untuk menyampuk diorang borak lagi. Heeee... Cumanya bila makan cara bufet ni, janganlah terlalu tamak terus ambil banyak. Biarlah ambil banyak kali tapi habis daripada ambil banyak terus tapi tak habis. Sayang makanan tu kalau tak habis.
Deretan makanan di meja bufet

Pinggan Aten. Menu wajib dekat setiap bufet, sosej, kacang panggang dan telur hancur. Roti tu adalah sandwich telur yang ringkas tapi sedap! Sosej tu pun sedap sebab dia goreng sekali dengan bawang dan capsicum.

Ini menu tempatan, pinggan saya. Ada nasi goreng dan mi goreng. Nampak kosong je kan nasi goreng tu? Tapi sedap gila! Mi tu pun sedap dan tak berminyak sangat.

Sebelum naik ke bilik, sempatlah saya minta staf di restoran tolong isikan air suam untuk legakan tekak ni dan untuk makan ubat nanti. Dekat bilik ada je cerek elektrik tu tapi dalam cerek tu ada jarum peniti tersekat dan kelihatan macam dah karat, jadi kami tak berani nak masak air guna cerek tu. Asalnya kami tanya dekat kaunter depan samada hotel ada letak water dispenser untuk kegunaan penginap, tapi dia kata kalau nak air panas boleh minta saja dekat restoran. Bagus bagus. Jadi, sebelum meninggalkan hotel untuk ke Terengganu, lagi sekali saya singgah restoran untuk ambil air suam.

Keseluruhannya, pengalaman kami menginap di sini adalah manis dan lancar. Staf semua okey dan ramah serta membantu. Makanan sedap, bilik luas, tekanan air kuat, dan tempat letak kereta banyak. Kot-kot tersesat ke Kuantan lagi, bolehlah nak pilih hotel ni sebagai tempat penginapan. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada jurugambar rasmi percutian kali ni, Aten yang memahami kawan blogger dia ni. Hahahaha... Apa-apa pun mesti dia ambil gambar dan disusuli dengan dialog; "Sazoh mesti nak gambar letak dalam blog ni." Barulah #tilljannah kan? 
Babai Kuantan! Sanggup Aten berhenti kejap semata-mata nak ambil gambar ni sebab kawan blogger dia ni cakap nak ada gambar depan hotel. Hehehe... Kumawo chingu!