Engagement Fund ;)
Sunday, 30 March 2014
Friendship
Saturday, 29 March 2014
Kenapa Korea?

Hari ni, tinggal 20 hari lagi sebelum kami berangkat ke sana. Setahun merancang dengan pasang surut keinginan untuk ke sana, akhirnya pada awal Jun kami menempah tarikh dengan agen. Waktu tu tiket kapal terbang belum pun dibeli sebab nak tunggu harga murah. Sebaik saja bayaran pendahuluan pakej dibuat, aku jadi pengunjung tetap laman web Malaysia Airlines. Orang kata, naik jelah Air Asia, lebih murah. Tapi aku malas nak memikirkan prosedur menambah itu dan ini untuk dapatkan satu tiket maka gunakan khidmat Malaysia Airlines saja. Bayar harga itu, sudah lengkap pakejnya termasuk insurans, makan, dan sebagainya. Harapnya perkhidmatan yang diberikan nanti seperti yang dijanjikanlah ye sementelah aku pun kali pertama naik kapal terbang ni. Dulu-dulu pernah cakap dengan arwah mak; "Tak nak bawak kite naik kapal terbang ke?" Jawapan mak macam selalu; "Dah kerja, ada duit sendiri nanti naiklah kapal terbang." Sekarang dah faham macam mana susahnya nak kumpul duit untuk dapatkan sesuatu.
Alhamdulillah, sebaik saja memutuskan untuk ke Korea, dapat satu lagi tawaran mengajar tuisyen. Hampir kesemua duit bayaran yang diperoleh dari situ aku asingkan dalam satu akaun khas untuk tujuan ini. Maka awal bulan September tak silap, kami beli tiket kapal terbang dengan harga yang jauh lebih murah sewaktu Matta Fair. Alhamdulillah, rezeki keluar masuk laman web Malaysia Airlines hampir setiap hari. Bermula awal tahun ini, aku dah sikit-sikit membeli keperluan untuk ke sana. Banyak juga duit habis untuk tujuan ini tapi tak lengkap-lengkap lagi barangnya sampai termimpi-mimpilah dibuatnya. Hehehe... Persiapan untuk ke sana nanti inshaAllah aku kongsikan lagi dengan lebih terperinci di entri lain untuk panduan yang pertama kali ke sana. Cumanya sejak kejadian MH370 tempoh hari, hati ini tak berhenti cemas dan pelbagai bayangan muncul di minda. Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan semoga perjalanan kami diberkati.
Nota Kaki: Dah seronok memikirkan cenderahati menarik yang akan dibeli untuk orang-orang kesayangan. Tak kurang juga yang mengirim brooch dan bantal. InshaAllah, semuanya sudah pun dimasukkan dalam senarai wajib beli.
Friday, 28 March 2014
Gila Katanya?
Thursday, 27 March 2014
Nasi Labu
Wednesday, 26 March 2014
Tak Cukup Kuat
Redha
Tuesday, 25 March 2014
Tak Lebam Pun?
Masalahnya, hospital sentiasa penuh dan aku tak berapa nak tahu prosedurnya. Ada sekali tu, sajalah tengok-tengok di laman web hospital swasta mengenai pemeriksaan kesihatan dan aku hantarlah quotation tu pada Zimah, sekali dia balas; "Ini rupanya kerja diorang. Mahalnya Sazoh! Blood test tu kalau aku buatkan free je Sazoh." Gitu dia balas dalam WhatsApp. Dia suruh roger je bila aku lapang dan kalau kebetulan dia tak kerja, jalan! Risik-risik Ahad lepas, kerja separuh hari katanya dan Ahad lepas pun nak pergi tebus baucer pasar ikan Manhattan, jadi sekali jalan je la ke HTAR.
Zimah kata pukul 1.30 petang, tapi kami sampai awal sebab jalan pun bukan main lapang, parking pun bukan main senang jumpa walau pusing-pusing la jugak. Hahaha... Lama jugalah melangut tengok orang lalu lalang sebelum Zimah suruh naik wad 7B sebab dia tengah ward round. Sebelum tu ada juga perasaan serba salah kalau mengganggu kerja atau tak ikut saluran yang betul, tapi dia kata takpe, aku pun redah jelah. Hehehe... Waktu kami naik tu, tak habis kerja lagi walaupun patutnya habis pukul 1 sebab MO dia mula meronda lewat. Segan sebenarnya sebab wad 7 tulah wad paling popular dekat HTAR dan bertambah segan bila Zimah dari jauh dah melambai-lambai dan mengalu-alukan ketibaan kami ke wad tu. Semua orang pandang kot! Glemer kejap. Hahaha...
Masuk dalam bilik rawatan yang ada katil mula-mula, tapi pindah ke bilik lagi satu sebab ada pesakit nak buat rawatan jugak. Utamakan pesakit dulu, yang datang cari penyakit ni takpe. Borang semua Zimah dah isikan, jadi datang tinggal cucuk je. Sebelum kena cucuk, aku terasa seram jugak mengenangkan percubaan mencucuk yang 4 kali tu, tapi pasrah je. Siap cakap kat Zimah; "Jumpa ke? Haritu sampai 4 kali baru jumpa." Sambil dia tekan-tekan, dia jawab; "Jumpa ni ha Sazoh." Aku tengok tempat dia tekan; "Mana? Tak nampak pun?" "Ni ada ni, boleh rasa." Oh, gitu... Patut la aku tak jadi doktor. Hahaha... Memang sempoi habis ah Zimah ni. Dengan takde kapas, dengan ikat lengan pakai glove je, tup-tup selesai. Sekali cucuk dan tak lebam langsung walaupun bisanya lebih sikit. Terima kasih banyak-banyak Zimah atas perkhidmatan yang diberikan. Terima kasih jugak crime partner sebab tolong bawak, tolong teman dan tolong ambik gambar doktor peribadi kita tu. Hehehe... Sayangnya, tak sempat nak gosip panjang sebab dia kena sambung kerja. Takpe, one fine day.
Lepas tu, pukul 1.23 pagi tadi dia hantar keputusan darah aku tu. Hantar gambar je tanpa sebarang kata, garu kepala kejap sebelum aku teliti. Nampak ada yang merah, mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Tengah hari tadi baru sempat dia terangkan. Okey, kolestrol tinggi. Yang lain semua okey. Bawak-bawaklah kurangkan makan makanan berkolestrol dan banyak-banyakkanlah bersenam.
Monday, 24 March 2014
Ended
Nota Kaki: Sebarang berita negatif berkaitan penerbangan atau kapal terbang amatlah tidak dialu-alukan untuk diuar-uarkan pada saya. I have my lappy, I have my Note 8 and I have internet access. Let me find out the news myself as it affect me very badly when someone close to me share such news. Thank you.
Friday, 21 March 2014
Tak Mengharap Pun
Dalam pada tak berniat mahupun mengharap untuk ke PICC bersama rombongan misi mencari buku, tiba-tiba sampai juga kat sana. Asalnya memang malas nak pergi pun sebab sahih duit akan lebur juga, tapi bila rombongan tak cukup dan ketua rombongan sibuk mencari orang untuk penuhkan van, terpergi jugaklah. Tambahan pula bila TP cakap pergilah cari buku untuk subjek umum sekali. Eh, ada rupanya bajet untuk subjek umum? Okey, semangat berkobar-kobar la jadinya nak pergi sebab buku yang ada kat rak perpustakaan tu pun dah muak tengok muka aku. Asyiklah makcik ni yang kelek aku, apa kes? Hahaha....
Alang-alang dah pergi, kenalah cari untuk semua subjek umum sekali sebab aku dengan ustaz tu je pengajar subjek umum yang pergi. Sampai sana, tanya katalog kot-kot ada; tak ada pulak. Tebalkan muka belek satu persatu dan ambik gambar tajuk dan nombor ISBN. Memang lama aku berlegar kat bahagian situ. Bila dah tak tahu nak cari buku yang macam mana lagi, baru aku merayap ke bahagian bacaan umum.
Tangan pun gatal kaut beberapa buah buku untuk diri sendiri. Dah kata dah, mesti terkorban punya! Nasib baik tak terbeli bluetooth speaker tadi, kalau tak garu kepala nak ganti bajet belanja bulan depan. Hehehe... Bukan apa, kalau ada speaker tu senang nak buat aktiviti dalam kelas, tak payah angkut woofer yang gedabak tu. Dekat 100 hengget jugaklah lebur. Tapi tak adalah beli buku yang terlalu mengarut pun, buku yang akan digunakan juga nanti. Kalau ada yang nak pergi, pesta buku ni berlansung sampai Ahad ni. Dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam. Buku banyak, tapi tak banyak pilihan sangat macam Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Yang itu memang puas! Dari buku yang bosan tahap gaban sampailah buku yang mendamaikan jiwa tahap tak nak lepas dari tangan, berlambak-lambak. Buku bacaan umum, buku kanak-kanak, novel inggeris pun boleh tahan banyak jugak kat sini. Kira layan jugaklah. Sediakan duit secukupnya ye kalau berhajat nak ke sini.
Thursday, 20 March 2014
Terasa Nak Belajar Menari
Borong!
Buta IT Ke?
Oh, rentetan lappy ku yang meragam tahun lepas tu, I'm poorer by RM 300 after got it fixed. Buat itu, tukar ini, masukkan segala neka software, semua sekali RM300 +/-. Okeylah tu rasanya sebab upgrade RAM dan tukar hard disc sekali. Dulu kapasiti cakera keras lappy ni 40GB je; sekarang dah jadi 500GB. Dalam hati ada taman la jawabnya sebab boleh letak drama Korea banyak-banyak dalam ni. Hehehehe... Sepanjang 8 tahun pakai lappy ni tak ada masalah kritikal yang muncul melainkan masalah yang disebabkan virus-virus
Tapi sejak dah bergaul dengan orang-orang bidang IT ni, dah tak buta IT sangat dah. Kalau tak dulu asyik kena kutuk je dengan abang aku. Setakat nak defrag, nak buat error-checking, dan nak scan serta update antivirus dah boleh buat sendiri.
Wednesday, 19 March 2014
Sampai 4 Kali
Alhamdulillah, selesai sudah program rutin institut untuk kali pertama bagi tahun 2014. Kali ni sambutan tetap meriah macam yang dulu-dulu cuma aku tak ada jiwa nak beria melawat setiap booth pameran. Sebelum ni poyo aku pergi tanya soalan pada setiap penjaga booth, siap ambik gambar lagi. Kali ni sekadar di pinggiran saja. Gambar pun tak sampai sepuluh keping kot. Punyalah tak ada jiwa.
Lepas dah pusing dewan, masuk pusat sumber nak tengok aktiviti apa yang ada. Sekalinya ada pemeriksaan kesihatan percuma, haruslah aku jakun nak buat kan. Hahaha... Banyak benda nak kena isi rupanya. Satu borang pemeriksaan, satu borang soal selidik kemurungan, satu lagi borang soal selidik keseluruhan. Daripada berdiri, sampai cari kerusi nak menyiapkan isi borang tu. Alhamdulillah, semua normal kecuali berat badan. Ye, masalah tu memang timbul dari dulu lagi kecuali waktu belajar kat U. Kesimpulannya, kena buang 13 kg untuk berat badan ideal.
Ada juga ujian darah untuk talasemia. Mula-mula memang nak buat terus, sekali waktu aku habis kaunseling, dah ramai yang menyerbu masuk bilik perbincangan tu nak buat jugak. Malas ah nak tunggu. Balik ofis sambung tanda tugasan budak-budak. Tak lama tu, Kak Rin ajak pergi pusat sumber balik. Ha, waktu ni dah tak ramai orang. Cepat-cepat minta borang dan isi dan masuk menunggu giliran.
Lama gila tak kena cucuk jarum oi! Cuak sikit. Hehehe... Ada dua petugas; seorang lelaki seorang perempuan. Aku mestilah pergi yang kat perempuan tu. Dia tanya; "Pernah kena ambik darah?" Aku pun blur blur jawab; "Pernah, derma darah." Yakin gila bagi jawapan. Lepas tu dia cakap; "Oh, kalau derma darah tu lain, jarum dia lagi besar." Aku pun balas balik; "Oh, ye ke? Tak sama eh? Kalau macam tu tak pernah la." Lama dia carik urat tak jumpa-jumpa. Bila dah jumpa, dia macam tak berapa nak yakin dah jumpa. Dia cucuk jugak tapi darah tak keluar. Ouch! Lepas tu cari lagi. Tangan kanan tak boleh, tengok tangan kiri pulak. Lama kena belek, tak jumpa jugak.
Tiba-tiba dia tanya; "Takut ke?" Aku pun jawab; " Tak adalah. Sebelum ni pun dah biasa derma darah." Nak kata dah biasa dengan jarum la tu. Hehehe... Lepas tu aku pulak tanya; " Kenapa urat ni boleh 'hilang'?" Dia senyum dulu sebelum jawab; "Kalau takut, urat tak nak timbul. Tapi kalau sejuk pun boleh jadi jugak." "Ha, ni sebab sejuk kot. Tu aircond direct ke sini." Aku balas sambil jeling aircond. Memang hala terus kat tempat aku duduk tu, sejuk beb! Cari punya cari, tepuk punya tepuk, tak jumpa jugak. Dia terus tak nak buat. Kang salah cucuk kang lebam tangan aku. Dia suruh yang staf lelaki tu buat. Aiseh...
Dengan yang lelaki ni, kena cucuk dua kali. Sekali dekat belah atas, sekali dekat belah bawah sikit. Ini kes tak timbul jugaklah ni. Dia nak jumpa tu pun lama jugak dok pam tangan, dok ikat, dok tekan-tekan, sampai dia cakap nak cucuk dekat belakang tapak tangan. Aaaaa, tak nak! Kat situ lagi bisa punya sebab tak banyak daging. Aku sampai nak kata 'takpelah, tak payahlah buat. Membazir jarum je.' tapi tak terkeluar. Bukan takut, tapi seram sikit je. Hahaha... Mau tak seram? Dua kali dah dia cucuk tu, sekali darah tak keluar langsung yang sekali keluar sikit gila. Lepas tu dia suruh aku bertenang dulu. Lama gak la dok melangut dalam bilik sejuk tu.
Percubaan terakhir mencari, tak berjaya jumpa sampai kena panggil lagi sorang staf yang macam ketua diorang kot; sebab sebelum ni dia dok cop dan tandatangan borang-borang je. Dengan yang ni, kejap je. Dia tengok tangan lepas tu tekan-tekan sikit, terus cucuk. Membuak-buak darah masuk dalam picagari tu. Rasa nak sujud syukur kat situ sebab akhirnya darah keluar. Tak sampai seminit pun Encik Hadi tu buat. Orang lama kot, dah pro dah. Lepas kena cucuk tiga kali oleh dua staf berbeza, percubaan kali keempat oleh staf ketiga baru berjaya. Adoi la... Nasib baik tangan tak lebam, kalau lebam memang aku boikot jarum sebab dah pernah rasa sakit lebam kena cucuk tu macam mana. Seminggu merana kesakitan. Kalau rajin, pergi korek entri lama pasal derma darah. Ada aku letak dalam ni. Terima kasihlah yang mencucuk lengan saya ni tadi sebab gigih juga cari walau sampai membazir tiga jarum. Walau sampai empat kali, rasa tenang je bila nak kena cucuk sebab semuanya baca bismillah sebelum buat. Alhamdulillah, amalan seorang muslim.
Sebenarnya kena cucuk jarum ni tak sakit, cuma bisa sikit je. Jadi toksahlah nak takut-takut dengan jarum ye. Seram sikit-sikit takpe. Hehehe... Keputusan ujian akan diketahui dalam masa sebulan. Nanti dia akan pos ke rumah katanya, maka kenalah bersabar. Cerita kena cucuk jarum pun boleh panjang berjela-jela, apa da Cik Farae ni. Tabah jelah baca eh. Sekian, terima kasih. Gambar bawah ni tak ada kaitan dengan jarum. Gambar semasa kejadian tak ada sebab tak bawa masuk telefon dalam bilik tu. Kalau tak nampaklah kejakunan seorang blogger tu. Kihkihkih..
Monday, 17 March 2014
Bab Berangan, Bagi Ke Dia!
Kebelakangan ni, menjadi-jadi pulak demam drama Korea. Tak putus stok ok! Lepas tu dok berangan. Memang kalau bab berangan, nombor satu. Walau jiwa kacau, berangan tetap berangan. Bak kata Jay Jay, 'berangan tak salah, asalkan tahu bertempat.' Ewahhh... Okey tu je nak cakap. Selamat menghadapi minggu baru dengan semangat baru. Hello Monday!
Saturday, 15 March 2014
Polis Robot
Aksi dalam filem ni, memang terbaik. Sampai bergegar jantung aku dengar bunyi tembakan punya kuat, punya banyak. Kalau Robocop lama, beliau lebih bersederhana dimana beliau hanya menggunakan kereta peronda polis untuk bergerak ke mana-mana. Robocop baru ni dapat motor sebijik. Cool jugaklah kan bila dia menyelit situ dan mencilok sini untuk kejar penjahat. Hehehe... Selain menonjolkan kehebatan teknologi, filem ni juga menekankan bagaimana perikemanusiaan itu penting sekalipun berhadapan dengan bahaya. Bila robot diusulkan untuk menggantikan manusia dalam organisasi polis, ramai yang membantah kerana robot hanya bertindak mengikut apa yang diprogramkan. Persepsi itu kemudian sedikit demi sedikit berubah bila Robocop muncul. Walaupun dia robot, tapi disebaliknya besi itu ada manusia. Diprogramkan untuk hanya bertindak mengikut arahan tapi akhirnya sensitivi dan emosi seorang manusia berjaya mengembalikan kewarasan beliau.
Macam biasa, ada pihak jahat dan ada pihak baik.Kemuncaknya adalah sewaktu Robocop dengan sendiri menyiasat 'kematian' beliau walaupun tidak diprogramkan untuk berbuat demikian. Bila yang sepatutnya melindungi tetapi akhirnya mengkhianati, yang tidak bersalah dikorbankan. Di penghujung cerita, penaung projek berasa terancam bila Robocop tak nak ikut apa yang dia suruh sampai dia nak 'matikan' Robocop. Mujurlah si pencipta ni cepat bertindak dan berjaya menyelamatkan beliau. Si penaung akhirnya ditembak Robocop kerana melanggar perjanjian awal mereka dan aku yakin dan pasti akan ada sambungan sebab dia tak tunjuk pun penaung ni mati. Mungkinkah penaung ni nanti bertukar jadi robot jugak? Mari kita tunggu...
Sangkut
Nak dijadikan cerita, dalam AEON Bukit Raja tu ada pulak Focus Point; haruslah singgah kan? Boleh juga seret Bonuslink. Singgah dan sangkut terus! Cuba cari yang diskaun sampai 50% atau 70% tapi nan hado! Sebaliknya, dia buat promosi beli satu dan dapat satu lagi percuma. Contoh harga dia 422 hengget, ko boleh pilih satu lagi yang berharga sama atau lebih murah. Kalau pilih harga yang lagi mahal, dia akan kira harga yang mahal tu. Kalau tak nak ambik promosi tu, dia bagi promosi lain pulak tapi kurang best sebab cuma potongan 30%. Tapi tak semua jenama ada rekaan yang menepati citarasa dan harga mampu milik. Dari haritu dah berkenan dekat Guess tapi harga dia mahal sangat, maka berangan jelah.
Hari kejadian, masuk kedai je terus tuju ke Guess. Memang ada pun rekaan yang menjadi pujaan. Tapi konon macam mahal sangat jugak, cuba tengok Bonia pulak, pun cantik-cantik juga tapi tak berapa nak suka jenamanya. Hehehe... Patah balik ke Guess, minta jurujual bawa keluar dan cuba sangkut. Uish, selesa beb! Memang menepati ciri-ciri idamanlah. Tapi bila mengenangkan harga, aku rasa macam; 'Biar betul?' Gituuu... Akhirnya selepas ditimbang, tambah, tolak, darab dan bahagi beserta sedikit nasihat dari teman jenayah, aku angkut juga. Kalau dah suka tu, tetap nak jugak kan? Hambik! Terus aku rasa bersalah selama seminggu. Hahaha...
Lagi mahal dari beg tangan aku kot! Untuk hilangkan rasa bersalah, balik dari kerja pun aku sangkut sampai Pakcik Ghani gelak-gelak tengok aku bila kereta melepasi pondok pengawal. Lantak situ, yang penting aku guna apa yang aku dah beli. Nak tips beli cermin mata hitam, silalah Google sendiri. Macam mak incik, mak incik cari yang ada corak-corak dekat tepi dia. Lepas tu kena cari bentuk yang bertentangan dengan bentuk muka. Kalau muka bulat macam mak incik, carilah yang empat segi. Nak tahu bahawa 'this is it!', kena cuba pakai. Agak-agak rasa selesa dan tak terlalu mencengkam, itulah dia 'this is it!' awok. Lagi satu, cuba tengok lantai. Kadang-kadang ada cermin mata yang kantanya terlalu memberi ilusi. Macam mana nak cakap eh? Ermmm.. Ha, macam ni. Bila pakai cermin mata, kita nampak lantai tu macam rata tapi sebenarnya dia tinggi sikit. Jadi kena lebih berhati-hati bila melangkah. Kalau beza permukaan kita tengok lantai dengan cermin mata dan tanpa cermin mata tak jauh, itu juga faktor yang penting. Sebab fungsi cermin mata hitam ni nak lindungi mata dari terik mentari, faktor kegelapan kanta juga perlu dipertimbangkan. Ikut keselesaan masing-masing la ek. Sekian, terima kasih.
Wednesday, 12 March 2014
Kerja Tetap Kerja
Sunday, 9 March 2014
Bila Terganggu
Dalam masa seminggu, ada dua musibah berlaku. Bermula dengan kemalangan tragis yang berlaku di simpang masuk institut pada Selasa lalu. Walaupun semasa ia berlaku aku tidak berada di situ, namun jasad kaku salah seorang mangsa kemalangan yang tertiarap di bahu jalan mengganggu emosi juga sedikit sebanyak. Sampai ke petang terasa lemah dan lesu mengingatkan kejadian yang berlaku sehinggakan aku sedikit buntu dalam kelas pertama pagi itu. Petangnya, pertama kali suhu kemarahan naik bila mana pelajar-pelajar semester satu membuat aku seperti orang halimunan dalam kelas. Mujurlah akal masih mengatasi emosi yang sarat.
Kemudian pagi Sabtu, sebaik saja melihat suapan berita di FB, hati berdetak kencang dengan perkhabaran yang diberitakan. Allahuakbar! Pesawat milik MAS lenyap ketika dalam perjalanan ke China. Sehingga saat ini, semua yang aku buat serba tak kena dan sentiasa mencari perkembangan terkini insiden tersebut. Sepertinya, aku juga merupakan keluarga mangsa yang terlibat. Pelbagai spekulasi timbul, tak kurang juga gurauan kasar dari mereka yang tidak menggunakan akal untuk berfikir. Kuasa Allah, tiada manusia yang mampu menyangkal. Kita bukan sebahagian daripada anggota yang terlibat untuk operasi mencari dan menyelamat dan kita juga bukan pakar cuaca, jurutera kapal terbang, mahupun ahli geologi untuk mencerna data atau membuat kesimpulan. Ujian Allah datang bukan pada mereka yang melakukan maksiat dan dosa saja malah semua yang bernaung di tempat yang sama. Teringat kata-kata seorang naqib ketika di universiti dulu; "Walaupun maksiat berleluasa di Malaysia ni, Allah masih sayang pada kita dan tiada bencana dahsyat berlaku kerana masih ada alim ulama' yang bangun di tengah malam dan menangis memohon keampunan padaNya."
Selagi bukti belum ditemui, teruskan berdoa dan jangan berhenti berharap kerana Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. DIA berkuasa menentukan segalanya. Mungkin DIA mahu menyedarkan kita yang alpa melalui peristiwa ini. Sama-sama muhasabah diri dan berhenti menunding jari. Ambil peluang untuk mendekatkan diri padaNya dengan memperbanyakkan amalan.
Nota Galaksi: Al-fatihah buat salah seorang mangsa kemalangan yang telah kembali ke rahmatullah hari ini selepas berada dalam keadaan koma selama lima hari. Semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah...
Wednesday, 5 March 2014
Sebelum Lena
Mata dah kuyu, badan dah letih tapi terasa nak menaip. Banyak je cerita sebenarnya menjelang Mac ni tapi kena tunggu lapang sikit. Maklum aku ni kalau menaip, kalah karangan periksa. Hahahaha... Sebelum tidur kena minum ephyra sebab hari Isnin sampai Rabu kena guna tenaga banyak sikit. Kalau tak minum, rasa susahnya lah nak bangkit dari katil. Sementara tengah rajin ni, hampir setiap malam aku bancuh ephyra. Baru-baru ni je mula bancuh guna air sejuk; sebelum ni guna air suam. Rupanya lagi sedap eh bancuh dengan air sejuk ni? Okeylah, sebelum Pokcik Nota 8 kelepup atas muka, layan gambar sendiri tangkap yang malas nak edit letak watermark. Selamat malam....zzZzzZz










