Kali ni aku dapat bertugas hari terakhir maka melompat kegiranganlah sebab boleh beli jambangan bunga dengan harga yang lebih murah. Tapi yang tak seronoknya adalah tak dapat jumpa bekas pelajar sebab diorang semua konvo pada hari pertama. Tak ada rezeki nak jumpa diorang. Bertugas di bahagian dalam tidaklah begitu dahsyat sebab tak ada benda sangat pun, sekadar meronda sekali sekala dan selebihnya jadilah penunggu
Hari sebelumnya ada kes tersepit kaki dekat escalator. Hari aku bertugas tak ada kes berat kecuali satu kes cedera ringan. Panik jugalah bila tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam bilik rawatan sambil mendukung anak kecil dengan muka cemas dan tiba-tiba duduk di depan aku dan berkata; "Ada ubat untuk luka tak?" Walaupun luka kecil tapi sebab tiba-tiba, semua orang pun panik sampai masing-masing tergamam.
Sebenarnya ada je anggota JPAM tapi waktu tu diorang tak ada pulak dalam bilik tu, teruslah masing-masing bergegas ke kotak kecemasan lepas tu bertanya soalan sengal. Hahaha... Macam kan, tak pernah rawat luka sebelum ni. Lepas semua orang dah bertenang, barulah rawatan dimulakan. Kira semua orang ada sahamlah; sorang letak ubat kuning, sorang tolong hulur kapas, sorang tolong gunting pelekat, dan sorang lagi ambik gambar. Eh? Hehehe... Ambik gambar sebab kena buat laporan. Kak D cakap besar juga lukanya sebab dia yang letak ubat dekat luka tu tapi budaknya tenang aje dan tak nangis langsung. Bagus...bagus... Kak P yang tunjuk nak kena buat apa, letak ubat berapa banyak, sebabnya ada pengalaman mengendalikan anak sendiri yang terluka.
Selain tugas rasmi, kami juga membuat tugas tak rasmi iaitu membeli bunga. Dah petang sikit tu biasanya harga bunga turun banyak tapi kalau nak lelong, kenalah tunggu sampai graduan semua dah balik; waktu tu memang akan ada sejambak bunga dengan harga sepuluh hengget. Diorang la cakap, aku tak pernah pun dapat harga tu sebab kena balik dengan bas jadi tak adalah lewat sangat baliknya.
Dapatlah beli dua jambak bunga ros dengan harga yang masih dalam bajet. Disebabkan hari lahir teman jenayah baru je lepas dan tak beli apape pun untuk dia, maka aku pun belilah satu untuk dia. Itulah sahaja cerita bertugas untuk konvo tahun ini.
Entri ini diakhiri dengan gambar-gambar kenangan tuan tanah pada hari konvo tahun-tahun sebelumnya sebab macam tak pernah je cerita pasal ni dalam blog.
















































