Hai! Kembali menemui anda, Cik Fara di sini. Sendunya lahai blog kau Farah oi! Rindu jugalah nak menulis macam dulu-dulu. Berblog tentang pengalaman dan perjalanan hidup. Sebabnya, bila belek gambar dalam Mr. Soo, tak dapat nak imbas semula peristiwa yang berlaku pada hari kejadian. Kalau dulu, zaaasss! Buka blog terus boleh baca balik apa yang berlaku.
Untuk bulan Ogos, kononnya nak habiskan menulis catatan di Hong Kong tahun lepas. Sudahnya, baru selesai hari pertama. Hahahaharu.. Sebelum meneruskan catatan tersebut, meh nak kongsi satu rancangan realiti(ke?) yang baru je habis tengok iaitu Travel the World with EXO's Ladder. Tersangkut tengok ni mestilah sebab EXO. Hehehe..

Poster rasmi
Sebenarnya yang ni Musim Kedua. Musim Pertama dulu EXO-CBX dimana hanya melibatkan tiga ahli saja. Penggambaran yang tu dibuat di Jepun. Best jugalah walaupun tak habis tengok sebab tak ada episod penuh di Youtube. Bila nampak iklan kata ada musim kedua yang melibatkan semua ahli EXO, memang bertunggu bertangga la dia keluar.
Kalau tak silap, tayangan bermula awal tahun ni. Tak ingatlah bulan berapa. Tapi saya tengok secara runcit sebab nanti cepat habis. Hahaha... Biasanya tengok dekat pejabat la waktu rehat tengah hari, hari Jumaat. Panjang tempohnya jadi boleh habiskan satu episod. Demi EXO, gigih saya mencari pautan yang menyiarkan episod penuh dan jumpa di Twitter. Yiihaaa!
Agak-agak stress. silalah tengok rancangan ni sebab kelakar. Kelakar sebab telatah diorang dan juga cara video disunting. Sari kata dan kesan visual yang diletakkan menjadikan babak dalam setiap episod lebih kelakar. Selain tu, ada juga dipaparkan maklumat mengenai tempat-tempat yang dikunjungi dan ditunjukkan juga lokasi tarikan pelancong yang cantik.
Disebabkan dah habis tengok, ni nak ulang tayang semula. Nak tunggu D.O. habis khidmat ketenteraan lama lagi ni. Lama lagilah nak nampak dia muncul dalam mana-mana drama atau filem.




























