Sampai rumah, okey je menyala sampailah tiba waktu untuk dicaj. Mula-mula cucuk, okey lagi. Masih keluar gambar bateri yang menandakan tab sedang dicaj. Bila dah hampir penuh, terus dia buat hal balik. Kelip-kelip keluar macam kat atas nun sampailah bateri dia habis. Halah halah halah, buat hal ko ye Yong? Nak kata tak bawa balik kampung, baru je balik kampung awal tahun ni. Hahahahadoi.. Terus berbelah bagi nak hantar baiki atau beli baru je. Banyak kali dah keluar masuk hospital, sampai dah retak besi tepi dia dan ada bahagian yang terkopek. Sobsobsob..
Engagement Fund ;)
Sunday, 20 October 2019
Dah Sampai Masa Kot
Sampai rumah, okey je menyala sampailah tiba waktu untuk dicaj. Mula-mula cucuk, okey lagi. Masih keluar gambar bateri yang menandakan tab sedang dicaj. Bila dah hampir penuh, terus dia buat hal balik. Kelip-kelip keluar macam kat atas nun sampailah bateri dia habis. Halah halah halah, buat hal ko ye Yong? Nak kata tak bawa balik kampung, baru je balik kampung awal tahun ni. Hahahahadoi.. Terus berbelah bagi nak hantar baiki atau beli baru je. Banyak kali dah keluar masuk hospital, sampai dah retak besi tepi dia dan ada bahagian yang terkopek. Sobsobsob..
Monday, 3 December 2018
Tak Ada Tajuk
Annyeong! Bertemu kembali setelah menyepi beberapa hari selepas kemunculan entri umum pertama untuk tahun 2018. Penulisan-penulisan yang sebelumnya dicatatkan semasa Atas Nama Cinta direhatkan. Bila dah lama tak menulis, ada dua masalah besar yang melanda selain masalah-masalah asas seorang blogger bernama Cik Fara. Pertama, nak fikir tajuk untuk setiap catatan. Kedua, nak mulakan catatan. Masalah tambahan, nak ingat semula label-label yang pernah wujud dalam ni. Pelan-pelan kayuhlah ye.
Entri sebelum ini ditulis semasa sedang menanti hujan lebat reda. Ngam soi je punch out dan nak melangkah keluar dari pejabat, hujan turun selebatnya dengan disertai guruh dan kilat sabung menyabung. Demi keselamatan, masuk balik dalam pejabat dan dapatlah mengarang entri pembukaan tu.
Banyak benda berlaku sepanjang tahun ni dan hari ini, sudah pun hari ketiga dalam bulan terakhir tahun 2018. Masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. Ada masanya, rasa nak putus asa membuak-buak tapi akal masih waras fikirkan baik buruk keputusan yang bakal dibuat. Nak putus asa pun bukan senang; entah entah, lagi susah berbanding terus berusaha. Jadi, jalan jelah terus. Ada masa, kena jalan laju. Ada masa, kena melangkah setapak demi setapak. Ada waktunya, perlu berhenti seketika melepas lelah. Dalam pada melangkah, ada ketikanya tersandung dan ada ketikanya jatuh tersungkur. Berhentilah sejenak dan ubati kesakitan sebelum kembali melangkah. Kerana, kebahagiaan bukan datang dari orang lain, tapi bergantung pada tingkah laku kita. Fikir yang positif, positiflah hasilnya. Fikirkan yang negatif, suramlah masa depan.
Thursday, 22 October 2015
Yong dan Arba
Kalau boleh, memang tak nak rosak pun tapi dah dia nak rosak, nak kata apa? Sediakan ajelah duit untuk baiki. Baru ni tukar bateri baru dan charging port. Maka terbanglah ringgit Malaysia 170 untuk dua benda tu. Semoga lepas ni tak adalah lagi yang rosak sebab Note 8 ni dah tak ada dekat pasaran dan barang gantian pun dah susah nak cari. Kalau ada pun mahal seperti yang diperkatakan tu.
Teknologi canggih ni lepas dua tahun memang dia bermasalah sebab teknologi dia tak ngam dengan teknologi sedia ada. Macam Arba, waktu dia keluar dulu dah habis canggih dah tu tapi sekarang ni memang paling corot. Asalkan boleh buat telefon, hantar SMS, letak WhatsApp, syukur.
Selesai pasal Yong, nak godek si Arba pulak. Baru ni beli casing untuk dia sebab tengok kat bahagian tepi tu dah terkopek-kopek dah. Sebelum dia hancur, baik aku bagi perlindungan dulu. Barang-barang Arba ni lagi dah tak ada dekat kedai maka jalan terakhir adalah cari di internet. Mujur ada lagi yang jual itupun cari dekat Lelong dan pilihan terhad sebab dah banyak yang habis.
Sekarang ni tengah buat kajian nak beli bateri baru pulak sebab cepat benar bateri dia habis. Tengah tengok dekat Lazada sambil bandingkan dia punya spesifikasi dengan Arba depan mata. Beli dari internet ni kena buat kerja lebih sikit tapi puas hati sebab tak ada anasir
Monday, 21 September 2015
Tup tup habis?
Selesai beli fail, termelencong kejap dekat bahagian baju. Daaahh, ternampak pulak blouse denim yang cun dan mampu milik harganya. Disebabkan sejak bela Taejang ni aku memang berkira bab nak memboros, maka terus turun tapi teringat sampai sekarang, cemana? Heee.... Sampai bawah, cari charger baru untuk Yong sebab katanya charger yang bermasalah.
Tapinya bukan charger original Samsung dia bagi tapi cap apa entah. Aku yang memang berkira bab original ni tak tahulah cemana boleh terbeli charger tu. Tapi sebab bila dia cucuk dekat Yong dia menyala, aku beli jugak walaupun hati berbelah bahagi. Cuma waktu tulis resit tu dia cakap kalau tak okey, boleh hantar balik dan aku menambah; "Money back guarantee?" dan dia iyakan, maka aku angkut jugalah. Doakan ianya jaminan wang dikembalikan sebab nak pulangkan balik esok. Tapi bila sampai pejabat, tak jalan pun. Sudahnya aku bagi balik Yong dekat kawan ofis tu untuk dibaiki semula apape yang patut. Punya kecewa sampai cakap kat dia, kalau perlu tukar bateri ke, tukar jelah. Beratus jugaklah kalau nak ganti bateri tu. Sobsobsob...
Alang-alang dah sampai dekat situ, aku tanyalah ada jual lagi ke casing Galaxy Ace? Jawapan dia tu memang kecik hatilah dengar sebab dia kata; "Haiya, tak ada dah. You angkat itu A8 la." Amboi, celah mana pulak nak korek duit? Bocor la tabung Osaka kalau beli A8 tu. Aku ni jenis kalau pakai telefon tu biar sampai tak boleh nak hidup sebab satu, kos kalau nak membeli. Keduanya, sebelum beli kena buat kajian bagai-bagai tu. Leceh! Alhamdulillah Arba ni bertahan sampai sekarang dari tahun 2011. Waktu beli memang keluarga Ace ni gempak jugalah tapi sekarang orang tak pandang pun. Yang penting, dia bertahan sampai sekarang sebab tu nama dia Ace. Tak tahu makna Ace, boleh buka kamus Cambridge sekarang.
Habis urusan di The Store, terus ke kedai komputer di bangunan belakang sebab nak beli cooling pad untuk laptop dan tanya sekali boleh ke kalau nak baiki laptop yang patah tu. Dia suruh bawa dulu tengok cemana baru boleh tahu. Kemudian la kot sebab beli itu beli ini, habis dah 200 hengget yang cucuk hari Jumaat haritu. Duit macam air!
Lokasi akhir adalah ke Shell sebab nak tebus mata Bonuslink sementara ada penurunan mata untuk produk dari Shell. Cerita penebusan ni aku buat entri lain sebab aku tercari-cari juga cara nak menebus secara langsung ni tapi tak banyak maklumatnya. Kalau tebus dari laman web dia senang sebab dia terangkan langkah demi langkah. Ngam soi dia bagi barang, waktu rehat pun dah sampai ke penghujung; moh la balik pejabat. Gitulah cerita hari Isnin Cik Fara yang tak termasuk cerita waktu tuisyen tadi.
Kesimpulannya, jadi cikgu ni tak sahlah kalau tak membebel sampai dah rasa macam tuanya lahai aku ni dok membebel tak habis-habis. Sekarang dah fahamlah kenapa cikgu-cikgu aku dulu takde hal kalau nak membebel sampai separuh waktu kelas tu pun. Sebab tulah mana-mana budak yang nakal ni, aku nasihat je terus tak payah letak cikgu sebagai cita-cita sebab what goes around comes around. Hahahahaha... Nasib baik tak jadi warden sebab kalau jadi warden, sahih jumpa orang menyorok bawah katil sebab tak nak pergi program. Aik, macam pernah buat je? Kahkahkahkah...


