Engagement Fund ;)

Showing posts with label Groupon. Show all posts
Showing posts with label Groupon. Show all posts

Thursday, 14 July 2016

Berbuka di Kelab Golf Seri Selangor

Hari ni dah Syawal ke-9, tapi belum nak cerita kisah raya lagi. Entri ni nak kongsi cerita berbuka dengan Geng Makan pada 13 Ramadhan yang lalu.

Alhamdulillah tahun ni dapat berkumpul sama-sama lagi sekali dan waktunya awal sikit daripada tahun lepas. Tempat pun nak yang gah aje, kemain kan berbuka dekat kelab golf; tahun lepas berbuka dekat restoran biasa je tapi konsepnya masih sama iaitu bufet. Kata, Geng Makan, mestilah fokus nak makan.

Kali ni aku kena cari tempat. Syaratnya kena bufet dan harga yang mampu milik. Asalnya cadang nak ke BGR tapi BGR agak mahal kalau nak bayar untuk satu keluarga; aku takpe, solo je jadi tak payah fikir sangat. Lepas tu Kak D bagi tengok beberapa promosi dari Groupon, maka akhirnya cari dekat Groupon. Nak pilih tempat pun bercinta wei sebab nak murah tapi nak menu best tapi nak murah. Camane tu?

Selepas perbincangan serius dalam WhatsApp, maka kami sebulat suara memilih untuk beli kupon KGSS dari Groupon. Waktu tu ada pakej untuk seorang, dua orang dan empat orang; harga pun lain-lain. Kami beli pakej empat orang lima set; sorang kena bayar 40 hengget saja daripada harga asal 60 hengget++ bila dah campur cukai. Kanak-kanak 6 tahun dan kebawah tak payah bayar.

Waktu nak beli dekat Groupon tu, dugaan sungguh sebab kad visa aku tak laku! Choi! Lebih sepuluh kali aku cuba, siap dah telefon bank segala, pun tak dapat gak. Aku syak sebab aku baru tukar kad, maka setting kad tu lari dan nak kena set balik semula. Kuasa pulak aku nak telefon pusat panggilan BIMB lapan puluh juta kali kan? Dah la sekarang ni kalau telefon kemain susah dia nak angkat. Akhirnya Kak D yang belikan kupon pakai kad dia. Selesai satu hal.

Pada hari kejadian, aku tumpang Kak R dari rumah. Kalau pergi sendiri pun mungkin tak sesat sebab tak adalah susah sangat nak cari tempat dia tu. Sampai sana awal dala pukul 6 lebih, tapi orang dah ramai juga sebab aku syak ada syarikat tempah dewan untuk acara diorang.
Gambar berkumpulan sebaik saja tiba; memang cun lokasi meja kitorang sebab betul-betul dekat backdrop

Sampai-sampai je makanan dah 95 peratus siap hidang, tinggal nak ambil je. Sementara orang tak ramai sangat dan masih belum boleh ambil makanan, mari buat perangai seorang blogger. Muehehehe... Segan juga dok ambil gambar dari hujung sini sampai hujung sana, tapi naluri seorang blogger tu meredakan keseganan. Cececece... Dapatlah ambil gambar makanan dekat semua tempat dan tunjuk dekat korang ni ha. Sebelum tunjuk gambar hidangan yang disediakan, layan dulu gambar banner dan pinggan tuan tanah.

Banner promosi

Meja kami sebaik saja misi mengaut makanan selesai

Pinggan tuan tanah

Tempat hidangan dibahagikan kepada beberapa tempat; ada bahagian hidangan utama iaitu nasi dan lauk-pauk beserta ulam-ulaman dan segala mak nenek sambal. Lepas tu ada gerai sate dan suku sakat dan diikuti dengan kambing golek, roti john, ikan bakar dan goreng-goreng macam jemput-jemput, keledek, suku, keladi dan tak ingat dah. Hehehehe... Oh ye, ada juga mee goreng mamak dan char kuey teow. Yang ni kira sederet la dia letak.
Sate dan kambing bakar

Pisang goreng dan suku sakat beserta kuey teow dan mee goreng mamak

Pilihan lauk pauk

Pelbagai sambal dan pencicah, ulaman serta kerabu

Nasi bukhari dan gulai kawah..aku tak rasa sebab perut dah kenyang tapi diorang kata sedap

Kena jalan depan sikit dan jumpa gerai lontong, lemang dan suku sakat, mee berkuah yang aku dah tak ingat mee apa, otak-otak dan juga bubur-bubur manis. Dah sampai hujung, bila patah balik boleh singgah ambil ABC. Aku tak sempat ambil pun sebab dah kenyang tahap gaban tapi tengok dia punya isi dalam ABC tu kemain meriah!
Meja ABC dan ais krim Malaysia

Gerai lontong dan lemang dan mee berkuah

Pilihan bubur

Habis ronda bahagian bawah, boleh naik atas tengok bahagian atas pula. Belah kiri ada makanan barat macam pasta dan salad. Belah kanan ada kuih muih, kek, biskut dan juga buah-buahan pemanis mulut. Macam-macam betul menu dia, berbaloi sangat dengan harga yang dibayar. Air pun ada banyak jenis cuma tak ada kopi je. Sobsobsob... Sebab takde kopi, aku layan teh tarik dia yang ummpphh! Sedap gila jugak sebab pekat tapi tak manis sangat.
Buah-buahan tempatan

Pilihan manisan yang pelbagai

Salad dan kentang lenyek beserta pasta bolognese

Selesai cerita pasal makanan, meh nak bagi tahu suasana dia pula. Tempat makan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan ada juga dewan yang berhawa dingin cuma mungkin dewan tu lebih kepada tempahan berkumpulan yang besar. Susunan meja pun tidaklah terlalu rapat dan selesa untuk pengunjung bergerak. Lepas waktu maghrib dalam pukul lapan lebih kot, ada persembahan band. Layan jugalah dengar lagu-lagu yang didendangkan tu.
Band

Sesi selepas buka

Budak-budak comel

Sebelum pulang, posing lagi sekali

Kitorang lepak sampai pukul 9.30++ juga sambil makan dan borak dan makan dan borak dan makan. Keseluruhannya, berbaloi sangat beli kupon berbuka KGSS ni sebab makanan sedap dan pelbagai, kemudahan tempat letak kereta yang luas, surau yang selesa dan pemandangan yang mendamaikan. Cuma lain tahun kalau nak buka di sini, lebih baik bawa telekung sendiri sebab telekung terhad. Sekian, cerita berbuka berjemaah yang pertama.

Friday, 20 November 2015

Dim Sum, dim sum dim sum dim sum....

Nak baca tajuk kena berima ye. Nak tahu rima, kena tengok Running Man episod 72. Hahaha... Pengaruh Korea sangat ni! Kisahnya, ada promosi bufet dim sum dekat Groupon, maka gatal tangan dan geli perut nak makan makanan Cina ni. Mula-mula roger Aten dia tak layan lepas dah lama sikit tu dia roger aku ajak beli kupon sebab aku nak merajuk sebab tak jadi bercuti dekat hotel mahal. Sentap sampai terus batalkan tempahan. Hahaha...

Kelam kabut beli, kelam kabut tempah giliran, kelam kabut susun masa. Kelam kabut semuanya sampai kena saman! Hahaha... Eh, saman bila nak bayar? Kriiikk.. kriiikk..kriikk.. Mungkin kerana kupon dibeli pada waktu akhir promosi maka slot untuk hari minggu telah penuh; hanya slot pada hari bekerja sahaja yang masih kosong.

Selepas berbincang, pergilah kami ke sana pada hari Jumaat. Dah agak lewat juga sampainya sebab tunggu Aten habis kerja. Kira tak lepak lama kat sana sebab diorang tutup pukul 3.00 petang. Layan gambar dim sum dulu.
Tart-tak-ingat-nama tapi sedap!

Pusingan pertama


Pau gebu yang katanya sedap tu



Siew mai

Dalam dia isi udang dan sedap semestinya!

Versi goreng

Bubur nasi dan suku-sakatnya

Versi gorengan lagi

Sudah kosong

Makanan sedap dan harga sangat berbaloi. Makan sampai kembung, sampai nak muntah. Hahaha... Cuma ada sekali tu dia salah baca kertas order jadi apa yang kami order tak sampai lepas tu sampai benda lain. Tak dapatlah rasa pau dia yang katanya sedap tu. Cis! Lepas ni kalau ada lagi promosi macam ni bolehlah pertimbangkan untuk beli lagi.
Ini patutnya pusingan ketiga tapi sebab dia dah tertukar kertas order dengan meja lain, maka apa yang dipesan tak sampai tapi diberi yang lain...belasah jelah...

Eh, tapikan semalam tengok email dari Groupon, masih ada lagi promosi ni sampai 31 Disember. Macam bagus juga kalau beli lagi kan? Hehehe...

Tuesday, 9 December 2014

Photobook Murah dan Cun

Sendiri design, sendiri puji photobook cun. Hahaha... Kisahnya, bila tengok-tengok email promosi dari Groupon, nampak la promosi photobook dari Photobook Malaysia. Disebabkan murah dan boleh design ikut suka hati, maka aku pun dengan tamaknya nak beli. Waktu nak beli ni pulak la kad debit buat hal, tak boleh nak teruskan pembayaran. Nak telefon centre malam-malam buta, memang dia jawab; "Pegawai khidmat pelanggan kami sedang sibuk, sila tinggalkan nombor telefon anda untuk kami hubungi semula." Dah banyak kali dah kena. Kalau nak bercakap dengan manusia, memang kena telefon dari mula waktu pejabat sampailah sebelum tengahari.

Selepas bersusah payah, aku berjaya jugak beli. Dalam promosi tu ada beberapa pilihan saiz dan kulit luar. Aku pilih photobook bersaiz 11x11 dengan bentuk segi empat sama dan debossed hardcover. Sebab nak abadikan kenangan di Korea, kenalah beli yang besar dan ada banyak muka surat. Itupun tak cukup. Terpaksa tambah muka surat dengan tambahan kos. Leceh sebenarnya nak buat photobook ni sebab semuanya kita yang nak kena fikir. Tapi bila dah siap, puas hati.

Mula-mula kena muat turun perisian dia dari laman web Photobook Malaysia. Kemudian, bolehlah mula susun gambar dan letaklah corak apa nak letak, perkataan apa nak tulis. Boleh pilih samada nak guna template sedia ada atau nak design sendiri. Kalau tak cukup mukasurat, boleh je tambah sendiri tapi kena bayar harga lain la ye. Macam mana nak kira harga? Jangan risau, dekat laman web dia dah ada kalkulator. Masukkan je nak tambah berapa muka surat dan dia akan kirakan. Bila dah siap design dan puas hati dengan hasil kerja, bolehlah hantar pesanan. Dah confirm order, tunggu parcel sampai depan pintu pejabat. Alhamdulillah, urusannya teratur, cepat dan berkualiti tinggi. Nah tengok rupa photobook yang dah selamat jadi harta mak incik.

Rupa parcel

Selepas parcel ditoreh...

Apabila tali pengikat digunting, taraaaa...!

Mestilah kena warna hijau...hehehe

Monday, 11 August 2014

Bayar Guna Groupon

Ini cerita bulan lepas lepas lepas lagi. Macam biasa, entri tertunggak semua nak hempuk jugak. Kisahnya, bila dah melanggan promosi dari Groupon, haruslah hari-hari dia hantar email. Tiba-tiba ada satu tu promosi dari Manhattan Fish Market. Terus gatal tangan nak beli sebab memang sangat-sangat berbaloi. Laju-laju roger teman jenayah sebab sebelum tu dia kata nak makan hidangan yang 'bakar-bakar' tu. Hahaha... Cantik sangatlah tu!

Kupon ni beli dengan harga RM 49 untuk set dua orang makan. Ada minuman, appetiser, main course dan salad. Aten kata nak makan yang 'bakar-bakar', aku pilih Flaming Seafood Set. Bukan bakar apa pun, bila dia hidang main course tu, dia bakar kejap nak bagi keju cair. Tu je pun. Tapi kagum jugaklah menengoknya, maklum la kalau masak sendiri mana ada nak bakar pakai direct flame ni. Oh, kejadian ni berlaku pada hari yang sama aku pergi periksa darah. Sampai restoran memang lapar tahap gaban sebab kena puasa dari pagi kan. Nah tengok gambar pulak.


Salad mahal yang sangat sedap! Ada bebiji bunga matahari kot, tomato dan dressing yang 'ringan' dan sedap! Nampak, perkataan 'sedap' diulang dua kali makanya dia memang sedap!

Crime partner

Mussel bla bla with garlic bread - bla bla sebab tak ingat nama dia..hahaha...


Flaming Seafood Plate katanya tapi aku rasa lagi sesuai gantikan plate dengan pot sebab banyak gila khazanah dalam ni..

Kek tak ingat nama

Rupa kek yang tak habis

Pada hari tersebut, kami adalah tamak sebab awal-awal lagi dah pesan pencuci mulut iaitu kek yang sedap dan besar saiznya. Pesan sorang satu, bukan satu kongsi dua orang. Tamak! Ini semua gara-gara lapar la ni. Mau tak lapar, I skipped two meals on that day - breakfast and lunch. By the time we reached there, it's already 3pm ++. Bila makanan sampai, terus rasa kenyang. Hahaha... Besar gila portion dia. Kalau makan 3 orang pun lebih dari cukup.

Sudahnya, sampai nak dekat asar kot kitorang duduk makan dekat situ. Hahaha... Itu pun tak habis. Lain kali boleh la bawak Abah makan dekat sini sebab ada nasi. Kalau nak mencuba makan di sini, jangan takut sangat nak masuk sebab harga dia tak adalah mahal melampau. Ala-ala Kenny Roger's punya harga rasanya. Untuk orang marhaen macam aku ni, sekali-sekala boleh la. Kalau selalu, kopak jugak.