Engagement Fund ;)

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

Redha

Sumber gambar: Sini

Hari ni, datang kerja masih dengan perasaan bercampur baur, minda yang sedikit bercelaru. Separuh mengiakan, separuh lagi masih berharap mereka kembali dengan selamat. Terlalu banyak spekulasi dan cerita disebalik misteri MH370 ini; ada yang negatif dan ada juga yang positif. Dalam perjalanan pulang sebaik saja tamat tuisyen malam tadi, otak berfikir dan hati terdetik; 'Siapalah kita untuk menidakkan apa yang Allah rencanakan? Bukankah sebagai seorang muslim aku perlu percaya dengan qada dan qadar? Allahuakbar!' Manusia, sering mahu yang enak-enak, yang baik-baik saja hingga lupa Allah maha berkuasa. Perlahan-lahan aku menginsafi; yang pergi, redhakan pemergiaannya. Yang masih hidup, berusaha baiki diri agar pemergiaan kita nanti dirahmati. Teruskan berdoa juga untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di Mesir, Syiria dan seluruh dunia.


#PrayforMH370 #RememberingMH370

Monday, 24 March 2014

Ended

Kira-kira jam 10 malam tadi, satu sidang akhbar oleh PM berlangsung di PWTC, mengesahkan bahawa MH370 yang hilang sejak lebih dua minggu lalu berakhir di Lautan Hindi. He doesn't say 'crashed' but he said 'ended' and the details will be revealed on tomorrow's press conference. Allah! Sayu dan sebak saat mendengar perkhabaran tadi. Aku cuma menulis tentang MH370 di sini sekali kerana tak sanggup mengenangkan nasib penumpang-penumpang dalam pesawat tesebut. Pun begitu, hampir setiap minit mencari berita tentang MH370 dan berharap agar keajaiban berlaku dimana mereka selamat. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga kesemua mangsa yang beragam Islam ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah....


Nota Kaki: Sebarang berita negatif berkaitan penerbangan atau kapal terbang amatlah tidak dialu-alukan untuk diuar-uarkan pada saya. I have my lappy, I have my Note 8 and I have internet access. Let me find out the news myself as it affect me very badly when someone close to me share such news. Thank you.


Sunday, 9 March 2014

Bila Terganggu

Dalam masa seminggu, ada dua musibah berlaku. Bermula dengan kemalangan tragis yang berlaku di simpang masuk institut pada Selasa lalu. Walaupun semasa ia berlaku aku tidak berada di situ, namun jasad kaku salah seorang mangsa kemalangan yang tertiarap di bahu jalan mengganggu emosi juga sedikit sebanyak. Sampai ke petang terasa lemah dan lesu mengingatkan kejadian yang berlaku sehinggakan aku sedikit buntu dalam kelas pertama pagi itu. Petangnya, pertama kali suhu kemarahan naik bila mana pelajar-pelajar semester satu membuat aku seperti orang halimunan dalam kelas. Mujurlah akal masih mengatasi emosi yang sarat.

Kemudian pagi Sabtu, sebaik saja melihat suapan berita di FB, hati berdetak kencang dengan perkhabaran yang diberitakan. Allahuakbar! Pesawat milik MAS lenyap ketika dalam perjalanan ke China. Sehingga saat ini, semua yang aku buat serba tak kena dan sentiasa mencari perkembangan terkini insiden tersebut. Sepertinya, aku juga merupakan keluarga mangsa yang terlibat. Pelbagai spekulasi timbul, tak kurang juga gurauan kasar dari mereka yang tidak menggunakan akal untuk berfikir. Kuasa Allah, tiada manusia yang mampu menyangkal. Kita bukan sebahagian daripada anggota yang terlibat untuk operasi mencari dan menyelamat dan kita juga bukan pakar cuaca, jurutera kapal terbang, mahupun ahli geologi untuk mencerna data atau membuat kesimpulan. Ujian Allah datang bukan pada mereka yang melakukan maksiat dan dosa saja malah semua yang bernaung di tempat yang sama. Teringat kata-kata seorang naqib ketika di universiti dulu; "Walaupun maksiat berleluasa di Malaysia ni, Allah masih sayang pada kita dan tiada bencana dahsyat berlaku kerana masih ada alim ulama' yang bangun di tengah malam dan menangis memohon keampunan padaNya." 

Selagi bukti belum ditemui, teruskan berdoa dan jangan berhenti berharap kerana Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. DIA berkuasa menentukan segalanya. Mungkin DIA mahu menyedarkan kita yang alpa melalui peristiwa ini. Sama-sama muhasabah diri dan berhenti menunding jari. Ambil peluang untuk mendekatkan diri padaNya dengan memperbanyakkan amalan.

Nota Galaksi: Al-fatihah buat salah seorang mangsa kemalangan yang telah kembali ke rahmatullah hari ini selepas berada dalam keadaan koma selama lima hari. Semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah...