Engagement Fund ;)

Showing posts with label Resepi: Ikan. Show all posts
Showing posts with label Resepi: Ikan. Show all posts

Monday, 22 May 2017

Sup Bebola Ikan Tenggiri

Assalamualaikum. Nak dekat dua minggu blog terbiar sepi tanpa sebarang catatan. Padahal banyak je cerita nak tulis. Maklum la, umur makin meningkat, ingatan pun makin kabur. Macam tua sangat kedengarannya. Kehkehkeh.. Nampakny, giveaway kedua yang lalu sepi tanpa sambutan. Aku pun tak menyempat nak pergi blog walking dan ajak blogger lain masuk. Ala, buat suka-suka je nak habiskan cenderahati dari lawatan ke Korea yang pertama dulu. Sesambil tu nak bagi la rasa makanan Korea sekali. Takpe takpe, kita simpan untuk sesi seterusnya nanti.

Sementara nak tunggu karang cerita, nak kongsi gambar sup bebola ikan tenggiri buatan sendiri. Terpengaruh dengan Kak Di yang rajin sangat buat sup ni jadi satu hari tu, kebetulan Abah beli ikan tenggiri besar, ambil dalam 3 keping dan tumbuk buat bebola. Senang je nak buatnya dan tak banyak bahan. Cuma guna

  • 3 keping besar ikan tenggiri (buang kulit dan tumbuk)
  • Bawang putih cincang
  • Bawang merah cincang
  • Lada hitam tumbuk
  • Daun sup cincang
  • Sedikit tepung jagung (waktu ni tepung jagung tak ada, belasah guna tepung beras pun jadi je)
  • Garam secukup rasa
Adunan bebola

Dah siap gentel. Dapat dalam 20 lebih biji saiz sederhana.

Taraaa! Siap masak.

Cara buat, campurkan semua bahan dalam isi ikan yang dah tumbuk dan buat bebola. Renihkan sup macam biasa dan campaklah segala jenis sayur yang ada. Masukkan bebola dan tunggu bebola timbul. Siap! Kalau cara orang Jawa masak sup, kitorang tak tumis bawang dan rempah tu. Tapi lebur je semua dalam air yang mendidih. Tak guna minyak pun.

Monday, 24 August 2015

Singgang Ikan

Semenjak masak untuk nenek yang kena pantang makan, tak tahu dah nak masak apa sebab bosan asyik masak benda sama. Ada sekali tu tergerak nak Google resepi singgang dan cubalah masak. Bapak senang lahai nak masak singgang ni, campak je semua dalam satu mangkuk dan siap! Sedap pun sedap. Nah resepi

Bahan-bahan:
Sepotong ikan parang/ikan merah/ikan tenggiri
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit
Serai - diketuk
Cili padi - diketuk
Asam jawa secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Bendi atau tomato atau sayur kesukaan masing-masing (yang sesuai la ye)

Taraaa! Dah jadi singgang...

Gila pemalas nak ingat resepi! Hehehe... Sebabnya aku masak pun main agak-agak, main campak-campak je, maka korang pun silalah cooking by heart juga ye. Mula-mula panaskan air sampai hampir mendidih dan masukkan bahan hirisan. Biar sampai mendidih dan nanti air tu jadi kuning sikit sebab warna kunyit dah keluar. Masukkan asam jawa dan kacau. Lepas tu masukkan ikan dan serai. Masukkan sekali bendi dan tomato. Biar sampai ikan hampir masak, campakkan cili. Bila dah mendidih dan ikan dah masak, tutup api dan hidangkan.

Sedap sangat makan begitu saja dengan nasi putih lembik-lembik sikit. Bertambah-tambah dibuatnya. Kalau aku malas nak masak tapi kena masak jugak, singgang nilah penyelamat. Hehehe...

Saturday, 16 May 2015

Kari Ikan Merah

Lama benor tak tampal resepi dalam ni, maka malam ni merajinkan diri letak resepi ni untuk rujukan sendiri di masa hadapan. Kalau korang nak cuba pun boleh, tapi kalau tak jadi, jangan marah haa. 



Bahan-bahan:
3 potong ikan merah
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
3 sudu besar rempah kari (bancuh macam pes)
1 1/2 sudu besar serbuk cili
1 camca jintan manis
Rempah 4 sekawan secukupnya (kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang)
1 camca pes asam jawa
2 tangkai daun kari
1/2 cawan santan
4 cawan air
Bendi dan terung

*ditumbuk bersama-sama

Cara memasak:
1. Goreng jintan manis sampai dah tak meletup, masukkan hirisan bawang besar dan tumis sampai layu. Kemudian baru masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sampai garing.
2. Masukkan serbuk cili dan kacau cepat-cepat sebab dia senang hangus; lepas tu baru masukkan pes kari. Kacau sampai sebati dengan bahan tumisan, letak air sikit dan biar sampai pecah minyak. Waktu menumis ni memang kena guna banyak minyak baru rempah dia menjadi.
3. Dah pecah minyak, masukkan daun kari. 
4. Masukkan pes asam jawa dan air, biarkan mendidih barulah masukkan santan.
5. Masukkan ikan dan bendi serta terung. Kacau dan tunggu sampai mendidih.
6. Ikan dah masak, sayur pun dah lembut, boleh matikan api dan hidangkan.


Macam gambar atas ni, takde makna nak hidang dalam mangkuk cantik sebab makan sendiri je pun. Angkat mangkuk ni dari atas dapur, terus hidang atas meja. Senang kerja; tu yang nampak mangkuk ni comot sebab tepi-tepi tu adalah percikan kuah mendidih daripada proses memasak. Ini cara Tuan Tanah masak selepas dikacukkan dengan cara masak resepi-resepi yang ditemui dari blog-blog masakan yang tersenarai dekat bawah nun. Kalau tak jadi, ampun ye sebab I main campak je. Heeee....