Bingka Labu
Rupa bingka saya yang nampak tak cantik sebab potong waktu dia masih panas. Potong guna pisau plastik sebab takut permukaan pemanggang ajaib calar
- 2 biji telur
- 1 kotak santan M&S
- 1/2 cawan air
- 1 cawan susu kotak Dutch Lady
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 camca garam
- 1 camca esen vanila
- 2 sudu besar mentega
- 2 cawan labu - direbus, toskan dan lecek
- Satukan semua bahan dalam mangkuk besar (kecuali labu) dan bancuh dengan whisk sampai bahan larut.
- Kemudian, masukkan labu lecek dan kacau rata.
- Panaskan sekejap pemanggan ajaib yang telah disapukan dengan minyak.
- Tuangkan adunan ke dalam pemanggang ajaib dan masak dengan api perlahan.
- Selepas kira-kira 20 - 25 minit, terbalikkan pemanggang ajaib dan masak lagi selama 20 - 25 minit.
- Bila isi dalam dah masak (cuba cucuk dengan lidi untuk pastikan isinya masak), bolehlah besarkan api dan masak kedua-dua belah hingga permukaan bingka garing.
- Sesudah masak, tunggu betul-betul sejuk barulah dipotong.
Pemanggang ajaib cap Haji Ismail Group, beli waktu pergi Langkawi dengan Geng Bilik Prep dulu.
Potongan senget-senget, lantak situ. Sebenarnya sebab masih agak panas, jadi isinya masih lembik lagi.
Rupa bingka dalam pemanggag ajaib.
Kalau nak tengok resipi asal, boleh tekan pada pautan yang saya sertakan di atas. Sebab tak ada oven, saya cuba je guna pemanggang ajaib. Alhamdulillah jadi! Patutnya kena tabur bijan, tapi bijan tak ada, tak letak pun. Adunan tu pun patutnya kena tapis sebelum campur labu, tak buat sebab malas nak basuh penapis. Hahaha.. Walaupun ada banyak mengelat, jadi la juga. Sedap pun sedap, senang pun senang. Sesiapa yang rajin, bolehlah cuba ye. Sekian.


