Ini cerita selepas menghadiri walimah Ain Sarip dan singgah di rumah terbuka Mimynn. Maaf Mynn sebab kejap sangat kat rumah you. Ada perkara yang tak dapat nak dielakkan maka terpaksa bersegera di rumah beliau. Disebabkan tuan rumah rumah seterusnya tak ada dirumah, maka kami melencong ke Setia City Mall. Pergi sana sebab apa eh asalnya? Lupa sudah.
Alang-alang dah sampai sana, singgah makan Seoul Garden sebab dah jalan-jalan lepas tu dah lapar balik. Waktu tu dalam pukul 6 kot jadi ngam soi la untuk makan malam. Seperti yang dimaklumi, konsep Seoul Garden ni adalah rebus dan bakar. Sebenarnya teringin sangat nak makan kimchi je kat situ sebab konon-konon restoran komersil, mesti kimchi dia ada rasa kimchi Korea kan? Sekali bila aku makan, terdetik dalam hati 'Ek eleh, macam kimchi aku buat kat rumah je?' Maknanya kimchi buatan tangan aku tu setaraf asli la ek? Kehkehkeh..
Buat yang pertama kali macam kami, mula-mula kena ke kaunter dia dulu untuk bayar. Bayaran adalah untuk bufet dan juga minuman. Lepas tu boleh pilih nak kuah apa untuk stimbot. Ada banyak juga pilihan tapi kalau tukar kuah yang lain, kena tambah duit sikit kalau tak silap. Tambah itu, letak ini, seorang dalam RM 55++ untuk dinner buffet. Gulp! Aku pandang resit, lepas tu tengok Aten. Mahal camni? Hahaha... Takpe, dah bayar kan? Jom masuk dalam, melantak sampai kembung. Lepas bayar, akan ada orang tunjukkan meja. Mula-mula meja kitorang sebelah meja sekumpulan jejaka. Macam tak berapa nak selesa sebab tak boleh borak kuat-kuat. Kebetulan waktu pelayan dia tengah setkan meja, orang meja hujung pun siap makan. Aten yang berani pun mintak nak duduk meja hujung. Ha, barulah aman nak melantak dan berborak. Nak keluar masuk pun senang sebab hujung sekali, maka tak mengganggu orang meja sebelah sebab susunan meja adalah rapat-rapat. Ibarat kalau kau gosip dengan orang depan, orang meja sebelah pun boleh tumpang sekaki tambah fakta atau buat cerita auta berdasarkan topik yang dipilih.
Daripada cuaca cerah sampai dah gelap, baru kitorang bangun. Ada la tiga jam kot dalam tu. Makan, borak, makan, borak, makan, ambik gambar, makan, borak lagi.. Bayar mahal kan? Nak-nak dua-dua tak solat, lagi syok la lepak dalam tu. Pilihan makanan agak banyak dan perapan untuk bahan-bahan bakar adalah sangat sedap! Serius, sedap! Terasa rempah-rempah perapan dia. Udang dan sotong dia pun segar dan besar-besar. Nyumsss! Paling suka radish kimchi dia. Krup krap bunyinya dan menjilat chopstick. Hehehe.. Makanan untuk rebus dan bakar memang terbaik. Cuma makanan masak dia kureng sikit. Puas hati la walaupun bayar mahal. Sekali-sekala, boleh layan. Kalau selalu, kopak juga weh. Sekali sudah, 'sekala'nya bila pulak ni Aten? Hehehe...



















