Engagement Fund ;)

Showing posts with label Resepi: Biskut. Show all posts
Showing posts with label Resepi: Biskut. Show all posts

Monday, 26 September 2011

Biskut Koko Oat


Bahan-bahan: 
275gm mentega
1 ¾ cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
½ cawan serbuk koko
1 sudu serbuk penaik
2 sudu esen vanila
1 biji telur
1 ½ cawan oat
½ cawan susu tepung

Cara membuat:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur. Tepung yang telah diayak disatukan dengan oat dan susu tepung. Masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam adunan mentega. Gaul perlahan hingga menjadi doh. Canai dan terap dengan aduan yang disukai. Tabur oat sebagai hiasan. Bakar pada suhu 180 darjah selama 16 minit.

Nota: Biskut ni pun aku buat malam raya jugak. Antara biskut yang dapat sambutan ramai. Jadi kalau tak buat, macam tak raya jugak. Biskut ni adalah sangat senang nak buat dan menjadi antara biskut yang aku takkan beli sebab dia adalah sangat senang untuk dibuat. Jadi, janganlah malas nak buat biskut ni ye. Hehehe...Resepi ulang tayang sebenarnya. Dah pernah taruk kat sini, tapi malas nak korek. Jadi, taruk jelah balik ye.

Biskut Coklat Cip


Bahan-bahan
350 gm mentega
300 gm gula merah
3 butir telur
500 gm tepung kek
20 gm serbuk penaik
20 gm serbuk koko
400 gm coklat cip
100 gm walnut

Cara membuat
1.
Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan.
2. Masukkan pula tepung kek, serbuk penaik, serbuk koko dan pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan  coklat cip dan walnut.
3. Sudukan adunan dan bakar selama 15 minit - 20 minit.

Nota: Resepi ini memang boleh diguna pakai. Tak jauh beza rasa dengan Famous Amos punya biskut. Hehehe...Cuma satu adunan ni agak banyak. Kalau tengok sukatan dia pun boleh nampak dah. Biskut ni aku buat malam raya sebab kalau tak ada biskut ni, macam tak ada perasaan nak raya. Hiks...

Pandan Somalina


Bahan A
150gm mentega
50gm minyak sapi
100gm gula kastor
Pewarna hijau-pes pandan

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung kastad
40gm tepung ubi
20gm tepung suji
20gm kelapa kering
40gm serbuk walnut

Hiasan – bijan hitam

Cara membuat
Putar mentega, gula dan minyak sapi hingga lembut. Masukkan pewarna dan pes pandan. Campurkan semua tepung dan diadunkan bersama bahan A. Canai, terap dan sapukan putih telur serta taburkan bijan hitam. Bakar hingga masak.

Nota: Biskut aku tak berapa nak rasa pandan dan tak berapa nak hijau. Aku letak 1 camca pewarna hijau dan 1 camca esen pandan. Tepung suji aku tak jumpa, jadi aku lebihkan tepung ubi dengan tepung kastad. Akhirnya, adalah rasa biskut. Hahaha.... cuma tak rasa pandan je. Hiasan pulak aku ganti dengan gula hiasan bentuk hati tu sebab cari bijan hitam tak jumpa.

Biskut Weekender Coffee

Bahan-bahan:
100gm mentega
20 gram lelemak sayur
60gm gula perang
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh nescafe
2 sudu besar air panas
120gm tepung gandum
1/8 sudu teh soda bikarbonat
20gm tepung jagung
60gm cornflakes
50gm kelapa kering
1 biji kuning telur

Cara membuat:
Larutkan nescafe dengan air panas. Sejukkan. Pukul mentega, lelemak sayur, susu pekat, tepung jagung dan gula perang hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur, gaul sebati. Masukkan semua bahan kering dan gaul hingga menjadi doh lembut. Canai dan terapkan. Glaze dan hias dengan ceri merah. Bakar pada kepanasan 160 darjah selama 20 minit. 

Nota: Walaupun rupa dia tak berapa nak hensem, tapi tetap ada rasa biskut. Rasa kopi je takde sebab aku taruk mocha emulco dengan kuantiti untuk satu adunan padahal buat biskut ni dua adunan. Akhirnya, jadilah macam rasa biskut cornflakes saje.

Saturday, 11 September 2010

Kuih Raya 2010

Walaupun kelam kabut, sempat jugak buat 3 jenis biskut. Senarai asal nak buat 6 jenis. Tapi lembab punya pasal, sempat buat 3 je. Ini yang pertama


Shortbread Chocolate Rice
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
1/2 cawan coklat urai
160 gram mentega
1/2 cawan kelapa kering
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik

Cara membuat
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanila serta bahan-bahan lain.
3. Kacau hingga sebati.
4. Terap ikut acuan yang digemari.
5. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Nota: Biskut ni memang sedap dan baunya harum semerbak waktu dibakar. Tapi aku derhaka sikit kali ni. Aku guna cornflakes yang dihancurkan instead of using nestum sebab lupa nak beli. Sila la cuba untuk raya tahun depan.


Coklat Cip
Bahan-bahan
350 gm mentega
300 gm gula merah
3 butir telur
500 gm tepung kek
20 gm serbuk penaik
20 gm serbuk koko
400 gm coklat cip
100 gm walnut

Cara membuat
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan.
2. Masukkan pula tepung kek, serbuk penaik, serbuk koko dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan  coklat cip dan walnut.
3. Sudukan adunan dan bakar selama 15 minit - 20 minit.

Nota: Ini resepi baru, bukan resepi tradisi. Resepi yang arwah mak bagi dulu dah hilang tak tau kat mana. Terkilan jugak. Untuk biskut ni, memang tak sah kalau tak ada yang geseng. Mesti ada 2 ke 3 loyang yang geseng. Hahaha...Abang-abang, sila makan yang geseng dulu.


Biskut Cornflakes
Bahan-bahan
1 sudu teh esen vanila
250 g gula
1 sudu teh baking powder
300 g tepung gandum
250 g mentega
cornflakes sebanyak yang disukai

Cara buat
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan cornflakes.
6. Sudukan adunan atau kepal ke...

Nota: Resepi ni memang senang gila. Sangat senang ok. Kejap je dah siap. Memang tak ada telur tau. Dulu macam pelik sebab selalu biskut ada letak telur. Mak kata, letak la sebiji. Sekali, dia mengembang dengan dahsyatnya. Hehehe.. Kredit kepada Kak Yah sebab kongsi resepi. Sila cuba jugak ye..

Saturday, 28 November 2009

Biskut Koko Oat

Bahan-bahan:

A
275 gm Mentega
1 3/4 Cawan gula perang
2 Sudu esen vanila
1 Biji telur
1 1/2 Cawan oat
1/2 Cawan Susu tepung

B (Bahan untuk diayak)
2 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan tepung jagung
1/2 Cawan serbuk koko
1 Sudu serbuk penaik


Cara membuatnya:
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul hingga sebati.
2. Satukan bahan B dengan oat dan susu tepung.
3. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung tadi ke dalam adunan mentega. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi doh.
4. Sudukan adunan menjadi bebola kecil dan golekkan dalam oat. Kemudian, tekan dengan garfu.
5. Bakar dalam oven hingga masak.

Sebelum di bakar..


Ni dah siap masuk Tupperware..

** Adunan agak lembik, susah nak terap. Buat bebola lagi sonang
** Masa membakar kira-kira 20 ke 25 minit bergantung pada suhu oven (oven yang aku guna tak boleh nak set suhu. Jadi, tunggu la dia masak sendiri)

Nota: Resepi diambil dari Mingguan Wanita Edisi Khas Aidilfitri 2005. Gambar akan diletak kemudian ye.