Engagement Fund ;)

Showing posts with label ANC. Show all posts
Showing posts with label ANC. Show all posts

Tuesday, 23 July 2024

Cubaan Memberi Nafas Baharu

 Hai!

Lama sungguh tak menggodek susun atur blog ni. Dulu zaman BBNU, kemain rajin membega background siap belajar nak letak background pakai coding. Perggh! Hahahaha... Zaman pasca Covid ni kita godek guna yang percuma dan pasang siap jelah ye. 

Jadi, malam ni cuba try test header baharu dulu. Lama dah peram ni, hari ni susun-susun, tukar-tukar sikit warna dan siap! Konsep tukar header ni, sedekad sekali sebab gambar header lama adalah gambar dari Kembara Korea 2014. Sekarang tahun 2024, memang makan masa sepuluh tahun nak menukarnya tu.

Header lama, gambar dengan tembok Deoksugung

Header baharu, kompilasi gambar ukur jalan sukat tanah di Malaysia, Hong Kong, Macau dan Korea Selatan

Nanti nak tukar templat blog ni pula sebab tak mesra komen balasan. Nak cari yang bila ada orang komen, kita boleh balas dekat komen dia, bukan taip balasan dekat ruang baharu. Fahamkah apa maksud saya ni? Lepas tukar templat nanti baru korek balik mana-mana komen lama yang tidak terbalas. Tak perasan sebenarnya sebab jarang buka. Heeee... Ada beberapa komen dekat entri kimchi. Ampun maaf dipinta sebab tak perasan. Sekarang pun dah tak menjual kimchi. Tak tahu la esok lusa kot sampai seru nak menjual semula. Wallahua'lam.

Sunday, 2 July 2017

Dah Sampai Masa

Selepas setia dengan latar blog warna hijau paisley untuk bertahun lamanya, dah sampai masa untuk tukar kepada yang baru. Sob..sob..sob.. Kalau tak silap, sejak mula berkecimpung dalam dunia blogging, latar inilah yang paling lama aku pakai dan merupakan gantian yang ketiga. Nak tukar latar ni bercinta woi! Sebab? Waktu muda-muda dulu terlebih rajin teroka hampir semuanya sendiri dan tunjuk hebatlah godek blog guna latar yang melibatkan coding. Sekarang dia dah meragam, silalah rajinkan diri semula dan tunjuk hebat lagi sekali bertukar kepada yang lebih canggih. Hahahaharu.. Doakan Tuan Tanah godek cepatlah ye. Kalau tak, guna latar yang Blogger bagi ajelah. Selamat hari raya!

Saturday, 12 September 2015

Ruangan Baru

Sementara rajin, nak bagi tahu sikit ruangan baru dalam Atas Nama Cinta. Disebabkan ramai yang tanya bagaimana perjalanan waktu ke Korea dulu, maka aku dah buat satu ruang baru pautan untuk ke entri-entri berkenaan. Senang cerita. Makanya kalau nak tahu catatan perjalanan kami di sana dulu, boleh tekan terus pautan yang ada.


InshaAllah entri-entri mengukur jalan yang lain akan diletakkan juga dibawah label 'Memories in My Eyes' ni. Sengaja letak tajuk karya Yiruma ni sebab suuuuukkaaa sangat dekat Yiruma. Suka dengar alunan piano dia la, bukan orangnya. 7 November ni beliau nak datang Malaysia tapi apsallah tiketnya mahal sangat? Gedebuk gedebak, ada 300 hengget jugak la. Pengsan!