Engagement Fund ;)

Showing posts with label Drama Bersiri. Show all posts
Showing posts with label Drama Bersiri. Show all posts

Tuesday, 25 June 2024

Drama Cina Pula: My Dear Guardian

 Hai!

Sementara ada masa lapang kejap ni kita jenguk blog kejap. Sejak dua menjak 'ter'langgan iQIYI ni, selalu juga la layan drama cina. Biasanya melangut tengok drama cina ni kalau nak tengok drama tapi tak nak meleret. Tempoh satu episod untuk drama cina paling lama pun 40 minit, jadi tidaklah rasa bersalah sangat untuk 'binge watching'. Kaahhh! Tapi kalau dah sampai 40 episod, dia macam sama je engkau marathon drama Korea. 😂😂😂

Biasanya terjebak tengok kalau lalu klip pendek drama ni dekat FB la. Klip yang lalu tu tajuk dramanya adalah My Dear Guardian. Kali ni salah percaturan pula sebab drama ni 40 episod. Nak berhenti tengok dah dimulakan, karang tertanya-tanya jadi apa dekat kes tu. Maka, jenuhlah menghadap nak habiskan. Drama ni ala-ala Descendants of the Sun sikit. Ceritanya pasal ketenteraan, perubatan, jenayah, aksi dan sikit-sikit kelakar. 

Poster dari MyDramaList

Mula-mula cerita, dia tunjuk yang hero dengan heroin dekat luar negara untuk misi masing-masing. Yang hero ni sebab dia jalani latihan ketenteraan dekat situ; yang heroin pula kalau tak silap buat latihan perubatan dekat salah satu hospital dan beliau pun ada sangkut paut dengan tentera juga sebab doktor tentera. Nak dijadikan cerita waktu heroin tengah bertugas, ada pengganas buat huru-hara dekat hospital tempat dia bertugas dan akhirnya semua yang ada dalam tu dijadikan tawanan. Semasa misi menyelamat, kawan hero ni kena tembak sebab nak selamatkan heroin daripada tembakan salah seorang pengganas. Teruslah hero ni dok salahkan heroin dan permulaan mereka berdua 'bercakar'.

Bila dah balik, masih panjang rupanya jodoh mereka bila si heroin ni pindah masuk rumah hero sebab mak diorang cuba nak kenenkan diorang ni. Encik hero haruslah menyampah bila heroin ni duduk rumah dia dan suruh dia pindah. Mulanya memang dok gaduh sampai heroin setuju nak pindah keluar sebab dia pun tak tahu hero ada dekat rumah tu pasal mak si hero ni kata rumah tu kosong sebab anak dia duduk dalam kem. Tapi tiba-tiba hero minta heroin berlakon jadi makwe dia sebab mak si hero ni asyik la suruh dia pilih salah seorang daripada calon-calon gadis yang datanya dihantar terus ke dalam kem. Jenuhlah nak menjawab dengan bos apasal asyik sampai fail-fail begitu.

Heroin pun setuju je sebab dia malas nak cari rumah lain. Kalau jadi makwe hero, tak payah pindah. Inti pati cerita bermula bila kawan lama heroin, Zhuo Ran, yang merupakan cinta zaman remaja tiba-tiba muncul. Kemunculan Zhuo Ran ada makna iaitu dia nak rapat balik dengan heroin sebab nak dapatkan bahan kajian ayah heroin. Waktu nilah macam-macam kes berlaku dan semua yang berlaku tu bersangkut-paut dengan Zhuo Ran yang rupanya orang suruhan pengedar dadah paling dikehendaki. Selalunya rancangan jahat Zhuo Ran ni tak menjadi sebab hero dapat caras. Akhirnya selain nak perdaya heroin untuk dapatkan bahan kajian ayah heroin, dia dok rancang macam-macam nak bunuh hero sebab dia nampak hero ni halangan utama kepada matlamat dia.

Maka, ada banyaklah babak-babak yang menggeramkan dan mendebarkan sepanjang cerita. Berbaloilah untuk ditonton sebab nampak banyak diketengahkan bidang tugas seorang doktor dan seorang askar. Ada tunjuk heroin jalankan rawatan dan buat pembedahan. Ada juga tunjuk hero jalankan misi ketenteraan dan juga latihan ketenteraan yang disertai. Bercinta, bercinta juga. Tapi kerja pun penting sebab cinta tak boleh bayar hutang dan komitmen hidup. Ada juga politik tempat kerja dan elemen kekeluargaan daripada cerita orang di sekeliling mereka. Walapun panjang episodnya, tak rugi tengok sampai habis sebab pengakhirannya memuaskan hati walaupun sedih sikit sebab ada yang mati. Nak tahu macam mana kartel dadah tu ditumpaskan dan siapa yang mati, silakan tengok. Hero dengan heroin pun helok mukanya, bonus la tak nak bagi bosan sampai ke episod 40 tu. Hahahaha...

Monday, 22 January 2024

Why Her?

 Annyeong!

Rutin hujung minggu kalau tak balik kampung, marathon drama Korea. Biasanya Khamis malam tu dah mula satu episod ambil mood. Hahaha... Kali ni marathon satu drama yang dah lama ada dalam simpanan, Why Her? Dulu pernah tengok episod 1 tapi macam tak faham sangat dan macam lambat je nak berkembang plot dia, maka terus tak sambung tengok. Kemudian saja la tengok balik info drama ni, rating sepanjang tayangan adalah top 5 hampir untuk semua episod. Eh, takkan tak best? Itu yang sambung tengok.

Drama ni mengisahkan tentang heroin yang merupakan seorang peguam hebat di satu firma guaman terkemuka, TK Law Firm yang dipaksa bertukar kerjaya menjadi pensyarah universiti selepas satu kes bunuh diri. Waktu dekat universiti, salah seorang pelajar dia adalah anak guam terakhir yang dia bela sebagai peguambela awam sebelum ditawarkan bekerja di TK. Sebenarnya pesalah dan mastermind dalam kes pelajar ni dulu adalah orang sama untuk semua kes yang dipaparkan sepanjang cerita. Berkait-kait sampailah episod akhir, baru terungkai semua.

Drama Korea ni dari zaman Goryeo sampai sekarang, mesti berkait mengejar kuasa. Sama juga dengan drama ni, punyalah nak dapatkan gelaran dan duit, sanggup buat apa saja untuk capai matlamat. Oh Soo Jae ni adalah salah seorang peguam yang paling dipercayai oleh Pengerusi TK tapi untuk dia sampai ke tahap tu, banyak la benda dia kena korbankan dan hadap. Secara keseluruhannya, pengembangan plot agak perlahan di awal episod namun bila dah masuk beberapa episod, okey sikitlah. OST dia ada beberapa yang best. Sila tonton jika anda seorang yang penyabar. Hehehe...



Thursday, 14 December 2017

Drama Korea: Deserving of the Name

Selepas sekian lama, saya kembali dengan satu lagi ulasan drama Korea daripada drama-drama yang ditonton. Buat yang baru mula baca ANC semula, saya dah tukar kata ganti diri nama kepada 'saya', bukan lagi 'aku'. Nak kembali jadi sopan katanya. Hehehe.. Tapi kadang-kadang terlepas guna 'aku' tu, kira halal ye.

Drama bertajuk Deserving of the Name ni adalah antara drama terbaru yang saya tonton. Asalnya macam tak nak tengok sebab tak kenal pelakon-pelakon dia. Tapi bila tajuk ni asyik lalu-lalang je dekat laman utama Drama Cool tu, cubalah tengok. Sebelum tu saya baca dulu sinopsis drama ni dekat Wikipedia untuk dapat gambaran tentang jalan cerita. Bila dah mula tengok, marathon terus ko! Jalan cerita dia best dan tak meleweh. Acik bagi 4.5 bintang!

Poster rasmi drama ni

Drama ni bertemakan perubatan dan berlatarmasa moden dan Joseon. Drama Korea jelah pun kan yang ada banyak pengembaraan masa ni dan ini adalah salah satunya. Watak utama drama ni adalah Kim Nam Gil yang memegang watak Heo Im iaitu seorang doktor terkenal pada zaman Joseon dan Kim Ah Joong yang memegang watak Choi Yun Kyung iaitu seorang pakar bedah jantung yang boleh tahan hebat jugalah.

Ceritanya adalah tentang Heo Im yang tiba-tiba berada di Seoul selepas gagal menjalankan rawatan keatas Maharaja. Waktu pertama kali sampai di Seoul ni, tercengang la dia sebab tiba-tiba suasana dah berubah. Pada hari pertama dia berada di Seoul ni juga dia bertemu dengan heroin yang dilakonkan oleh Kim Ah Joong. Kim Ah Joong memegang watak Choi Yeon Kyung. Dari pertemuan pertama Heo Im dengan Choi Yeon Kyung, berlanjutanlah ceritanya.

Waktu mula-mula sampai dekat zaman moden, Heo Im ni tak tahu nak minta tolong pada siapa melainkan Choi Yeon Kyung sebab waktu Choi Yeon Kyung pengsan dekat tepi jalan besar dalam perjalanan nak balik ke hospital, Heo Im ni ada dekat tepi dia dan bila ambulan sampai, petugas tu ingat dia penjaga kepada Choi Yeon Kyung ni. Teruslah dia ikut ke hospital dan sejak dari tu memang berlegar dekat hospital jelah.

Mula-mula Choi Yeon Kyung ni tak percaya yang Heo Im ni doktor sebab dia ada isu sikit dengan perubatan tradisional. Selain tu, tak ada siapa pun yang percaya Heo Im ni datang dari Joseon sebab tak logik bila ada orang boleh merentas masa. Tapi lepas tu Choi Yeon Kyung boleh terima hakikat yang Heo Im ni doktor dan datang dari Joseon bila beberapa kali dia terikut Heo Im balik ke Joseon.

Banyak lagi yang berlaku dalam drama 16 episod ni tapi kalau nak diceritakan satu persatu, panjang ke lantai la pula ulasan ni. Paling penting, awak semua kena tengok sendiri okey? Jalan cerita menarik dan ada pelbagai elemen. Gembira, sedih, kelakar, cinta, keluarga, ilmu kedoktoran, semua dia sumbat dalam satu drama ni. Berbaloi untuk ditonton.

Wednesday, 1 November 2017

Drama Korea: Criminal Minds

Tirai November dibuka dengan ulasan drama bersiri Korea, Criminal Minds. Drama ini adalah berinspirasikan siri asal Criminal Minds dari Amerika. Dulu saya peminat yang siri asal, memang tak terlepas setiap episod yang ditayangkan di televisyen. Tapi bila kes-kes yang diketengahkan jadi makin kejam, terus tak tengok dah. Mengganggu minda sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Disebabkan yang siri Korea ni baru pertama kali, cuba jelah tengok. Lagipun sebab ada Lee Joon Gi, kenalah tengok. Bukan senang nak tengok Joon Gi berlakon drama moden. Semedang jadi hero drama saguk je dia ni. Selain Lee Joon Gi, pelakon-pelakon yang dipilih untuk membintangi drama ini agak terkenal juga.Ada Son Hyun Joo yang kerap memegang watak sampingan dalam drama bersiri, Moon Chae Won yang jadi heroin dalam Goodbye Mr. Black dan Lee Sun Bin yang saya kenal melalui 38 Task Force. Lain-lain pelakon pula adalah Go Yoon dan Yoo Sun.

Poster rasmi Criminal Minds Korea

Watak yang dibawa dalam Criminal Minds Korea kurang lebih sama dengan versi asal. Ada ketua kumpulan, ada pakar psikologi, ada pakar IT, ada penyiasat handalan dan ada yang berurusan dengan media, dan mereka ini bekerja dibawah agensi NCI.  Kes-kes yang diceritakan pula boleh tahan kejamnya. Ada satu kes yang melibat penjenayah mental pada awal episod sampailah ke episod 20 dimana penjenayah ini membunuh untuk kepuasan. Salah seorang mangsanya ialah isteri kepada ketua kumpulan penyiasatan sendiri.

Kes-kes yang diselesaikan kebanyakannya adalah kes jenayah yang melibatkan masalah psikologi si penjenayah. Dari kes culik, sampailah kes pembunuhan kejam. Kira berat jugalah kes-kesnya. Tu yang lambat habis sebab tak sanggup nak tengok. Siapa-siapa yang minat dengan cerita penyiasatan, bolehlah tengok drama ni. Tapi hati kena kental dan elakkan tengok pada waktu malam sebab bimbang terbawa dalam mimpi. Nanti jadi mimpi ngeri, saya tak bertanggungjawab. Hehehe..

Friday, 11 August 2017

Drama Korea: Mask

Disebabkan tajuk drama ni dah tertaip dekat dalam draf, marilah gigihkan diri menaip ulasan dari pandangan sisi Cik Fara ye. Drama ni drama tahun 2015 tapi baru dapat tengok baru-baru ni. Kalau tak silap, pernah tayang dekat TV2 sebelum ni tapi tak tertengok pula. Jadi tersampuk nak tengok drama ni sebab ada Ju Ji Hoon. Kalau ikutkan, tak adalah minat sangat dengan Ju Ji Hoon. Tapi, bila tengok dia berlakon dalam Medical Top Team, kelihatan sungguh berkarisma dan kacak sekali. Mihmihmih...

Drama ni ada 20 episod dan pelakon utamanya semua pelakon veteran. Heronya dah tentulah Ju Ji Hoon yang memegang watak Choi Min Woo manakala heroinnya ialah Soo Ae yang memegang dua watak, Byun Ji Sook dan Seo Eun Ha. Kenapa Soo Ae ni ada dua watak? Nanti saya ceritakan. Pertama kali kenal Soo Ae dalam drama tahun 2007, 9 End 2 Outs.

Watak sampingan utama dalam drama ni pun pelakon veteran juga. Yoo In Young yang terkenal sebagai watak kedua dalam kebanyakan drama dan pertama kali kenal dia dalam A Man Called God. Dalam drama ni dia pegang watak Choi Mi Yeon, kakak tiri kepada Choi Min Woo yang juga isteri kepada Min Seok Hoon. Yang jadi Min Seok Hoon ni adalah Yeon Jung Hoon. Siapa tengok Sad Love Story, mesti kenal dengan dia ni.
Poster rasmi Mask.

Drama ni mengisahkan tentang Byun Ji Sook yang bertukar tempat dengan Seo Eun Ha selepas Seo Eun Ha mati dalam satu kemalangan sebabnya dua orang ni muka sama sebiji. Seo Eun Ha ni patutnya kena kahwin dengan Choi Min Woo atas kepentingan perniagaan dan juga politik kedua-kedua keluarga. Kiranya bukan kahwin atas dasar suka sama suka. Sebelum kahwin, Seo Eun Ha dah bagi tahu awal-awal dengan Choi Min Woo yang dia kahwin sebab keluarga dan dia dah ada pakwe dan akan teruskan hubungan dengan pakwe dia.

Choi Min Woo ni pula jenis tak ada perasaan dan sama juga, patuh dengan kehendak keluarga. Jadinya dia setuju je dengan syarat yang dikenakan. Dia cakap dengan Seo Eun Ha, dia tak kisah kalau Seo Eun Ha nak teruskan hubungan dengan pakwe dia dengan syarat jangan sampai tertangkap. Tapinya, waktu diorang nak kahwin, kakak Choi Min Woo ni tentang habis-habisan dan tak suka dengan Seo Eun Ha sebabnya pakwe Seo Eun Ha tu adalah Min Seok Hoon.

Disebabkan Min Seok Hoon ni ada agenda dan kepentingan bila setuju untuk kahwin dengan Choi Mi Yeon, dia sedaya upaya usahakan agar perkahwinan antara Choi Min Woo dengan Seo Eun Ha jadi supaya mudah dia nak teruskan agenda dia tu. Kebetulan, Min Seok Hoon ni tahu tentang kewujudan Byun Ji Sook. Jadi, bila Seo Eun Ha mati selepas kemalangan tu berlaku, dia ugut Byun Ji Sook dengan satu insiden yang melibatkan masalah keluarga Byun Ji Sook ni. Sebab Byun Ji Sook ni terdesak juga, dia setuju untuk ganti tempat Seo Eun Ha.
Ini waktu pertama kali Seo Eun Ha terserempak dengan Byun Ji Sook. Sebab tulah Min Seok Hoon tahu yang dekat Korea, ada orang lain yang sama mukanya dengan Seo Eun Ha.

Gambar pada majlis perkahwinan. Dua-dua muka pasrah sebab Choi Min Woo tak nak kahwin dengan Seo Eun Ha sebab dia rasa dialah penyebab kepada kemalangan yang berlaku. Byun Ji Sook pula cuba nak lari dari terjebak lebih jauh lagi tapi tak jadi bila ternampak orang jahat yang menyebabkan dia diugut bunuh sampai terpaksa jadi Seo Eun Ha.

Akhinya, Choi Min Woo pun kahwin dengan Seo Eun Ha palsu. Bila dah kahwin, Choi Min Woo perasan yang perangai Seo Eun Ha tak sama langsung dengan perangai yang dia tunjukkan sebelum kahwin. Walaupun Byun Ji Sook ni dari keluarga biasa, lama-lama dia dapat suaikan diri juga dengan dunia orang kaya. Banyak la insiden yang berlaku sepanjang perkahwinan dia dengan Choi Min Woo sebab dia dikawal oleh Min Seok Hoon yang memang cita-cita dia nak musnahkan keluarga Choi Min Woo sebab berdendam dengan ayah Choi Min Woo atas satu kejadian yang belaku waktu dia kecil.

Macam-macam benda jahat Min Seok Hoon buat untuk halang Choi Min Woo daripada menjadi waris syarikat ayah dia. Byun Ji Sook ni pula, dalam pada terpaksa ikut telunjuk Min Seok Hoon, dia cuba juga tolong selamatkan keadaan. Makanya, daripada tak suka, Byun Ji Sook dengan Choi Min Woo saling jatuh cinta. Akhirnya, Choi Min Woo dapat tahu yang Seo Eun Ha tu adalah Byun Ji Sook dan waktu tu keadaan jadi tunggang langgang. Walaubagaimanapun, pengakhiran drama ini adalah membahagiakan jadi tabah jugalah tunggu sampai episod 20 tu.

 Ini waktu dua-dua dah mula suka sama suka. Choi Min Woo ajar isteri dia main biola.

Nak tahu apa yang berlaku pada Seo Eun Ha hingga menyebabkan kematian? Kenapa Min Seok Hoon ni jahat sangat sampai sanggup tukar Seo Eun Ha dengan Byun Ji Sook? Apa kesudahan dendam Min Seok Hoon dan waktu bila identiti Byun Ji Sook terdedah? Silalah tonton sendiri ye.

Ulang tengok ke? Setakat ni belum lagi sebab tak sanggup nak tengok babak Min Seok Hoon ugut macam-macam dekat Byun Ji Sook. Ugutan tu pula bukan hanya bawa mudarat pada yang diugut, tapi siap ugut nak libatkan keluarga dan suami sekali. Kau ghaser? Belum campur lagi waktu Choi Mi Yeon aniaya Byun Ji Sook.

Kesimpulannya, drama ni disarankan untuk ditonton sebab jalan cerita agak berbeza dengan drama-drama cinta biasa. Cuma hati kena kuatlah nak hadap watak-watak jahat. Tapi saya suka sebab dia cerita tentang cinta lepas berkahwin. Comellah kan bila nampak isteri cuba sedaya upaya nak tolong suami selesaikan masalah walaupun dia sendiri dalam cengkaman masalah. Paling penting, pengakhiran dia tak hampeh macam sesetengah drama. Hehehe.. Sekian.

Friday, 4 August 2017

Drama Korea: My Sassy Girl

Annyeong! Bertemu lagi dalam siri ulasan drama Korea. Sebab saya kan berat sebelah dengan drama sageuk, maka kali ni ulasan tentang satu lagi drama saeguk terbaharu. Tak lain dan tak bukan, My Sassy Girl.
Salah satu poster rasmi.

Mula-mula tengok pra-tonton drama ni, kelihatan menarik jalan ceritanya dan pelakon-pelakonnya pun mantap! Pelakon utamanya adalah Joo Won sebagai Gyeon Woo dan Oh Yeon Soo sebagai Puteri Hye Myung. Kalau nak tengok drama sageuk yang tak begitu menyerabutkan dengan jalan cerita yang berliku dan konflik yang melampau, inilah drama yang saya syorkan. Konflik tu tetap ada, cuma tak serumit drama sageuk lain.

Permulaan cerita, banyak babak kelakar dan comel dan plot cerita macam tak ada isi. Tapi bila dah separuh jalan, barulah muncul isu yang tersembunyi di sebalik babak kelakar tu. Bila kata drama sageuk, isu utamanya sama je iaitu cubaan nak gulingkan maharaja dan tamak dengan kesenangan dunia.

Drama ni mulanya fokus semata-mata pada Puteri Hye Myung yang dianggap bermasalah sebab selalu curi keluar dari istana dan tidak menjaga perilaku ketika berada di luar istana hinggakan dia menjadi bahan untuk pihak berhaluan kiri menjatuhkan maharaja.

Gyeon Woo pula pada mulanya cukup tak berkenan dengan Puteri Hye Myung ni sebab perangai dia kasar. Memang bergaduh jelah dua orang ni bila jumpa. Tapi orang-orang tua cakap, kalau asyik bergaduh je, nanti berjodoh. Betullah tu. Akhirnya dua-dua saling jatuh cinta.

Ni waktu Puteri Hye Myung kenakan Gyeon Woo di awal cerita.

Oh ye, satu lagi watak tipikal wajib ada dalam drama Korea adalah watak misteri macam pakcik ni. Nak tahu siapa dia? Sila tonton sampai habis.

Watak comel dalam drama ni adalah adik kepada Puteri Hye Myung, Won Ja.

Bila tonton drama sageuk, mesti ada watak maharaja yang serba salah nak buat macam mana dengan pihak berniat jahat tu, barisan menteri baik, barisan menteri jahat, gundik jahat, maharani, permaisuri yang teraniaya, dan pengawal istana yang setia. MESTI watak-watak ni ada punyalah dan ketua penjahat dalam kalangan menteri MESTI Jwasang! Samalah dalam drama ni pun, Jwasang dia jahat tahap gaban. Jwasang ni kalau bandingkan dengan kabinet moden, peranan macam perdana menteri kot. Tu yang dia rasa berkuasa dan bila-bila masa je boleh buat pakatan untuk gulingkan maharaja.

Satu lagi yang membuatkan drama Korea ni menarik adalah lagu latarnya atau biasa disebut sebagai OST. OST drama ni tak banyak macam sesetengah drama lain yang sampai 20 lagu, jadi senang la nak cari. OST dia sedap dan ada satu lagu yang dinyanyikan sendiri oleh hero, Joo Won. Lagu-lagu lain pula banyak yang dinyanyikan oleh tauke OST drama macam The One, Gummy dan Ben. Kalau nampak mereka ni tersenarai sebagai penyanyi OST drama, memang sah lagu-lagunya sedap.

Perkara utama yang membuatkan saya sangatlah seronok menonton drama ni adalah kebanyakan tempat yang menjadi lokasi penggambaran adalah Korean Folk Village khususnya di Seowon, tempat sama penggambaran Moon Embracing the Sun dijalankan. Ohoi, terus terkenang memori melawat tempat bernama Seowon dengan Radin waktu ke Korea tahun lepas. Rindu! Cuma waktu kami pergi tu tengah awal musim luruh jadi sekeliling kawasan tu rimbun dengan pokok-pokok besar berdaun. Waktu penggambaran ni dijalankan, musim sejuk jadi pokok-pokok togel dah dan boleh terus nampak tasik depan tu.

Empat watak utama dalam drama ni. Sebelah kiri Gyeon Woo adalah watak antagonis perempuan, Jung Da Yun yang merupakan anak kepada Jwasang. Kemana tumpahnya kuah kalau ke nasi bukan? Sebelah kanan Puteri Hye Myung pula watak antagonis kedua, pengawal istana yang setia iaitu Kang Joon Young.

Kesimpulannya, drama ni tak bosan dan boleh masuk dalam senarai untuk ditonton ye. Pelakon-pelakon pun semua pelakon biasa muncul dalam drama. Paling penting, hanbok yang muncul dalam drama ni semua cantik. Warna-warni dan bersulam-sulam. Sebabnya cerita banyak berkisar tentang golongan bangsawan dan kerabat diraja, puaslah cuci mata dengan hanbok yang pelbagai.

Thursday, 27 July 2017

Drama Korea: Ruler: Master of the Mask

Drama saguk kegemaran yang menjuarai carta setakat ini adalah Moon That Embracing the Sun dan tiada lagi yang boleh diletakkan sebaris dengannya hinggalah Ruler: Master of the Mask muncul. Disebabkan tahun ni berderet-deret drama saguk, kena pilih juga mana yang macam best jalan ceritanya, mana yang jalan ceritanya sedih. Pertama kali tengok iklan drama ni, dekat Fan Page FB Oh!K Asia. Tengok hero hensem, heroin cun, jalan cerita pun macam okey, layaaann.

Poster rasmi drama ni

Lee Sun marhaen dan juga Hwa Gun, cucu kepada Dae Mok

Cerita ni tentang kuasa di sebalik kuasa dan terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian adalah konflik masa maharaja masih hidup dan putera mahkota masih belum matang lagi; satu bahagian lagi adalah cerita lima tahun kemudian, selepas maharaja dibunuh dan putera mahkota dewasa. Nampak tak? Plot cerita dia macam Moon That Embracing the Sun juga.

Cerita bermula bila Maharaja Yeongjo buat keputusan untuk menentang Kumpulan Pyunsoo dengan menyembunyikan identiti Putera Mahkota Lee Sun (Yoo Seung Ho). Pada dia, bila orang tak kenal siapa Putera Mahkota, maka dia boleh halang Kumpulan Pyunsoo ni daripada paksa Lee Sun untuk sertai Kumpulan Pyunsoo. Sebabnya, bila mana-mana pemerintah buat perjanjian dengan Kumpulan Pyunsoo, automatik pemerintah tu hanya pada nama, bukan pada peranan.

Jadinya, Lee Sun ni dari kecil memang dipakaikan topeng; tak ada siapa yang tahu rupa sebenar dia kecuali maharaja, mak dia dan juga pengawal kepada maharaja. Bila Lee Sun meningkat remaja, dia mula tertanya-tanya kenapa dia kena pakai topeng sedangkan dia tak ada penyakit pun walaupun ayah dia cakap dia pakai topeng sebab ada penyakit pelik dari kecil.

Waktu dia tengah cari kebenaran tu, dia curi-curi keluar dari istana dan waktu nilah cerita jadi rumit. Sebab semua orang tak pernah nampak muka dia, maka bila dia menyamar jadi rakyat biasa, tak ada sorang pun kenal. Masa nilah dia dapat tahu tentang Kumpulan Pyunsoo dan juga kesusahan rakyat yang terpaksa bayar duit untuk dapatkan bekalan air yang dimonopoli oleh Pyunsoo. Waktu ni juga dia jumpa dengan heroin, Han Ga Eun (Kim So Hyun) yang merupakan anak kepada majistret Han kalau tak silap. Kira ayah Han Ga Eun ni pegawai kerajaan baik la sampai akhirnya dihukum bunuh kerana campur tangan Pyunsoo.

Babak ni comel. Hihihihi..

Tengok cara Lee Sun tu menjawab? Love at the first sight kekdahnya. 

Lepas dari kejadian ni, Lee Sun jadi tak keruan sebab ada orang yang terbunuh kerana dia yang tersilap langkah. Dalam masa yang sama, dah sampai masa untuk Lee Sun masuk dalam Kumpulan Pyunsoo seperti yang termeterai dalam perjanjian diantara maharaja dan Dae Mok. Tapi sebab maharaja tak nak Lee Sun terlibat dengan Pyunsoo, dia cari orang lain untuk ganti Lee Sun.

Kebetulan pula waktu Lee Sun ni menyamar jadi rakyat biasa, dia jumpa dengan kawan pertama dia, yang namanya Lee Sun juga. Tapi Lee Sun marhaen ni memang miskin dan hidup susah la dan disebabkan itu, dia setuju nak ganti tempat putera mahkota waktu upacara pertabalan ahli baru Pyunsoo.

Kalau tengok, Kumpulan Pyunsoo ni memang jahat sebab waktu upacara ni, dia bagi dadah dekat ahli baru tu supaya diorang ketagih dan terpaksa ikut telunjuk Pyunsoo untuk dapatkan stok dadah. Bila dah ketagih, nak tak nak, kena tunduk juga sebab memang Pyunsoo je yang boleh bekalkan dadah ni. Tapi, rancangan maharaja untuk ganti putera mahkota dengan orang lain tak berjaya bila Ketua Kumpulan Pyunsoo, Dae Mok, dapat tahu yang Lee Sun waktu upacara tu ialah palsu. Dan dan tu jugalah diorang serang istana dan bunuh maharaja.

Tapi, Putera Mahkota Lee Sun sempat larikan diri dengan pengawal peribadi dia dan waktu dia larikan diri dari istana, orang-orang Kumpulan Pyunsoo sempat kejar dan dia terjatuh dari tempat tinggi. Waktu dia jatuh tu, cucu Dae Mok yang dah jatuh cinta dengan Lee Sun ni ada di tempat kejadian dan berjaya selamatkan Lee Sun dengan memalsukan kematian Lee Sun. Bila Dae Mok sampai dekat tempat kejadian dan periksa nadi Lee Sun, dia yakin yang Lee Sun dah mati. Makanya, berdondang sayanglah dia tabalkan Lee Sun marhaen jadi maharaja. Maharaja pada nama, bukan pada kuasa.

Lima tahun kemudian, barulah cerita sebenar bermula. Bermulalah perjuangan sebenar Putera Mahkota Lee Sun. Waktu ni dia dah matang dan bijaksana la berbanding lima tahun lepas.Sebelum ni Kumpulan Pyunsoo cuma berkuasa ke atas bekalan air je, kali ni dia nak monopoli pula aliran mata wang Joseon. Kalau tengok drama ni, memang boleh nampak macam mana korupsi dalam kalangan menteri menyebabkan rakyat sengsara. Yang senang makin senang, yang susah makin susah.

Okey, budak kecik ni memang pandai berlakon. Comel je dan menjiwai watak sungguh! Ini Kko Mool, adik kepada Lee Sun marhaen. Waktu ni dia pertama kali jumpa dengan Chun Soo.

Ini dah episod 30 lebih tak silap, waktu Dae Mok dapat tahu Lee Sun ni masih hidup. Terus kena paksa minum Poppy Wine yang akhirnya 'meragut nyawa' Lee Sun sebab terlebih dos.

Terpaksa minumlah sebab diacukan pedang pada cinta hati.

Ni waktu Lee Sun hidup balik dan jumpa ladang popi serta tempat penghasilan pil popi.

Pun begitu, Putera Mahkota Lee Sun ni memang berjiwa rakyat dan tempoh lima tahun dia hidup secara sembunyi ni berjaya membentuk dia menjadi seorang pemimpin yang mendahulukan rakyat dan berjaya meraih kepercayaan dan pengaruh dari rakyat. Selain itu, Lee Sun ni juga dikurniakan orang-orang yang setia dan sanggup membantu dia untuk menentang Kumpulan Pyunsoo.

Macam-macam la halangan dia kena tempuh sebelum berjaya nak dapatkan balik takhta yang dirampas tu. Ni baru ulasan sampai episod 8 ni, episod seterusnya korang tolong tengok sendiri ye sebab ada lagi 32 episod nak cerita. Kahkahkah.. Kalau nak cerita sebiji sebiji, mereput.

Empat wajah Putera Mahkota Lee Sun. Gambar dari FB Oh!K Asia.

Nah belanja satu lagi gambar Lee Sun.

Kesimpulannya, drama ni wajib tonton untuk tahun 2017 sebab hero dia hensem, jalan cerita tak bosan, dan pengakhiran yang mantap. Acik bagi lima bintang untuk drama ni! Walaupun latar masa drama ni adalah Joseon, jangan risau sebab tak bosan dan senang nak faham. Macam biasa, ada banyak elemen dalam drama ni termasuklah persahabatan, percintaan, komedi, kesetiaan, keadilan, dan juga kekeluargaan. Tiba-tiba je ulasan berat sebelah sebab tergantung suku jalan kan? Hahaha.. Tak ada idea nak pendekkan cerita sebenarnya. Nak puas hati, silalah tonton sendiri ye.

Wednesday, 5 July 2017

Drama Korea: Man to Man

Selepas dua ulasan drama bertemakan dunia polis, ini drama paling baru yang ditonton, bertemakan risikan. Bila tengok poster, macam tak best je drama ni. Baca sinopsis, pun macam biasa-biasa je jalan cerita dia. Ditelek pelakon-pelakonnya, macam tak kenal. Tapi sebab tak ada stok drama yang dah habis tayang, cuba jelah layan Man to Man ni.
Watak utama dalam drama Man to Man

Mula dengan episod 1, jalan cerita samar-samar lagi. Tak faham lagi mana sebenarnya hero, mana satu heroin, siapa pula watak lelaki yang ni, dan apa kaitan dia tu dengan dia ni. Baru episod satu kan, logik la tak faham jalan cerita. Yang kau sambil tengok drama sambil belek IG tu pun, kenapa? Bertambahlah tak faham. Hahaha..

Bila dah tengok episod demi episod, barulah dapat tangkap jalan cerita dan perkaitan di antara watak-watak yang ada. Jalan cerita dia menarik dan penonton sentiasa ditinggalkan dengan tanda tanya. Drama ni mengisahkan tentang Kim Seol Woo (Park Hae Jin) yang merupakan seorang ejen perisik bawah NIS. Tapi dia bukan ejen biasa, dia adalah Ghost Agent iaitu kewujudan dia dirahsiakan dan hanya terlibat dengan tugas-tugas khas yang berisiko tinggi.

Biasanya dia bertugas di negara luar dan satu hari, dia kena selesaikan satu kes besar di Korea yang melibatkan banyak benda dan ramai orang. Dia kena menyamar jadi pengawal peribadi kepada Yeo Woon Gwang (Park Sung Woong) yang merupakan artis Hallyu untuk jalankan misi rahsia yang memerlukan pengaruh Woon Gwang.

Dalam masa yang sama, Kim Seol Woo ni terpaksa juga libatkan pengurus Yeo Woon Gwang, Cha Do Ha (Kim Min Jung) sebab dia pun rupanya ada kaitan dengan misi yang sedang berjalan. Asalnya dia pikat Cha Do Ha atas sebab misi, tapi akhirnya jatuh cinta betul-betul. Dari situlah kes jadi rumit dan perkaitan demi perkaitan muncul.

Biasa tengok cerita penyiasatan polis je, kali ni tukar tengok drama bercirikan perisikan yang tentunya lebih mencabar dan banyak kelainan. Dalam drama Korea, tak kisahlah tema apa, elemen yang diselitkan tu tetap sama. Disebabkan drama ni berkisarkan perisikan, dah tentulah ada aksi-aksi yang mendebarkan. Paling best bila sampai babak berlawan; ada babak gaduh tangan kosong, berlawan guna pisau rambo, dan juga berbalas tembakan yang lagi mencabar dari babak dalam Matrix. Lagi satu, syok tengok cara Ghost Agents ni berkomunikasi. Mula-mula ingatkan dia sorang je Ghost Agent, rupanya ramai. Lebih dari satu, ramai la kan?
Kunci rahsia yang menjadi misi utama dalam ini cerita. Daripada kunci ni boleh tahu koordinat peti simpanan kepada kunci ni. Komunikasi ni hanya dalam kalangan Ghost Agent je, ejen NIS biasa pun tak tahu.

Takat tembak pakai sniper, senang kacang jelah bagi Ghost Agent ni.

Selain tu, diselitkan juga elemen percintaan, kekeluargaan, dan komedi. Park Sung Woong tu biasa kalau berlakon kan pegang watak serius, dalam ni dialah pak lawaknya. Park Hae Jin pula biasa jadi watak kedua je macam dalam Doctor Stanger dan My Love From Another Star, kali ni dia jadi watak utama.
Benda paling tak berkenan sekali pasal drama ni adalah, tak boleh nak percaya dengan semua watak lain sebab rasa macam, semua tu adalah pengkhianat yang dicari. Bila kita ingat dia nilah yang jahat, rupanya dia berada di pihak yang benar. Ingatkan dia ni bagi kerjasama sebab dia memang berintegriti, eeeh eehh, rupanya dialah penyebab kepada semua masalah yang timbul.

Salah satu watak jahat tak boleh blah dalam drama ni. Pakcik ni kan, kalau berlakon, semedang je jadi jahat.

Yeo Woon Gwang tengah berlagak sebab turut berjasa dalam misi yang dijalankan oleh Ejen K.

Tapi, itulah yang buat kita terus nak tengok sampai episod akhir. OST dia pun boleh tahan merdulah juga sampai tak menyabar muat turun. Hehehe.. Nak tahu apa punca masalah yang menyebabkan banyak pihak terlibat? Siapa sebenarnya Ejen Y? Siapakah pengkhianat sebenar yang menyebabkan kematian Ejen Y? Silakan tonton drama. Acik bagi 4 bintang setengah untuk drama ni! Tak cukup lima sebab pengakhiran dia macam hampeh sikit. Hhmmmphh..

Friday, 30 June 2017

Drama Korea: Signal

Baiklah, satu lagi drama berunsur penyiasatan. Sebenarnya drama ni tahun lepas punya. Terpengaruh nak tengok sebab nampak Lee Je Hoon promosi drama ni dalam Running Man episod berapa entah yang tahun lepas punya. Sebelum drama ni, kenal Lee Je Hoon dalam Tomorrow With You. Tengok-tengok muka, macam hensem. Maka marilah layan drama tahun 2016 ni

Signal ni terbitan TvN yang ditayangkan sempena ulangtahun kesepuluh stesen tersebut.Berbeza dengan Voice, Signal ni ada unsur mengarut sikit sebab Lee Je Hoon (Park Hae Young) ni boleh berinteraksi dengan Jo Jin Woong (Lee Jae Han) yang merupakan detektif pada masa lampau. Cara interaksi diorang ni adalah melalui walkie talkie milik Lee Jae Han yang dalam proses untuk dilupuskan selepas cukup tempoh simpanan. Sebab tulah nama drama ni Signal.

Poster rasmi Signal dari www.koreandrama.today yang menampilkan tiga teraju utama drama ni.

Park Hae Young ni asalnya tak suka dengan polis sebab waktu ada insiden waktu dia kecil-kecil dulu. Tapi akhirnya dia pilih untuk jadi polis sebagai criminal profiler untuk siasat kes berkaitan abang dia kalau tak silap. Disebabkan komunikasi antara Park Hae Young dengan Lee Jae Han nilah kes-kes berat yang tergantung penyiasatannya dapat diselesaikan.

Kes pertama yang Park Hae Young selesaikan adalah kes penculikan dan pembunuhan yang berlaku waktu dia sekolah dulu. Nak dijadikan cerita, dia sendiri saksikan penculikan tu depan mata dia dan dia cuba bagi tahu dekat polis yang diorang mengejar suspek yang salah tapi tak dihiraukan hanya kerana dia seorang kanak-kanak.

Bila Park Hae Young dapat transmisi dari walkie talkie Lee Jae Han ni, dia cuba pergi dekat tempat yang dikatakan dan memang ada bukti yang selama ni penyiasatan tu bukan di jalan yang benar. Asalnya pesuruhjaya polis tak nak mengaku yang polis buat silap dalam penyiasatan. Tapi bila maklumat tu sampai dekat media, terpaksalah penyiasatan semula secara rasmi dijalankan dan akhirnya, pembunuh sebenar dapat ditangkap.

Dari kes inilah heroin, Kim Hye Soo (Cha Soo Hyun) yang merupakan detektif bahagian siasatan jenayah ditukarkan ke unit baru yang hanya tertumpu pada kes-kes yang tidak dapat diselesaikan (Cold-Case Unit) bersama-sama dengan Park Hae Young dan anggota unit asal dia. Semua kes yang diorang siasat adalah kes-kes panas yang mendapat liputan luas media tapi menemui jalan buntu dimana akhirnya siasatan dihentikan tapi kes tak selesai.

Satu persatu kes dapat diselesaikan dengan kerjasama antara Park Hae Young dengan Lee Jae Han sebab kes-kes tu sebenarnya disiasat juga oleh Lee Jae Han pada masa lampau. Macam biasa, dalam drama ni pun ada puak jahat yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Bila orang atasan sendiri yang jadi gunting dalam lipatan, kau rasa?

Nak tahu kenapa Park Hae Young boleh dapat transmisi dari walkie talkie lama milik Lee Jae Han dan kemana Lee Jae Han menghilang? Apakah sebenarnya hubungan di antara Park Hae Young dan Lee Jae Han? Silakan layan drama bersiri Signal ni. Acik bagi 5 bintang juga sebab jalan cerita menarik, ada banyak elemen mendebarkan dan tak kurang juga nilai-nilai murni yang ditonjolkan.

Thursday, 29 June 2017

Drama Korea: Voice

Baiklah, demi memenuhkan kuota sepuluh entri sebulan sekurang-kurangnya (selepas dua bulan tak capai sasaran), marilah buat satu ulasan drama Korea yang telah ditonton. Kali ni nak ulas tentang satu drama yang disiarkan di OCN. Kalau tengok, drama-drama dekat OCN ni semua cerita penyiasatan atau cerita yang tak bersangkut-paut dengan cintan-cintun.

Tertarik nak tengok drama ni sebab ada Jang Hyuk. Tapi nampak dah tua benor Jang Hyuk dalam ni. Jang Hyuk( (Jin Hyuk) adalah watak utama dalam drama ni dimana dia merupakan seorang detektif yang kehilangan isteri di tangan seorang pembunuh bersiri. Heroin drama ni, Lee Ha Na (Kwon Joo), juga mengalami nasib yang kurang lebih sama dengan Jin Hyuk kerana ayah dia yang juga merupakan seorang anggota polis mati dibunuh oleh pembunuh yang sama.

Poster rasmi Voice dari soompi.com. Watak jahat tak boleh letak gambar sebab nanti korang tak boleh teka siapa sebenarnya penjahat psiko tu.

Bila cerita penyiasatan, memang tak boleh lari dari debaran dan misteri. Ada pelbagai kes yang dipaparkan dalam drama ni dan dari situ, bolehlah nampak bahawa manusia ni boleh jadi sangat kejam bila keadaan terdesak ataupun bila mental sakit. Dalam drama juga ditunjukkan bahawa musuh dalam selimut itu wujud walaupun dalam organisasi yang sepatutnya integriti itu adalah perkara utama.

Cerita sebenar bermula beberapa tahun selepas pembunuhan isteri Jin Hyuk dimana dia bertemu semula dengan Kwon Joo yang baru saja tamat pengajian dalam voice profiling di US. Sebenarnya Kwon Joo ni ada anugerah istimewa iaitu dia sangat peka dengan bunyi yang orang biasa tak boleh dengar. Bila dia balik, dia ditempatkan di Unit Panggilan Kecemasan dan kemudiannya bekerjasama dengan Jin Hyuk dalam unit baru yang ditubuhkan iaitu Golden Time Unit.

Sepanjang diorang ni bekerjasama, banyaklah kes yang dapat diselesaikan. Ada kes dera, kes penculikan, kes balas dendam, kes hendap dan obsesi melampau, dan macam-macam lagi. Dalam masa yang sama, dua-dua ni senyap-senyap menyiasat balik kes pembunuhan isteri Jin Hyuk dan ayah Kwon Joo sebab diorang percaya yang pembunuh sebenar masih bebas.

Adakah mereka berjaya menemui pembunuh sebenar? Mengapakah pembunuh tersebut begitu kejam dalam melakukan pembunuhan? Apakah sebab yang menjadikan pembunuh itu seorang pembunuh? Silakan tonton drama ni. Acik bagi 5 bintang untuk aksi dan kebijaksaan mereka menyelesaikan kes-kes yang muncul. Sebab drama ni memang ada banyak debaran, tak boleh ulas dengan terperinci sebab nanti korang tak berdebar dah bila tengok. Hehehehe.. Selamat menonton.

Wednesday, 15 March 2017

Drama Korea: The Time We Were Not In Love

Lepas sekian lama tak demam, drama ni buat aku demam. Marathon dua hari okey! Terminat nak tengok drama ni sebab tersampuk dengan Lee Jin Wook dan sebab ada Ha Ji Won. Suka tengok Ha Ji Won berlakon sebab apa watak dia pegang, memang menjadi.

Jalan cerita drama ni biasa-biasa je tapi comel. Hero dengan heroin tak payah la cakap, memang kacak dan cantik dan gandingan dua orang ni nampak serasi. Lee Jin Wook, simpan sikit ye hensem tu. Cerita ni tentang Choi Won dengan Oh Ha Na yang merupakan sahabat karib yang memang dah berkawan dari remaja lagi.

Nak kata karib tu, memang rapat sungguh sampai masing-masing dah tahu nak buat macam mana kalau salah seorang ada masalah atau sedang berduka. Sekali pandang, macam bercinta pun ada tapi tak. Dalam drama ni ada banyak babak imbas kembali waktu diorang dekat sekolah menengah untuk bagi jelas dengan situasi semasa.

Sebenarnya diorang ni suka sama suka dari sekolah lagi tapi ada satu insiden yang menyebabkan hero cakap dekat heroin; "Saya tak akan pernah jatuh cinta dengan awak." Dek kerana satu ayat tu, heroin pun tak adalah luahkan perasaan suka dia dekat hero tapi diorang kekal berkawan sampailah umur dah meningkat.

Kalau nak ulas jalan cerita dia, memang karangan 8 muka surat ni. Korang pergi tengoklah sendiri drama ni sebab ada banyak nilai kekeluargaan dan persahabatan yang ditonjolkan. Ada juga beberapa babak yang memang menusuk ke kalbu sungguh; salah satunya adalah babak Oh Ha Na dengan mak dia luangkan masa satu malam dekat hotel sebab dia rasa down sangat dengan masalah yang datang bertimpa-timpa. Kalaulah Arwah Mak masih ada, seronoklah aku nak kongsi masalah dan luah perasaan juga macam Oh Ha Na buat.

Selepas pelbagai rintangan, masalah dan salah faham, dua orang ni kahwin juga. Kalau tengok, yang paling bertimbang rasa dan tabah adalah Choi Won sebab dia layan je Ha Na yang banyak kali kecewa sebab cinta walaupun dia sendiri sebenarnya ada perasaan dekat Ha Na. Boleh je senyum dan buat muka selamba depan Ha Na walaupun dalam hati...

Babak paling comel adalah dalam episod akhir dimana walaupun dah hampir 20 tahun bersahabat baik, bila status hubungan bertukar jadi suami isteri, tetap ada banyak lagi benda dan perangai masing-masing yang baru kelihatan. Ada sekali tu diorang gaduh sebab benda kecil je pun tapi Ha Na ni merajuk sampai bungkus baju dan terus balik rumah mak ayah dia sebab sebelah menyebelah je pun rumah diorang ni. Hahaha... Babak paling comel dan lawak la bagi aku. Mak ayah Ha Na ni pun dah kenal sangat dengan perangai diorang dua orang ni dan perhati jelah. Tak lama lepas Ha Na masuk bilik dia, Choi Won dah sampai dah nak pujuk dan lepas tu terus diorang turun balik sambil seret beg nak balik rumah sendiri sebab dah tak jadi merajuk. Hahaha...

Friday, 10 March 2017

Drama Korea: Joseon Gunman

Annyeong! Tiba-tiba macam rajin pula nak buat ulasan drama Korea setelah sekian lama. Sebenarnya, sentiasa je ada drama yang ditonton cuma sekarang dah lama tak demam yang kena marathon nak bagi habis satu drama. Tengok dengan bertenang walaupun tak sabar nak tahu kesudahan cerita.

Kali ni nak ulas drama yang berlatar masa zaman Joseon iaitu Joseon Gunman. Aku memang kena selang seli tengok drama zaman moden dengan drama saguk sebab kalau tak nanti bosan. Drama ni dah lama dah, tahun 2014. Pelakon utama adalah Lee Joon Ki untuk hero dan Nam Sang Mi untuk heroinnya. Tengok dua orang ni berlakon, boleh tahan serasi dan sesuai jugalah. Drama ni ada 20 episod dan terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian, waktu Lee Joon Ki beridentiti Park Yoon Kang manakala satu bahagian lagi dia beridentiti Hasegawa Hanjo.
Park Yoon Kang dengan Jung Soo In, hero dan heroin Joseon Gunman

Kisahnya, ayah Park Yoon Kang - Park Jin Han -adalah ketua pengawal istana yang ditugaskan oleh maharaja untuk menghapuskan puak penentang yang menentang ideologi baru yang dibawa oleh golongan cendekiawan dan disokong oleh maharaja juga. Biasalah dalam istana, mesti ada dua golongan menteri; satu menteri belah kiri yang jadi penentang dan satu lagi barisan menteri belah kanan yang jadi penyokong. Masalah jadi rumit sebab penentang ni bertindak sampai membunuh golongan-golongan cendekiawan yang menyebarkan ideologi baru kepada masyarakat dengan menggunakan pistol dan senapang yang mana senjata tersebut adalah senjata kawalan pada waktu tu.

Keadaan jadi bertambah teruk bila penembak-penembak upahan ni bukan hanya sasarkan Park Jin Han, tapi sekali dengan keluarga dia. Disebabkan serangan dari penembak-penembak ni berlaku sampai dekat rumah, maka Park Jin Han pun tumpangkan anak-anak dia dekat rumah kenalan dia iaitu ayah kepada heroin. Heroin, Jung Soo In, sebenarnya terlibat dalam kemelut ni sebab dia adalah merupakan salah seorang kepada ketua cendekiawan yang dah mati dibunuh dan penyimpan buku tulisan cikgu dia yang mencatatkan tentang ideologi baru tu. Park Yoon Kang pernah jumpa dengan Jung Soo In sebelum dia pindah ke rumah heroin tapi waktu tu heroin menyamar jadi lelaki sebab nak cari seorang lagi cendekiawan yang hidup dalam persembunyian gara-gara serangan penembak tu.
Waktu heroin menyamar jadi lelaki sebab nak hantar buku sulit tulisan cikgu dia.

Bila tinggal setempat, lama-lama Yoon Kang dengan Soo In ni pun suka sama suka lagi-lagi bila bila Yoon Kang ni selamatkan Soo In waktu kena kejar dengan penembak selepas dia hantar buku tu. Macam-macam masalah lagi muncul sampailah akhirnya Park Jin Han mati ditembak oleh ketua penembak waktu dia buru penembak-penembak tu dalam hutan. Walaupun Park Jin Han ni berlawan guna pedang dengan busur je, tapi dia memang cekap sampai penembak-penembak ni geram sebab tak dapat nak kalahkan ketua pengawal istana ni. Pun begitu, akhirnya dia tewas.

Lepas Park Jin Han kena bunuh, satu musibah melanda. Disebabkan Park Jin Han bersendirian waktu bertembung dengan penembak-penembak ni, muncul satu fitnah dari barisan menteri kiri yang mana diorang kata Park Jin Han ni mengkhianat pada maharaja. Walaupun maharaja ni tahu Park Jin Han adalah seorang pegawai yang setia, dia tak mampu nak kata tidak atas fitnah tu. Akhirnya, maharaja jatuhkan hukuman pancung kepala dekat Park Jin Han dan Park Yoon Kang manakala anak perempuan Park Jin Han dihukum jadi hamba. Kejam kan? Disebabkan inilah Park Yoon Kang larikan diri dengan bantuan Soo In sebab orang-orang sekeliling dia tahu itu semua fitnah.

Waktu Park Yoon Kang nak naik bot tinggalkan Joseon, dia kena tembak dekat dada dan jatuh ke sungai. Semua yang saksikan kejadian tu ingat dia dah mati sebab tembakan tepat dan heroin ingat yang tembak tu adalah pengawal istana yang memburu Park Yoon Kang. Rupanya, yang tembak dia adalah musuh ayah dia iaitu Choi Won Shin. Yang berlakon jadi Choi Won Shin ni semedang berlakon watak jahat je lepas menjadi pulak tu jahat dia. Geram je tengok dia ni.

Tiga tahun kemudian, Park Yoon Kang kembali ke Joseon dengan identiti Hasegawa Hanjo, pedagang terkenal dari Jepun. Dia balik sebab nak balas dendam atas apa yang berlaku tiga tahun sudah dan nak bersihkan nama ayah dia. Mula-mula dia sampai Joseon, mati-mati dia tak mengaku dia Park Yoon Kang bila heroin tanya. Lepas tu ada la macam-macam konflik dan peristiwa yang mana akhirnya heroin dapat sahkan identiti Hasegawa Hanjo.
Jeng jeng jeng! Park Yoon Kang kembali sebagai Hasegawa Hanjo

Dah namanya drama saguk, wajib jalan cerita dia melibatkan perebutan kuasa antara puak kiri yang berpengaruh di luar istana dan penentangan dari maharaja yang bergantung kepada puak-puak tertentu. Kalau siapa biasa tengok drama saguk, boleh faham kot situasi ni. Kebanyakan drama saguk berakhir dengan penyelesaian masalah oleh maharaja dan rakyat jelata kembali hidup aman damai. Tapi drama ni pengakhiran dia, masalah tak selesai. Maharaja mementingkan kedudukan dan membelakangkan rakyat dimana pengorbanan pegawai-pegawai yang setia menjadi sia-sia. Geram juga dekat maharaja dengan permaisuri ni.Kalau nak tahu liku-liku kehidupan Park Yoon Kang dan kisah politik Joseon pada awal abad ke-19, sila tonton drama ni sendiri.

Berbaloi tengok sebab ada Lee Joon Ki sebab Lee Joon Ki ni macho bila berlakon dalam saguk je. Eh? Hahaha.. Sebab dia satu, sebab lain adalah jalan cerita dia tak bosan dan konflik yang wujud pun boleh tahan logik. Aksi-aksi yang dipaparkan juga boleh tahan best, ada aksi berlawan pedang dan aksi tembak menembak. OST dia pun boleh tahan sedap.

Thursday, 3 November 2016

Drama Korea: W-Two Worlds

Drama ni kedua berhantu lepas DOTS. Selepas sekian lama, drama ni yang kena tunggu lama untuk episod seterusnya. Sebab dah tertengok dari awal waktu siaran perdana, tu yang terus sangkut dan sabarkan hati untuk tunggu episod sambungannya minggu depan.

Penulis drama ni layak dapat tepukan gemuruh sebab berjaya membuat hati ini seperti roller coaster. Mula-mula jalan cerita lancar je, manis je, nanti tiba-tiba tersekat kejap dan ada sikit adegan pahit. Lepas adegan pahit tu diolah, dia jadi pahit tahap hempedu dan kemudian manis balik tapi masih tawar sikit tapi lepas tu manis saja sampailah terjadi lagi babak pahit dan pedih. Sabar jelah.



Cerita dia tentang hero dan heroin yang datang dari dua dunia berbeza; satu dunia nyata dan satu lagi dunia kartun. Hero, Lee Jong Suk, adalah dari dunia kartun memegang watak Kang Chul. Kalau dekat dunia nyata, watak Kang Chul ni jadi igauan dan buruan la sebab pakej lengkap hensem, bijak, kaya dan mempunyai bakat dalam pertahanan diri. Wow! Tambah lagi satu, ada senyuman manis. Peminat Woo Bin tolong tepi sikit ye. Hahaha..

Oh manisnya, manisnya senyumanmu..

Heroin pula, Han Hyo Joo, adalah dari dunia nyata memegang watak Oh Yeon Joo dan dah semestinya datang dengan pakej yang setara dengan hero. Dalam ni, heroin adalah doktor pelatih. Serasi sangatlah gandingan Han Hyo Joo dengan Lee Jong Suk dalam ni.

Ceritanya fokus pada Kang Chul yang merupakan watak utama dalam komik W karya ayah kepada Oh Yeon Joo. Matlamat hidup dia adalah nak cari pembunuh keluarga dia yang mati ditembak oleh pembunuh misteri. Pendakwa raya yang kendalikan kes tu kata Kang Chul ni yang bunuh keluarga dia sebab kebetulan dia adalah atlet menembak taraf dunia. Walaupun dipenjara, tapi disebabkan bukti-bukti yang ada tak cukup kukuh untuk hukuman yang lebih berat, maka dia dibebaskan.

Lepas dibebaskan, dia hilang arah kejap sampai hampir nak bunuh diri. Tapi bertitik tolak dari saat nak bunuh diri tu, dia bangkit semula dan akhirnya berjayalah menjadi seorang yang bijak dan kaya raya. Kisah bermula bila Oh Yeon Joo kena tarik masuk dalam dunia komik waktu Kang Chul parah kena tikam oleh ayah Oh Yeon Joo sendiri.

Niat ayah dia memang nak tamatkan komik tu sebab dia jadi takut bila Kang Chul 'hidup'. Tapi, tak mati pun sebab setiap kali watak dia nak dimatikan, Oh Yeon Joo ni akan ditarik masuk dalam komik dan dia selamatkan Kang Chul sampailah dua-dua orang tu jatuh cinta dan kahwin tanpa sengaja.

Bila dah kahwin, pembunuh tu muncul balik sebab watak pembunuh tu wujud untuk menghapuskan keluarga hero. Makanya, ada peranan baru la pembunuh tu sebab Kang Chul ada ahli keluarga baru. Bermula dari situlah jalan cerita bertukar jadi mencabar dan penuh aksi. Tak kurang juga membuat penonton sakit hati. Nak tahu apa jadi, silalah tonton drama ni. Boleh masuk dalam senarai wajib tengok juga sebab pengakhiran dia tidaklah begitu terencat.
Ini waktu ingatan Kang Chul dipadamkan. Agak sedih bila tengok episod ni. Sobs.

Drama ni jadi kesukaan sebab hero dengan heroin ni bercinta dan berkahwin, bukan bercinta dengan orang lain lepas tu kahwin dengan orang lain. Lepas tu gandingan Han Hyo Joo dengan Lee Jong Suk nampak sangat serasi dan semulajadi. Selain gandingan teraju utama yang mantap, dah tentulah genre ceritanya yang pelbagai. Drama ni adalah gabungan percintaan, kekeluargaan, politik, komedi, aksi dan juga perubatan. Jadi yang belum tengok, bolehlah pergi tengok.

Wednesday, 26 October 2016

Drama Korea: Goodbye Mr. Black

Demam marathon drama Korea masih berterusan nampaknya. Kalau tengok senarai entri, dua tiga bulan kebelakangan ni yang paling banyak ulasan drama. Memang senget! Tertengok cerita ni sebab poster dia asyik melintas dekat laman utama DoramaX jadi terdetik dalam hati mungkin drama ni best. Tengok genre pun, menarik; gabungan tema ketenteraan, keluarga, cinta, persahabatan dan perniagaan.


Mula-mula tengok poster, tak adalah hensem mana pun hero dia tapi heroin dia cantik. Bila tengok drama Korea, aku tak fokus pada muka hensem hero dan muka cun heroin je tapi jalan ceritanya. Kalau hero hensem dan heroin cun macam drama ni, bonus bonanzalah.

Drama ni aku habiskan sebelum terbang ke Korea haritu. Memang marathon habis sebab tak nak episod tergantung. Selepas sekian lama, drama ni yang aku macam pasrah je kalau pengakhiran dia sengal pun sebab tanda-tanda hero nak mati dalam episod kedua terakhir tu dah nampak jelas.Memang dah pasrah habis dah ni kalau hero mati pun. Lepas tu tiba-tiba heroin pun nak mati juga? Dah kenapa? Tapi, mati ke tidak mereka ni? Nak tahu, kenalah tengok. Kuikuikui..

Hero dan heroin pada permulaan cerita

Jalan cerita dia walaubagaimanapun, penuh berliku bermula dari episod satu lagi. Paling geram dengan watak protagonis kedua; dahlah dia tu dijadikan anak angkat oleh ayah hero lepas tu tak sedar diri pula. Serius geram dengan protagonis kedua tu.

Cerita dia terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama menceritakan bagaimana semua konflik dan masalah ni bermula dan kebanyakan penggambaran dibuat di Thailand. Cha Ji Won(hero) waktu tu dihantar ke Thailand untuk latihan ketenteraan dengan tentera-tentera dari negara lain. Dalam masa yang sama, kawan baik dia yang protagonis kedua ni, Min Sun Jae terjebak dalam satu konspirasi jahat secara tak sengaja. Disebabkan sifat tamak dia, ayah hero terbunuh dan barulah cerita sebenar bermula.

Waktu dekat Thailand juga Cha Ji Won jumpa dengan Kaya(heroin) dan dengan pertolongan heroin jugalah dia berjaya hidup dan kembali semula untuk siasat punca sebenar kematian ayah dia dan orang-orang yang terlibat. Drama Korea memang tak sah kalau tak ada kaitan diantara satu sama lain; sama macam drama ni, rupanya dia ni berkait dengan orang tu dan orang tu pulak rupanya penyebab dia ni jadi macam ni.

Protagonis kedua yang tamak dan lupa diri, semua harta hero dia nak sapu, sekali dengan tunang hero dia ambil

Ini hero dengan heroin selepas mereka bertemu semula

Secara keseluruhan, drama ni jatuh dalam kategori mesti tengok. Selain hero dan heroin yang ada rupa, jalan cerita juga berisi dan ada banyak juga babak-babak yang tidak terjangka. Acik bagi 4.5 bintang untuk drama ni.

Nota Kaki: Sekarang tengah terjebak dengan Scarlet Heart Ryeo sebab aku syak jalan cerita dia sama dengan satu drama cina kegemaran bertajuk Palace. Sebelum ni, marathon Love in the Moonlight sebab tertengok trailer dia waktu melawat KBS On haritu. Terminat Park Bo Gum pulak. Kau dah kenapa comel sangat Bo Gum oi? Hahahahangau.. 

Tuesday, 20 September 2016

Drama Korea: Yong Pal

Ini drama paling baru yang ditonton. Waktu tengah 'demam' teruk, bukan boleh tengok runcit-runcit. Hadap terus sampai habis satu siri drama. Tapi hadap pun, takdelah sekali hadap. Kena juga berhenti kejap-kejap untuk buat benda lain juga. Bajet sekali hadap drama ni boleh berhabuk la cakap Korea? Nan hado! Hahaha..
Poster rasmi Yong Pal
(Sumber dari sini)

Macam tertarik nak tengok Yong Pal ni sebab ada Kim Tae Hee. Heronya pada aku biasa-biasa je tapi dalam cerita ni boleh kira cemerlang la lakonan Joo Won. Joo Won pegang watak sebagai seorang doktor pelatih dekat Hanshin Medical Centre manakala Kim Tae Hee pegang watak sebagai pewaris tunggal empayar Hanshin.

Drama ni menggabungkan pelbagai tema seperti perubatan, kekeluargaan, politik pejabat, percintaan, dan juga komedi. Walaupun Kim Tae Hyun ni doktor pelatih, tapi skill dia tahap gaban punya skill sampai doktor pakar pun kadang-kadang panggil dia untuk tolong pembedahan yang rumit; dah tahap Park Hoon(Doctor Stranger) punya skill jugak dah.

Dalam masa yang sama, dia terikat dengan ceti haram sebab dia pinjam duit untuk rawatan adik dia. Untuk bayar balik hutang dia, dia kena bagi rawatan pada kumpulan gangster sebab bayaran yang dia dapat lebih mahal dan boleh tampung hutang yang dia buat.

Han Yeo Jin pulak merupakan waris tunggal kumpulan Hanshin yang diletakkan dalam keadaan koma sebab abang tiri dia nak bolot harta milik dia. Akhirnya dengan bantuan Kim Tae Hyun, dia berjaya sedar dari koma dan ambil balik hak dia.

Waktu awal-awal Yeo Jin sedar dari koma
(Sumber dari sini)

Tapi, banyaklah halangan dan dugaan yang dihadapi oleh Kim Tae Hyun dan juga Han Yeo Jin untuk bebas dari orang-orang yang tamak. Apa yang menarik adalah hero dan heroin ni saling melengkapi; kira seimbanglah ying dan yang diorang ni. Contoh macam heroin dah biasa dengan konsep darah dibalas darah, nanti herolah yang bagi nasihat redakan sikit dia punya dendam.

Perjalanan cinta antara Tae Hyun dengan Yeo Jin pun tidaklah melebih-lebih macam sesetengah drama lain. Mula-mula masing-masing tak mengaku suka pun cuma boleh nampak jelas yang Tae Hyun ni dah jatuh sayang waktu dia buat CPR untuk dapatkan balik nadi Yeo Jin dalam keadaan Tae Hyun cedera parah kena tembak. Dia betul-betul mengaku bila keluar dialog; "I don't want to be jealous of someone who is already dead." waktu dia bawa keluar Yeo Jin dari hospital sebaik saja konspirasi bermula. Ouch! Comel.

Episod paling best adalah waktu kemuncak Yeo Jin nak rampas balik hak dia dimana dia dan Tae Hyun berkahwin sebagai salah satu strategi untuk bebas dari cengkaman abang tiri dia tu. Lepas kahwin dengan Yeo Jin, haruslah pangkat Tae Hyun ni naik melonjak lonjak; daripada doktor pelatih terus jadi Tuan Besar sebab dah kahwin dengan orang nombor satu kumpulan Hanshin. Waktu ni memang banyak la babak lawak.

Walaupun Tae Hyun dah jadi salah seorang orang penting dalam Hanshin, dia tetap rendah diri dan tak lupa daratan. Ini yang paling bagus sebenarnya sebab kadang-kadang dalam drama ni hero dia lupa daratan sikit bila dah dapat gelaran. Ciri-ciri idaman lain yang ada pada Tae Hyun adalah kesabaran tahap petala dalam melayan kerenah isteri dia tu; isteri dia tengah hangin pun dia boleh selamba lagi bagi nasihat dan tidaklah membiarkan si isteri layan marah sorang-sorang.

Keseluruhannya, cerita ni adalah cerita wajib tengok sebab ada Kim Tae Hee. Eh? Itu salah satu sebab. Selain itu, jalan cerita dia tak lembap dan berkembang cepat walaupun watak-watak jahat dia boleh tahan jahat sampai rasa nak tumbuk je. Lagi satu, gandingan hero dan heroin sangatlah harmoni dan Joo Won dalam ni sangatlah berkarisma. Yelah, sebelum ni kan dia pernah jadi doktor juga dalam drama Good Doctor, jadi dah serasilah watak doktor tu dalam diri dia. Lepas tu salah satu OSTnya adalah nyanyian K.Will; kalau dah K.Will punya lagu, memang layanlah.

Asalnya drama ni ada 16 episod je tapi sebab sambutan menggalakkan, ditambah lagi jadi 18 episod. Cumanya drama Korea ni pengakhiran dia macam terencat sikit. Jalan cerita dari episod satu sampai minit ketiga puluh episod akhir memang cun, tetiba penghujung episod akhir tu berakhir macam tu je? Haishh! Drama ni salah satunya. Heroin buka mata, lepas tu monolog dalam hati; "Yong pal?" Terus habis. Arrggghh.. Cubalah tunjuk babak yang membahagiakan sikit? Apa pun, silalah tonton drama ni sebab berbaloi untuk ditonton.

Thursday, 15 September 2016

Drama Korea: I Remember You

Drama ni yang terbaru ditonton untuk mengalihkan perhatian daripada W sebab nanti sakit hati nak tunggu sambungan dia minggu ni. Walaupun rating drama ni biasa-biasa aje, tapi sebab ada Jang Nara dengan Seo In Guk, cuba jugalah muat turun dan tonton.

Nasib baik tak nilai hanya berdasarkan rating sebab drama ni best rupanya. Boleh disimpulkan bahawa drama ini ala-ala Criminal Minds dan juga Bones dimana ia bertemakan penyiasatan, polis dan juga misteri. Selain itu, diselitkan juga tema kekeluargaan dan romantik.

Tragis sebenarnya cerita dia sebab ada banyak sebab. Macam mana nak cerita eh? Sebabnya kalau dah mula cerita nanti panjang berjela. Hehehe.. Okey, kita mulakan dengan Lee Hyeon (Seo In Guk) yang disalah anggap sebagai kanak-kanak bermasalah oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar psikologi yang bekerja untuk polis.

Waktu ayah dia tengah menyiasat satu kes ni, Lee Hyeon secara tak sengaja jumpa dengan penjenayah kes tu, Lee Joon Young, dan borak-borak la kejap. Lepas dari peristiwa tu, ayah dia asingkan dia dari dunia luar sebab takut Lee Hyeon ni memang betul-betul psiko macam yang dia sangka.

Pelakon watak kanak-kanak dengan Lee Joon Young. D.O. EXO yo!
(Sumber gambar dari sini)

Cerita sebenar bermula bila Lee Joon Young ni terlepas dari penjara. Dia pergi ke rumah Lee Hyeon dan bunuh ayah dia. Lagi tragis, adik Lee Hyeon kena culik pulak dengan Lee Joon Young dan waktu dia nak kejar kereta Lee Joon Young, dia terjatuh dan hilang ingatan sikit.

Bila dah besar, dia jadi criminal profiler yang hebat dan satu hari, dia terima email pelik yang menyebabkan dia balik Korea. Dari situ dia mula bekerjasama dengan pasukan khas polis dan jumpa Cha Ji An (Jang Nara) buat pertama kali. Sebenarnya Cha Ji An ni stalker tegar Lee Hyeon sebab dia dapat tahu Lee Hyeon ada kaitan dengan kehilangan ayah dia yang merupakan pengawal penjara waktu Lee Joon Young terlepas dan dia rasa diorang senasib sebab dua-dua tak ada ayah. Kenapa tegar? Sebab dia stalk Lee Hyeon ni dari diorang kecil sampailah sekarang.

Ni waktu pertama kali dia masuk campur dalam kes. Waktu ni serius lawak. Pak Lawak dalam drama ni adalah yang paling kanan tu.
(Sumber gambar dari sini)

Akhirnya, semua orang terhampir dengan Lee Hyeon dan Cha Ji An ni saling berkait rupanya. Nak tahu apa kaitannya? Saksikanlah drama bersiri ini. Gitu penyudah ulasannya. Drama ni tahun lepas punya jadi kalau tengok, tak payah sakit hati nak tunggu episod baru keluar.

Ini Lee Joon Young versi dewasa
(Sumber gambar dari sini)

Tapi sakit jiwa juga tengok drama ni sebab terlalu ramai orang kena bunuh dek kerana kegagalan manusia mengawal emosi dan tidak kurang juga kesan kepada gangguan emosi yang diterima semasa kanak-kanak. Contohnya macam Lee Joon Young ni yang sejak lahir diabaikan oleh mak dia sebab dia adalah anak yang lahir tanpa kerelaan. Boleh jatuh kategori sedih juga drama ni.

Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan paling penting dalam membentuk minda dan emosi seorang kanak-kanak dan seterusnya menentukan siapa yang kanak-kanak itu akan jadi bila dewasa.

Monday, 22 August 2016

Drama Korea: Doctor Stranger

Gara-gara W, terulang tengok Doctor Stranger sebab heronya Lee Jong Suk juga. Hehehehe.. Macam tak pernah buat ulasan lagi kan pasal drama ni? Nah layan karangan panjang ni.

Pelakon utama Doctor Stranger


Seperti tajuknya, dah tentulah cerita ni pasal doktor dan perubatan. Tapinya, kalau tak ada konflik melampau dan rumit, bukan drama Korea namanya. Kisah bermula bila ayah kepada hero, Professor Park Cheol terlibat dalam satu kes saman melibatkan kesilapan sewaktu pembedahan dimana dia sukarela nak jadi saksi bahawa kesilapan itu adalah sebab kecuaian doktor.

Bagi mengelakkan nama hospital terjejas, pihak hospital sedaya upaya halang Park Cheol ni daripada beri keterangan. Waktu nilah campur tangan politik berlaku. Kebetulan pihak Korea Utara perlukan seorang pakar jantung untuk buat pembedahan pemerintah tertinggi diorang, maka akhirnya Park Cheol dihantar ke sana.

Patutnya bila dah selesai dia boleh balik semula ke Seoul tapi disebabkan campur tangan politik tadi, dia tak dibenarkan balik dan terpaksa jadi doktor dekat Korea Utara. Disebabkan ayah hero ni doktor maka anaknya, Park Hoon, pun ikut jejaklah jadi doktor juga. Atas tunjuk ajar ayah dia, Park Hoon berjaya jadi seorang doktor yang sangat hebat lebih-lebih lagi bila kerajaan pilih dia untuk jadi salah seorang doktor di pusat kajian perubatan.

Dekat situlah kemahiran dia diasah sebab diorang dipaksa buat macam-macam kajian menggunakan manusia hidup. Dalam masa yang sama, dia terpaksa rela duduk situ sebab nak cari makwe dia, Song Jae Hee, yang kena tangkap sebab ayah dia dituduh memberontak dan menentang kerajaan.

Akhirnya, Park Hoon jumpa balik Song Jae Hee. Itupun sebab pihak atasan nak jadikan Jae Hee dengan ayah dia bahan eksperimen dan Park Hoon yang kena buat pembedahan tu. Eksperimen tu adalah bertujuan untuk tunjuk kepada pelabur luar kehebatan doktor Korea Utara bagi mendapatkan dana untuk pusat kajian tu. Disebabkan kes ni, ayah Park Hoon mati kena tembak sebab nak selamatkan dia dari terus terpenjara dekat pusat kajian tu.
Salah satu babak sedih, waktu ayah dia kena tembak..sobs

Walaupun pembedahan berjaya, sekali lagi Park Hoon dan Jae Hee terpisah. Lepas dari peristiwa tu, Park Hoon kembali ke Seoul dan buka hospital kecil. Kalau tengok gaya dia yang selekeh tu, memang orang tak yakin dia doktor. Satu hari ni, dia kena hantar botol air untuk mesin minuman dekat Hospital Myung Woo dan terlibat dengan satu kes.

Ni permulaan Park Hoon boleh terlibat dengan pembedahan dekat Myung Woo, sebab nak hantar air..

Pesakit tu dah terlalu tenat dan perlukan pembedahan segera tapi tak ada doktor pakar yang boleh buat pembedahan serta merta. Makanya, dia pun masuk bilik pembedahan dan buat pembedahan tu. Semua orang kagum dengan dia punya kemahiran sebab kerja dia kemas dan cepat. Dari sinilah segalanya bermula. Panjang lagi ni kisahnya, lap peluh!

Sekali lagi, berlaku campur tangan politik dan orang-orang yang terlibat adalah orang-orang sama yang terlibat dalam kes saman dan kes penghantaran Park Cheol ke Korea Utara.

Kali ni, Perdana Menteri tengah cari hospital terbaik untuk buat satu pembedahan jantung dan Myung Woo ni adalah salah satu hospital yang tersenarai. Cumanya, dekat sini tiba-tiba ada dua pakar hebat dan Park Hoon adalah salah seorangnya.

Maka, perlawanan siapa paling hebat diadakan untuk pilih doktor yang akan mengetuai pembedahan. Waktu nilah Park Hoon tunjuk kemahiran dia sebagai seorang pakar bedah jantung dengan cemerlang. Bila hero drama ni hebat lain macam, dah tentulah ada musuh-musuh yang tak senang hati dengan kehebatan dia. Macam-macam bendalah musuh dia ni buat untuk halang hero jadi pemenang.

Park Hoon dengan orang yang bertanggungjawab membawa dia masuk ke Myung Woo, Dr. Moon Hyung Wook..

Tapi, dah nama hero, mestilah dia juga yang paling hebat walaupun ada banyak halangan. Ada sekali tu siap tangan dia luka sebab kena pisau dari penggerudi tulang dan cederakan tangan kanan dia waktu pembedahan. Selamba je dia guna tangan kiri untuk teruskan pembedahan. Hero kan? Semua pun boleh.

Lepas tu hero ni boleh tahu penyakit jantung jenis apa yang pesakit tu ada dengan hanya meletakkan tapak tangan dekat dada. Banyak lagilah kehebatan hero ni kalau nak cerita. Korang pergi tengok sendirilah kalau belum tengok. Apa yang dia tunjuk tu memang nampak sangat sama dengan yang sebenar.

Watak Lee Jong Suk dalam ni tak adalah serius atau skema tapi dia jenis doktor yang sengal. Kira tak adalah nak kerut dahi je sepanjang masa tengok adegan serius. Pak lawak jugalah Lee Jong Suk ni dengan ada satu watak sampingan tu. Kalau tengok, ramai juga pelakon sampingan dia pernah berlakon dekat Master's Sun sebab pengarah kedua-dua drama ni adalah sama. Keseluruhannya, boleh layan cerita ni.