Sejak mak meninggal, urusan menyediakan kuih raya diambil-alih sepenuhnya oleh saya. Dulu-dulu macam tak percaya bila mak kata bajet untuk kuih raya yang beli siap saja, mencecah RM 300. Belum termasuk kuih yang buat sendiri, belum termasuk kerepek-kerepek ye. Wow! Sekarang ni, memang percayalah jumlah 300 tu adalah sebenarnya minimum. Biasanya lebih lagi sebab rumah kami adalah rumah tumpuan dan memang tiap tahun akan jadi #teamrayatuanrumah. Haruslah tetamu ramai kan? Lagi-lagi kalau ada orang tua, sudah tentulah yang berpangkat muda akan datang ziarah.
Sebab dah tahu memang perlu bajet banyak, memang dah sedialah awal-awal. Salah satu persediaan adalah dengan menjual kuih raya. Dapatlah tamping lebih daripada separuh jumlah keseluruhan. Bajet-bajet lain untuk kerepek dan barang rumah biasanya minta dari Abang-abang la. Kata rumah keluarga kan?😜😜
Saya pula jenis yang memang suka makan biskut, maka pantang nampak. Semua nak dibeli, nak ditempah. Hahaha.. Mujurlah beringat tang bajet tu, kalau tak lagi banyak agaknya. Hehehe.. Rezeki jugalah sebab Mada dengan Kak Chik bagi kuih raya sebalang waktu jumpa untuk buka puasa tempoh hari. Kak Chik punya lagi la, sebalang besar terus dia bagi. Terima kasih banyak-banyak, moga murah rezeki yang memberi dan bersedekah waktu bulan ramadhan haritu.
Sempena Syawal keempat, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segalah salah silap dan keterlanjuran dalam perbuatan, lisan mahupun yang terdetik di hati. InshaAllah saya juga memaafkan kesalahan awak semua pada saya walaupun mungkin ada beberapa yang masih dalam ingatan. Forgive but not forget? Hhmmm... Hopefully forgive and forget forever. Ambil masa la kan nak sembuhkan luka di hati. Gituu..
Engagement Fund ;)
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Monday, 18 June 2018
Saturday, 30 September 2017
Kisah Raya 2017 Cik Farae
Sebelum September melabuhkan tirai, saya seru semua semangat yang ada untuk menaip kisah raya yang lalu. Cerita raya kami mungkin tak sama dengan keluarga lain dan rutin sama berulang setiap tahun, setakat ini. Bila tiba raya, macam-macam hashtag muncul di media sosial. Saya punya hashtag adalah #teamtuanrumah sebab minggu pertama raya memang tak kemana-mana. Kalau keluar pun takat beraya rumah saudara-mara di dalam kampung je.
#teamtuanrumah ni sejak azali lagi sebab tinggal di rumah pusaka belah keluarga Arwah Mak. Sekarang pula, Nenek belah Abah dah duduk sekali dekat sini, maka memang duduk di rumahlah tunggu tetamu datang sebab ada orang tua. Keluar beraya pusingan pertama adalah selepas seminggu Syawal. Destinasinya adalah ke rumah makcik-makcik dan pakcik yang masih ada. Untuk pusingan pertama ni, tak jumpa pula gambarnya. Kalau nak tunggu jumpa gambar, memang tak ada la ceritanya. Hehehe..
Jarak di antara satu rumah dengan rumah yang lain jauh. Jadi kami ke Bukit Beruntung dulu untuk ke rumah adik Arwah Mak, Cik Iti. Tapi, sampai sana, tak ada orang. Bila telefon, rupanya keluar beraya juga. Tak ada rezeki nak beraya situ. Teruslah ke Felda Soeharto melawat suami kepada arwah kakak kedua Arwah Mak. Walaupun Wak kami dah tak ada, tiap tahun Abah mesti nak pergi juga jenguk Wak Sairin. Dari Soeharto, kami ke Gombak pula, beraya rumah Cik Esah, isteri arwah adik lelaki Arwah Mak. Tak rancang pun tapi sebab satu jalan, singgah jelah. Dekat sana, jumpa Cik Iti dengan anak-anak. Maka salam minta maaf kat situ jelah. Hehehe..
Pusingan kedua, minggu berikutnya tak silap. Kali ni pergi kondangan dulu rumah sepupu Abah dekat kampung sebelah. Rumah saudara, tak adalah segan nak makan banyak-banyak. Lauk semua lauk Jawa, lagilah syok! Agak lama juga dekat sini sebab Abah jumpa saudara mara yang lain. Lepas kondangan, terus gerak ke Klang untuk beraya rumah sepupu-sepapat.
Disebabkan sepupu-sepapat ni berkumpul satu tempat, maka memang makan masa sehari untuk ke semua rumah yang ada. Ada juga rumah yang kosong jadi kami pergi rumah yang ada orang jelah. Mula-mula ke rumah Abang Jack tapi dianya tak ada, ada isterinya je. Singgah la juga sebab ada orang. Dekat sini jumpa Cik Iti lagi dengan anak-anaknya. Kebetulan dia pun baru sampai, maka untuk rondaan seterusnya, saing la dua keluarga.
Dari rumah Abang Jack, ke rumah Abang Hamid. Lama juga borak-borak, makan kuih raya sebelum ke rumah Abang Abib. Dekat rumah Abang Abib, kami dijamu dengan laksa sedap air tangan Kak Kiah. Kebetulan memang teringin nak makan laksa, memang rezeki betul ni. Sambil makan sambil borak. Orang tua-tua la borak, kami dengar je. Heee.. Macam-macam cerita keluar tapi banyak pasal kelapa sawit la sebab bidang kerja Abah dengan Abang Abib.
Waktu nak keluar dari rumah Abang Abib nak ke rumah Kak Yati, terserempak dengan Abang Hamid letak bungkusan plastik dekat atas kereta. Rezeki dapat ayam mentah dari tauke ayam. Dekat rumah Kak Yati tak lama pun sebab dia nak hantar anak balik ke asrama. Tapi habislah juga segelas air dan sebalang maruku. Eh! Hahaha.. Orang jemput makan, kena makan.
Rumah kedua terakhir adalah rumah Arwah Abang Deni. Baguslah juga gerak sama-sama dengan Cik Iti sebab dapat pergi rumah yang susah nak pergi. Yang ada dekat rumah cuma anak-anaknya. Memang lama sangat tak jumpa anak-anak saudara ni. Zaman kecil-kecil dulu selalulah juga jumpa dan waktu Arwah Mak masih ada, memang jarang sepupu-sepupu ni tak datang rumah kami waktu raya. Lama juga dekat sini sebab siap solat asar lagi.
Rumah terakhir adalah rumah Abang Bakir, yang duduk di rumah pusaka iaitu rumah Arwah Wak Nah, kakak sulung Arwah Mak. Nostalgia betul rumah Wak Nah ni sebab dulu selalu juga ikut bermalam di sini dengan Arwah Mak kalau ada kenduri. Waktu kami datang tengah hari tadi, tuan rumahnya tak ada. Kebetulan bila nak keluar dari belakang, orangnya dah balik. Singgahlah sekejap.
Dekat sini lama juga sebab sekali nak tengok keadaan Abang Bakir yang baru je kemalangan sebelum nak puasa tu.Waktu lepas kemalangan tu tak boleh bergerak juga sebab tangannya patah tiga. Masa kami pergi beraya tu pun tangannya masih berbalut tapi dah boleh memandu. Sebelum balik, semua orang kena paksa bergambar untuk kenang-kenangan. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni.
Dari Rantau Panjang, terus ke Perepat nak beraya rumah Abang Leh. Dulu dia duduk dekat sebelah rumah Arwah Wak Nah. Tak lama lepas isterinya meninggal tak silap, dia pindah ke Perepat sebab senang nak uruskan lembu-lembunya dekat kandang baru. Tadi jumpa tauke ayam, ni jumpa tauke lembu. Nak sampai rumah Abang Leh ni kena masuk dekat ceruk; memang rumah dia je sorang dekat situ. Yelah, kalau bela haiwan ni kan ada bau-bauan yang pelik, jadi kenalah cari tempat yang jauh dari petempatan.
Saya pertama kali sampai sini jadi jakunlah sikit. Turun kereta je memang bau lembu menerpa hidung. Disebabkan kami dah telefon dulu nak datang, jadi tuan rumah dah siap goreng mi dah. Tapi lepas bersalaman dan bertanya khabar, saya dan sepupu yang lain terus minta izin nak tengok lembu di kandang. Kandangnya pun depan rumah je. Semua jakunlah kan nampak lembu besar gabak depan mata. Mula-mula pelik juga kenapa lembu-lembu ni lain macam besar saiznya, kemudian tu waktu borak-borak, Abang Leh bagi tahu yang lembu-lembu tu lembu import untuk pasaran daging. Kalau lembu untuk buat korban, lembu kampung; lembu yang biasa nampak dekat kampung-kampung atau tepi jalan. Kisahnyaaa..
Dah puas kacau lembu dan berperang dengan nyamuk dekat kandang, barulah kembali ke pangkal jalan. Sambil makan, sambil borak tentang macam-macam benda. Tapi topik utamanya adalah tentang perniagaan lembu dan daging. Kalau dulu Abang Leh ni jual daging juga dekat pasar tapi sekarang perniagaan daging dah diambil alih oleh anak-anak lelakinya; dia cuma fokus pada stok lembu hidup saja. Macam-macam cerita jerih-perih dunia perniagaan ni dia kongsi termasuklah pernah terkena buatan orang sebab dengki. Selama ni dengar dan baca cerita orang lain, rupanya keluarga sendiri ada pengalaman. Bukan senang nak senang.
Borak punya borak, azan maghrib pun berkumandang. Maka yang perempuan solat dekat situ manakala yang lelaki ke masjid yang terletak di jalan utama. Tak terus balik sebab Abang Leh nak belanja makan malam dekat kedai makan isteri barunya. Wah, rezeki lagi. Orang nak bagi, kita terima. Bila lagi kan nak merasa? Jumpa setahun sekali pun belum tentu.
Sampai kedai isteri Abang Leh, kami pesan air je masing-masing sebab menu utama dah disediakan. Memang aktiviti pada hari tersebut adalah makan dan makan saja. Habis makan, siap dapat buah tangan lagi berupa keropok ikan jenis kering dari Thailand. Ala-ala keropok Ganu sebab rasa ikan dia kuat. Sedap!
Alhamdulillah, raya kali ni banyak juga dapat ziarah rumah saudara mara dan dapatlah kemaskini data perkembangan anak-anak saudara yang sungguh ramai. Raya tahun ni juga, pertama kali Wak Yah tak ada jadi sangat terasa kehilangan tu. Sekarang, adik-beradik belah Arwah Mak tinggal Cik Iti jelah. Moga diberi umur yang panjang dan fizikal yang sihat untuk bertemu lagi Syawal akan datang. Sekianlah saja, cerita raya 2017 Cik Fara.

Pinggan saya. Terserlah kejawaannya bila ada lemper dengan lauk kulit lembu tu.
Diakhiri dengan aiskrim kon. Aiskrim ni ambil lepas salam nak balik sebab lorinya dekat tepi jalan nak masuk rumah.
Keluarga kecil saya.

Tangga rumah nostalgia.
Dari Rantau Panjang, terus ke Perepat nak beraya rumah Abang Leh. Dulu dia duduk dekat sebelah rumah Arwah Wak Nah. Tak lama lepas isterinya meninggal tak silap, dia pindah ke Perepat sebab senang nak uruskan lembu-lembunya dekat kandang baru. Tadi jumpa tauke ayam, ni jumpa tauke lembu. Nak sampai rumah Abang Leh ni kena masuk dekat ceruk; memang rumah dia je sorang dekat situ. Yelah, kalau bela haiwan ni kan ada bau-bauan yang pelik, jadi kenalah cari tempat yang jauh dari petempatan.
Saya pertama kali sampai sini jadi jakunlah sikit. Turun kereta je memang bau lembu menerpa hidung. Disebabkan kami dah telefon dulu nak datang, jadi tuan rumah dah siap goreng mi dah. Tapi lepas bersalaman dan bertanya khabar, saya dan sepupu yang lain terus minta izin nak tengok lembu di kandang. Kandangnya pun depan rumah je. Semua jakunlah kan nampak lembu besar gabak depan mata. Mula-mula pelik juga kenapa lembu-lembu ni lain macam besar saiznya, kemudian tu waktu borak-borak, Abang Leh bagi tahu yang lembu-lembu tu lembu import untuk pasaran daging. Kalau lembu untuk buat korban, lembu kampung; lembu yang biasa nampak dekat kampung-kampung atau tepi jalan. Kisahnyaaa..
Dah puas kacau lembu dan berperang dengan nyamuk dekat kandang, barulah kembali ke pangkal jalan. Sambil makan, sambil borak tentang macam-macam benda. Tapi topik utamanya adalah tentang perniagaan lembu dan daging. Kalau dulu Abang Leh ni jual daging juga dekat pasar tapi sekarang perniagaan daging dah diambil alih oleh anak-anak lelakinya; dia cuma fokus pada stok lembu hidup saja. Macam-macam cerita jerih-perih dunia perniagaan ni dia kongsi termasuklah pernah terkena buatan orang sebab dengki. Selama ni dengar dan baca cerita orang lain, rupanya keluarga sendiri ada pengalaman. Bukan senang nak senang.
Pandangan tepi kandang.
Saya dan lembu. Boleh tahan banyak nyamuk dekat sini sebab dah lewat petang dan kawasan kebun kot.
Borak punya borak, azan maghrib pun berkumandang. Maka yang perempuan solat dekat situ manakala yang lelaki ke masjid yang terletak di jalan utama. Tak terus balik sebab Abang Leh nak belanja makan malam dekat kedai makan isteri barunya. Wah, rezeki lagi. Orang nak bagi, kita terima. Bila lagi kan nak merasa? Jumpa setahun sekali pun belum tentu.
Sampai kedai isteri Abang Leh, kami pesan air je masing-masing sebab menu utama dah disediakan. Memang aktiviti pada hari tersebut adalah makan dan makan saja. Habis makan, siap dapat buah tangan lagi berupa keropok ikan jenis kering dari Thailand. Ala-ala keropok Ganu sebab rasa ikan dia kuat. Sedap!
Keluarga saya dan keluarga Cik Iti. Pada hari tu, Cik Iti dengan dua orang anak lelakinya. Yang paling depan sebelah Abah tu Abang Leh.
Gambar terakhir sebelum masing-masing pulang ke rumah. Terima kasih daun keladi, moga bertambah rezeki.
Alhamdulillah, raya kali ni banyak juga dapat ziarah rumah saudara mara dan dapatlah kemaskini data perkembangan anak-anak saudara yang sungguh ramai. Raya tahun ni juga, pertama kali Wak Yah tak ada jadi sangat terasa kehilangan tu. Sekarang, adik-beradik belah Arwah Mak tinggal Cik Iti jelah. Moga diberi umur yang panjang dan fizikal yang sihat untuk bertemu lagi Syawal akan datang. Sekianlah saja, cerita raya 2017 Cik Fara.
Wednesday, 30 August 2017
Jamuan Raya Pusat Tuisyen Pusingan Kedua
Baiklah, ini cerita sambungan jamuan raya di pusat tuisyen. Kali ni bos buat untuk murid-murid menengah atas dan tahap 2 sekolah rendah sebab hari Jumaat ada banyak kelas. Sebelah petang kelas sekolah menengah manakala sebelah malam kelas sekolah rendah.
Aturcaranya adalah masuk kelas dulu baru makan. Sama la macam yang pusingan pertama haritu. Tapi waktu saya sampai, makanan dah tersusun dekat meja luar. Saya siap tutup kipas dekat bahagian tu lagi sebab tak nak kuah sejuk. Hehehe.. Kali ni saya ada bawa makanan sikit. Itu pun tempah aje di saat akhir. Nasib baik akak tu nak ambil tempahan walaupun tempah 4 jam sebelum acara. Senang tempah dekat akak tu sebab dia boleh hantar sampai depan pintu.
Makanan. Ada nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, bihun goreng, bihun tomyam, buah-buahan, kek coklat dan mentega.
Lagi satu
Tuan Tanah dan Bos Besar
Murid-murid tingkatan 5. Terserlah 'kebesaran' cikgu dia tu bila bergambar macam ni.
Murid-murid lelaki yang selalu kena perli dengan cikgu garang kuat bebel ni sebab selalu sangat datang lambat. Sampai kelas lagi 20 minit nak habis kelas, kau ghaserr? Bukan semua la tapi majoriti.
Mangkuk Tuan Tanah
Bahagian kuih raya dan creampuff coklat.
Bos suruh makan dulu sebelum budak-budak habis kelas. Nanti senang la tak berebut. Dah cakap macam tu, memang banyak la pusingan. Hehehe.. Bila orang jamu makan, menu apa pun sedap je rasa dekat tekak ni. Dalam pukul 6 lebih, budak-budak dah habis kelas dan bagi peluang pada mereka untuk makan. Cikgunya duduk tepi jelah buat persediaan untuk kelas malam selain tarik mana-mana yang ada untuk bergambar.
Jamuan pusingan ketiga saya tak datang sebab yang itu untuk murid-murid kelas hujung minggu dan saya pun tak ada kelas hari Ahad tu, kuasa pula nak menyibuk kan? Cukuplah dua kali je. Nampak gayanya, memang tak sempat habis cerita hari raya aidilfitri 2017 sebelum hari raya aidiladha menjelma ni. Cerita tentang keluarga pun bakal berepisod banyak kalau rajin taip. Kalau tak rajin, hempuk je gambar dalam satu entri. Kehkehkeh..
Tuesday, 22 August 2017
Jamuan Raya Pusat Tuisyen Pusingan Pertama
Waktu kerja di pejabat dulu, ada banyak pusingan untuk jamuan raya. Ada bahagian kecil-kecilan dan ada satu siri yang besar. Itu dululah. Sekarang ni jadi jadi cikgu tuisyen sepenuh masa, memang dikelilingi budak-budak sekolah ajelah. Waktu raya tempoh hari, bos ada buat jamuan raya untuk budak-budak ni. Memandangkan ada ramai murid dari semua peringkat, memang bos buat untuk semua kumpulan.
Pusingan pertama, untuk kelas tingkatan tiga dan murid-murid sekolah rendah yang ada kelas dari hari Isnin sampai Rabu. Disebabkan bos bagi tahu lewat, tak sempatlah nak sumbang makanan. Datang bawa diri dan perut je. Hehehe.. Petang tu baru dapat mesej suruh pakai baju raya, memang tak sempatlah nak masak apape.
Disebabkan baju raya tahun ni biasa-biasa je, saya kitar semula baju raya tahun bila entah. Yang pasti, inilah baju paling mahal yang saya pernah beli yang bila fikir balik, pebendalah aku beli baju mahal-mahal ni? Zaman tak ada komitmen, begitulah. Tak fikir panjang. Cantik? Berkenan? Beli. Mujurlah alah membeli menang memakai, tak rugilah pelaburan tu.
Biasa datang mengajar, selekeh selebet je. Malam ni kemain baju macam puteri siap tepek bedak Missha lagi. Biasa tu datang pakai bedak Johnson je. Mana boleh kalah dengan budak-budak tingkatan tiga ni? Terdengar diorang sembang tentang baju butik mahal, cikgu dia nak juga melawa dan pakai baju butik. Gituuu. Tak nak kalah pun cikgunya. Memang jaki sikit dengan budak-budak kelas ni sebab ada la isu sikit haritu. Kahkahkah..
Malam tu kelas hanya sampai pukul 9 sahaja dan dari jam 9 hingga 10, slot menjamu selera. Makanan macam-macam dan agak mewah sebab ada ibu bapa yang taja makanan. Alhamdulillah rezeki. Bos siap sambut hari jadi saya yang kebetulan jatuh pada hari yang sama. Terharu. Kali terakhir ada orang sambut siap bagi kek adalah zaman dekat U dulu. Bila dah habis belajar, dah mula kerja, nan hado. Sambutlah sendiri.
Waktu makan, bukan mainlah berhati-hati dan jaga baju supaya tak terkena minyak atau kuah. Baju kesayangan kan? Sekali tu bila nak balik, bos bagi lebihan lauk yang ada untuk dibawa pulang sebab ada banyak lagi. Makanan percuma, takkan tak nak? Angkutlah sekali dengan bekasnya sebab tak ada plastik nak tapau. Sampai je bawah, nak letak kejap atas tembok batu sebab nak cari kunci kereta dalam beg. Sekali tu, salah bajet dan tumpahlah rendang ayam ke lantai dan mengenai kaki jubah. Aigoo! Teruslah bertompok-tompok minyak dekat atas baju dan berbau rendang sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan sia-sia jelah berhati-hati waktu makan tu sebab akhirnya kena juga minyak pada baju.

Makanan - Mi goreng, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, koktel buah-buahan, buah oren serta Pizza Hut dan sate tajaan dari ibubapa.
Kek aiskrim untuk Tuan Tanah sempena ulangtahun kelahiran yang ke-19. Eh!
Kesukaan saya, kuih raya! Sekarang dah sedarlah kenapa tiba-tiba timbang lepas raya ni berat naik mendadak. Banyak sangat makan makanan manis.
Cikgu-cikgu untuk kelas hari Rabu. Dari kiri, Bos Besar, Tuan Tanah(yang kelihatan sungguh kurus dalam gambar ni) serta Cikgu D dan anaknya.
Malam tu kelas hanya sampai pukul 9 sahaja dan dari jam 9 hingga 10, slot menjamu selera. Makanan macam-macam dan agak mewah sebab ada ibu bapa yang taja makanan. Alhamdulillah rezeki. Bos siap sambut hari jadi saya yang kebetulan jatuh pada hari yang sama. Terharu. Kali terakhir ada orang sambut siap bagi kek adalah zaman dekat U dulu. Bila dah habis belajar, dah mula kerja, nan hado. Sambutlah sendiri.
Waktu makan, bukan mainlah berhati-hati dan jaga baju supaya tak terkena minyak atau kuah. Baju kesayangan kan? Sekali tu bila nak balik, bos bagi lebihan lauk yang ada untuk dibawa pulang sebab ada banyak lagi. Makanan percuma, takkan tak nak? Angkutlah sekali dengan bekasnya sebab tak ada plastik nak tapau. Sampai je bawah, nak letak kejap atas tembok batu sebab nak cari kunci kereta dalam beg. Sekali tu, salah bajet dan tumpahlah rendang ayam ke lantai dan mengenai kaki jubah. Aigoo! Teruslah bertompok-tompok minyak dekat atas baju dan berbau rendang sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan sia-sia jelah berhati-hati waktu makan tu sebab akhirnya kena juga minyak pada baju.
Thursday, 17 August 2017
Beraya Rumah Pertama
Baiklah, sambung lagi cerita raya yang diselang-selikan dengan cerita makan-makan. Cik Fara dan makanan kan berpisah tiada? Untuk raya tahun ni, keluar beraya secara rasmi adalah pada raya kelima tak silap iaitu ke rumah salah seorang Geng Bujang Bilik Prep di Kuala Lumpur nun. Tahun lepas beliau datang beraya ke Banting, tahun ni orang Banting ke bandar pula.
Gerak dari rumah pun dah agak lewat juga. Kali ni naik Taejang sebab saya yang ajak berjalan, jadi afdhal sediakan pengangkutan sekali. Awal-awal dah bagi tahu nak datang sebab takut tak ada dekat rumah. Disebabkan tak ada urusan yang segera, memang berdondang sayanglah sepanjang jalan. Siap singgah beraya dekat R&R lagi; bukan satu tempat, dua tempat kami berhenti. Hahahaha...
Mula-mula tu berhenti sebab nak isi minyak lepas tu tapau Costa Coffee. Kisah kopi ni dah buat entri haritu, bolehlah selak karangan lama untuk baca. Kali kedua berhenti sebab nak makan berat. Lapor wei, tak makan berat lagi dari pagi. Singgah R&R makan nasi sebab perut Jawa kena isi nasi juga; lepas tu tamak beli lagi sate. Bukan senang nak jumpa Sate Hj. Samuri, maka marilah makan beberapa cucuk buat syarat.
Lama juga berhenti dekat R&R ni sebab pakej makan dan solat sekali. Itu nasib baik tak masuk pakej membeli-belah. Dekat situ ada kedai jual baju kaftan dan bila tengok harganya, kira berbaloi la dengan kualiti kain. Lama juga belek sebelum disedarkan bahawa bulan Oktober nanti nak ukur jalan ke Pantai Timur nun. Okey, marilah teruskan perjalanan.
Sampai rumah Mada dah pukul 4 lebih macam tu. Mada dah siap masak bihun tomyam untuk tetamu yang jauhlah sangat ni. Hehehe.. Walaupun perut penuh dengan nasi separuh dan beberapa cucuk sate, bila orang jamu makan, tetap juga makan. Siap bertambah lagi. Sambil makan, sambil dengar Mada cerita pengalaman mengembara solo ke Eropah awal tahun ni. Sambil-sambil tu kunyah kuih raya dan juga buah tangan dari Belanda.
Siap makan, ada perhentian seterusnya. Sebelum menuju ke tempat tu, tumpang solat dulu. Memang tak sah kalau tak tumpang solat dekat rumah Mada ni. Terima kasih Mada atas layanan yang diberikan dan jamu kami makan sedap. Selesai borak, selesai solat dan selesai paksa Mada pakai baju kurung, marilah ke lokasi yang seterusnya. Cerita bersambung kemudian dan entri ini diakhiri dengan gambar depan rumah Mada.

Muka bahagia dah dapat kopi
Sate ayam dan sate perut.
"Tudung aku tak sekolah la Ten,"
Lama juga berhenti dekat R&R ni sebab pakej makan dan solat sekali. Itu nasib baik tak masuk pakej membeli-belah. Dekat situ ada kedai jual baju kaftan dan bila tengok harganya, kira berbaloi la dengan kualiti kain. Lama juga belek sebelum disedarkan bahawa bulan Oktober nanti nak ukur jalan ke Pantai Timur nun. Okey, marilah teruskan perjalanan.
Sampai rumah Mada dah pukul 4 lebih macam tu. Mada dah siap masak bihun tomyam untuk tetamu yang jauhlah sangat ni. Hehehe.. Walaupun perut penuh dengan nasi separuh dan beberapa cucuk sate, bila orang jamu makan, tetap juga makan. Siap bertambah lagi. Sambil makan, sambil dengar Mada cerita pengalaman mengembara solo ke Eropah awal tahun ni. Sambil-sambil tu kunyah kuih raya dan juga buah tangan dari Belanda.
Inilah dia makanan dari Belanda tu. Rasa dia macam waffle tapi bila gigit lembut je teksturnya. Dekat luar tu ada salut madu tak silap.
Crime partner dari Banting
Bihun tomyam, pinggan saya dan Aten. Banyak haiwan woih! Besar-besar udang dia.
Muka gembira jumpa biskut raya yang pelbagai untuk pertama kali. Hahaha..
Siap makan, ada perhentian seterusnya. Sebelum menuju ke tempat tu, tumpang solat dulu. Memang tak sah kalau tak tumpang solat dekat rumah Mada ni. Terima kasih Mada atas layanan yang diberikan dan jamu kami makan sedap. Selesai borak, selesai solat dan selesai paksa Mada pakai baju kurung, marilah ke lokasi yang seterusnya. Cerita bersambung kemudian dan entri ini diakhiri dengan gambar depan rumah Mada.
Wednesday, 16 August 2017
Persiapan Raya Cik Farae
Lama tak membebel mengarang dalam ni, rindu pula. Manakan sama karangan pendek dalam Instagram dengan karangan berjela dalam blog kan? Lagipun kesian dekat pengikut di Instagram yang nak tengok gambar tiba-tiba kena baca karangan berjela kalau dekat sana sebab sana tak ada pintu. Dekat sini ada pintunya; agak-agak bosan baca cerita meleret, silakan tekan 'X' di hujung atas belah kanan.
Itu dia, mukadimah saja dah satu perenggan. Hahaha.. Baiklah, mari kembali ke pangkal jalan. Kali ni nak catatkan sikitlah cerita persiapan hari raya yang lalu. Biasalah, dah cukup tempoh peraman baru sedap nak karang kan? Macam kimchi, kena peram dulu baru sedap nak makan. Tahun ni persiapan raya biasa-biasa aje. Keadaan ekonomi pun kurang baik, jadi seadanya sajalah. Bila dah tak ada mak, sayalah satu-satunya orang perempuan dalam rumah ni yang kena urus semua benda. Mujurlah Arwah Mak dah latih dan kerah dari dulu, jadinya dah tahulah apa yang kena buat. Anak perempuan seorang, memang apa-apa pun sayalah yang kena dulu sebab saya yang sentiasa akan ada di rumah.
Bila nak raya, benda paling penting adalah mengemas rumah walaupun secara semulajadinya, bab mengemas rumah tak berapa nak minat dari dulu lagi. Kalau diberi pilihan nak kena mengemas atau kena memasak, saya lagi rela duduk dapur memasak dan kemaskan sepah selepas memasak. Agak tertekan la juga bila tiba musim raya sebab dari A sampai Z saya buat semua untuk bahagian dalam rumah. Sekarang dah tahulah kenapa suara Arwah Mak kerap naik tinggi waktu nak raya. Stress oi nak fikir dan buat semua benda! Tapi sebenarnya stress pasal ni tak boleh layan sangat sebab kalau layan jadilah macam saya ni ha, merajuk tak bercakap sampai seminggu.
Orang lain mana? Abah memang uruskan bahagian luar rumahlah jadi tak adalah nak minta tolong Abah buat yang dalam rumah. Cuma dok membebel dekat abang-abang la minta tolong mengemop dan mengelap. Tapi bila banyak bebel, lagi buat tak tahu pula. Dah bahagi tugas, abang nombor 1 lap sana, abang nombor 2 lap sini. Cakap dari awal puasa, sampai beberapa hari nak raya, tak jalan! Sudahnya, saya buat satu senarai tugas dan tampal dekat peti sejuk dan tak cakap apa-apa dah lepas tu. Sengaja letak senarai tugas saya lagi panjang berjela berbanding diorang dengan harapan ada la diorang nak tawarkan diri untuk tolong buat sebahagian tugas saya, nan hado ye.
Oleh itu, malam raya mogok tak buat apa-apa tapi duduk depan laptop mengadap Korea. Tak pernah-pernah buat perangai ni, tahun ni perangai ni muncul. Tapi masih lagi fikir rasional. Lepas layan dua episod drama, bangun la balik sambung kemas mana-mana yang wajib. Siap mop dapur, mop ruang tengah, susun gelas, dan isi kuih dalam balang terus. Tugas orang lain sekali saya buat sebab nak merajuk punya pasal. Memang sepanjang raya banyak berkurung dalam bilik kecuali waktu makcik-makcik datang beraya, baru keluar. Lauk raya pun masak rendang je semata-mata walaupun dalam otak dah fikir nak masak macam-macam. Hehehe..
Tahun ni kuih raya kurang meriah sebab tak dapat nak beli biskut-biskut yang biasa beli. Terpaksa tempah dekat orang lain tapi tak sedap sangat. Sobs.. Bolehlah dari tak ada. Sebenarnya rindu nak buat biskut sendiri tapi biasalah, bila minta tolong orang lain tengokkan oven yang semput tu dari sebelum puasa sampai dah nak raya tak ditengokkan, tak adalah biskutnya. Kerepek-kerepek beli je dari tempat biasa, begitu juga dengan rempeyek. Mujurlah Wak Jiah buka juga tempahan untuk pelanggan-pelanggan yang memang rapat dan biasa ambil dengan dia walaupun keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan. Kalau tak, tak tahulah nak tempah dekat siapa. Moga Wak Jiah dikurniakan kesihatan yang baik supaya boleh terus buat peyek.
Baju raya pula ada cuma tak beria la macam selalu. Wajib ada, mestilah baju kurung. Tiap tahun pun baju raya mesti ada baju kurung dan sepasang baju berfesyen beli siap. Tahun ni tak adalah baju berfesyen tu sebab kena jimat, jadi cuma tempah baju kurung je sepasang dekat Kak Wan guna kain kapas yang beli dekat Gwangjang tahun lepas. Lepas tu bos bagi tudung satin mahal pula (tahu mahal sebab sebelum ni pernah tengok dekat Facebook harga dia) sebelum puasa tempoh hari, jadi tudung tu suai padan saja dengan blouse dari Bello Scarves dan kain batik pastel yang patutnya pakai untuk raya tahun lepas. Untuk Nenek pun alhamdulillah sempatlah tempahkan sepasang baju kurung. Baju Abah pula belikan kemeja ala-ala batik je sebab kalau bagi baju melayu, takut Abah tak pakai.
Jadi, itulah dia cerita persiapan raya untuk tahun 2017. Tiap tahun pun sama je rutinnya. Kena kemas rumah, kena sediakan kuih raya, kena sediakan juadah untuk raya, kena adakan baju baru mengikut bajet dan kena sabar banyak-banyak. Bila orang kata musim raya pakai banyak duit, memang betul. Jadinya, kepada yang bujang dan tak biasa ambil tahu aliran perbelanjaan untuk musim perayaan, bolehlah mula ambil tahu. Sumbanglah sorang sikit duit pada mak ayah untuk ringankan beban. Kalau tak mampu sumbang duit, sumbang tenaga pun dah cukup dah.
Lepas ni inshaAllah muncul cerita beraya pula walaupun orang lain dah mula buat persiapan untuk raya haji. Sekian, catatan Cik Farae untuk rujukan tahun depan supaya janganlah merajuk lagi waktu raya. Kahkahkah...
Itu dia, mukadimah saja dah satu perenggan. Hahaha.. Baiklah, mari kembali ke pangkal jalan. Kali ni nak catatkan sikitlah cerita persiapan hari raya yang lalu. Biasalah, dah cukup tempoh peraman baru sedap nak karang kan? Macam kimchi, kena peram dulu baru sedap nak makan. Tahun ni persiapan raya biasa-biasa aje. Keadaan ekonomi pun kurang baik, jadi seadanya sajalah. Bila dah tak ada mak, sayalah satu-satunya orang perempuan dalam rumah ni yang kena urus semua benda. Mujurlah Arwah Mak dah latih dan kerah dari dulu, jadinya dah tahulah apa yang kena buat. Anak perempuan seorang, memang apa-apa pun sayalah yang kena dulu sebab saya yang sentiasa akan ada di rumah.
Bila nak raya, benda paling penting adalah mengemas rumah walaupun secara semulajadinya, bab mengemas rumah tak berapa nak minat dari dulu lagi. Kalau diberi pilihan nak kena mengemas atau kena memasak, saya lagi rela duduk dapur memasak dan kemaskan sepah selepas memasak. Agak tertekan la juga bila tiba musim raya sebab dari A sampai Z saya buat semua untuk bahagian dalam rumah. Sekarang dah tahulah kenapa suara Arwah Mak kerap naik tinggi waktu nak raya. Stress oi nak fikir dan buat semua benda! Tapi sebenarnya stress pasal ni tak boleh layan sangat sebab kalau layan jadilah macam saya ni ha, merajuk tak bercakap sampai seminggu.
Pasang langsir pun saya yang buat.
Orang lain mana? Abah memang uruskan bahagian luar rumahlah jadi tak adalah nak minta tolong Abah buat yang dalam rumah. Cuma dok membebel dekat abang-abang la minta tolong mengemop dan mengelap. Tapi bila banyak bebel, lagi buat tak tahu pula. Dah bahagi tugas, abang nombor 1 lap sana, abang nombor 2 lap sini. Cakap dari awal puasa, sampai beberapa hari nak raya, tak jalan! Sudahnya, saya buat satu senarai tugas dan tampal dekat peti sejuk dan tak cakap apa-apa dah lepas tu. Sengaja letak senarai tugas saya lagi panjang berjela berbanding diorang dengan harapan ada la diorang nak tawarkan diri untuk tolong buat sebahagian tugas saya, nan hado ye.
Oleh itu, malam raya mogok tak buat apa-apa tapi duduk depan laptop mengadap Korea. Tak pernah-pernah buat perangai ni, tahun ni perangai ni muncul. Tapi masih lagi fikir rasional. Lepas layan dua episod drama, bangun la balik sambung kemas mana-mana yang wajib. Siap mop dapur, mop ruang tengah, susun gelas, dan isi kuih dalam balang terus. Tugas orang lain sekali saya buat sebab nak merajuk punya pasal. Memang sepanjang raya banyak berkurung dalam bilik kecuali waktu makcik-makcik datang beraya, baru keluar. Lauk raya pun masak rendang je semata-mata walaupun dalam otak dah fikir nak masak macam-macam. Hehehe..
Tahun ni kuih raya kurang meriah sebab tak dapat nak beli biskut-biskut yang biasa beli. Terpaksa tempah dekat orang lain tapi tak sedap sangat. Sobs.. Bolehlah dari tak ada. Sebenarnya rindu nak buat biskut sendiri tapi biasalah, bila minta tolong orang lain tengokkan oven yang semput tu dari sebelum puasa sampai dah nak raya tak ditengokkan, tak adalah biskutnya. Kerepek-kerepek beli je dari tempat biasa, begitu juga dengan rempeyek. Mujurlah Wak Jiah buka juga tempahan untuk pelanggan-pelanggan yang memang rapat dan biasa ambil dengan dia walaupun keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan. Kalau tak, tak tahulah nak tempah dekat siapa. Moga Wak Jiah dikurniakan kesihatan yang baik supaya boleh terus buat peyek.
Sekuali besar rendang daging yang waktu potong daging ni, berjuraian air mata sebab banyak gila lemak degil pada daging. Sobs.. Sebenarnya sebab utama adalah stress kena uruskan rumah sendiri, bila ada sebab nyata, memang teresak-esaklah menangis dekat dapur sorang-sorang. Hahaha..
Satu bonet penuh dengan rempeyek dan tumpi untuk rumah dan juga kiriman orang lain.
Ini bahagian kerepek pula. Kerepek pun ada orang lain tempah juga, jadi belikan jugalah walaupun tahun ni tak ambil tempahan.
Balang-balang kuih yang nasib baik dah keluarkan dan basuh awal-awal.
Siap isi tiga set hidangan kuih raya untuk tiga tempat. Maklumlah ada orang tua dekat rumah, jadi tetamu pun boleh tahan ramai datang ziarah.
Isi perut balang. Balang dan Tupperware yang saiz besar ni isi kerepek sebab kerepek biasanya cepat surut. Letak dalam bekas besar jadi tak payah nak isi dengan kerap.
Baju raya pula ada cuma tak beria la macam selalu. Wajib ada, mestilah baju kurung. Tiap tahun pun baju raya mesti ada baju kurung dan sepasang baju berfesyen beli siap. Tahun ni tak adalah baju berfesyen tu sebab kena jimat, jadi cuma tempah baju kurung je sepasang dekat Kak Wan guna kain kapas yang beli dekat Gwangjang tahun lepas. Lepas tu bos bagi tudung satin mahal pula (tahu mahal sebab sebelum ni pernah tengok dekat Facebook harga dia) sebelum puasa tempoh hari, jadi tudung tu suai padan saja dengan blouse dari Bello Scarves dan kain batik pastel yang patutnya pakai untuk raya tahun lepas. Untuk Nenek pun alhamdulillah sempatlah tempahkan sepasang baju kurung. Baju Abah pula belikan kemeja ala-ala batik je sebab kalau bagi baju melayu, takut Abah tak pakai.
Kemeja raya untuk Abah. Saya suka beli jenama GMV ni sebab kainnya selesa dan coraknya ringkas tapi eksklusif walaupun harganya mahal. Tak apalah, untuk Abah kan? Baju sendiri selamba je beli sampai beratus, takkan untuk Abah tak boleh?
Duit belanja untuk raya hasil kutipan dari Abang-abang. Tak nak sumbang banyak tenaga kan? Bak sini duit banyak-banyak untuk tampung belanja. Muahahaha... Biasanya saya okey je keluar duit sendiri untuk belanja rumah ni tapi tahun ni memang minta semua orang bagi amaun yang ditetapkan. Bukan tak mampu pun, mampu je semua.
Lepas ni inshaAllah muncul cerita beraya pula walaupun orang lain dah mula buat persiapan untuk raya haji. Sekian, catatan Cik Farae untuk rujukan tahun depan supaya janganlah merajuk lagi waktu raya. Kahkahkah...
Saturday, 24 October 2015
Beraya Sini Sana Sinun
Ini adalah entri terakhir untuk raya Aidilfitri 1436. Akhirnya, dah tukar tahun baru cerita tahun lepas habis. Kali ni cerita terkumpul beraya dengan keluarga mahupun sesi raya secara rawak. Cerita yang ada gambar jelah ye sebab yang tak ada gambar tu dah lupa. Heeee...
Dimulakan dengan sesi beraya ke rumah Kak Eli. Pada hari yang sama adalah hari pernikahan salah seorang sepupu di Tg. Malim maka balik tu singgahlah sebab alang-alang dah keluar rumah. Kebetulan pulak Kak Eli ada buat makan-makan dan bacaan yasin dengan adik beradik beliau maka walaupun kami sampai lewat, masih ada rezeki untuk kami. Semuanya sedap belaka. Hehehehe...
Seterusnya sesi menjamu kuih raya di pejabat. Tahun ni semua kuih tunjuk je dan aku isikan sikit-sikit untuk setiap jenis dalam bekas Tupperware ni dan angkut ke pejabat. Lepas habis baca yasin diorang pun singgah beraya dekat meja. Hehehe... Konsep dia siapa cepat dia dapat.
Bawah ni waktu rewang untuk rumah terbuka kuarters. Rasanya tiap tahun memang ada buat tapi tahun sebelum-sebelum ni macam tak pernah rewang je. Hahaha... Tahun ni aku rewang dan datang masa majlis. Gambar waktu majlis tak ada sebab ramai sangat orang sampai tak ada kerusi dan cuaca tak begitu mengizinkan.
Gambar terakhir ni adalah sesi beraya ke rumah salah seorang anak murid Abah di Kuala Selangor. Kenalan Abang Zahar dan rumahnya pun tak jauh dari rumah Abang Zahar. Tujuannya nak ke rumah Wak Sairin tapi sebab dah satu jalan, singgahlah rumah Abang Zahar sekali dengan Cik Aishah ni.
Sekian, cerita raya tahun ni. Cerita pasal jemputan walimah waktu bulan Syawal ni kemudianlah ye. Heee...

Monday, 28 September 2015
Sambutan Raya di Pejabat
Entri raya lagi sempena raya haji. Hehehe.. Kali ni sambutan di pejabat pulak dan macam biasa, setiap unit kena buka gerai. Konsep sambutan adalah gerai dengan pelbagai jenis juadah disamping menu utama yang disediakan. Tahun lepas bergabung antara unit-unit tapi tahun ni bergabung unit dengan bengkel. Bengkel ni bukan bengkel kereta tapi macam fakulti la cuma dekat sini panggil bengkel.
Unit aku bergabung dengan Multimedia tapi macam tak sekepala sangat sebab masing-masing fikir sendiri nak hidangkan apa. Orang lain awal-awal dah ada menu, kitorang ni dua hari sebelum kejadian pun menu tak tetap lagi. Pasrah... Lepas beberapa kali bertukar, akhirnya nak tetap pendirian nak buat rojak buah sebab gerai lain dah book dulu menu-menu yang best dan senang nak buat. Multimedia pulak buat dadih.
Tugas ni pun dibahagikan kepada beberapa orang je pun. Mujurlah ada yang sanggup nak buat kuah rojak, kalau ikut aku, kita beli jelah kuah rojak mak bee. Hahaha... Kuah rojak kitorang pun ada bunyi bee jugak sebab yang buatnya adalah Kak Bie. Jadilah rojak buah dengan kuah rojak Kak Bie. Hehehehe...
Mencabar juga nak sediakan buah-buahannya. Bos aku cakap kita potong je dekat pejabat pagi tu tapi aku fikir, kuasa pulak nak potong buah banyak-banyak dengan baju cantik. Maka lepas gelabah cari nenas pada malam sebelum hari kejadian, aku terus je potong -potong nenas malam tu jugak. Walaupun tak banyak, bercinta nak buang mata dia tu. Sejam jugalah mengerjakan 3 biji nenas. Sengkuang dengan timun aku potong esok paginya. Itupun kelam kabut gila sampai tak sempat nak lilit selendang. Sudahnya aku sarung je tudung basahan dan angkut selendang dan mekap di pejabat aje. nak kejarkan punch card punya pasal sampai terlupa nak bawa stokin. Pasrah jelah tak pakai stokin pada hari kejadian.
Sampai pejabat, letak buah-buahan atas meja dulu dan pergi lilit selendang dan mekap dalam surau. Dah selesai, baru ke dewan tengok keadaan. Gerai kitorang belah mana pun aku tak tahu sebab memang tak sempat nak buat lawatan tapak waktu diorang siapkan dewan tu. Tolong jugalah potongkan lagi buah-buahan yang tak dipotong lagi tu. Kesimpulannya, sampai hari esoknya tangan aku bergetah buah-buahan dek kerana lama sangat bergelumang dengan sengkuang, timun dan belimbing. Siap potong, baru serah dekat budak-budak untuk dihidangkan kepada pelanggan.
Nasib baik jugalah bergabung dengan bengkel, bolehlah suruh budak-budak yang uruskan untuk menghidang sementara para pengajarnya duduk menikmati makanan dari gerai-gerai lain sambil menghayati persembahan yang disediakan. Hehehe... Kerja pada hari tersebut adalah makan, makan, makan, dan makan. Selesai makan, ada acara bergambar pulak. Bergambarlah sampai muntah sebelum nak mengemas pulak. Alhamdulillah makanan yang dihidangkan semuanya habis dan itulah saja cerita untuk sambutan hari raya. Sekian, entri diakhiri dengan lagi banyak gambar pada hari kejadian.

Antara makanan yang sempat dimakan dari gerai-gerai berbeza
Meja paling banyak makan...hahahaha..
Persembahan dari Cadd Mekanikal
Persembahan dari Cadd Senibina
Sketsa raya dari Rangkaian
Tarian dari pelajar-pelajar India
Nasib baik jugalah bergabung dengan bengkel, bolehlah suruh budak-budak yang uruskan untuk menghidang sementara para pengajarnya duduk menikmati makanan dari gerai-gerai lain sambil menghayati persembahan yang disediakan. Hehehe... Kerja pada hari tersebut adalah makan, makan, makan, dan makan. Selesai makan, ada acara bergambar pulak. Bergambarlah sampai muntah sebelum nak mengemas pulak. Alhamdulillah makanan yang dihidangkan semuanya habis dan itulah saja cerita untuk sambutan hari raya. Sekian, entri diakhiri dengan lagi banyak gambar pada hari kejadian.
Gerai Bahagian Pentadbiran
Rangkaian dan Bppa
Mekatronik dan Cadd Mekanikal
Bppl dan Cadd Senibina
Gerai Bkkl dan Multimedia
Kakitangan
Kakitangan bahagian Pentadbiran dan Unit-unit
Subscribe to:
Posts (Atom)