Selepas acara berbuka bersama teman-teman serumah, kami ke Plaza Shah Alam untuk bersolat maghrib. Usai solat, kami berborak seketika dan barulah kami berpisah untuk ke tempat tujuan masing-masing. Memandangkan aku masih belum berkesempatan untuk meninjau tempat-tempat yang disyaki ada menjual barang-barang untuk kegunaan sempena Aidilfitri, maka aku dan Kak Chik pun pusinglah satu Shah Alam. Tak adalah pusing sangat pun sebab masa terhad.
Mula-mula ke SACC Mall. Perjalanan nak ke sana memang mencabar sebab sesak yang amat! Sebabnya banyak kereta 'tersadai' di bahu jalan tapi ajaib bila tempat letak kereta adalah lengang. Ingatkan mereka letak kereta di luar sebab parking dah penuh, rupanya kedekut nak bayar RM 2 untuk
parking. Hehehe.. Di sini aku cuma beli kerongsang yang sudah lama mahu dibeli tapi tak terbeli-beli. Harganya agak mahal tapi tutup sebelah mata je la sebab ia memang cantik dan bersinar dan daripada Korea. Kemudian konon-konon nak cari beg tapi harganya melebihi bajet dan tak ada beg "Wooww!" di mata ni. Kalau ada yang "wooww!" , aku rasa memang hulur je kad untuk bayar walaupun harganya "erkk...". Hahaha... Di sini Kak Chik dapat sepasang sandal. Memang patut pun beliau beli sandal tu. Ada keperluan dan paling penting ada potongan harga dan cantik. Lepas tu, baru check out dari situ. Itu pun sebab semua kedai dah tutup.
Kemudian, kami ke Tesco pulak. Nak cari baju untuk esok hari gara-gara perancangan saat akhir yang dibuat dimana aku memutuskan untuk bermalam di rumah Kak Chik. Tesco jelah yang bukak sampai larut malam. Disebabkan tak merancang, maka inilah jadinya. Beli keperluan dari hujung rambut ke hujung kaki untuk satu hari dan satu malam. Dah macam gaya nak lari dari rumah aje beli baju tengah-tengah malam. Hahaha... Sempat juga beli sepasang baju kurung yang harganya jatuh ke RM 45 sepasang. Murah tu weh! Rembat la, apa lagi. Boleh juga pakai ke pejabat.
Keesokan harinya, lepas sahur tak tidur balik sebab mata tak terasa nak tidur walaupun malamnya hanya tidur tiga jam sahaja dan kepala rasa macam ting tong. Dalam pukul 8 lebih dah keluar rumah sebab konon-konon nak sambung
shopping. Mula-mula penuhkan tangki minyak Mrs. Kanc. Lepas tu terus ke rumah Ain untuk ambik duit tukaran untuk duit raya. Terima kasih banyak-banyak Ain kerana membantu. Pagi lagi dah terjah rumah orang sampai Ain cakap;
"Ni keluar pagi-pagi ni mesti nak shopping kan?" Aik, macam mana tahu ni? Hehehe...
Tempat pertama dituju adalah PKNS. Sebab masih pagi dan kedai-kedai pun banyak yang belum buka, maka tempat
parking pun masih banyak dan orang pun belum ramai. Sementara tunggu kedai bukak, kami ke kedai buku Marwilis; kedai buku kesukaan suatu ketika dulu. Beli buku teks dulu-dulu memang kat sini la. Walaupun buku rembatan pesta buku tempoh hari belum habis baca, aku terbeli juga sebuah buku di sini. Dah bayar, baru kami menuju ke bahagian dalam. Hajat hati nak cari jubah. Maka pusinglah kami satu kompleks tu mencari jubah yang "Wooww!" untuk dibeli. Malangnya tiada. Cuma beli sehelai tudung untuk dipakai di rumah saja.
Destinasi kedua adalah Anggerik Mall kerana sebelum ni meriah juga barang jualan di situ. Di sini pun tak ramai orang juga. Pusing dan pusing, belek dan belek, keluar semula. Ada yang berkenan tapi harganya macam mahal. Perjalanan diteruskan ke AEON Bukit Raja untuk membeli beg. Kat sini memang dah ramai. Bila tengok mak ayah yang
shopping sambil kelek anak-anak kecik, aku kagum. Kalau akulah nak
shopping macam tu, kirim salam saja. Mana nak tengok anak, mana nak pilih barang. Tapi tak tahulah kalau
skill tu muncul lepas ada anak nanti. Ini kalau Kak Chik baca ni, nanti dia cakap;
"Sibuk cakap pasal anak, bakal suaminya pun tak muncul lagi." Kahkahkah... Ok, melalut sudah. Dalam AEON ni terserempak dengan Asy, salah seorang ahli meja kami semalam. Sebab mata aku dah tertancap pada satu beg di atas rak, maka aku memang tak perasan beliau sampailah kena jerit;
"Hoi perempuan!" Eh, kami ke? Ingatkan orang tu tegur orang belakang. Merasalah aku kena libas dengan beg plastik berisi kasut gara-gara tak perasankan beliau. Hehehe...
Pusing beberapa kali juga sebelum bulat tekad untuk beli beg tu. Memandangkan harganya dalam bajet, maka aku pun terus panggil pembantu jualan untuk beg jenama tu. Bila dikhabarkan ada diskaun, lagilah gumbira. Terus angkat dan bayar dan disuruh ke kaunter perkhidmatan pelanggan untuk tuntut sampul duit raya percuma. Yeayy! Lepas bayar, naik atas pulak untuk tuntut sampul percuma dan nak cari acuan untuk muffin dan tengok-tengok balang kuih raya. Tengok-tengok dengan niat nak beli. Bila ada orang teman membeli dan teman untuk bertekak, maka aku kena sediakan alasan yang kukuh kenapa nak beli benda tu walaupun kat rumah ada lagi dan kena beli ikut keperluan. Maka, tahun ini kerepek-kerepek akan dihidangkan dalam balang kuih baru yang sedondon dengan balang lama. Hasil daripada belian beg tadi, dapatlah 4 paket sampul duit raya percuma. Alhamdulillah...
Itulah dia perjalanan yang panjang dan memenatkan. Penat berjalan dan penat tak cukup tidur. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ini. Hiks...
*entri syok sendiri yang tak bergambar*