Pejam celik pejam celik, dah pun sampai ke penghujung tahun 2017 dan hari ni, sudah pun masuk hari ke-13 dalam bulan Disember. Nak masuk tahun baru, banyak la juga fikir benda. Bila otak fikir macam-macam, boleh jadi stress dibuatnya. Lagi stress bila kau tanya soalan dekat orang, orang yang ditanya tu diam seribu bahasa. Cikgu kan? Dah biasa bila kita tanya soalan, anak murid kena jawab. Wajib cuba jawab walaupun jawapan tu salah. Yang penting usaha nak jawab tu. Makanya, biarlah soalan tu kekal jadi soalan tanpa jawapan.
When it comes to give silent treatment, I am quite a pro. Orang senyap, kita pun senyap jelah. Teruskan dengan kehidupan sendiri. Layan perasaan sebab terpaksa tolak tawaran berharga. Terlupa yang giliran pergi haji adalah tahun 2018 dan berdondang sayang tak penuhkan duit tabung, maka kenalah redha. Mula-mula tu ingatkan takpelah tolak je sebab belum ada kosnya, tapi bila dah tolak, timbul satu perasaan menyesal yang amat sangat. Mungkinlah ini hidayah Allah bagi untuk ada perasaan ke tanah suci. Moga-moga ada kudrat dan rezeki untuk penuhkan duit tabung.
Itu satu hal. Satu hal lagi bila saja buka mesej lama dekat FB, jumpa balik mesej dari hoobae sekolah dulu. Dia nak kenenkan dengan seseorang tapi kita je buat derk. Hahaha.. Ha, bila difikir balik, macam mana la kau nak jumpa jodoh tu? Dah beberapa kali kan orang nak kenenkan dengan seseorang, kau je yang buat tak faham.
Sebab terlebih fikir dan terlebih stress dua tiga hari ni dan hari ni kemuncaknya, maka saya pun pergi melantak sorang-sorang. Kadang tu rasa menyedihkan betullah pergi makan sorang-sorang ni, tapi nak buat macam mana, memang tak ada temannya. Redah jelah. Kau makan tu bayar kan? Kalau malu dan sedih, tak dapatlah nak makan sedap.
Disebabkan belum makan nasi, maka mula-mula singgah makan nasi dekat kedai Nasi Kukus Cik Ros. Dah lama nak pergi makan dekat sini tapi asal lalu je kedai penuh, asal lalu je kedai tutup. Hari ni akhirnya dapat juga makan di sini. Menu utama dekat sini semuanya RM 5; tapi ada juga menu sampingan macam lauk tambah dan juga kudap-kudap. Harga minuman pula semuanya RM 1 dan konsep kedai ni adalah layan diri.
Waktu masuk dalam kedai, terpinga-pinga la kejap sebab tak tahu gaya kedai ni macam mana. Rupanya konsep dia adalah layan diri. Terus pesan makanan dekat kaunter dan buat bayaran. Dapat resit, tengok nombor pada resit dan pergilah kaunter air untuk pesan air dan kena tunggu sampai dia bagi air yang dipesan. Nanti bila nombor dekat resit dipanggil, bolehlah pergi ambil nasi pula dan baru boleh duduk makan.
Nasi Daging Bakar 5 hengget + Nescafe panas sehengget. Nasi dia selambak ok!
Pada saya, okeylah kedai ni sebab kedainya selesa dan bersih. Makanan murah dan servis cepat. Tak tahulah kalau waktu puncak macam mana servis dia tapi tadi tunggu tak lama pun, terus dapat pesanan. Menu utama dekat sini ada nasi minyak ayam/daging, nasi tomato ayam masak merah, nasi daging, nasi ayam kukus dan nasi kerabu.
Lepas makan nasi, pergi Kaki Ais pula. Teringin nak makan Kuey Teow dia sebenarnya tapi nak makan Chilli Fries dia jugak. Selera naga! Bila makan tak fokus, nasi selambak pun tak kenyang. Akhirnya beli Chilli Fries dengan A&W Rootbeer je dekat Kaki Ais. Makan sambil termenung tengok jalan.
Rootbeer dengan Chilli Fries yang terlebih masin. Terkulat-kulat nak habiskan.
Sekianlah luahan perasaan. Kadang-kadang tu bila ada masalah, laju je rasa nak luah dekat FB tapi rasa tak sesuai pula. Kau stress dengan segelintir orang je pun, tapi nanti semua kawan kau tahu kau stress. Lagipun macam budak-budak la pulak nak buat luahan perasaan dekat FB tu. Tulis dekat sini nanti bolehlah terus privatekan blog ni. Hahaha... Sendiri taip sendiri baca kekdahnya. Adios!