Hari ni, merakamkan satu lagi sejarah dalam kehidupan seorang cikgu tuisyen separuh masa. Sepanjang-panjang jadi cikgu tuisyen, tak pernah lagi ada anak murid yang secara peribadi mengucapkan terima kasih dan menunjukkan penghargaan. Paling tidak pun, ucapan terima kasih disampaikan secara pukal kepada bos besar pusat tuisyen.
Tahun ni, bila ada yang hantar mesej peribadi, rasa terharu sangat sampai mengalir air mata. Sob..sob..sob.. Tak sangka. Begini rasanya menerima ucapan terima kasih dari seorang murid. Saya, bukanlah seorang cikgu yang hebat dan berbakat. Semenjak menyandang gelaran ini, saya belum mencapai sempurna. Masih lagi belajar dan belajar untuk menjadi yang terbaik dan mendidik murid-murid dengan cara yang paling berkesan. Semangat setinggi gunung? Ada kalanya semangat itu jatuh merudum, menjunam ke laut dalam.
Semoga dengan ucapan penghargaan ini, saya akan terus istiqomah dan sabar dalam mendidik anak-anak murid walaupun hanyalah cikgu tuisyen separuh masa. Cabaran zaman kita sekolah dulu sangatlah berbeza dengan cabaran zaman sekarang. Didoakan agar anak-anak murid didikan saya diberikan keazaman yang berterusan dan akhlak yang baik, selayaknya seorang pelajar.
Engagement Fund ;)
Thursday, 15 March 2018
Wednesday, 14 March 2018
Retak Seribu Kali Kedua
Sempena Taejang nak masuk 3 tahun, dia telah mengalami kecedaraan yang kritikal. Hari Jumaat 9 Mac tu, dapat WhatsApp dari Kak Ina sebaik saja habis kelas. Mesejnya berbunyi cuak. Waktu Arba dah nyawa-nyawa ikan, jadi waktu baca tu nampak tak nampak je. Inti patinya, "Cermin kereta pecah." Ah, sudah!
Daripada nak pusing ikut jalan jauh, terus laju-laju jalan ikut laluan luar yang dekat dengan tempat letak kereta. Dari jauh nampak okey je cermin depan Taejang. Tengok telefon lagi sekali dan barulah nampak, cermin tingkap. Adoi, terus kosong. Rasa nak nangis tapi tak cool pula kalau nangis. Hahaha.. Masuk dalam pejabat, terus bincang dengan Kak Ina nak buat macam mana.
Terus minta teman cari cermin ganti. Sebelum tu dah telefon Perodua dulu tanya boleh buat ke tidak hari yang sama. Bila dia kata okey, barulah pergi. Mula-mula nak bawa kereta tu, perlahan gila jalannya sebab risau cermin tu berderai. Itu pun bunyi 'krak krak' macam nak pecah lagi. Tapi lepas tu tekan laju sikitlah walaupun kejap-kejap intai cermin pandang belakang.
Sampai dekat Perodua, tanya harga semua. Dia kata, harga cermin RM 160 dan upah pasang RM 80. Mahal juga.dia pergi tanya orang belakang dan tiba-tiba, stok tak ada pula. Choi! Sistem tak kemaskini. Kalau nak juga, kena tempah dan tunggu sampai minggu depan. Sebab rasa nak kena pasang cermin baru sekarang juga, maka saya tanya dia kalau-kalau ada tempat lain yang disyorkan. Dia suruh tengok dekat bengkel sederet dengan Bahar Ali tu. Sampai sana, pun sama juga dia kata tak ada stok
Bincang bincang dengan Kak Ina, baik ke Perodua je sebab dua-dua kena tunggu. Walaupun yang bengkel biasa tu murah, tak pasti keasliannya. Lagipun orang yang pecahkan tu nak ganti, apa ada hal bayar mahal pun kan? Ye tak ye juga. Bila kalut dan patah hati, gitulah. Tak boleh berfikir rasional. Akhirnya, pergi semua dekat Perodua dan tempah cermin dekat sana je.
Masalahnya, dia kata bukan Isnin pula. Mungkin Rabu baru sampai. Cait! Belasah jelah. Lepas bayar deposit, baru hantar Kak Ina balik pejabat semula. Maka, pagi tadi dia telefon dan maklumkan dah boleh datang untuk tukar cermin. Lepas isi borang kebenaran keluar, teruslah menuju ke Perodua. Waktu ni dah rasa macam tak ada cermin belakang tu dah sebab boleh dengar jelas bunyi-bunyian dari luar.
Sampai Perodua, lengang tak ada orang. Dia kata, anggaran masa untuk ganti tu 4 jam. Sebab saya tengok orang tak ramai, kereta pun tak banyak, saya tunggu jelah dekat situ. Tapi, hampir 4 jam juga baru siap. Alang-alang dah keluar, teruslah pergi tampal tinted sekali. Pergi dekat kedai yang dulu jugalah. Dah besar dah kedai dia sekarang. Yang mengejutkan, tauke tu ingat lagi dengan Mak Incik. Hahahaha.. Lama dah hoi! Dia siap cakap lagi, "Tak pernah mari sini lagi pun lepas pasang tinted dulu?"
Selain tinted, kedai juga ada buat servis untuk air-cond dan juga menjual aksesori kereta yang pelbagai tu. Saya pun jawablah, "Semua okey saja, tak adalah saya datang." Hehehe... Itupun sempat lagi dia suruh beli macam-macam dan tukar pelapik kaki yang hampir rabak tu. Malangnya, bajet tak mengizinkan. Saya tolak sajalah saranan tauke tu dengan baik. Lain kali okey? Tinted satu tingkap = 80 hengget. Belasah. Boleh tuntut kemudian nanti.
Begitulah kisahnya. Dulu cermin depan Mrs. Kanc yang retak seribu. Sekarang, cermin penumpang belakang pemandu Taejang pula. Mujur sangatlah ada tinted tu, kalau tak mesti terus pecah. Waktu letak status dekat FB tentang cermin pecah ni, Pana Lan tanya ada tuntut dengan insurans ke untuk ganti? Sebab saya baharui insurans kereta dengan dia. Waktu ni baru tahu rupanya cermin yang tepi-tepi tu pun insurans cover juga. La, ye ke? Takpelah, simpan je insurans tu sebab ada orang bayarkan. Hehehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)