Hai! Hari kedua, bulan keempat, tahun 2024. Entri pertama bulan ini dimulakan dengan sambungan kisah mengukur jalan menyukat tanah sebelum Covid melanda dunia. Dari Seokchon Lake, kami terus ke kawasan Ewha untuk makan ayam goreng halal di Yangpang Chicken. Biasanya dalam satu hari memang akan satu kali sesi makan besar di restoran. Jadi menu untuk hari ketiga di bumi Seoul adalah ayam goreng. Dari jalan utama kena masuk ke lorong-lorong di deretan bangunan untuk sampai ke sini. Kedainya agak selesa dan tidak begitu besar. Menunya ayam goreng Korea yang bersalut sos (yangnyeom atau dakgangjeong).
Waktu kami sampai tu bukan waktu puncak maka kedainya lengang. Hanya ada satu ke dua meja yang ada pelanggan. Masuk je kami disambut oleh sajangnim yang agak peramah dan sebaik saja duduk, buku menu dihulurkan. Beliau menerangkan hanya menu berasaskan isi ayam (boneless chicken) sahaja yang halal dan kami boleh pesan. Maka, kami pesan dua set medium serta dua mangkuk nasi untuk mengisi perut yang lapar. Rasanya kedai ni asalnya tak hidang nasi pun sebab dalam buku menu tak ada disenaraikan. Tapi, dekat pintu depan ada ditampalkan kertas yang tertulis "Nasi Ada, 1000 won". Macam tulah lebih kurang. Nampak sangat orang Malaysia yang datang makan sini mesti mencari nasi sampai dia tulis bahasa Melayu. Hahahaha... Sebenarnya kami ke sini dua kali. Untuk kali pertama ni, masing-masing tak mampu nak habiskan ayam yang dipesan. Jadi lebihannya kami bungkus dan bawa pulang untuk dimakan kemudian.
Selesai makan, kami singgah sebentar di Innisfree melihat produk yang ada dan saya langsung membeli kiriman dari Kak Rin. Kemudian terus ke hentian bas untuk mencari bas kembali ke Hyehwa. Tiba di Hyehwa, sambung juga membeli-belah. Kami masuk ke Innisfree sekali lagi. Kali ini lebih terhasut untuk membeli dek kerana pembantu kedai yang sangatlah peramah dan rajin melayan walaupun berkomunikasi bahasa ayam dan itik. Kihkihkih...
Habis melebur duit, kami singgah pula di Daiso kegemaran yang terletak di laluan ke rumah penginapan. Daiso kesukaan kami kerana banyak pilihan barang dan tidak terlalu ramai pelanggan. Pusing punya pusing, belek punya belek, beberapa jenis barang terpilih untuk mengikut pulang. Hahahaha... Walaupun esok lusa tetap singgah lagi, tapi hari ni beli siap-siap barang yang memang ada dalam senarai.
Tamat kisah hari kelima di bumi Korea Selatan.









